Assalamualaikum anda, anda, dan anda...
Semoga anda semua sehat sentiasa...(^_^)
Sebelum memulakan entry ini, izinkan pendekar untuk memohon maaf jika ada yang terkhilaf pada bahasa dan bicara kata. Kerana anda sendiri tahu bagaimana pendekar ini meluahkan kata. Dan pada yang telah sudi untuk meninggalkan jejak di blog pendekar ini, pendekar ucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk itu. Terima kasih ya sekalian.
Pendekar baru saja melepasi tempoh kritikal situasi peribadi. Harap selepas ini segala langkah pendekar akan lebih baik hendaknya. Amin. Dan untuk rakan-rakan yang sentiasa menyokong pendekar, pendekar ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada anda.
Berbalik kepada isu asal, pendekar dah update kepada entry-entry, suratkhabar dan sebagainya berkenaan dengan isu nasib rakyat kita di mesir. Pendekar dapati pelbagai jenis bicara kata yang tidak terhingga banyaknya. Malah ada yang sungguh memualkan jika ingin disiarkan di sini.
Anda mahu tahu satu fakta?? Mahu atau tidak mengetahui kebenaran bahawa kes rogol pelajar Malaysia di Mesir bukanlah perkara baru~! Sudah lama berlaku tetapi didiamkan sahaja oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak atasan~! Kes-kes seperti itu dipandang sebagai kes-kes terpencil cuma~! Pendekar dah lama tahu mengenai perkara ini. Terdapatnya pelajar-pelajar perempuan Malaysia yang dirogol di sana. Tetapi apabila laporan di buat, tiada tindakan yang diambil. Malah mereka pula yang dipersalahkan. Adakah anda tahu itu? Pasti ramai yang akan menggelengkan kepala tidak percaya. Tetapi, percayalah~! Kerana ini adalah hakikat yang sebenarnya~!
Membaca komen dari entry blogger sejarahmelayu, pendekar sangat terasa yang amat. Beliau lebih mementingkan isu-isu politik daripada isu yang lebih penting iaitu keselamatan buat para pelajar kita di Mesir~!!!!! Hello~! Tidak kiralah apa fahaman politik mereka, parti mana yang mereka sokong, selagi mereka bergelar rakyat Malaysia, selagi mereka memegang kad pengenalan warganegara malaysia, mereka punya hak untuk diberikan layanan yang sebaiknya~!! Kerana itu adalah hak mereka dan bukan hak penyokong kerajaan sahaja~!!!
Pendekar bukanlah penyokong kerajaan dan pembangkang. Malah sejujurnya pendekar sangat membencikan pemimpin-pemimpin utama pembangkang dan anda tahu siapa yang pendekar maksudkan. Tetapi itu bukanlah satu halangan dan sebab untuk pendekar menyokong kerajaan secara membuta tuli seperti yang dilakukan oleh segelintir warganegara yang kononnya berjuang untuk kebajikan rakyat~! Alangkah HEBAT~!!
Selagi tiada tindakan menyelamat yang efektif dilakukan, selagi tiada langkah-langkah yang terbaik dilakukan oleh pihak kerajaan dalam isu ini, selagi itulah pendekar tidak bisa tenang. Tidak juga bisa tenteram. Kerana segala peristiwa yang menimpa pelajar-pelajar di sana bukannya kita tahu~!! Hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya~! Itupun jika mereka mahu membuka mata dan pancaindera~!
Hampir 6000 banduan yang dibebaskan, tanpa polis yang berkawal, adakah anda tahu ketakutan para pelajar kita di sana? Adakah anda tahu perasaan mereka itu? Adakah di dalam kepala mereka itu berfikir "ala..cuma banduan politik je...apa nak takut" seperti yang bermain di dalam kepala otak jemala anda?? Sudah pasti tidak~! Kerana anda sedang berada di sofa empuk di rumah anda~! Sambil menonton siaran ASTRO seenaknya~! HEBAT bukan?? Bangsat~!!
Sekali lagi~! Gunakan kuasa anda sebagai BLOGGER untuk menyuarakan isu ini~! Bukannya berseronok semata~!!! Cisss~!! Jangan jadi blogger murahan ya sekalian~! Pendekar benci itu~!
Salam Perjuangan...
Bermula Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdB13
12 hours ago








