Showing posts with label semakan. Show all posts
Showing posts with label semakan. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Senarai Biasiswa Di Malaysia 2013 / 2014

Permohonan adalah di buka kepada anda untuk memohon Biasiswa di Malaysia bagi sesi pengajian 2013 / 2014. Berikut adalah senarai Biasiswa yang ditawarkan kepada anda oleh badan-badan yang berkaitan dan Syarikat-Syarikat berkaitan. Sila klik pada link yang diberikan untuk maklumat lanjut.

  1. Biasiswa KPM Kementerian Pelajaran Malaysia - khusus buat penuntut jurusan pendidikan di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
  2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat MARA - khas buat penuntut bumiputera.
  3. Biasiswa JPA  - Bagi Pengajian Diploma dan Ijazah dalam negara.
  4. Biasiswa JPA bagi Pengajian Luar Negara - 
  5. Biasiswa/Dermasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  6. Biasiswa Bank Rakyat
  7. Biasiswa Bank Negara
  8. Biasiswa Bank Negara bagi Pengajian Perbankan Islam
  9. Biasiswa Yayasan Proton
  10. Biasiswa Sime Darby
  11. Biasiswa Petronas / Petronas Scholarships Program Tarikh tutup Mac 2013
  12. Biasiswa Maybank
  13. Biasiswa Felda
  14. Biasiswa Negeri Sabah
  15. Biasiswa Negeri Sembilan
  16. Biasiswa Negeri Pahang
  17. Biasiswa Negeri Johor
  18. Biasiswa Negeri Perlis
  19. Biasiswa Negeri Terengganu
  20. Biasiswa Yayasan Melaka
  21. Biasiswa Yayasan Sarawak
  22. Biasiswa Yayasan Perak
  23. Biasiswa Yayasan Kelantan
  24. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 
  25. Biasiswa / Pinjaman TNB
  26. Biasiswa / Pinjaman KWSP - rujuk pada "Membiayai Pendidikan"
  27. Lagi maklumat tentang Biasiswa di sini - www.malaysia-scholarship.com
 Permohonan sila baca terma dan syarat dengan teliti sebelum memohon biasiswa / pinjaman.

Bagi permohonan Pelajar Antarabangsa / International Students terdapat 3 tawaran Biasiswa dari Kementerian Pengajian Tinggi.

MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS)

The Malaysia International Scholarship (MIS) is an initiative by the Malaysian Government to attract the best brain from around the world to pursue advanced academic studies in Malaysia. This scholarship aims to support Malaysian Government's effort to attract, motivate and retain talented human capital from abroad.
Talented international students with excellent academic records and outstanding co-curricular backgrounds are welcomed to apply for this scholarship and further their studies in any selected and well-established Malaysian public and private universities.

THE MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP)

The MTCP Scholarship forPost-Graduate Studies provides opportunities for students to pursue advanced academic study in Malaysia. This scholarship is a Government-to-Government basis, without any bond imposed by Malaysia. Scholarships are intended for promising candidates who may be expected to make a significant contribution to their own countries on their return from Malaysia. The duration of the award is 36 months for PhD and between 12 to 24 months for Masters Programme.

COMMONWEALTH SCHOLARSHIP AND FELLOWSHIP PLAN (CSFP)

The Malaysian Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan are awarded by the Malaysian Government to the nominated students from the Commonwealth countries to study at the post-graduate level in Malaysia. This is a Government to Government scheme without any bond imposed by Malaysia. The awards for Mastersdegree are between 12 to 24 months depending on the courses. Awards for pursuing PhD degree are for 3 years. The Awards are only applicable for candidates pursuing full-time degree programme in Malaysia.

Thursday, November 17, 2011

TEKS PENUH ANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2011

KENYATAAN AKHBAR PENGUMUMAN DAN ANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2011

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
TAHUN 2011
Oleh
Y.BHG. DATO’ SRI ABD. GHAFAR BIN MAHMUD
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
17 NOVEMBER 2011
21 ZULHIJJAH 1432
DI
BILIK MESYUARAT UTAMA
TINGKAT 6, BLOK E8
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya memanjatkan kesyukuran kehadratNya kerana diberi kesempatan untuk membentangkan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011. Untuk makluman, semua calon akan menerima keputusan mereka mulai jam 10.00 pagi ini di sekolah masing-masing. Semua calon juga boleh mendapat keputusan ringkas melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Matlamat persekolahan di sekolah rendah adalah untuk menyediakan murid dengan kemahiran asas 3M yang sangat penting iaitu menulis, membaca dan mengira. UPSR dilaksanakan pada akhir Tahun 6 untuk mentaksir sejauh mana calon telah dapat menguasai tiga kemahiran yang saya sebutkan tadi ditambah dengan penguasaan kemahiran saintifik sebagai memenuhi tuntutan akademik persekolahan di sekolah rendah. Selain kemahiran akademik, murid-murid seharusnya diberi peluang untuk membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang.

Maklumat daripada keputusan UPSR ini boleh dirujuk oleh pelbagai pihak untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran 3M dan kemahiran saintifik yang diterapkan melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. Keputusan UPSR boleh digunakan oleh pentadbir sekolah menengah sebagai maklumat untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ini bermakna keputusan UPSR bukan merujuk kepada lulus atau gagal seseorang murid tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid di tahun akhir persekolahan rendah.

UPSR Tahun 2011

Para hadirin sekalian,

Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini UPSR dapat berjalan dengan lancar. Pada tahun ini sejumlah 497,691 orang murid telah mendaftar sebagai calon UPSR. Jumlah ini merangkumi 489,101(98.3%) calon Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 8,590 (1.7%) calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 13, 14 dan 15 September 2011. Sebanyak 8,235 pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 48,560 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk pentadbiran peperiksaan. Seramai 11,080 orang pemeriksa telah dilantik untuk menjalankan pemeriksaan kertas subjektif.

Keputusan UPSR 2011

Seperti tahun-tahun lepas, keputusan UPSR tahun ini juga dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Keputusan UPSR tahun ini akan dibandingkan dengan keputusan tahun 2010 untuk melihat sama ada prestasi UPSR 2011 secara keseluruhan meningkat atau menurun.

Pencapaian Calon

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Jadual 1 menunjukkan pencapaian calon UPSR dari tahun 2008 hingga 2011. Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun 2011 meningkat dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut GPN. Peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik iaitu minimum Gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang diduduki telah meningkat daripada 54.38% pada tahun 2010 kepada 55.45% pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 1.07%. Namun begitu, pencapaian calon Cemerlang (semua A) telah menurun sedikit (0.54%) iaitu daripada 10.02% pada tahun 2010 kepada 9.48% pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum telah berkurangan sebanyak 0.51% iaitu daripada 3.39% kepada 2.88% pada tahun ini.

Jadual 1: Pencapaian Calon UPSR dari Tahun 2008 hingga 2011


Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar

Para hadirin sekalian,

Jadual 2 menunjukkan pencapaian calon bandar dan luar bandar pada tahun 2011 berbanding 2010.


Pencapaian calon Cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini, masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37% dan 0.72%. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik di bandar dan luar bandar, masing-masing telah meningkat sebanyak 0.49% dan 1.70%. Ini bermakna, peningkatan pencapaian Baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu sebanyak 1.21%.

Pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan, terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68% berbanding di bandar sebanyak 0.37%. Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar. Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01.

Pencapaian Calon Berkeperluan Khas

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Jadual 3 menunjukkan pencapaian calon berkeperluan khas tahun 2011 berbanding tahun 2010. Bilangan calon berkeperluan khas pada tahun ini bertambah seramai 59 orang. Peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang meningkat sebanyak 0.34% iaitu pertambahan seramai lima (5) orang. 17 orang calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang terdiri daripada enam orang calon rabun, seorang calon pekak, seorang calon spastik dan sembilan orang calon lain-lain kecacatan. Walau bagaimanapun, peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Baik menurun sebanyak 1.87%. Gred Purata Nasional (GPN) bagi pencapaian keseluruhan calon berkeperluan khas menurun sebanyak 0.01.


Prestasi Mata Pelajaran

Untuk makluman, kandungan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah bagi Sekolah Kebangsaan (SK) adalah lebih tinggi tarafnya daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK iaitu SJKC dan SJKT) . Oleh itu, taraf kertas soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut lebih tinggi di SK berbanding di SJK. Justeru, analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat secara berasingan.

Analisis prestasi semua mata pelajaran manakala Jadual 4 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SK bagi tahun 2010 dan 2011. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di SK, terdapat peningkatan pada Gred A iaitu sebanyak 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (Gred ABC) meningkat sebanyak 1.1%. Walaupun prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SK bagi Gred A menurun sebanyak 0.6%, prestasi bagi Gred ABC meningkat sebanyak 2.9%. Ini menunjukkan bahawa pencapaian calon yang menguasai tahap minimum dalam Bahasa Melayu - Penulisan di SK adalah bertambah baik. Oleh yang demikian, prestasi bagi Bahasa Melayu - Penulisan di SK pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang berkurangan iaitu daripada 2.02 pada tahun 2010 kepada 1.96 pada tahun 2011.


Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman dan Penulisan di SJK (SJKC dan SJKT) bagi Gred A meningkat masing-masing sebanyak 1.3% dan 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (Gred ABC) bagi Bahasa Melayu - Pemahaman di SJK juga meningkat sebanyak 1.2%. Walau bagaimanapun, prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SJK menurun sebanyak 0.8%. Penurunan peratusan ini disebabkan oleh penurunan peratusan calon yang mendapat Gred B dan C bagi Bahasa Melayu – Penulisan di SJK iaitu masing-masing sebanyak 1.5% dan 1.2%. Pada masa yang sama, peratusan calon yang mendapat Gred E pula meningkat sebanyak 1.2%.

Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Secara keseluruhan, prestasi bahasa Inggeris SK adalah stabil dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sama seperti pada tahun 2010 iaitu 2.74. Walau bagaimanapun, peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 0.5% tetapi peratusan calon mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.4%.

Secara keseluruhan, prestasi Bahasa Inggeris SJK mencatatkan penurunan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu sebanyak 0.05 iaitu daripada 2.69 pada tahun 2010 kepada 2.74 pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.2% dan 1.4%.

Bagi mata pelajaran Mathematics dan Science, sukatan mata pelajaran dan kertas soalan adalah sama di SK dan SJK. Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011.

Peratusan calon yang mendapat Gred A bagi mata pelajaran Mathematics menurun sebanyak 0.3% daripada tahun sebelumnya. Namun, peratusan calon yang mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.9%. Pada keseluruhannya, prestasi Mathematics meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.01. Walau bagaimanapun, prestasi keseluruhan mata pelajaran Science telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.03 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 2.0% dan 0.8%.

Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Cina bagi tahun 2010 dan 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC bagi mata pelajaran Bahasa Cina - Pemahaman meningkat daripada tahun sebelumnya, masing-masing sebanyak 2.1% dan 1.8%. Pada keseluruhannya, prestasi mata pelajaran ini meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.08. Walau bagaimanapun, prestasi mata pelajaran Bahasa Cina - Penulisan telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.06 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.9% dan 1.6%.

Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Tamil bagi tahun 2010 dan 2011. Kedua-dua prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil – Pemahaman dan Penulisan menunjukkan peningkatan bagi Gred A iaitu 3.9% dan 0.7%, manakala Gred ABC pula masing-masing 3.0% dan 0.8%. GPMP Bahasa Tamil – Pemahaman menurun sebanyak 0.10 dan Bahasa Tamil – Penulisan sebanyak 0.04 berbanding tahun 2010.

Ujian Aptitud

Tahun ini merupakan tahun ketiga Ujian Aptitud diduduki oleh semua murid Tahun 6. Prestasi dalam ujian dapat memberi gambaran tentang kebolehan dan kesediaan mental murid sebelum memasuki sekolah menengah. Pengetahuan tentang perkara ini sangat berguna kepada murid untuk memahami diri masing-masing, guru untuk memahami murid-murid dan juga ibu bapa untuk memahami anak-anak mereka.

Potensi diri (aptitud) murid dilaporkan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pelaporan dinyatakan dalam bentuk Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi). Minat dan kecenderungan murid terhadapbidang Akademik, Teknik dan Vokasional, Seni, Budaya dan Sosial atau Sukan turut dilaporkan.
Ingin ditekankan bahawa maklumat keputusan Ujian Aptitud tidak dinyatakan dalam slip keputusan UPSR, tetapi boleh diperoleh melalui sekolah. Ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan maklumat tersebut bagi mengetahui minat, potensi dan kecenderungan anak masing-masing.

Penutup

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela, serta pihak media massa dalam memastikan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran. Saya yakin kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi semua pihak yang terlibat.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Lembaga Peperiksaan kerana berjaya menghasilkan kertas peperiksaan yang dijamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Ucapan sama juga ditujukan kepada semua petugas peperiksaan kerana telah berjaya memastikan kelancaran peperiksaan yang dikendalikan sehingga keputusan UPSR berjaya dikeluarkan pada hari ini. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama semua pihak turut menyumbang kepada kecemerlangan ini.

Terima kasih.

Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
17 November 2011



Wednesday, November 16, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2011 SECARA ONLINE DAN SMS

KEPUTUSAN UPSR 2011 SEMAKAN ONLINE DAN SMS | CARA NAK SEMAK KEPUTUSAN UPSR

Hari Esok, Khamis, 17hb November adalah tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan UPSR 2011. Daripada seluruh calon yang menduduki peperiksaan UPSR, siapakah yang akan mendapat keputusan cemerlang?

Cara untuk membuat semakan keputusan UPSR adalah seperti berikut.

Kredit gambar : enciknakal.com

Monday, October 17, 2011

PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan Program Pensiswazahan Guru Ambilan Januari 2012 Bagi Lepasan Diploma.


Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 telah dibuka bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di bawah lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP). Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270. 

PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN 2012 LEPASAN DIPLOMA (KLIK GAMBAR UNTUK MEMOHON)

Tuesday, June 28, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN JUN 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011

KEPUTUSAN PENEMPATAN|TAWARAN|PERMOHONAN|RAYUAN PPG AMBILAN JUN 2011

Berikut adalah semakan keputusan rayuan permohonan PPG ambilan jun 2011. Anda boleh membuat semakan keputusan dengan klik pada link pautan yang diberikan di bawah ini.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK MEMBUAT SEMAKAN
tags : semakan tawaran ppg, semakan rayuan ppg, semakan keputusan rayuan ppg 2011, semakan ppg 2011, semakan penempatan ppg 2011

Saturday, May 28, 2011

SEMAKAN PENEMPATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN (PPG) GURU DI IPG 2011

Semakan untuk mengetahui KEPUTUSAN PENEMPATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU di Institut Pendidikan Guru 2011... Berikut adalah petikan yang di ambil dari laman web kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan Penempatan Bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru (IPG)


Semakan penempatan bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh dibuat mulai 20 Mei 2011 di sini.

Sekian, terima kasih.
Jadi sila klik di LINK untuk mengetahui keputusan anda...

Thursday, April 21, 2011

SEMAKAN UJIAN MEDSI MPM 2011 | SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN

Dimaklumkan bahawa SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN UJIAN MEDSI 2011 sudah boleh dibuat.

  1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 22 April 2011.
  2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 30 April 2011.
  3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

  5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

  8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

  10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

SEBELUM BACA ENTRY YANG LAIN, APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

Tuesday, April 12, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA IPGM | MAKTAB | KPLSPM 2011

SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA KPLSPM 2011 KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM 2011. Semakan keputusan permohonan SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA KPLSPM 2011 boleh dilakukan mulai hari ini 11 April 2011.

Jika anda mahu menyemak status mahupun keputusan permohonan, sila klik pada link yang diberikan di bawah.

Kepada para pemohon yang berjaya dalam permohonan. Sila pastikan bahawa anda bersedia dengan secukupnya untuk menghadapi temuduga yang seterusnya dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan selengkapnya.

KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN



Thursday, April 7, 2011

PERMOHONAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN 2011

Permohonan untuk BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN 2011 boleh diakukan. Tarikh permohonan adalah dari 3 April 2011 sehingga 23 April 2011. Bagaimana cara untuk memohon?

Sila klik pada LINK di bawah ini untuk membuka APLIKASIPERMOHONAN ONLINE.

Sebelum itu diingatkan bahawa aplikasi ini hanya boleh diakses dengan menggunakan Internet Explorer.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE APLIKASI
Selamat berjaya pendekar ucapkan kepada anda. Biasiswa adalah idaman semua pelajar yang belajar.

Jadi pastikan permohonan anda lengkap dan di isi dengan baik.

Monday, March 7, 2011

PERMOHONAN KURSUS | PROGRAM PERGURUAN IPGM 2011 LEPASAN SPM

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) bagi IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia Ambilan Jun 2011 telahpun di buka dengan rasminya bermula 7hb Mac 2011 sehingga 22 Mac 2011.




Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,


Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
     . Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
     .  Fizik
     .  Kimia
     .  Biologi
     .  Matematik
     .  Pendidikan Khas
     .  Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis :
     .  Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
D. Program Kembar Bahasa Jerman :
     .  Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman DI SINI.

Sekian, terima kasih.


1. SELAMATKAN BUMI KITA. SOKONG KEMPEN INI
2. PRINT BUKU DAN KARYA ANDA DI SINI

Tuesday, February 22, 2011

SEMAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN | TAWARAN KE MATRIKULASI 2011 | TAWARAN | KEPUTUSAN

Berita baik untuk para pemohon Matrikulasi 2011 / 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia KPM bahawa Semakan permohonan telahpun diumumkan. Anda boleh membuat semakan permohonan untuk kemaskini permohonan anda di laman web yang diberikan di bawah. Berikut adalah artikel yang dikeluarkan oleh KPM..
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pelajar yang memohon ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh membuat kemaskini permohonan masing-masing melalui Aplikasi Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 mulai 21 Februari 2011  sehingga 6 Mac 2011 di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Klik LINK SEMAKAN PERMOHONAN DI BAWAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN





SEBELUM BACA ENTRY YANG LAIN, APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

* DIGI MAHU JADIKAN MALAYSIA HUB FACEBOOK DUNIA~!! (RM0.20-RM0.40/klik)
* DIGI MAHU BERI HONDA CITY DAN IPAD 2 SECARA PERCUMA~!! (RM0.20-RM0.40/klik)
* DIGI CARI SPECIAL BERRY. ADAKAH ANDA ORANGNYA~??!! (RM0.20-RM0.40/klik)
* DIGI MAHU CARI PELARI MARATHON UNTUK KE OLIMPIK~! LAYAKKAH ANDA~??!! (RM0.20-RM0.40/klik)

KEPUTUSAN E-RAYUAN KE SBP TINGKATAN 4 2011 AMBILAN KEDUA | SEMAKAN ONLINE

Berikut adalah laman web online Semakan Keputusan E-Rayuan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh SBP 2011 yang telah boleh di semak. Kepada para pelajar dan ibu bapa yang telah membuat rayuan tersebut bolehlah mengklik pada link di bawah untuk mengetahui keputusan rayuan anda.



Wednesday, February 16, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2010 / 2011 | ONLINE | PEPERIKSAAN

Telah diumumkan di dalam berita bahawa KEPUTUSAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA | STPM 2010 | 2011 akan diumumkan secara rasmi pada 21 Februari 2011. Berikut adalah petikan daripada laman web TV3 Portal.

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2010 akan diumumkan 21 Febuari ini.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12  tengah hari.

Bagi calon persendirian, mereka boleh menyemak keputusan melalui S-M-S dengan menaip STPM DAN HANTARKAN KE 15888

Serta secara talian dengan melayari laman web majlis peperiksaan malaysia di http://www.mpm.edu.my

Lebih 53 ribu calon menduduki S-T-P-M, tahun lalu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan melalui Buletin Utama TV3 malam semalam.

Pendekar doakan kejayaan kepada semua 53ribu calon STPM 2010 di seluruh negara~!

Friday, January 28, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN GSST 2011 SEKOLAH RENDAH

Berikut adalah link pautan ke Menu Semakan KEPUTUSAN TAWARAN PERMOHONAN Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih 2011 Sekolah Rendah. Kepada sekalian bakal guru yang ingin membuat semakan keputusan penempatan, sila klik link di bawah ya. Semoga berjaya.~!




Pendekar ucapkan selamat berjaya...(^_^)

Wednesday, January 19, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN | PERMOHONAN | TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM 2011 TINGKATAN 4

Semakan Keputusan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara MRSM 2011 bagi tingkatan 4 oleh Pelajar PMR 2011 boleh dilakukan melalui link pautan di bawah ini. Semoga kalian berjaya

Monday, January 17, 2011

SEMAKAN | KEPUTUSAN | PERMOHONAN | TAWARAN KPLI JQAF 2011

Keputusan Permohonan SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KPLI JQAF 2011 | PERMOHONAN Semakan Keputusan KPLI 2011 Ambilan Januari | Semakan Tawaran KPLI Ambilan Januari 2011 boleh dilakukan di laman web yang diberikan di bawah. Klik Link di bawah untuk Membuat Semakan ya...



Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip MOE KPLI3 dan hantar ke 15888. Contoh : MOE KPLI3 780803105677 

Heliza : " Nahas kau pas ni..hahahaha~! "

Semakan Program Pensiswazahan Guru PPG 2011 Online | KEPUTUSAN PERMOHONAN

Semakan Keputusan Status Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2011 boleh dibuat di laman pautan yang diberikan di bawah ini.

IKLAN : KLIK SINI KALAU ANDA MAHUKAN IPAD 2 SECARA PERCUMA~!

SILA PATUHI ARAHAN DAN FAHAMI SEMUA TERMA-TERMA SYARAT YANG DIIKLANKAN.
Tempoh Permohonan Atas Talian telah TAMAT pada 07 Januari 2011 (Jumaat)
Hanya SEMAKAN STATUS dan CETAK BORANG PERMOHONAN sahaja dibenarkan
A Kalendar Program Pensiswazahan Guru
B Iklan Permohonan
C Bidang Pengajian dan Institusi
D Garis Panduan
E Panduan Mengisi Borang Permohonan
F Contoh Permohonan
G Contoh Cetakan Borang Permohonan 












PSST : SEMAKAN UNTUK PENEMPATAN PENSISWAZAHAN GURU 2011 MAC TELAH DIKELUARKAN. KLIK SINI UNTUK MEMBUAT SEMAKAN.


Sunday, January 16, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN TAWARAN KEMASUKAN KE SBP 2011 TINGKATAN 4

..berikut adalah pautan ke laman web Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2011...

Semakan boleh di buat mulai 18hb Januari 2011 jam 7.00am sehingga 21 Januari 2011 jam 11.59pm. SILA BUAT SEMAKAN SEKARANG~!.  KLIK BAWAH INI YA...(^_^)


Sabar...sabar...pendekar doakan semoga adik-adik semua berjaya....Amin..(^_^)...

Yang tak berjaya tu...ia bukanlah penentu hujung perjalanan kehidupan anda okay?? Selamat berjaya adik-adik sekalian...(^_^)...

Adik - adik yang tidak berjaya tu boleh membuat rayuan di sini - 

 
Sesiapa Dari Sekolah ni sila komen ya..hehe..(^_^)

Wednesday, January 12, 2011

JPJ Berhak Saman Di Jalan-Jalan Kampung. Hatta Jalan Kat Belakang Rumah Pun ??

Adesh la~! Biar betul ni. Kut ya pun nak menguatkuasakan undang-undang. Nak buat peraturan baru. Fikir-fikirkanlah jugak orang yang duduk kat ceruk kampung sana tu~! Apa kalian ingat orang-orang kampung tu kaya raya ke nak bayar saman JPJ tu ha? Diorang tu hidup kais pagi makan pagi kais petang makan pun tak tahu lagi. Tergamak betul kalian ni nak membikin undang-undang sesuka hati. Adesh la~!

Beberapa hari lepas, itulah yang keluar di dalam semua suratkhabar dan media cetak arus perdana. Pendekar bukan nak kata peraturan tu salah tapi fikir-fikirkanlah juga kebajikan orang ramai. Jangan ingat nak kaut duit dan cekik darah orang ramai ja. Kata slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" lebih sesuai diganti dengan "Rakyat Kebuluran, Kekayaan Negara Diutamakan" ~! Nyiahahahaha~!

Begitulah mentaliti para pembikin dan penggubal undang-undang negara. Senang-senang saja nak ubah itu ini kan kan kan??. Ingat kami ni robot tukang bagi korang makan ke apa~? Kerja teruk-teruk hanya sebab nak bayar saman korang yang tak munasabah tu ke? Otak dah ada, tapi akal letak kat mana? Adesh~! Kalian duduk kat atas tu mana tahu kesusahan rakyat bawahan ni~! Duduk goyang kaki di kerusi empuk menara pejabat bertingkat-tingkat bukanlah caranya untuk kalian menghalalkan cara nak menghisap darah rakyat~!

Jika kalian lihat semula, kebanyakan rakyat-rakyat marhaen ni memakai motosikal (*termasuklah pendekar) dan juga kereta-kereta buruk. Mana nak lawan kalian yang pakai BMW, Mercedes, dan semua kereta import tu derr... Kami ni orang miskin. Cari rezeki pun dengan tulang empat kerat. Bukan macam kalian semua, duduk pejabat berhawa dingin, potpet itu ini, cukup bulan dapat gaji. Oh, sedap betul lah macam tu. Orang bawahan yang terseksa ni siapa yang nak ambil peduli~?

Kami tak harapkan kalian bagi subsidi ke apa ke. Cukuplah kalau kerajaan yang kalian wakili itu memberikan kami peluang dan kesempatan untuk melangkah jauh ke hadapan. Bukannya korang letak bonggol di tengah jalan untuk menghalang kami daripada melangkah terus ke depan~!!  Dasar pemimpin yang tak reti di untung~!

Sebelum kalian memutuskan apa-apa, apalah salahnya jika kalian tanya dulu kepada rakyat bawahan ni. Apa yang kami ada selain daripada motor dan kereta buruk tu? Nak harapkan rumah sendiri. Terpaksa pulak berhutang untuk memilikinya. Nyiahahahaha~! Sangat bagus punya pemimpin. Mengutamakan rakyat konon~! padahal anak buah sendiri bikin ulah dan onar tidak mahu dipandang~! segala rasa tak puas hati rakyat hanya di sampahkan sahaja. Periuk nasi sendiri lebih penting kan kan kan? Haha~! Hebat betul lah jadi pemimpin ni.. Perut sendiri mesti mau jaga dulu derr~! kan kan kan ?? Nyiahahaha~!

Tidak sedikit duit rakyat yang mengalir ke kantung "SAMAN TRAFIK" negara. Tidak sedikit duit rakyat marhaen yang penat-penat bekerja last-last habis dengan bayar saman segala. Kalau tak bayar alamat masuk "jail" la jawabnya kan kan kan?? Nyiahahahahaha~! Pasal bawak motor tak ada lesen pun kena saman beb~! Dulu-dulu masa zaman datuk nenek kita dulu mana ada semua ni. Dulu orang tunggang kuda ja. Perlu lesen ke nak tunggang kuda dulu? Hahahaha~! Tapi sekarang ni makin pelik, makin banyak pulak orang jadi robot. Makin ramai pulak yang buang perasaan hati dia entah ke mana. Hanya ikut saja telunjuk orang atas. Orang tu kata A, A lah jawabnya, B, B jugalah jawabnya. Kalau suruh makan bangkai pun, makan bangkailah mereka-mereka ni~! Nyiahahahaha~! 

Oh.. maaf jika ada yang terasa. Pendekar hanya meluahkan rasa hati. Tak ada pun sebut siapa-siapa. tapi kalau ada yang panas punggung tu, sila kipas-kipas bagi sejuk sikit yea.. Takpun kuatkan aircond dalam bilik tu hingga ke tahap maksimum. Nyiahahahahaha~! 

Sekian, terima kasih kerana membaca~! Lalalalalala~!

Thursday, January 6, 2011

Senarai Biasiswa Di Malaysia 2011

Permohonan adalah di buka kepada anda untuk memohon Biasiswa di Malaysia bagi sesi pengajian 2011. Berikut adalah senarai Biasiswa yang ditawarkan kepada anda oleh badan-badan yang berkaitan dan Syarikat-Syarikat berkaitan. Sila klik pada link yang diberikan untuk maklumat lanjut.

  1. Biasiswa KPM Kementerian Pelajaran Malaysia - khusus buat penuntut jurusan pendidikan di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
  2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat MARA - khas buat penuntut bumiputera.
  3. Biasiswa JPA  - Bagi Pengajian Diploma dan Ijazah dalam negara.
  4. Biasiswa JPA bagi Pengajian Luar Negara
  5. Biasiswa/Dermasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  6. Biasiswa Bank Rakyat
  7. Biasiswa Bank Negara
  8. Biasiswa Bank Negara bagi Pengajian Perbankan Islam
  9. Biasiswa Yayasan Proton
  10. Biasiswa Sime Darby
  11. Biasiswa Petronas / Petronas Scholarships Program - Tarikh tutup Mac 2011
  12. Biasiswa Maybank
  13. Biasiswa Felda
  14. Biasiswa Negeri Sabah
  15. Biasiswa Negeri Sembilan
  16. Biasiswa Negeri Pahang
  17. Biasiswa Negeri Johor
  18. Biasiswa Negeri Perlis
  19. Biasiswa Negeri Terengganu
  20. Biasiswa Yayasan Melaka
  21. Biasiswa Yayasan Sarawak
  22. Biasiswa Yayasan Perak
  23. Biasiswa Yayasan Kelantan
  24. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 
  25. Biasiswa / Pinjaman TNB
  26. Biasiswa / Pinjaman KWSP - rujuk pada "Membiayai Pendidikan"
  27. Lagi maklumat tentang Biasiswa di sini - www.malaysia-scholarship.com
 Permohonan sila baca terma dan syarat dengan teliti sebelum memohon biasiswa / pinjaman.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda