Showing posts with label SINOPSIS BOBOI BOY. Show all posts
Showing posts with label SINOPSIS BOBOI BOY. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

SINOPSIS BOBOIBOY | BOBOYBOI | BOBOI BOY TV3

[SINOPSIS] Siri animasi baru TV3, Boboiboy memaparkan kisah mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Boboiboy yang mempunyai kuasa luar biasa yang diperolehinya secara tiba-tiba. Kuasa tersebut digunakan bagi menyelamatkan koko jualan datuknya yang ingin dicuri oleh makhluk asing.

Tidak keseorangan dalam misi menyelamatkan koko tersebut, Boboiboy turut ditemani oleh tiga lagi rakan iaitu Gopal, Yaya dan Ying yang juga mempunyai kuasa adiwira.


Sepanjang peristiwa bergelut dengan makluk asing serta menjalani kehidupan mereka bersama-sama, pelbagai kisah lucu yang mencuit hati turut dipamerkan dalam siri animasi 3D terbaru itu.





Pelakon suara latar yang menjayakan watak siri animasi tersebut adalah Nur Fathiah selaku Boboiboy, Nur Sarah Alisya (Yaya), Yap Ee Jean (Ying) dan Dzubir Mohamed Zakaria (Gopal).

Boboiboy disiarkan setiap Ahad, jam 7 malam di saluran TV3.

BOBOI BOY - CERITA SUPERHERO KANAK - KANAK MALAYSIA

Sinopsis mengenai animasi Boboi Boy, Superhero baru kanak-kanak malaysia. Fenomena baru dijangka akan melanda dunia animasi tempatan menerusi siri baru, BoBoiBoy sebanyak 13 episod yang ditayangkan di TV3, pukul 7 malam, Ahad lalu.

BoBoiBoy merupakan adiwira baru terbitan Animonsta Studios Sdn. Bhd., yang dicipta oleh sekumpulan tenaga mahir yang sebelum ini pernah mencipta Upin & Ipin.


Mereka yang bertanggungjawab menghasilkan BoBoiboy adalah Pengarah Urusannya, Mohd. Nizam Abd. Razak, Pengarah Eksekutif, Mohd. Safwan Abd. Karim, Pengarah Kreatif, Muhammad Anas Abd. Aziz dan Pengarah Penerbitan, Kee Yong Pin.


Menurut Mohd. Nizam, penghasilan BoboiBoy, kisah kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang mempunyai kuasa superhero bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana karakter.
Sebaliknya, ia dicipta bagi memeriahkan dunia animasi tempatan dan sekali gus mencipta satu watak adiwira atau super hero di kalangan penonton kanak-kanak.

“BoboiBoy tidak sama dengan animasi Astro Boy kerana watak BoboiBoy adalah tempatan dan kami mengambil masa selama enam bulan untuk menciptanya.

“Memang kami ada membuat rujukan dengan animasi luar tapi kami tidak tiru. Apa yang dihasilkan adalah idea anak tempatan. BoBoiBoy dihasil berdasar perbincangan dan pendapat orang ramai yang dibuat di laman sosial facebook,” katanya pada majlis pra-tonton siri BoBoiBoy baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara itu adalah Penganalisa Jenama Pengurusan Jenama TV3 Kids, Azri Badri, Pengurus Besar Pemasaran Munchy‘s, Edward Chen dan Pengurus Penjenamaan Munchy‘s Beh Pol Yee.

Kata Mohd. Nizam, seperti adiwaira lain BoBoiBoy yang tinggal bersama datuknya, Tok Aba, itu juga mempunyai kelebihan kuasa terhadap tanah, angin dan petir.

Sumber : Utusan Malaysia - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_08.htm


COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda