Showing posts with label SUARA HATI. Show all posts
Showing posts with label SUARA HATI. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Maulidur Rasul, Asus U32U dan RAM 6GB

Bismillahirrohmaanirroohimm... Assalamu'alaikum...

Rasanya masih belum terlambat untuk pendekar ucapkan salam maulidur rasul untuk umat Islam sekaliannya...Moga sekalian dirahmati Allah dan diberikan syafaat oleh baginda di akhirat kelak...Aminn...

Gambar Curi dari blogger Amirul Rafiqin ..hehe..

Pernah dikatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz Awang menyebutkan bahawa menyambut maulidur rasul adalah suatu perkara bida'ah... Apa itu bida'ah tidak perlulah untuk dikupas di sini kerana di sini bukannya blog yang membicarakan mengenai agama... terdapat bermacam-macam lagi blog yang berbicara mengenai agama dan pengkhususan mengenai agama... blog-blog ilmuan, ustaz-ustaz dan tidak termasuk lagi blog-blog ustaz-ustaz "celup" yang lainnya...

Hentikan sahaja polemik mengenai hal ini kerana sama ada ia baik atau buruk, kita sendiri mengetahui hakikatnya...menjatuhkan hukum haram-berdosa-masuk-neraka bukanlah tugas kita.

Wallahua'lam..


ASUS U32U

Untuk memulakan semula langkah blogging selepas terjatuh sebelum ini, pendekar memerlukan kembali KUDA. Tanpa KUDA siapalah pendekar bukan? Jadi untuk kebaikan diri sendiri, lebih baik sebenarnya untuk memiliki kuda.

Dan pada tarikh Isnin, 21 haribulan Januari tahun 2013, pendekar berseorangan merayau-rayau di Plaza Lowyat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur demi mencari seekor kuda yang terbaik dan sihat sebelum memulakan langkah pacuan yang seterusnya. Hehe...

Pilih punya pilih, belek punya belek, akhirnya pendekar temui seekor kuda yang sangat ohsem, berwibawa, menakjubkan, dan bersesuaian dengan pendekar yang mahukan seekor kuda yang bisa berlari pantas tanpa perlu memikirkan kos pengendalian yang mahal.

Maka selepas segala urusan selesai, (pendekar terpaksa menunggu sehingga 2jam dan merayau-rayau lagi di sekeliling Lowyat semasa proses pemasangan kelengkapan kuda), maka dibawa baliklah seekor kuda yang seperti akan kalian lihat dalam gambar di bawah ini.
Kuda baru seorang Pendekar Berkuda ini akan menjadi satu kelengkapan perang yang boleh membantu pendekar dalam perjuangan di alam maya...gyahahaha.. Kuda baru ini berbakakan ASUS berjantungkan AMD e-450 dengan talaan grafik yang menakjubkan. *cuit collar*..

Maka secara rasminya pendekar ingin mengucapkan selamat datang ke blog yang akan pendekar mulakan langkah baru di dalamnya. Sama ada cepat atau lambat blog ini ke depan, hanya masa dan usaha yang akan menentukan kelajuannya...

Dan terima kasih kepada yang baik hati yang ingin sama-sama melihat pendekar berjaya di alam maya. Juga kerana pekerjaan dan amanah yang dipikul selepas ini. Mudah-mudahan kerjasama kita akan membuahkan redha Allahu Ta'ala demi mencapai kejayaan yang sama-sama kita inginkan. InsyaALLAH..

RAM 6GB

Disebabkan kerana kuda terbaru ini hanya dilengkapi dengan memori ingatan yang terhad iaitu hanya 2GB, maka pendekar ingin menambahkan kekuatan memorinya kepada suatu tahap yang boleh mempercepatkan pecutan kuda ini. Dengan itu pada 24 Januari 2013, pendekar telah menambahkan satu RAM 4GB ke dalam kotak memori sang kuda.

Oleh kerana penambahan tersebut, kuda baru pendekar sudah mula menampakkan kehebatannya. Kelajuan dan kepantasan yang menakjubkan. Memang sungguh tak sangka. Hehe...


Maka dengan ini, bermulalah perjalanan semula SENI PERMAINAN SEO, SENI PERMAINAN BAHASA dan PERJUANGAN seorang Pendekar Berkuda yang berkelana di alam maya.

Mencari, meneroka, menimba ilmu, memperjuangkan kebenaran, merobohkan tembok ego dan dusta. InsyaALLAH...sama-samalah kita.

Mudah-mudahan segalanya akan dipermudahkan ALLAH Subhanahu Wata'ala...Amiinn...


Salam Perjuangan. (^_^)


p/s : oh ya, sebelum terlupa, ada seseorang yang mempunyai blog mengenai design-design, sama ada design blog, t-shirt, gambar, video, banner, bunting, dan sebagainya... KLIK SINI jika anda berminat untuk mengetahuinya. 

Monday, January 21, 2013

Aku Kepakkan Kembali Sayap.




Bismillahirrohmaanirroohiiimmm...

Apa lagi mampu aku kata. 
Apa lagi mampu aku ungkap..
melainkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Besar...
yang memberikan aku nikmat kasih sayang yang tidak terandalkan...

kelmarin, 
aku berjalan-jalan di Lowyat...
merayau-rayau melihat-lihat...
oh...
alangkah ramainya yang hadir...
memeriahkan suasana yang memang telah bingit...

Apa aku cari cuma satu...
satu barang yang aku mahu...
yang akan aku guna buat mendepani hari...
hadiah dari seseorang yang mahu melihat aku berjaya atau tidak...
mampu atau tidak...
menggapai impian yang dulu pernah aku semat di dalam dada...
untuk mengecapi kejayaan atas usaha yang aku tebar...

kini,
aku susun atur langkah kaki..
semula..
di atas tapak asas yang pernah aku bina..
supaya kelak bila aku jatuh lagi...
tapak asas ini mampu aku guna untuk menyokong semula semangat yang aku ada...


sepulang dari Kuala Lumpur Bandaraya penuh manusia....
bila saja sampai di rumah...
sujud syukur aku...
dengan nada hiba dan tangis yang cuba aku tahan...
dengan rasa hati yang cuba aku pendam...
sejak sekian lama...


berhenti sejenak...

maka...
aku mohon izin Tuhan...
agar bisa untuk aku kepakkan semula sayap...
yang dulu pernah patah di hempas peritnya taufan dugaan...

lembaran maya...
ku buka semula kepak...
agar bisa aku terbang tinggi...
menggapai awan nun di atas sana..
kembali...

mudah-mudahan...

Amiinnn....



Friday, November 30, 2012

Jangan Pernah Berhenti Berharap

kehidupan sering dikaitkan dengan rasa putus asa, kecewa, sendiri, sepi, sendu, pilu, dan bermacam lagi kata-kata yang membawakan konotasi bernada "aku ingin sekali menangis".

ketika dugaan melanda seseorang individu yang merasakan peritnya sebuah kehidupan, percayalah di situ letaknya sebuah hikmah di penghujung setiap dugaan yang melanda.

harapan, hanyalah satu perkataan yang sering diungkapkan oleh sesiapa sahaja. tetapi sejauh manakah kita semua mempercayai akan ajaibnya sebuah harapan.

harapan, adalah fitrah semulajadi manusia sejak diciptakan olehNya akan Adam. ketika bila mana malaikat mempersoal akan penciptaannya.

harapan, bila mana seorang ibu yang mengharapkan bahawa anak yang dimilikinya akan mendoakan keselamatannya semasa di alam barzakh.

harapan, bila mana seorang suami mengharapkan agar isterinya akan menjaga kehormatan, maruah dan harga dirinya tatkala dia berpergian ke mana-mana.

harapan, harapan, dan harapan.

semua manusia memiliki harapan. makanya tidak usahlah berduka bila mana kita di duga dengan dugaan yang sedikit cuma.

percayalah pada harapan, kerana itulah Allah memakbulkan akan doa para hambaNya yang soleh dan solehah.

Jangan Pernah Berhenti Berharap.


Sunday, November 25, 2012

Di Sebalik Relung Hati

rindu yang berbisik
dalam jantung hati yang berdetik
ku atur jemari ketik demi ketik
menyusun aksara berakhir titik.

demi cinta
kurnia dari Yang Esa.
terimalah detak hatiku menyebut satu nama
pada dia yang aku cinta.

kala siang berganti malam
kala bulan di pagar bintang
rahsia hati yang gilang gemilang
untuk dia yang aku sayang.

perisai cinta
mampu menangkis duka dan lara.
biar mergastua
berdendang riang di angkasa raya!


Sunday, June 17, 2012

AKU HANYA MANUSIA BIASA 2

hidup biasa-biasa saja...tidak berlebih-lebihan dalam amalan..dalam pakaian...dalam urusan dunianya...


Aku juga tidak mahu menjadi seperti barsisha... yang ketaksuban dan kefanatikannya pada amal ibadat menjerumuskan dia ke neraka... dari seorang yang soleh dan doanya dimakbulkab Allah... menjadi si celaka kerana menyekutukan Allah dengan makhluk yang dilaknat... dan kerana itu aku sangat benci pada mereka yang terlalu taksub untuk menegakkan hukum Allah....


Sedang Rosulullah diberikan masa yang cukup lama untuk memastikan Islam itu syumul... tetapi kita lupa pada hakikat bahawa kita bukan malaikat...jauh sekali manusia sempurna... kita hanya makhluk tuhan... yang Islam yang kita anuti bukanlah Islam yang ada pada zaman Rosulullah dahulu...


Jadi usahlah kita mahu mendabik dada kononnya kitalah yang mempunyai pengetahuan di atas hukum Allah itu... jangan terlalu banyak menghukum dengan kata kata... jika tidak mahu lidah kau tergantung di neraka....


aku hanya berkongsi apa aku rasa..kerana aku tidak pernah gentar pada manusia...selagi nyawa ini aku gantung padaNya... meski jika ditakdirkan tempatku di neraka... aku redha asalkan agamaku tidak dijadikan gurau senda...


Innaddinullahil Islam....

AKU HANYA MANUSIA BIASA

Bismillah...

dengan namaNya aku menulis...bukan kerana aku mahu tunjuk hebat..tapi kerana aku mahu kongsi apa rasa yang diberikan sama aku...

Manusia...betapapun kamu mahu mencari yang sempurna..tidak akan pernah ketemu... Seperti mana yang telah termaktub sejak zaman adam diciptakan... Melakukan kesilapan dan diturunkan ke dunia...


Begitu jualah manusia...tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan... sedangkan rasulullah juga berbuat silap dalam keputusannya... apatah lagi kita lebih rendah lagi hina tarafnya...dan kita cenderung untuk menghina yang lain...tetapi kita tidak rela untuk menerima penghinaan...bukankah itu dangkal?


Dan kita semua berlagak angkuh lagi bongkak..riak lagi takbur...untuk mengatakan bahawa kitalah yang lebih baik... lebih beriman... dan lebih berilmu dari yang lain...


tetapi...ya...tetapi kita sering lupa... bahawa di dalam setiap yang lebih baik itu...di dalam setiap yang lebib beriman itu...di dalam setiap yang lebih berilmu itu... ada yang lebih baik lagi...lebih beriman lagi...dan lebih berilmu lagi... dan sudah pasti ia tidak akan mampu mengatasi Yang Maha Sempurna....


aku juga seperti kalian..tetapi aku tidak pernah mahu menjadi seperti umar al-khattab... umar abdul aziz... mahupun siapa siapa juga yang aku tahu aku tidak mungkin mampu jadi... aku hanya mahu jadi lelaki biasa yang diketahui akan syurgaNya semasa dia hidup... iaitu dia yang tidak pernah mencemburui dan iri hati kepada muslimin yang lain...

Friday, June 1, 2012

GILA...tiada apa~!!

Sudah ku bilang...tiada apa... 























gila apa kau mahu percaya?? sudah aku bilang tiada apa....

















Kenapa sukar untuk percaya?? Tiada apa~!!!





























Lihat?? Masih degil juga.... gila sungguh~!!


















































Mengaku aja kamu gila..... sekian....



Sunday, May 6, 2012

[ Syahdu ] LUAHAN HATI SEORANG INSAN UNTUK SEMUA MAHASISWA DAN PELAJAR

Bismillaahirrohanirrohim...

Patah kata yang tersusun indah sudah pasti akan menenangkan jiwa. Patah kata yang teratur dengan kalimat keterujaan sudah pasti akan membangkitkan semangat dan rasa...

Terima saja hakikat bahawa penulisan bisa mempengaruhi jiwa. Dan apa yang mahu pendekar kongsikan di sini kali ini adalah luahan hati dan nasihat seorang insan biasa kepada sekalian mahasiswa dan pelajar di mana-mana sahaja...Jadi...hayatilah setiap patah katanya ya...

"adik-adik ku sekalian.....berfikirlah sejenak....dari mana kita semua mula merangkak belajar alif ba ta, nombor 123..huruf abc....bagaimana rupa kita pada hari pertama kita mendaftar sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi institut pengajian tinggi/pendidikan yg amat diimpikan oleh setiap pelajar lepasan sekolah menengah....kenapa pada hari ini, tiada lagi kesedaran dalam diri? di mana di sembunyikan tatasusila?di mana di sembunyikan rukun negara yg sering dilaungkan?

semua ibu bapa amat mengharapkan dapat melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran....tamat pengajian dengan cemerlang....tanpa ada diselitkan unsur-unsur negatif yang sering merasuk disekeliling anak-anak ini....menitis air mata setiap insan yang ingin melihat keamanan di Negara Malaysia kita yg tercinta ini....adakah pernah terfikir ada lagi adik2 kalian yg masih kecil yang sedang berusaha untuk ke menara gading seperti kalian?...bagaimana masa depan mereka nanti jika mereka melihat keadaan di sekelilingnya sudah begini?....

sering kita laungkan keamanan, kebebasan, ketelusan....tapi adakah kita pernah melaungkan syukur atas apa yang telah kita kecapi selama ini?...adakah kita pernah melaungkan syukur atas kejadian kita pada hari ini?..kita semua sama adik-adik ku....semua bermula dari tangisan yang amat kecil ketika dilahirkan oleh ibu kita yg bertarung nyawa demi utk anugerah Allah SWT yang tidak ternilai....kita tidak terus jadi dewasa/besar begini kan?....menuntut ilmu satu tanggungjawab...amanah utk setiap insan yang bergelar pelajar.....

Maka laksanakanlah tanggungjawab/amanah itu...beristiqamah dalam setiap perkara yg setiap hari akan kita hadapi pelbagai macam warnanya.......demi ibu bapa tersayang, demi keluarga tersayang, demi masa depan, demi Negara Malaysia..tanah kelahiran kita..yg kita duduki dari lahir hingga sekarang....yg kita duduki dgn aman, selesa, bahagia, tiada pun ledakan bom semasa kita sedang berbahagia berkumpul bersama keluarga (nauzubillahuminzaliq)......fikirkanlah adik2ku.....di mana pun kita berada....Allah Maha Adil, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana...hanya sekadar untuk berkongsi, tiada maksud lain selain utk manfaat bersama.....jazakallah~ " - by anonymous

Jadi...fikir-fikirkanlah ya...selamat beramal...

Dan jangan lupa tonton video ini...seorang ibu yang kecewa terhadap anaknya....



Salam perjuangan dari Pendekar Berkuda

Sunday, February 26, 2012

BLOG BAGAIKAN SAMPAH SARAP BAGI AKU

Bismillahirrohmanirrohim....

Aku ingin sekali menulis...menulis bukan kerana terpaksa...tetapi kerana aku suka untuk menulis...meluah apa aku rasa lewat ketik jemari yang entah bila akan mampu untuk aku hentikan tarian seninya...Bagaikan mengatur huruf demi huruf..baris demi baris ayat yang tak mampu untuk aku luah lewat pepatah kata yang sudah lama tidak aku lakar...

Huruf...bagaikan seni tari yang tidak mampu lagi aku ikut rentaknya satu demi satu...maka longlailah ia bagaikan tiada satu apa pun yang mampu menaikkan semangat untuk aku terus melakarkan gerak tari seterusnya...

Pada setiap patah kata yang aku tera ini, tersimpan perasaan pilu dan sedih betapa aku ingin sekali menggapai apa aku mahu lewat indahnya perjalanan alam maya..namun aku pasti ia tidak akan jadi seperti dahulu lagi...

Aku...hanyalah seorang insan biasa yang ingin menjadi luar biasa pada lewat atur huruf membentuk kata...dengan aturan bahasa yang lemah gemalai tiada terleka...

Aku...demi mencapai apa aku mahu pada kalimat yang pernah aku tera...betapa aku seorang lelaki yang berdosa berat...namun kerana kasih ALLAH pada aku masih ada...makanya beginilah aku masih bisa untuk bernafas di muka bumi-Nya....

Demi yang Kholiq...Sang Pencipta Sekalian Alam....aku lontar apa aku rasa kali ini juga...pada perkataan WHY dan KENAPA... aku masih setia...meladeni setiap langkah yang akan aku cuba untuk melaluinya...

Salam hati..

Tuesday, February 7, 2012

LUAHAN SUARA HATI SEORANG IBU UNTUK ANAK PEREMPUANNYA

Sahabat, ini adalah petikan suara hati seorang umi. Umi adalah nama lain dari ibu. Taukah sahabat? mungkin suara hati ini tidak cuman suara hati perseorangan, namun mungkin ini juga merupakan suara hati ibu kita. Ibu dari ibu-ibu yang ada di permukaan bumi ini. Selamat membaca..

*********************************


Anakku yang ku kasihi…

Tanpa disadari oleh kita masa berlalu terlalu cepat dan kau yang ketika dulu masih kecil, manja dalam pelukan umi, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar arti kehidupan. Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cobaan. Cobaan yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsumu, kewibawaan dan tugas-tugasmu. Ketika inilah kau, kau ingin merasakan semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung banyak orang. Kau ingin disayangi dan menyayangi.


Anakku sayang,

Jika tiada iman, niscaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan. Oleh itu, umi berpesan agar engkau berhati-hati dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah karena tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, tidak ada orang yang dikecualikan, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata,”seorang remaja jika dapat melalui ujian dan dugaan hidupnya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling berjaya selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal menggunakan masa remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan yang akan datang”.

Wahai anakku sayang..

Seringkali umi menangis, melihat perubahan pada dirimu. Dulu, kau tidak begini. Engkau seorang yang taat pada perintah ibu, yang malu bila auratmu terbuka, walaupun tertiup angin. Kau amat teliti dan hati-hati dalam menjaga sholat-sholatmu dan kau suka bila umi ceritakan tentang ketokohan wanita-wanita dahulu. Anakku sayang.. ibu tanam satu harapan padamu, kiranya bila kau besar nanti, kau akan menjadi orang solehah.

Wahai Anakku…

Wanita itu dijadikan Allah dengan dipenuhi keindahan, unik dan menakjubkan. Pandai-pandailah kau hargai nikmat yang telah diberikan itu. Jikapun kau cantik, jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih banyak orang yang mempunyai kelebihan diatas mu. Jangan kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu. Jagalah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagalah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrimmu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakrawala asalkan kau dapat pertahankan sebutan sebagai wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di sampingNya.

Anakku sayang…
Saat kau berpakaian, maka sebenarnya untuk menutup kulitmu, untuk melindungi bentuk badanmu daripada pandangan lelaki jalanan. Oleh itu, pakaianmu hendaklah longgar, tidak tipis dan satu lagi anakku, pakaian mu itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita yang dihatinya tidak ada rasa takut akan adzab Allah. Perhatikan hadith ini…”Sesungguhnya antara penduduk neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang(pakaiannya tidak berfungsi sebagai alat untuk menutup aurat), perempuan-perempuan yang condong kepada maksiat dan berusaha menarik orang lain melakukan maksiat. Mereka ini tidak mungkin akan masuk surga selama-lamanya dan tak akan dapat mencium baunya selama-lamanya." Jangan kau merasa dirimu terlalu gagah hingga kau sanggup melanggar hukum-hukum Allah dengan sengaja. Apatah lagi jika melanggar peraturannya dengan rasa bangga dan sombong, ingkarmu terhadap hukum-hukum itu, samalah maknanya kau melawan Tuhanmu, sedangkan kau cuma seorang hamba dan Allah itu Tuhanmu, Maha Memiliki segala isi langit dan bumi.

Wahai Anakku Sayang…
Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakan beratnya. Setiap petunjuk Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hambaNya apalagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan niscaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar. Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikurniakan kekuatan untuk mengikut langka-langkah yang diredhai Allah. Itulah doa dan harapan umi wa abi...

Wednesday, January 11, 2012

TONTON VIDEO INI, PERHATI SEKELILING. ADAKAH MASIH ADA? KITA MASIH MAMPU MENGUBAHNYA, PERCAYALAH

Hati budi...
keluhuran dan keikhlasan...
memberi dan menerima...
kejujuran dan kerendahan hati...

Dan...kerendahan hati adalah cerminan ketinggian budi...

Tonton video di bawah...dan aku pasti anda akan menemui hakikat betapa jauhnya kita daripadanya sekarang ini...



sedih bukan? mahu atau tidak...itulah hakikatnya...yang terpaksa kita telan...meskipun mungkin amat pahit... :(

Namun begitu...percayalah...kita mampu mengubahnya...

Salam hati... (^_^)

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT DATANG 2012, SELAMAT TINGGAL 2011

Bismillahirrohmanirrohim...

Yang pertama sekali yang mahu pendekar ungkapkan di sini adalah Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Ya...memang benar, 2012 adalah tahun masihi dan bukan tahun Hijrah. Jadi apa relevannya pendekar mengucapkannya? Ah...usah ambil pusing la kan?? benda kecil cuma...impaknya tidak sebesar mana....

Mengenang kembali perjalanan sepanjang tahun ini, banyak suka dan duka yang pendekar tempuhi...tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang tidak pernah berhenti...tahun yang begitu mencabar bagi diri ini... ya...sungguh...tahun inilah yang paling mencabar bagi diri pendekar dalam sekian banyak tahun yang ada....

Ramai yang mungkin menyambut kehadiran tahun baru ini dengan menghadiri pesta-pesta dan konsert-konsert....namun apa yang mahu pendekar kongsi, moga apabila tibanya bulan September nanti, kita tidak akan menemui bayi-bayi yang tidak berdosa di buang di dalam tong sampah dan longkang... Kerana kita sudah melihatnya... (Pendekar pun lahir bulan september apa...huhu...)

Pendekar doakan juga...mudah-mudahan tahun baru ini akan menjadikan kita lebih kuat dan semangat untuk menempuhi cabaran dan dugaan hidup yang bakal mendatang...ya...kuatkan semangat kita!

Tahun ini, pendekar ingin memulakan langkah baru...kerana adanya keinginan untuk mendirikan masjid bersama seseorang...ya...mudah-mudahan keinginan yang baik ini tercapai hendaknya... Amin...

Juga kepada anda sama ada anda bergelar blogger ataupun tidak, genggam erat hati...kepalkan tangan dan laungkan pada angkasa.... "AKU PASTI BOLEH~~!!"


Sehingga perjalanan hidup akan terus terakam indah...pendekar noktahkan segalanya di sini...menyambut kehadiran tahun baru...dan menutup tahun 2011 yang memberikan sejuta detik dan saat pengalaman kehidupan yang tidak terhingga....

SELAMAT TAHUN BARU 2012 dan SELAMAT TINGGAL 2011

Terima kasih atas sokongan kalian sepanjang pendekar berblogging ini ya.... juga selamat menempuhi tahun baru 2012 dan salam perjuangan untuk kalian semua... (^_^)

***

Sunday, December 11, 2011

ANTARA MENJADI SEORANG BLOGGER FAMOUS DAN LOW PROFILE

Bismillahirrohmanirrohim...

Cukup sudah lebih sepurnama lamanya pendekar berkelana di alam maya ini. Begitu banyak peristiwa yang dilalui. Bagaikan umpama angin-angin lembut yang menyapa pipi. Damai...indah...nyaman... Namun terkadang bagaikan sebuah tamparan ribut yang keras lagi berat...menghuyung-hayangkan diri entah ke mana-mana.

Dunia blog adalah satu dunia yang indah jika dapat diselami akan kebaikannya. Suatu dunia yang sangat memberikan kesan kepada kehidupan seharian. Suatu dunia yang apabila anda sudah menceburkan diri ke dalamnya, anda akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai diri anda.

Dunia blog adalah dunia di mana anda akan mampu mengenal diri sendiri dengan lebih mendalam. Di sini anda belajar untuk bersifat jujur...hipokrit....setiakawan....khianat...tikam belakang...sealiran perjuangan... dan bermacam-macam lagi yang anda boleh dapatinya di dalam dunia blog.

Anda boleh sahaja menconteng apa saja anda mahu. Tulis apa sahaja anda ingin tulis...Lakar apa sahaja anda ingin lakar... Kerana di situlah letak indahnya kehidupan dunia maya.

 

Namun, kebebasan itu tidaklah mampu menghalalkan cara... Jangan menulis sembarangan cuma... jangan menghentam membabi buta... Asalkan niat itu ada...Jangan pernah takut apa-adanya... Hidup...selagi kau pegang pada lafaz... "Selagi Mati Membilang SAAT.."...kau pasti akan kuat....

Hidup...selagi kau pegang erat pada keramat kata... "Selagi bergantung pada yang tak mati..." selagi itulah kau sehina-hina makhluk di muka Bumi....

Begitu juga pendekar....dua ayat di ataslah yang pendekar jadikan prinsip. Dua ayat di ataslah yang pendekar genggam erat di dalam jemala hati...agar semangat itu tetap menyala...berkobar megah tak kira apa... menempuh onak segala apa...

Hidup bagaikan satu putaran roda...terkadang kita di atas....terkadang kita di bawah...sedarlah pada hakikat...tidak selamanya kita akan kekal di atas... Usah mendabik dada mencanang pada dunia bahawa kitalah yang terhebat...kitalah yang terpilih...

"ALLAH...Kalau dia nak tunjuk...sekelip mata jer derr..."

Ingatkan itu ya....dan...pendekar tetaplah ingin kekal menjadi blogger begini... Setahun lebih menyembunyikan wajah...tiada yang kenal...dan kali ini pendekar paparkan wajah cuma untuk anda kenal siapa pendekar... bukan minta di puji sanjung dikutuk hina... Kerana inilah ciptaan ALLAH...apa yang dianugerahkanNYA kepada pendekar... yang lebih...yang kurang...hanya padaNYA lah tempat mengadu...

Salam perjuangan buat sekalian teman-teman blogger dan para pembaca blog ini... (^_^)

Friday, December 9, 2011

KUALA LUMPUR ADALAH DUNIA TANPA KASIH SAYANG. SIAPA SETUJU?

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wahai teman...pendekar bukan mahu menghentam semberono. Bukan juga mahu kalian rasa bengkak hati. Tapi itulah hakikat. Kalian tidak akan menjumpai kasih sayang di sebuah bandar besar. Jika tidak. Tidak mungkin kalian akan jumpa istilah balik kampung. Makan angin di luar kota. Atau apa-apa sahaja istilah yang membawa kalian keluar dari dunia metropolitan Kuala Lumpur.

Pendekar pernah merasa hidup di sebuah kota besar. Di mana kamu akan di pandang bagaikan orang-orang asing di hadapan manusia lain. Hatta, di sini, kamu tidak akan mampu kenal siapakah kawan dan siapakah lawan. Kehidupan yang serba pantas dan menghimpit membunuh rasa kemanusiaan di dalam diri.

Kadangkala bila di fikir semula. Alangkah baiknya jika pendekar tidak pernah kenal sebuah tempat yang bernama Kuala Lumpur. Di sebalik kemegahan seni binanya. Terselit sejuta macam kekurangan. Masalah sosiah, jenayah, dan segala macam kebejatan kalian bisa lihat di sana-sini.


Dari Kuala Lumpur lah, segala pengaruh budaya asing mula melebar dan meluas sehingga ke ceruk-ceruk kampung. Dari Kuala Lumpur lah segala penyakit-penyakit sosial mula menapak dan mewabak menjangkiti masyarakat. Dalam kerancakan pembangunan, jiwa penghuni kotanya adalah jiwa dunia. Jiwa yang terkejar-kejar akan kemajuan dunia yang serba pantas. Sehingga mereka tidak punya masa untuk memahami apa itu erti kasih sayang. Pendekar pernah hidup 4 tahun di sini. Kelajuannya membunuh jiwa dan roh....

Dunia kini, di mana kuasa dan wang adalah satu kemestian. Di mana kita dimomokkan dengan "Jika kau ada wang, kau akan bahagia..." Maka berduyun-duyunlah manusia mengumpul harta. Dari pekerjaan biasa.. mereka mula bekerja separuh masa dan kerja-kerja-kerja lagi sehingga tiada langsung masa untuk keluarga dan diri sendiri.

Apabila keluarga tidak lagi menjadi satu entiti yang penting dan kukuh. Janganlah mimpi wahai para pejuang agama! Janganlah mimpi wahai para pejuang perpaduan! Untuk kamu lihat perpaduan di mana-mana! Kerana masyarakat itu di bina dari sebuah keluarga! Jika keluarga sendiri punah-ranah, bagaimana kau mahu membina sebuah masyarakat perpaduan? Usahlah bermimpi di siang hari!

Pendekar ingin tanya kepada para ibu-bapa yang mungkin sedang membaca apa yang pendekar tulis ini. Di manakah anak-anak anda?? Apa yang mereka sedang perbuat? Sama ada sedang berkelahi lewat Facebook, ataupun sedang berpeleseran di mana-mana. KL PAVILLION? Bukit Bintang? Hotel-hotel murah? Ataupun Tepian pantai memadu asmara? Woahha! Kau tanya sendiri sama kau punya anak!

Begitulah dunia kini. Sama ada kita mahu sedar atau tidak. Itulah hakikat yang nyata lagi jelas. Kalian boleh lihat semua itu di Kuala Lumpur. Kerana di situlah dunia pura-pura yang dipayungi syaitan bermaharajalela.

Selamat malam!

Salam perjuangan dan salam hati..(^_^)

Monday, December 5, 2011

KEINDAHAN ISNIN | BEAUTIFUL MONDAY

Jika dulu orang selalu melabelkan bahawa Isnin adalah hari yang penuh dengan kemalasan...kemengantukan....kekuyuan...kemurungan dan sebagainya..apa kata kali ini kita ambil langkah proaktif untuk mengubah presepsi orang ramai kepada yang lebih baik tentang hari Isnin...

Keindahan Isnin ataupun dalam bahasa mudahnya Beautiful Monday adalah satu cara untuk mengubah mentaliti masyarakat dan orang ramai terhadap hari Isnin. Inilah yang ingin pendekar tanamkan di dalam diri setiap pembaca...

Untuk pengetahuan anda sekalian... Nabi Allah Muhammad SollALLAHu'alaihiwasallam di lahirkan dan wafat pada hari Isnin....Namun terdapat perselisihan pendapat mengenai tarikh sebenar kelahiran Rasulullah... Ada yang mengatakan pada 12hb Rabiul Awal Tahun Gajah... Ada pula yang mengatakan pada 9 Rabiul Awal Tahun Gajah...

Namun hari kelahirannya langsung tidak berubah... Indah bukan? Dunia menerima kelahiran pembawa kesejahteraan ummah pada hari Isnin... Allah menerima kesempurnaan Islam juga pada hari Isnin..dan Rasulullah wafat pada hari Isnin...

Tetapi kita...yang masih terbelenggu dengan mentaliti sekular dan hedonisme barat tidak pernah mengambil iktibar di atas peristiwa ini... Banyak peristiwa yang berlaku pada hari Isnin di dalam Islam... Kemenangan di dalam perang.... dan pelbagai macam lagi peristiwa yang indah-indah...

Jadi apa kata kita sambut Keindahan Isnin pula ya... dengan penuh iltizam dan semangat yang menghangatkan...

Jangan malas! Ayuh bangkit menikmati ISNIN YANG INDAH! Woahha~!!!

Salam hari ISNIN!

Orang kata, pagi-pagi kena lihat warna alam...baru semangat....(^_^)

Friday, November 4, 2011

CINTAKU MILIKMU, TUBUHKU MILIKNYA.

Bismillahirrohmanirrohim...

Bukan sengaja ingin membikin tajuk seperti ini, namun apa yang pendekar ingin kongsikan adalah sesuatu yang semakin membarah di dalam masyarakat kita terutama sekali di dalam masyarakat Islam dan Melayu.

Mengambil situasi semasa sebagai petunjuk keadaan semasa, dapatlah disimpulkan kini bahawa perhubungan kini adalah sangat murah, murah sekali sehingga mampu di nilai hanya dengan wang ringgit sahaja. Bukankah itu mencerminkan kepada kita bahawa perhubungan itu sendiri bisa di ukur dengan kebendaan semata?  Alangkah murahnya maruah dan harga diri kita.


Di sebalik cerita "Cintaku Milikmu, Tubuhku Miliknya" adalah ulasan mengenai kejadian yang semakin banyak berlaku di dalam institusi kekeluargaan umat Islam. Kisah kecurangan sang isteri bersama lelaki lain yang memporak-perandakan institusi kekeluargaan yang ada di dalam masyarakat. Juga kisah lelaki bejat yang mengambil kesempatan di sebalik kekurangan yang ada pada diri perempuan.

Kebanyakan kisah kecurangan isteri ini berlaku kepada mereka-mereka yang bekerja. Yang memiliki masa yang lebih banyak bersama orang luar berbanding bersama keluarga mereka sendiri. Kebanyakan perkara ini berlaku ketika ruang lingkup pekerjaan membolehkan lelaki dan perempuan bergaul secara bebas. Di situlah titik mula proses kecurangan ini berlaku.

Suami orang dengan isteri orang, isteri orang dengan suami orang, anak dara dengan suami orang, duda, bujang, dan suami orang dengan isteri orang, anak dara orang mahupun mak-mak orang. Semuanya kini semakin banyak kelihatan akibat sikap kita yang memandang rendah kepada nasihat Baginda Rasulullah Sollalluhu'alaihiwasallam.

"Tidak boleh keluar rumah seseorang wanita itu kecuali di temani dengan mahram"

Berapa kerat wanita dan lelaki yang mengambil pengajaran ke atas ayat di atas ini? Berapa kerat ibu bapa yang mengambil berat akannya? Kita tidak mahu langsung mengikut segala apa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah kepada kita tapi kita sibuk hendak membetulkan "bangunan yang senget."

Masalah utama kita untuk membanteras masalah sosial adalah WANITA atau PEREMPUAN atau GADIS atau segala yang berkaitan dengannya. Masalah utama kita adalah bagaimana untuk menyedarkan ibu-ibu dan bapa-bapa, para suami dan isteri tentang tanggungjawab sebenar mereka.Untuk menyelamatkan UMMAH, yang terlebih dahulu perlu diselamatkan adalah para wanita dan generasi muda.

Jika tidak, harapan untuk melihat sebuah masyarakat yang benar-benar generasi pemegang panji-panji Imam Mahdi hanyalah satu angan-angan kosong. Menyelamatkan generasi muda itu lebih daripada wajib untuk kita semua lakukan. Dan dalam semua itu, menyedarkan wanita Muslim mengenai peranan sebenar mereka adalah fardu kifayah buat sekalian pejuang-pejuang Islam. Tak usah dibiarkan mereka terkapai-kapai. Kelak, merekalah penyumbang terbesar kepada kemusnahan generasi muda yang seterusnya.

Berbalik kepada tajuk, selagi wanita memasuki pasaran pekerjaan, selagi itulah masalah-masalah sosial tidak akan mampu terbendung dengan sendirinya. Meski kita himpun sepuluh ribu juta makhluk di muka bumi ini, tidak akan mampu untuk membendung masalah ini. Kerana pengaruh pergaulan bebas adalah satu malapetaka terbesar buat umat Islam.

Tidak Percaya? Percayalah...

Salam Indah Hari Jumaat...Moga keberkatannya sentiasa bersama anda sekalian. Amin...

Aku lakarkan rasa hati..
di sini terus meladeni...
pinggir-pinggir pantai yang memutih...
menyaksikan desiran ombak yang menghempas...
kasar dan keras...
umpama tamparan dunia yang kejam lagi bengis..
menampar tanpa rasa simpati pada diri...
sehingga aku pingin untuk menangis...
menghitung dosa-dosa silam yang pernah tercipta...
lewat gugusan awan yang berarak hiba...


masihkah ada sinar ceria...
pada langit yang setiap hari menangis pilu?

.....

Sunday, October 30, 2011

PUISI : MEMELUK LANGIT

 MEMELUK LANGIT


Ketika rindu berbisik...
Pada ulas sapa bayu gemersik...
ku lihat ku renung...
awan nun jauh di persada langit...
melakar mencoret satu lukisan indah...
di dada langit ku amati mewah...

saat unggas berkicau riang...
ku depang tangan menghadap angkasa...
ku amati indahnya suasana...
lantas ku hirup udara dunia...
ku peluk erat dada langit ke dalam jiwa...

sayang...
ini bukan puisi cinta...
ini bukan puisi cinta...
ini cuma luahan rasa...
yang terlukis tika aku merasa...
tenangnya jiwa saat menghayati agungnya...
ciptaan Illah yang empunya....

Teman...
aku ingin ajak kamu bersama...
luangkanlah masa...
pandanglah langit sana...
ayuh kita sama-sama..
memeluk langit seerat-eratnya...

ayuh teman...
kita peluk langit selagi ada...
nafas bersisa di dalam dada...

dan aku pasti...
kamu akan tersenyum lagi...

(^_^)


Thursday, October 27, 2011

DUNIA TANPA BLOG? BAGAIMANAKAH AGAKNYA?

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia buat sekalian sahabat blogger dan para pembaca yang budiman.. yang molek2...yang muteh2..yang comel2...yang hensem2...yang kacak2...yang ganteng2....yang imut2... yang bla bla...yang bla bla bla...segala bagai yang membawa konotasi positif impak maksima ya?

 Berdirinya saya di sini adalah untuk...opppsss...alahai...tersasul lak...sorry2... miyahahaha~!!... Adapun sudah agak lama khan pendekar tidak membloggingkan diri ini? sudah berapa lama pendekar pun tak tahu...kepada para pembaca yang setia menanti dan menunggu update dari pendekar..pendekar mohon maaf yang amat sangat dengan anda kerana tidak berkesempatan untuk mengupdatekan diri di blog... semoga anda sekalian sihat-sihat blako ya... hihihi...

Mungkin ada yang perasaan status pendekar di FB sejak dua menjak ini... mungkin juga ada yang tidak perasan mengenainya...tapi biarlah...apalah yang nak dipentingkan sangat dengan status itu kan? ada banyak lagi status yang ada dalam FB tu...siapalah pendekar ini yang orang nak kisahkan?

Adapaun pendekar sekarang ini berkembara kelana lagi ke Pekan,Pahang. Jauh...tiada jalan terus dari KL...kena ikut macam jalan yang bersimpang siur...bagai ular kena palu...hurmmm...

tak tahu mahu tulis apa lagi...

seperti pada tajuk...dunia ini jika tiada blog...bagaimakah agaknya ya??

Thursday, October 6, 2011

RINTIK-RINTIK GERIMIS


Rintik-rintik gerimis...
mendinginkan suatu malam...
ketika hati mengemis...
mengenang akan kisah silam..

Rintik-rintik gerimis...
membisik pada alam...
titis demi titis...
membisik rindu pada semalam...

Rintik-rintik gerimis...
andainya dapat diluahkan rasa...
pada bait-bait puitis...
buat sang kekasih nun jauh di sana...

damaikanlah tidurnya..
wahai malam tanpa cahaya...
karena aku meminta...
atas nama zat yang Maha Kuasa....

selamat tidur sayang...

~Pendekar Berkuda~

Friday, September 30, 2011

SEPI SEBUAH CINTA


Ketika dahulu...
kau bilang aku kau cinta...
kau bilang aku kau sayang...
kau bilang sampai bila-bila juga kamu tetap milikku...

Tapi sayang...
kini kau tinggalkan aku...
kau bencikan aku...
kau hinakan aku...
kau maki keji aku...
bagaikan aku adalah sehina-hina manusia di dunia...
bagaikan aku hanya bak debu-debu yang akan terbang hilang di bawa angin nan lalu...

Tahukah kamu sayang...
meski aku di tinggalkan...
meski aku di benci...
meski aku di hina...
meski aku di maki keji...
hati ini...perasaan ini...
tetap jua tidak mahu menerima....
akan segala perbuatan mu itu...
tetap ingin berdusta pada hakikat...
tetap ingin lagi berharap...
bahawa kamu akan kembali lagi...
untuk menemani aku mendepani hari...

Sayang...
andai langit itu bisa ku gapai...
andai bintang itu bisa ku petik...
andai bulan itu bisa ku tawan...
akan aku dedikasikan segalanya untukmu...
hanya kerana aku mahu kau tahu...
betapa berharganya diri mu padaku...

Terima kasih sayang...
kerana pernah membahagiakan hidupku...
meski aku tahu...
kau tidak mungkin lagi akan ada...
untuk menemani ku mendepani hari...

Biarlah aku begini...
dalam sepi sebuah cinta...

~PENDEKAR BERKUDA~

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda