Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

KEWAJIPAN MENUNDUKKAN PANDANGAN BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN.

Bismillahirrohmanirrahiimm...

Aku ingin sekali menulis...lewat patah kata yang aku atur menjadi ayat..cantik atau tidak tiadalah ia menjadi satu kewajipan untuk aku kisahkan apa adanya...

Pada patah kata yang akan aku terai...aku mohon...jika ada yang khilaf..maka tegurilah aku...kerana apa yang aku tulis ini mengambil sedikit ayat-ayat Allah...iaitu dari surah An-Nur (surah ke 24) ayat 30 dan 31...

Berbalik kepada tajuk "KEWAJIPAN MENUNDUKKAN PANDANGAN BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN".. Apa yang aku bakal kupas ini akan menjadi satu ruang untuk kalian berfikir dengan mata akal yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala...

Aku mohon sebelum aku teruskan...kalian sediakan Qur'an tafsir ataupun buka laman web tafsir al-Qur'an...

Dalam ayat 30 surah an-Nur, Allah telah memerintahkan lelaki untuk menyekat ataupun menghalang pandangan mereka dari melihat perkara yang haram bagi mereka...maksiat...perempuan...aurat perempuan..dan lain lain...

Perintah ini adalah satu perintah jelas yang wajib untuk ditaati oleh sekalian kaum Muslimin yang beriman pada Allah..Tuhan Yang Maha Esa.....

Begitu juga dalam ayat 31 surah yang sama di mana Allah menurunkan perintah tersebut terhadap kaum wanita muslimah... Kewajipan untuk menunduk , menyekat dan menghalang pandangan mereka daripada perkara yang haram bagi mereka...menjaga maruah dan kemaluan mereka...

Ayat 31 ini mengandungi satu lagi perintah iaitu menutup belahan dada wanita dengan kain penutup kepala mereka...

PERSOALAN SERIUS

Aku bukan mahu mengatakan bahawa aku yang benar. Ataupun aku lah yang terbaik..tetapi aku penat melihat umat Islam saling bercakaran mengenai aurat seorang wanita dan lelaki...

Yang sana berbicara aurat lelaki itu begitu begini...aurat perempuan itu begitu begini...maka mulalah mereka meletakkan hukum fatwa itu ini begitu begini..sehingga membiarkan perkara yang lebih mustahak dalam mentaati hukum Allah...

Apa yang aku nampak..kecenderungan lelaki untuk mempersoalkan aurat perempuan itu begitu begini...sedangkan bahawa mereka sedang menderhakai perintah Allah mereka tidak sedar itu...

Allah suruh kita tundukkan pandangan daripada lihat perkara yang haram... Adakah kita tunduk dan patuh?? Tak perlu jawab kalau kamu nak menipu...

Kalau kamu lelaki yang taat pada perintah Allah...kamu tidak akan memandang tubuh perempuan yang haram untuk kamu lihat...haaa...gituu...

Tetapi kalau kamu jenis yang suka bertuhankan nafsu...kamu tidak akan mentaati perintah ini... Kamu tidak akan berkata..

"Kami tunduk dan kami patuh.."

Sebaliknya kamu wahai lelaki...akan mencari satu alasan lain...iaitu... Bahagian badan perempuan yang sekian-sekian itu adalah aurat...wajib tutup...maka kamu pun berlaku zalim kepada kaum wanita... Walaupun sebenarnya kamu menyangka bahawa kamu menjunjung perintah Allah...

LARANGAN UNTUK PEREMPUAN.

Perempuan..fitrah kejadiannya adalah dari bahagian bahagian seorang lelaki...Maka sudah pasti lelaki akan mempunyai daya tarikan semula jadi terhadap perempuan...kerana mereka adalah sebahagian dari tubuh lelaki dahulunya...dari tubuh Adam A.S....

Tetapi Allah telah berfirman bahawa perempuan adalah fitnah yang terbesar bagi lelaki di akhir zaman...dan penghuni neraka yang paling ramai adalah perempuan...

Allah telah melarang perempuan untuk keluar dari rumah tanpa ditemani muhrim mereka..*lihat situasi sekarang* ... Allah memerintahkan perempuan untuk menjaga pandangan mereka untuk melihat perkara yang haram bagi mereka... Allah memerintahkan perempuan untuk menjaga maruah dan kemaluan mereka dengan menutup aurat mereka... Allah juga memerintahkan perempuan untuk menutupi belahan dada mereka dengan apa yang mereka gunakan untuk menutup kepala mereka sebelum ini....ia bertujuan untuk mengelakkan syahwat lelaki yang ajnabi sekiranya terpandang bahagian tersebut...

Tutup kepala itu boleh bermaksud jilbab...tudung..kerudung...selendang...telekung...atau sebagainya...kerana Allah hanya menyebut... JUYUUBIHINNA... Yang mana ramai ulama ilmu tafsir bercanggah pendapat akannya...

Yang paling wajib itulah yang wajib ditutup dan dilindungi dari pandangan mata... Kerana ia boleh mendatangkan fitnah lebih besar...apa guna kalau tutup kepala kalau perintah yang sebenar iaitu "BIKHUMUURIHINNAA.." belahan dada mereka itu tidak tertutup dengan sempurna? Apa guna??

TANGGUNGJAWAB LELAKI

Aku muak untuk melihat manusia bertekak bab-bab aurat ini kalau diri sendiri tidak bermuhasabah untuk mentaati perkara lebih utama...

Aku muak nak tengok lelaki mempersoalkan dan mengutuk perempuan muslim...sedangkan mereka sendiri tidak mahu menjaga pandangan mereka...bukankah aurat perempuan itu haram di lihat? Bukankah Allah dah larang kamu lihat perkara-perkara haram itu? Jadi kenapa kamu lihat?? Kalau kamu tak lihat...perempuan itu tak akan rasa bangga diri...kerana dia langsung tak dipandang...walau betapa seksi dan cantiknya dia...bagai kan kaca yang tak bernilai...haa..gitu...

Instead of kita mempersoalkan mengenai aurat perempuan. Apa kata kita laksanakan perintah yang diperintahkan kepada kita... Tundukkan pandangan...haa..itu kan lebih baik??

Instead of perempuan-perempuan itu bertelagah bab-bab aurat bagai..apa kata kalau kalian juga ikut apa yang diperintahkan kepada kalian...haa..gituu...selesai...tundukkan pandangan...jaga maruah...jaga kemaluan...jaga aurat...tutup belahan dada...

Kata nak masuk syurga kan??

Selamat berjaya!! \(^_^)/

p/s : gila panjang aku menulis...grrrr....

p/s : sekali pandang perempuan boleh lagi...utk kenal muka dia..dua kali pandang kau boleh naik nafsu...sebab tu la kena tundukkan pandangan.. *guru aku cakap*

*titik pada aksara*


Tuesday, February 7, 2012

LUAHAN SUARA HATI SEORANG IBU UNTUK ANAK PEREMPUANNYA

Sahabat, ini adalah petikan suara hati seorang umi. Umi adalah nama lain dari ibu. Taukah sahabat? mungkin suara hati ini tidak cuman suara hati perseorangan, namun mungkin ini juga merupakan suara hati ibu kita. Ibu dari ibu-ibu yang ada di permukaan bumi ini. Selamat membaca..

*********************************


Anakku yang ku kasihi…

Tanpa disadari oleh kita masa berlalu terlalu cepat dan kau yang ketika dulu masih kecil, manja dalam pelukan umi, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar arti kehidupan. Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cobaan. Cobaan yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsumu, kewibawaan dan tugas-tugasmu. Ketika inilah kau, kau ingin merasakan semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung banyak orang. Kau ingin disayangi dan menyayangi.


Anakku sayang,

Jika tiada iman, niscaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan. Oleh itu, umi berpesan agar engkau berhati-hati dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah karena tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, tidak ada orang yang dikecualikan, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata,”seorang remaja jika dapat melalui ujian dan dugaan hidupnya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling berjaya selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal menggunakan masa remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan yang akan datang”.

Wahai anakku sayang..

Seringkali umi menangis, melihat perubahan pada dirimu. Dulu, kau tidak begini. Engkau seorang yang taat pada perintah ibu, yang malu bila auratmu terbuka, walaupun tertiup angin. Kau amat teliti dan hati-hati dalam menjaga sholat-sholatmu dan kau suka bila umi ceritakan tentang ketokohan wanita-wanita dahulu. Anakku sayang.. ibu tanam satu harapan padamu, kiranya bila kau besar nanti, kau akan menjadi orang solehah.

Wahai Anakku…

Wanita itu dijadikan Allah dengan dipenuhi keindahan, unik dan menakjubkan. Pandai-pandailah kau hargai nikmat yang telah diberikan itu. Jikapun kau cantik, jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih banyak orang yang mempunyai kelebihan diatas mu. Jangan kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu. Jagalah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagalah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrimmu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakrawala asalkan kau dapat pertahankan sebutan sebagai wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di sampingNya.

Anakku sayang…
Saat kau berpakaian, maka sebenarnya untuk menutup kulitmu, untuk melindungi bentuk badanmu daripada pandangan lelaki jalanan. Oleh itu, pakaianmu hendaklah longgar, tidak tipis dan satu lagi anakku, pakaian mu itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita yang dihatinya tidak ada rasa takut akan adzab Allah. Perhatikan hadith ini…”Sesungguhnya antara penduduk neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang(pakaiannya tidak berfungsi sebagai alat untuk menutup aurat), perempuan-perempuan yang condong kepada maksiat dan berusaha menarik orang lain melakukan maksiat. Mereka ini tidak mungkin akan masuk surga selama-lamanya dan tak akan dapat mencium baunya selama-lamanya." Jangan kau merasa dirimu terlalu gagah hingga kau sanggup melanggar hukum-hukum Allah dengan sengaja. Apatah lagi jika melanggar peraturannya dengan rasa bangga dan sombong, ingkarmu terhadap hukum-hukum itu, samalah maknanya kau melawan Tuhanmu, sedangkan kau cuma seorang hamba dan Allah itu Tuhanmu, Maha Memiliki segala isi langit dan bumi.

Wahai Anakku Sayang…
Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakan beratnya. Setiap petunjuk Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hambaNya apalagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan niscaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar. Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikurniakan kekuatan untuk mengikut langka-langkah yang diredhai Allah. Itulah doa dan harapan umi wa abi...

Tuesday, January 25, 2011

GAMBAR ARTIS SEKSI | BOGEL ~?? Mari sini tengok~!

Kalau anda nak lihat gambar artis seksi ke, ghairah ke, bugil / bogel ke, telanjang ke, separuh naked ke, berbikini ke tak pun nak tengok semua gambar-gambar tu. Ni ha pendekar tunjukkan kepada anda semua semua yang anda mahukan~! Yeahha~! Jom melihat-lihat cuci mata~!





























Tadaaaaaaaa~!! Seksi kan~? Bugil kan~! Telanjang kan~? Memberahikan~? Mengghairahkan~? Nak kena lempang dengan pendekar cubalah~!

Dasar otak kuning lagi rosak. Dalam banyak-banyak benda itu juga yang kalian mahu. Itu juga yang kalian cari. Seperti tiada perkara lain yang lebih baik. CISS~!

Ya, pendekar akui nafsu itu normal. Tapi belajar-belajarlah menahan nafsu. Supaya orang lain akan respek dengan kita. Supaya orang lain akan hormat dengan kita. Janganlah sebab kita, orang lain pula yang kena. Aduss...

Apalah salahnya kalau gambar2 tu di diamkan saja. Tak boleh ke kalau tak tayang? Tak boleh ke kalau kalian hentam mereka-mereka itu tanpa menyertakan sekali gambar2 mereka? Boleh saja sebut nama. Tapi janganlah sertakan gambar mereka yang aib itu~!

Apa agaknya akan berlaku jika gambar-gambar tadi muncul kembali ketika orang yang anda kutuk hina keji nista itu sudah berubah di masa depan~? Sudah bertudung dan mempunyai keluarga sendiri. Sudah beranak-pinak. Pernah anda fikirkan tak kesan gambar tersebut kepada mereka~!!!!!! 

Hape ke bangang punya akal? Hape ke bodoh punya kepala? Kalau nak cakap tak belajar, dah lulus Universiti lengkap dengan ijazah diploma segala~! Tapi bila tiba bab moral, habuk pun tarak~! Binatang pun lebih mulia dari perangai anda itu tahu~! Ciss~! 

So, ambillah sendiri pengajaran. Usah disebar aib orang. Aib yang dibuatnya antara dia dengan Tuhan. Dia tidak pernah pun mengusik kita. Jadi di mana hak kita untuk mengaibkannya sedemikian rupa?? Siapa bagi hak itu pada kita? Jangan nak memandai-mandai~!


Jika ingin berdakwah dan saling mengingati, itu bukanlah caranya. Itu cara orang pengecut lagi hina~! Kalau betul-betul berani, cakap depan-depan. Buktikan keberanian anda~! Tegur dia depan-depan. Jangan mengata belakang-belakang. Kerana aib yang dibuatnya langsung tiada kaitan dengan kita. Kalau bukan sebab anda yang bikin kecoh ini. Kes ini hanyalah bersifat pinggiran lagi murahan cuma~!


Banyak lagi isu-isu yang lebih baik dan lebih mengujakan untuk dikupas dan bukannya isu-isu murahan seperti ini~! Hape ke bangang~! Cuba kupas isu-isu semasa ke kan. Sebab tu lah majalah2 dan surat-khabar sensasi seperti ini, sangat murah harganya~! Tak usah nak banding dengan majalah ilmiah. Tak berbaloi~! Langsung tak setaraf~! 


Isu-isu seperti ini hanya untuk santapan nafsu anda sahaja. Yelah kan. Apa yang paling penting, nafsu, nafsu, dan nafsu... Yang lain.. Campak tepi je la kawan~!


Nafsu shopping, nasfu seks, nafsu cerita-cerita sensasi, nafsu untuk cantik nafsu untuk kelihatan gempak, nafsu hiburan dan macam2 lagi nafsu yang kita ada. Tak pernah akan puas selagi ada hayat di dunia~! Tak percaya? Hentak kepala kat tiang~!


Kesimpulannya, tak usah lah nak sebar-sebarkan gambar aib orang~! Cuba kalau anda tengah mandi kat kolam tak pakai baju, lepas tu ada orang ambil gambar anda, orang tu anda tak kenal siapa dia. Dah ambil gambar, dia upload dalam internet. Tulis tajuk gempak-gempak lepas tu gebang-gebang ke ramai. Apakah perasaan anda masa tu? 




Kalau anda kata tak rasa apa-apa dan relax saja. Memang anda ORANG GILA~!!! 


okay..sekian, terima kasih kerana membaca~!


Salam perjuangan dari Pendekar Berkuda..




Jika suka boleh LIKE~! (^_^)

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda