Sejarah Penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia atau singkatannya, ABIM telah ditubuhkan pada 6 haribulan Ogos 1971 bertempat di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 


Di antara para pengasas pertubuhan ini adalah : 

1. Ustaz Abdul Wahab Abdullah – Pengerusi Jawatankuasa Penaja
2. Fauzi Abdul Rahman – selaku Setiausaha.


Namun begitu, beberapa ketika gerakan mahasiswa Islam mengambil tempat di dalam negara, maka semakin ramai yang menjadi anggota ABIM. Dan pada itulah timbul cadangan untuk menjadikan ABIM sebagai satu pertubuhan rasmi yang boleh dianggotai oleh belia-belia Islam di seluruh negara khususnya para Mahasiswa.

Maka pada 17 Ogos 1972, lahirlah ABIM, sebuah pertubuhan rasmi yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dengan Presidennya yang pertama iaitu Prof. Dr. Razali Nawawi.

Pada 1974, Anwar Ibrahim telah menjadi Presiden ABIM yang kedua menggantikan Dr Razali Nawawi. 

Pada ketika ini, ABIM muncul sebagai gerakan belia paling berpengaruh di dalam negara.

Tempat Anwar Ibrahim digantikan oleh Dr. Siddiq Fadzil pada 1983 apabila Anwar secara rasmi telah menganggotai UMNO.

Senarai Presiden yang pernah berkhidmat dengan ABIM sepanjang penubuhannya sehingga kini adalah.

1. Dr. Razali Nawawi - dari 1972 hingga 1974
2. Anwar Ibrahim – dari 1974 hingga 1982
3. Dr. Siddiq Fadzil – dari 1983 hingga 1991
4. Dr. Muhammad Nur Manuty – dari 1991 hingga 1997
5. Ahmad Azam Abdul Rahman – dari 1997 hingga 2005
6. Dr. Yusri Mohamad – dari 2005 hingga 2009
7. Dr. Muhammad Razak Idris – dari 2009 hingga 2011
8. Amidi Abd Manan – dari 2005 hingga Sekarang.



VISI dan MISI ABIM
Termaktub dalam perlembagaan ABIM dalam Bab 1 Perkara 1.3:-

Lambang ABIM berbentuk bulan sabit berwarna hijau dengan perkataan ALLAH dalam tulisan jawi di tengah-tengahnya dan perkataan ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA dalam tulisan Jawi di bawah bulan sabit itu.

ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.

Visi ABIM: ‘Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah’

Misi ABIM: ‘Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah’


Diolah dari sumber : http://www.abim.org.my/v1/index.php/profil/sejarah

Carian Lain :

  • ABIM,
  • sejarah penubuhan abim,
  • abim malaysia,
  • sejarah abim,
  • pengasas abim,
  • angkatan belia islam malaysia,
  • apa itu abim,
  • penubuhan abim,
  • sejarah pertubuhan abim,
  • tarikh penubuhan abim

Comments

  1. says

    terima kasih perkongsiannya. dr kecil lagi kita dah biasa dengar ABIM, harap ini dapat tambah ilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing