Showing posts with label islam hadhari. Show all posts
Showing posts with label islam hadhari. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

APA YANG SEBENARNYA YANG DIKATAKAN OLEH TUN DR MAHATHIR BAHAWA HUDUD ITU TIADA DALAM AL-QUR'AN??

Bismillahirrohmanirrohim..

Mungkin apa yang pendekar kongsikan ini akan membuka mata sesetengah pihak..Agar jangan pernah menjadi pak turut tanpa menggunakan akal yang dianugerahkan ALLAH SWT dengan sebaiknya untuk mengkaji kebenaran yang ada...

Dr. Mahathir adalah insan yang berilmu dan sudah pasti sebelum mengeluarkan perkataannya, dia telah menggunakan akalnya yang waras seperti mana akal orang-orang yang berilmu. Cuma manusia itu kebanyakannya bebal dan tidak mahu berfikir... Lantas menjadilah mereka itu orang-orang yang hanya menganggukkan kepala sahaja. Dengan kata lebih sopan, pak turut pada gelarannya.

Dalam wawancara dengan peserta seminar di UNIMAS awal tahun ini, Dr. Mahathir menjawab persoalan berkaitan dengan hudud. Dan dengan seberapa segeranya, gegak-gempitalah para pejuang sok-sok alim untuk menegakkan hujah mereka.

Jadi di sini, aku ingin kongsikan maklumat yang aku dapat untuk tatapan kamu. Patah kata yang di susun menjadi hujah oleh insan-insan yang BERSANGKA BAIK.

AnonymousMar 6, 2012 09:40 PM
jika kita mahu bersikap adil, kita akan dapati seperti yang tersiar didalam video sesi soal jawab Tun M bahawa beliau tidak mengatakan hudud dicipta atau direka oleh ahli fikah sebaliknya dibentuk oleh mereka...

ini sudah tentu membawa maksud yang berbeza...

apabila penyampaian sesuatu maksud sesuatu di manipulasi mahupun disalah ertikan oleh pihak yang lain samada secara sedar atau tidak, ia mampu di katogerikan sebagai fitnah...

maka berhati2lah kita apabila ingin mengeluarkan sebarang kenyataan...
perlu analisis yang mendalam keatas sesuatu perkara agar kita dapat mengelak dari dipertanggungjawabkan di kemudian hari kelak...



Meski akan halnya pada sekalian pejuang sok-sok alim itu, yang mahu berhujah atas landasan ilmu tetapi gagal untuk memahami akan landasan ilmu, makanya sudah pasti mereka itu tidak bisa di pegang pada kata-kata dan hujah mereka.

Satu lagi maklumat :

AnonymousMar 6, 2012 09:14 PM
1. Semenjak 2 hari ini, ruangan alam maya di Malaysia mungkin sibuk dan hangat mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai hukum hudud.

2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.

3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang islam.

4. Didalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.

5. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-
a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) – pada surah 2 ayat 187
b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) – 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.
c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) – pada surah 4 ayat 13
d. berkenaan perkara umum (3 kali) – pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.
e. berkenaan adat zihar (1 kali) – pada surah 58 ayat 4.
Semuanya berjumlah 14 kali.

6. Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).

7. Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.

8. Ini sama juga dengan kenyataan Hadi Awang apabila beliau mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara islam. Sudah semestinya perkataan islam banyak kali disebut, tetapi tidak ada satupun yang merujuk kepada negara islam secara literal. Tetapi konsep keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran menurut pandangan Al-Quran ada. Yang tiada adalah perkataan negara islam.

9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir.

10. Dalam isu kedua pula, Tun Dr. Mahathir menekankan betapa pentingnya keadilan dalam undang-undang islam.

11. Ini adalah benar kerana keadilan amat dituntut. Sebab itulah, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan keatas orang islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan Islam menitikberatkan keadilan.

12. Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai konsep keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan perinsip keadilan dalam Islam.

Sumber: http://chewal.blogspot.com/2012/03/hukum-hudud-tidak-disebut-dalam-al.html




Maka apa yang pendekar harapkan adalah, apa yang pendekar sampaikan ini mampu menambahkan ruang lingkup ilmu di dada dan jemala para pemikir serta pejuang Islam sejati.Berlainan kepada pejuang sok-sok alim, apabila di bawa kepada mereka slogan Islam Hadhari, mereka memeranginya... Tetapi apabila mereka membawa slogan Negara Berkebajikan (mereka menggelarnya Baldatun Toyyibah sedang hakikatnya, ia bukanlah maknanya....) dan menyeru masyarakat untuk menyokong mereka...

Islam Hadhari bermaksud kedatangan Islam... dengan kedatangan Islam, tamadun berkembang...tetapi Negara Kebajikan? Kebajikan adalah berbuat baik... sedangkan Baldatun Toyyibah adalah negara yang baik (kisah mengenai negeri Saba'..). Perbezaan antara berbuat baik dan baik sangatlah besar. jika ada yang mahu menggunakan akalnya...


Golongan berilmu sangat tinggi martabatnya....jika ilmu kamu masih belum cukup ampuh...maka janganlah kamu berlagak bijak pandai dan mendabik dada untuk menyokong hujah kamu itu...kerana kamu akan menyebabkan aku berasa sungguh kasihan....


Wassalam...

Thursday, January 19, 2012

PERSOALAN MENGENAI ISLAM HADHARI - BENARKAH SATU AGAMA BARU SEPERTI YANG DI CANANG-CANANGKAN OLEH ULAMAK PAS DAN PEMIMPIN PAKATAN??

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... sudah lama rasanya pendekar tidak menulis entry baru...kekangan masa dan ruang waktu menghalang keinginan untuk menulis lagi dan lagi... walaupun penulisan adalah jiwa seorang blogger...namun jika aral yang melintang itu menghalangi keinginan itu...tidak dapat tidak terpaksa juga untuk dipendamkan hasrat untuk menulis lagi...

Dalam waktu berhibernasi beberapa hari ini, pendekar sempat untuk menimba ilmu dengan guru pendekar, seorang biasa yang memiliki ilmu yang luar biasa...memiliki daya ingatan yang kuat... sehingga mampu untuk menterjemahkan setiap patah ayat al-Qur'an tanpa perlu melihat pada tafsiran... dan alhamdulillah, pendekar sudah mampu untuk mendapat sedikit ilmu penterjemahan al-Qur'an daripadanya... walaupun tidak banyak... namun berbaloi juga... dan ingin sekali di tambah lagi jika masa dan keadaan mengizinkan nanti... Mudah-mudahan...Amin...


Berbalik kepada tajuk, Islam Hadhari yang pernah diwar-warkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjadi satu topik yang sangat panas. Rata-rata ulamak PAS dan juga para pemimpin pembangkang yang mengaku lebih Islam dan hafaz al-Qur'an lebih daripada orang lain mengatakan bahawa Islam Hadhari adalah agama baru....

Mereka berkata seperti itu tanpa tahu bahawa di dalam makna yang sebenar, perkataan "HADHARI" itu adalah perkataan yang di ambil daripada perkataan "HADHARA" yang bermaksud "DATANG atau HADIR"..sama seperti tatabahasa bahasa Melayu, al-Qur'an juga memiliki tatabahasanya sendiri. Jika di ambil kira pada tatabahasa al-Qur'an, Islam Hadhari bolehlah dikatakan sebagai ISLAM DATANG ataupun KEDATANGAN ISLAM....

Dengan kedatangan Islam, tamadun berkembang, wujudlah masyarakat madani iaitu masyarakat yang bertamadun dan memiliki keluhuran pekerti yang tinggi...

Di dalam al-Qur'an, perkataan HADHARA ini di sebut dalam surah al-Baqarah ayat 133 yang menyebut tentang kedatangan anak-anak nabi Yaakub A.S sebagai penyambung dakwahnya...

أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَٰهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ { 133}

Maksudnya :
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)". [133]

Maka, berdustalah para ulamak yang mendustakan ayat-ayat ALLAH... juga pada mereka yang tidak tahu tetapi berlagak tahu.... Sesunggunya Ilmu itu milik ALLAH... dan hanya dia yang berhak untuk memberikannya kepada sesiapapun yang dikehendakiNYA.... 
Wallahua'amu bissawab...

Untuk itu..pendekar noktahkan semuanya di sini...mudah-mudahan pengetahuan kalian bertambah ya... amin...

Salam perjuangan dan salam hati dari pendekar berkuda... (^_^)


COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda