Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh...
Aku bukan mahu bicara panjang lebar tentang apa...cuma mahu berkongsi apa aku rasa lewat ketik jemari yang kini sudah ralit untuk aku terakan ayat kata...Namun demi menghidupkan juga nyawa dan nafas di dunia maya..agar kewujudanku di ketahui...maka aku catitkan saja di sini...
Satu....
Anugerah blogger, especially bagi yang terbaru iaitu World Social Media Award yang baru saja di tutup tirai pengundiannya, adalah sesuatu yang aku tidak nampak akan apa perlunya...ya...emang mungkin saja ia untuk menghargai...tetapi cara dan kaedah pengadilan itu sangat aku tidak sukai... kaedah pengadilan seperti itu memungkinkan berlakunya penyelewengan pada pengundian...percayalah...kerana aku sudah lagi akan segala pertandingan-pertandingan ini... Yang tidak pernah bersih dari sifat tamak haloba para pesertanya...
Jadi apa guna anugerah itu jika apa yang berlaku tidaklah seadil yang di canang?? Habiskan saja ulah bicara...aku tidak mahu kau rasa kau sudah benar-benar telus untuk terus mendabik dada akan kebanggaan kau pada blog kau....
Dua...
KFC....atau lebih dikenali sebagai Ayam Goreng Kentaki yang mula menjadi isu akibat tindakan para pekerjanya... Tetapi aku tak mahu ulas pada perbuatan itu...memang...telah ada manusia yang bersifat celaka...dan di mana-mana pun ramai manusia yang berperangai celaka... sama ada kau melayu, cina ataupun india.... bila kau punya perangai itu celaka...jangan kau mula kata kau baik...
Bak kata Fynn Jamal, DUIT....orang kalau dah makan di kedai-kedai makan seperti itu akan berlagak macam dia adalah orang kaya....konon-konon CUSTOMER FIRST tu maknanya dia adalah maharaja... maka suka hati dia mau bikin apa dia suka... apa dia ingat orang lain tak ada hati perasaan kah?? Aku tak salahkan si pekerja yang membelasah si pelanggan itu....tapi aku tidak juga sokong tindakan dia.... kau cari pasal...kau mahu dabik dada kau yang di zalimi?? Kepala hotak kau!
Aku tidak mahu sokong mana-mana perangai orang...yang salah tetaplah salah...biar siapa dia...apapun statusnya...kesalahan tetaplah kesalahan...sama juga seperti aku...seorang lelaki yang berdosa berat... jadi tidak usah kau mahu sanjung sama aku...tidak usah kau mahu puji sama aku... dan jika kau keji aku....buruk-burukkan aku... WAKAFA BIROBBIKA HAADIYAN WA NASWIROO....
Tiga...
Solat...ramai yang berdakwah tentang agama...basa basi bukan lah apa...aku memang lelaki yang berdosa berat...jika kau mahu banding aku dengan kamu...mungkin saja kamu lebih baik...tetapi adakah kita tahu siapa yang lebih baik di sisi Yang Maha Esa??
Assolaa tukhoirumminannauuummmm.... solat itu lebih baik daripada tidur....namun berapa ramai di antara kita yang menjaganya?? Berapa ramai di antara kalian yang tahu akan kewajibannya untuk melaksanakannya....dan tahukah kamu bahawa...tiada fidyah dalam solat? Tidak seperti puasa Ramadhan.... Jika kamu tidak melaksanakannya...20 tahun kamu hidup....20 tahun kali 365 hari kali 5 kali sehari.... bisakah kamu hitung jumlah solat fardu yang telah kamu tinggalkan??
Aku melihat solat yang sekian banyak...bermacam gaya...bermacam jenis...rukuk yang berlebihan....sujud yang tidak menemukan hidung dengan tempat sujud....imam yang tidak qiam....dan sekian banyak lagi bidaah-bidaah yang wujud di dalam solat itu... sehingga aku sering tertanya-tanya...apakah mereka tidak pernah mengambil pengajaran dari yang lain-lain...
Kata guru ku....orang yang tidak mampu qiam dalam solat tidak bisa jadi imam... sedangkan kita semua tahu...3 pergerakan sahaja sudah membatalkan khusyuk solat.... tetapi berapa ramai yang mengetahuinya dan mengambil pengajaran daripadanya?? Wallahua'lam...
Dan...untuk kesekian kali...aku ingin doa.... ya rohmatan lil 'alamin...mudah-mudahan kita bisa bertemu di subuh nanti ya...pada lafaz takbir subuh yang bening...ketika mimpi masih memayungi indah di tabir mata....
Salam perjuangan dan salam hati dari aku untuk kamu sekalian ya... (^_^)
p/s : maaf...akibat kekangan masa....aku tidak dapat menulis dengan kerap...juga komitmen aku semakin berubah.... doakan ya mudah-mudahan....kita semua kekal di bawah payung rahmat Illah... Illahi ya Rabb...
Showing posts with label kering idea. Show all posts
Showing posts with label kering idea. Show all posts
Sunday, February 12, 2012
Thursday, January 13, 2011
Tips Blogging : Kering Idea? Meh Cuba Cara Ini
Tag :
BLOGGER,
blogger kering idea,
kering idea,
TIPS,
tips blogging
Blogging is fun right~? Hehehe~..Tapi yang tak bestnya bila masuk bab idea nak menulis tu. Bukan anda saja yang menghadapi perkara masalah ini. Ramai lagi blogger yang menghadapi masalah yang sama. Kering idea katanya. Tak tahu nak tulis apa bilangnya. Otak beku katanya. Dan banyak lagi perkataan yang keluar untuk menggambarkan bahawa mereka tak ada idea nak menulis.
Kat sini pendekar kongsikan tips untuk mendapatkan idea. Bukan dengan cara copy paste tau~! Itu tak beradab namanya.. Nyiahahahaha~!
Okay, setakat ini sahaja yang mampu pendekar kongsikan saat ini. Lain kali pendekar akan kongsikan tips yang lain pula okay?
Sekian, terima kasih kerana membaca...(^_^)
Kalau SUKA boleh LIKE~! (^_^)
Kat sini pendekar kongsikan tips untuk mendapatkan idea. Bukan dengan cara copy paste tau~! Itu tak beradab namanya.. Nyiahahahaha~!
- Pergi ke mana-mana berjalan-jalan. Tengoklah pemandangan. Kalau ada pape yang menarik perhatian tu, catatkan. Hatta kalau tengok burung gagak hinggap tepi jalan pun boleh bagi idea untuk menulis.
- Baca majalah atau sokabar.. confirm ada isu-isu yang menarik perhatian. Suarakan pendapat anda. Anda punya hak untuk menyuarakan pendapat. Tapi ingat, suarakan dengan penuh berhemah. Berkias itu lebih baik. Macam menyindir gitu.
- Kalau masa tu anda tengah online ym ke fb ke godek-godek je apa yang ada kat dalam tu. Pastu printscreen yang mana anda rasa boleh jadi cerita kepada pembaca. Cerita saja apa yang anda nak cerita. Sebab blog anda adalah tempat anda meluahkan pendapat anda. Namun masih terikat peraturan okay.
- Kadang-kadang tu jadilah jiwang sikit. Tak perlu la asyik nak serius je kan? Mesti pembaca akan muak dengan blog anda jika asyik serius je.
- Join GA / Contest / Tag banyak-banyak. Sekurang-kurangnya anda ada entry untuk dipublish. Lebih baik begitu daripada biarkan rumah anda bersawang. Kan Kan Kan??
- Jengah-jengah berita online. Cari maklumat. Dunia maya ini luas. Maklumat dan info berada di mana-mana. Copy Paste boleh digunakan untuk entry begini. Tapi nyatakan dari mana anda dapat sumber tersebut. Okay?
- Rajin-rajinlah borak dengan rakan blogger. Mana tahu tengah borak-borak tu nanti anda akan dapat idea untuk menulis. Kan Kan Kan?? Hehe~!
- YouTube ada. Terpulang pada anda untuk mengaplikasikannya. Tapi ingat. Jika anda seorang Nuffnanger, sila patuhi syarat-syarat yang dinyatakan oleh pihak Nuffnang sebelum menggunakan sebarang Video dari YouTube.
- Letak saja gambar apa-apa. Komen gambar tersebut di dalam blog anda. Hehe.
Okay, setakat ini sahaja yang mampu pendekar kongsikan saat ini. Lain kali pendekar akan kongsikan tips yang lain pula okay?
Sekian, terima kasih kerana membaca...(^_^)
Kalau SUKA boleh LIKE~! (^_^)
Encripted by
Pendekar Berkuda
at
8:07 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)
COPYRIGHT & HAKCIPTA
Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....
Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....
JazakALLAHu Khairun...
Pendekar Berkuda
Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....
JazakALLAHu Khairun...
Pendekar Berkuda






