PETALING JAYA - Skim tawaran membeli kenderaan tanpa deposit yang didakwa antara punca ramai penjawat awam diisytiharkan muflis sebenarnya bertentangan dengan Akta Jual Beli 1967.Pendekar juga pernah terlibat dengan industri jualan kenderaan ini sebagai jurujual tahun lepas. Dan memang perkara ini wujud. Ada sesetengah pembeli inginkan full loan kerana malas untuk membayar deposit tanpa mereka sedar beban yang akan dipikul oleh mereka akibat kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, apa yang berlaku sekarang ramai wakil penjual kereta memanipulasikan perkara itu demi mengejar komisen.
"Wakil penjual kereta akan memanipulasi pembayaran deposit sebanyak 10 peratus tersebut dengan mengatakan mereka boleh mendapatkan pembiayaan seratus peratus.
"Akhirnya, pembeli terperangkap dengan amaun yang jauh lebih tinggi dan akhirnya tidak mampu untuk menjelaskan ansuran bulanan,'' katanya pada sidang akhbar sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di sini semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai ramai penjawat awam diisytiharkan muflis gara-gara tidak mampu membayar pinjaman pakej pembelian kenderaan tanpa deposit.
Menurutnya, pengguna turut cuai kerana terlalu mempercayai wakil penjual kereta berbanding mendapatkan maklumat dari agensi profesional.
"Tidak ramai pembeli diberitahu bahawa syarat bayaran pendahuluan 10 peratus itu sebenarnya dibuat bagi tujuan memastikan kemampuan seseorang untuk membeli kenderaan," katanya.
Bayangkan jika kadar faedah adalah 4.25% untuk kenderaan baru. Apabila pembeli membeli secara full loan sebuah kereta Myvi SE berharga RM 55,490, maka kadar faedahnya adalah tinggi berbanding mereka yang membayar deposit atas kereta tersebut. Ini kerana jumlah pinjaman adalah lebih tinggi daripada yang membayar deposit.
Dan perlu diingat bahawa kadar faedah bank ke atas pinjaman adalah berasaskan baki pinjaman pada tahun tersebut. Apabila pembayaran tersekat-sekat, makan kadar faedah semestinya semakin meningkat. Boleh jadi sekali ganda dari harga kereta tersebut. Tak percaya? Percayalah ya. Kerana pendekar adalah Ex-Sales Executives untuk PERODUA, dan SUZUKI. Pendekar tahu bagaimana permainan ini berlaku. Meskipun pendekar tidak pernah cuba untuk mengamalkannya.
Jadi ingatan untuk anda yang ingin membeli kereta, elakkan daripada membeli secara full loan okay? seelok-eloknya bayarlah deposit untuk keselamatan anda sendiri. Lagipun mengikut petikan di atas,
BELI KERETA TANPA DEPOSIT ADALAH SATU KESALAHAN.







