Alhamdulillah..Syukur kepada Allah SWT apabila kerajaan telahpun memulakan langkah menyelamatkan kira-kira lebih 11 ribu penuntut dan warganegara Malaysia di Mesir. Tidak sia-sia perjuangan kita sekalian mengajukan perkara ini sehingga ke peringkat atasan. Syabas dan tahniah pendekar ucapkan kepada para blogger yang telah menyokong perjuangan para saudara kita di sana. Anda adalah blogger yang sebenarnya~!
Pendekar sebenarnya tiada sesiapa pun yang bergelar saudara rapat di sana. Sahabat apatah lagi. Pendekar perjuangkan perkara ini di atas asas bahawa kita mempunyai tanggungjawab sebagai manusia walau siapapun kita. Jadi anda harus ingat tu. Meski mereka bukanlah sesiapa kepada kita, tetapi atas bahu kita terletak tanggungjawab yang besar untuk memperjuangkan hak-hak yang tertindas. Tambahan pula, mereka adalah saudara seagama dengan kita. Mereka adalah bakal-bakal pewaris masa depan bangsa kita. Jika kita tidak selamatkan pewaris kita, siapa lagi??
Dan setakat ini kumpulan pertama rakyat dan pelajar Malaysia telah pun berada di Jeddah dengan menaiki pesawat TUDM. Dan seperti yang pendekar mahukan sebelum ini, pelajar-pelajar perempuan dan wanita diberikan keutamaan terlebih dahulu berbanding para pelajar lelaki nampaknya dipenuhi oleh pihak kerajaan. Terima kasih yang teramat.
Pendekar sangat berbangga terutamanya kepada blogger di bawah ini iaitu, mamat , faizalfredley, dan rakan-rakan di dalam group sembang faizal fredley di facebook yang memberikan ruang kepada entry sebegini di blog mereka. Tahniah bro~!
Sehingga itu, salam perjuangan dari Pendekar buat sekalian ya...(^_^)..
Sila amalkan tanggungjawab anda sebagai blogger dengan sebaiknya teman-teman..
JazakALLAHu khairun...(^_^)
Apa pandapat kamu tentang mati?
43 minutes ago








