Showing posts with label PERFORMANCE. Show all posts
Showing posts with label PERFORMANCE. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

SENI SEO ADALAH 70% DARIPADA TRAFIK BLOG PENDEKAR BERKUDA.

Bismillahirrohmanirrohim...

Syukur Alhamdulillah kerana pendekar masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Apa yang ingin pendekar kongsikan di sini adalah performance blog ini untuk bulan April dan Mei 2011.

Namun pendekar tak dapat nak kongsikan berapakah jumlah trafik ke blog ini mahupun berapakah jumlah pageviews di blog ini untuk tempoh masa yang pendekar nyatakan di atas. Tetapi pendekar akan kongsikan sedikit tajuk mengenai perkara di atas. Berapa peratuskah trafik organik ke blog ini hasil daripada enjin carian? Untuk itu pendekar kongsikan bersama anda printshoot yang pendekar ambil dari statistik Google analytic.

Peratus trafik ke blog pendekar berkuda April 2011

10 Top Referrer Blog April 2011

10 Top Keywords April 2011

Di atas itu adalah untuk bulan April 2011. Dan di bawah ini pula pendekar kongsikan peratus pecahan trafik ke blog pendekar berkuda untuk bulan May 2011. Nampaknya peratusan trafik dari enjin carian telah meningkat. Mudah-mudahan bulan Jun 2011 juga akan meningkat untuk membolehkan 90% trafik dari enjin carian memasuki blog ini.

Walaupun begitu. 80% sudah memadai rasanya untuk membolehkan Google menaiktaraf Page Rank blog dan juga taraf blog dengan lebih baik. Bagaimana enjin carian mampu memberikan Page Rank kepada kita? Nanti pendekar kupas ya. InsyaALLAH..

Peratus Pecahan Trafik May 2011

10 Top Keywords May 2011

10 Top Referrer May 2011
Ulasan :

Seperti yang anda lihat di atas. Trafik ke blog ini adalah lebih kepada organik. Maknanya trafik ke blog ini adalah trafik yang datang dari enjin carian Google. Kebanyakan trafik ini adalah hasil daripada SENI PERMAINAN SEO. Jika anda mahu belajar SEO. Anda masih boleh belajar meskipun blog anda cuma berada di dalam platform blogspot. Blog ini pun sama. Hehehe...

Klik pada SENI SEO ALEXA di atas untuk belajar bagaimana untuk membuat entry SEO. Rakan-rakan blogger lain telah terlebih dahulu melakukannya.. Anda bila lagi?? Keh keh keh...

Salam hati... dan selamat berblogging dengan gembira.. (^_^)

Wednesday, March 9, 2011

TRAFIKKU YANG HEBAT DAN BERGERAK LANCAR~!! MIYAHAHAHAHAH~!

Assalamualaikum anda...anda...anda...dan anda sekalian...

Pendekar doakan anda sekalian sihat sejahtera di samping insan tersayang... Pada entry kali ini pendekar akan kongsikan trafik blog ini bagi seminggu lepas... sudah lama benar rasanya pendekar tidak berkongsi mengenai trafik blog ini kepada anda sekalian. Jadi kali ini pendekar ingin kongsikannya supaya anda boleh mengambil sedikit ilmu dan juga pengetahuan penting daripadanya..



Adapun trafik blog ini adalah satu rahsia semenjak sebulan yang lepas. Kerana pendekar ingin melakukan sesuatu yang boleh menghasilkan pulangan yang sewajarnya kepada pendekar. Apa yang pendekar nak kongsikan pada kali ini pendekar harap akan menjadi satu pengetahuan yang sewajarnya kepada anda sekalian bahawa tiada apa yang mustahil sekiranya kita semua mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memajukan blog kita sendiri. Huahuahua...


Pendekar tidak mahu membuang masa anda lama-lama. Jadi, apa kata kalau kita lihat sahaja gambar di bawah ini dan jadikan ianya sebagai batu loncatan bagi anda untuk bernafas dengan lebih megah. Hanya mereka-mereka yang punya keinginan yang tinggi sahaja mampu memperolehi kejayaan yang cemerlang. Wallahua'lam...

TRAFIK SEMINGGU LEPAS 2K ON AVERAGE

KEYWORD UNTUK SEMINGGU LEPAS
Walaupun ini bukanlah kali pertama pendekar memperolehi trafik yang tinggi seperti ini. Trafik ini masih belum boleh untuk mengatasi trafik yang diperolehi blogger-blogger trafik tinggi yang lain. Namun pendekar yakin untuk meningkatkan jumlah trafik ke blog ini sehingga 5000 UVs sehari itupun jika pendekar boleh mengatasi segala kekangan yang dihadapi. InsyaALLAH.


Apa-apapun segalanya bergantung kepada kapasiti masa dan ruang untuk mengupdate entri yang mesti pendekar lakukan dari semasa ke semasa. Jika tidak, sangat sukarlah untuk pendekar memperolehi trafik yang tinggi lagi. Hanya keinginan untuk berjaya sahaja mampu membolehkan pendekar untuk melebarkan sayap perjuangan sehingga ke tingkat lebih tinggi.

Meski pendekar lebih gemar bermain dengan SEO, namun pendekar tidak pernah dan tidak sesekali akan melupakan IDEALISMA KUASA BLOGGER yang pernah pendekar bincangkan sebelum ini. Namun apa yang pendekar nak beritahu kepada anda adalah keinginan pendekar untuk berdiri sama tinggi duduk lebih tinggi daripada blogger-blogger otai yang lain. InsyaALLAH. Doakan pendekar ya sekalian.


Sehingga itu, dari kerendahan budi keinginan hati, pendekar ucapkan ribuan terima kasih kepada anda..anda...anda...dan anda kerana sering menyokong pendekar dalam perjuangan seorang blogger ini. Mudah-mudahan kita semua akan lebih berjaya pada satu hari nanti. Amin..

Sekian, terima kasih kerana membaca... (^_^)

Salam indah persahabatan dan salam perjuangan dari Pendekar Berkuda.

KEYWORD HARI INI SETAKAT JAM 10:20AM

Psst : Sebelum itu, apa kata bantu pendekar dengan ini.

1. SELAMATKAN BUMI KITA. SOKONG KEMPEN INI
2. PRINT BUKU DAN KARYA ANDA DI SINI

Tuesday, January 25, 2011

Yes~! Berjaya Akhirnya~!

Tidak sia-sia pengorbanan pendekar selama ini dalam dunia blogging. Dan kali ini pendekar nak kongsikan beberapa kegembiraan pendekar di dalam dunia blogging ini bersama anda sekalian. Yeahha~!

Yang pertamanya.. Sila lihat gambar di bawah okay? Hehe~...
1000 Sahabat Seperguruan Telah Berjaya Dikumpul~! Yeah~!

1000 Orang sahabat telah berjaya pendekar kumpul setakat ini. Yes~! Sangat bangga dan gembira. Pendekar tak pernah paksa orang untuk jadi sahabat pendekar kecualilah mereka sendiri yang sudi untuk menjadi follower. Hehe. Bukan tak pernah pendekar alami ada blogger yang sanggup sign-out daripada menjadi sahabat pendekar. Tapi itu tak pernah pendekar hirau. Untuk apa kan? Bikin sakit hati saja jika di ambil pusing.

Dan yang keduanya adalah gambar di bawah ini....Dengan bangganya pendekar mengisytiharkan bahawa pendekar telah berjaya.....

Ranking Alexa = 192,760 < 200k ~!

Yeah~! Pendekar dah berjaya untuk menurunkan Ranking Alexa daripada 200k ke atas kepada bawah 200k... sungguh teruja~! Dan target selepas ini pula adalah untuk menurunkan ranking alexa kepada < 100k ~! InsyaALLAH, jika tiada aral melintang, target alexa rank bawah 100, 000 akan berjaya di capai. Kui kui kui...

Jadi di sini, pendekar nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca dan pengunjung blog pendekar berkuda. Pendekar kongsikan informasi dan pendapat serta idea bersama anda. Supaya kita akan sama-sama mendapat kebaikan daripadanya. Bukankah begitu lebih baik??

Oh ya..lupa.. pendekar juga nak beritahu bahawa pendekar dah berjaya memecah Pageviews di blog ini sehingga lebih 100k. Hehe... Tahun baru ini memang memberikan pendekar hadiah yang tidak sedikit. Dan pendekar juga berazam untuk lebih berjaya lagi nanti.. Semoga dipermudahkan. Amin..

 Terima kasih pendekar ucapkan kepada anda sekalian kerana masih sudi untuk bersama-sama dengan pendekar di dalam dunia blogging ini. Dan masih sudi untuk bersama-sama menjadi sahabat seperguruan pendekar. Semoga kita semua di berkati. Amin.


Sekian dahulu untuk entry kali ini. 


Salam persahabatan terindah daripada pendekar buat anda sekalian..(^_^)


Salam Hati...


Jika Suka Silalah LIKE...(^_^)





Saturday, January 1, 2011

REVIEW BLOG : Blog Performance Seminggu Sebelum 1 January 2011

Assalamualaikum sekalian...

Selamat Tahun dan juga selamat menikmati kenangan lalu..sama ada pahit..manis..suka..duka..gembira..sedih..dan segala bagai perasaan yang anda himpun, lepaskanlah dengan redha... mulakanlah perjalanan baru anda..kepada yang belum lagi mencapai target..silalah capat target anda sebaiknya ya... InsyaALLAH..jika anda rajin..kejayaan pasti milik anda..(^_^)..

Berbalik kepada tajuk asal.. pendekar nak kongsikan bersama anda performance blog ini sepanjang seminggu sebelum jam 12 tengah malam tadi. Kewajaran pendekar paparkan entry ini hanyalah untuk memberikan anda kebenaran atas fakta yang pendekar sajikan. Seni Permainan SEO yang pendekar andalkan telah membuahkan hasil yang sangat-sangat menakjubkan. Hehe... tak percaya? sila lihat di sini..
Daily visits untuk hari terakhir .
Juga sila lihat di bawah ini...

Keyword Paling Popular yang masuk ke Blog Pendekar
Statistik nilai keyword yang bersemayam di sini..

Unique Visits untuk seminggu..
PageViews dan Uniques Visit seminggu.
 Daripada 100-2++ UVs sehari, pendekar dah mampu meningkatkan aliran trafik ke blog ini hasil daripada Seni Permainan SEO yang pendekar amalkan. Bukan senang nak senang , bukan susah nak susah. Akhirnya, kita sendiri juga yang menentukannya kan?

Berbalik kepada caranya. Sangat mudah. Namun jika kita tak mengamalkan dengan bijak. Kita sendiri akan mendapat kesannya. hehe... 

Terima kasih kerana membaca...(^_^)...

Performance Blog Sempena Ketibaan 2011

Assalamualaikum sekalian... Selamat Tahun Baru..Azam baru...niat baru...dan segala yang berkaitan dengan baru..hehe.. Semoga anda semua dapat menjalani hidup baru dengan lebih bersemangat baru dan keyakinan baru...hahaha...*semua nak baru ek pendekar? Ngengada.. lalala~~...

Tahun baru ini menjadi suatu lompatan untuk pendekar lebih berazam dan berkeyakinan di dalam dunia blogging. Tahun 2010 banyak mengajar pendekar tentang ilmu, keazaman, kekhilafan, keinsafan, ketenangan dan segala bagai ke...an yang memberikan pendekar inspirasi tanpa berbelah bagi.. Tidak sedikit dugaan yang pendekar hadapi sepanjang mula-mula melibatkan diri di dalam dunia blogging ini... Tanpa sebarang tunjuk ajar daripada blogger-blogger lama. Pendekar mengengsot-merangkak-menapak-berdiri dan sekarang ini pendekar sudah mula mahu belajar berlari di dalam dunia maya... 


Moga dengan sokongan dan semangat yang sahabat-sahabat sekalian berikan, pendekar akan lebih berjaya lagi di masa hadapan. Mudah-mudahan ya..doakanlah..Amin...

*nak makan kejap..nanti sambung..hehe...* 

*dah habis makan. alhamdulillah..okay..sambung..*


Baiklah, berbalik kepada performance blog pendekar berkuda sepanjang tahun lepas. Di sini pendekar paparkan segalanya ya. ek..macam buat report untuk mesyuarat persatuan pulak dah ni..adoii...


Sepanjang awal bulan pertama pendekar berblog, banyak perkara-perkara baru yang pendekar pelajari. Diantaranya, silalah baca entry budak-baru-belajar di bawah ini ya..(^_^)..
  1. Assalamualaikum : Entry pertama yang di publish di blog ini.
  2.  Koleksi Gambar-Gambar Yang Mencernakan Minda
  3. Pesanan Buat Teman - Teman - selepas 3 hari berblogging
  4. Tudung Unta - 17 Ogos 2010
  5. Surat Cinta Dari Pendekar?? - luahan hati kepada teman-teman blogger dalam versi surat.
Yang di bawah ini pula adalah entry mengenai Nuffnang, Trafik dan Blogger....
  1. Mendapatkan >100 UVs Sehari - 5 hari berturut-turut UV pendekar >100uvs
  2. Shoutbox + Cbox = Blogging Entity - hasil pemerhatian pendekar di dunia blog selepas seminggu berblogging
  3. Permintaan Pendekar - khusuh bagi mereka-mereka yang buat hidden shoutbox
  4. BE Yang Pertama - yang ini memang pendekar jadi orang "pandai" sekijap..(salah faham tentang BE dan earning.. hehe..)
  5. Nuffy Tido?? Apa Yang Perlu Anda Lakukan?? - Tips Nuffnang
  6. Anugerah ke Award? Yang Pertama (^_^) - yang ini award yang pertama pendekar terima..
Dan perkembangan entry lain.. Anda sendiri dah melihatnya..hehe..memang naif betul sebelum ini...
Anda boleh lihat sendiri di dalam entry ini peningkatan blog pendekar berkuda..Lama rasanya pendekar tak blogwalk. dari 25/9/2010 sehingga 7 November 2010.
  1. Pendekar Berkuda Traffic Performance - Trafik performance untuk bulan 10 dan sebelumnya.
  2. Janganlah Halang Orang Lain Nak Laju - kesedaran jalan raya.
...sila tunggu sambungan untuk paparan penuh ya...terima kasih kerana membaca...hehe...



Friday, December 24, 2010

Tips SEO : Penangan Seni Permainan SEO ! Trafik Mencanak !

...assalamualaikum semua dan salam satu malaysia... kali ini pendekar nak kongsikan bersama anda sekalian penangan Seni Permainan SEO yang pernah pendekar ajarkan kepada anda sebelum ini... dan lihatlah bukti nya di bawah ini...semalam, pendekar hanya berblogwalking ala kadar sahaja hanya untuk menguji Tips SEO yang pendekar sendiri ajarkan kepada anda... dan lihatlah keputusannya..(^_^)..
Penangan Seni Pemainan SEO Pendekar Berkuda (^_^)
  ....apakah keyword yang pendekar gunakan untuk seni permainan ini? mari kita lihat (^_^)...
Keyword SEO yang menapak di blog Pendekar..(^_^)
  ...dan sources yang datang daripada mana hinggap ke blog pendekar?...mari kita godek-godek....hehe....
Traffic Sources yang hinggap ke Blog Pendekar..(^_^)
...dan di bawah ini pula pageview blog pendekar sepanjang semalam dari blogger stats...hehe... mari kita tengok ya...
Pageviews semalam..(^_^)
  ...dan kesimpulannya ? hehe...jika anda lihat sendiri... anda akan temui bahawa majority daripada trafik ke blog pendekar semalam adalah daripada enjin carian GOOGLE!! Bagaimana dan dengan apa caranya pendekar memperolehi trafik seperti ini? Di sinilah keistimewaan Seni Permainan SEO yang pendekar ajarkan kepada anda...

...jika anda perasan, ada ketikanya pendekar akan post entry ringkas...tiada langsung sangkut paut dengan dunia blog... namun begitu, pendekar hanya diam membisu sahaja...tidak mahu anda terlalu membacanya...kerana ianya bukanlah untuk anda...tetapi untuk para pelawat yang mahu mencari maklumat yang mereka kehendaki...

...pendekar tidak menggunakan keyword yang hot lagi tak senonoh seperti di blog-blog mereka yang lain...namun pendekar tumpukan dan fokuskan kepada keyword penting yang akan dicari oleh orang ramai... di blog pendekar ini...hanya ada kuran daripada 5 entry untuk Seni Permainan SEO yang pendekar hasilkan... 

...jika anda punya sebarang kemusykilan dan mahu belajar tentang Seni Permainan SEO ini... Pendekar akan ajar anda sekalian...hehe...tak percaya? percayalah....(^_^)...

...Sekian, Terima Kasih kerana membaca..(^_^)...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE : TRAFIK SETAKAT JAM 10.00AM 24 Disember 2010..(^_^)...tanpa BW... 
Trafik hari ini setakat jam 10 pagi..hehe...

Monday, December 13, 2010

Buffered Earning Ke 4,5 dan 6 ...TAMBAH LAGI 1 = 7BE

....alhamdulillah..syukur pada Ilahi kerana dengan penuh rahmat dah kasih sayang daripadanya, pendekar telah diberikan lagi buffered earning oleh Incek Nuffy tersayang.... hehehe...kali ini buffered earning yang pendekar terima adalah...
Buffered Earning terbaru...Terima Kasih Incek Nuffy...(^_^)...
  1. Nokia Application Workshop - yang ada keluar ular tu...hhehehe... 
  2. Taylor University Open Day - Taylor University Open Day...siapa yang nak masuk taylor's college..sila klik sini....hehehe
  3.  Nokia SpeedWay - yang ada gambar bola snooker tu... sebenarnya pendekar dapat minggu nan lepas..tetapi baru minggu ni nak publish..maaf ya...
Nokia Application Workshop
Nokia Speedway
....tapi malangnya...semua Buffered Earning pendekar hanya berlegar-legar di tempat yang sama... hehehe...semuanya di LEADERBOARD.....jadi, jika anda ada nampak iklan-iklan menari-nari tu...silalah dengan baik hatinya anda godek-godek iklan itu ya... pendekar cari makan dengannya sekarang ni...hehehe...
..selepas ini kena godam sikit kedudukan ads unit...haish...jaga-jaga...:)
 
..di sini pendekar nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada incek nuffy...yeah ! terima kasih kepada anda sekalian yang menyokong pendekar berkuda selama ini ! insyaALLAH..pendekar akan teruskan aktiviti berblogging ini... menurut jejak orang yang dah lama..tetapi dengan cara yang tersendiri...okay sekalian?? terima kasih sekali lagi...pendekar sayang akan anda semua...tahu kan?? 

salam perjuangan dari Pendekar Berkuda..(^_^)

Thursday, December 2, 2010

Buffered Earning Yang Mengancam...1..2...3...Sekaligus...

...yeahhaaa ! ! ...akhirnya...selepas meluahkan rasa hati kepada pihak nuffnang sudi untuk memberikan Pendekar Berkuda Buffered Earning....bukan satu atau dua tapi 3 sekaligus...hehehe...girangnya hati ! ! Terima Kasih Incek Nuffy ! ! (^_^)...

...nak tahu bagaimana pendekar dapat BE ni? nak petua tak? pendekar bukan macam zaer yang dapat BE sampai 11 ...huhuhu...trafik blog pun bukannya sampai 200-300 sehari...hahaha...hatta kalau anda cuma ada satu Unique Visitor sebulan...anda masih layak lagi untuk mendapat Buffered !

...Traffic...hasil luahan hati dengan Incek Nuffy....pendekar dapati bahawa tiada had trafik minimum untuk anda memperolehi BE...walaupun anda cuma ada 1 trafik sehari..itu dah memadai...cuma apa yang diperlukan adalah kadar klik yang diterima oleh unit iklan anda...yang itu lebih penting untuk dipertimbangkan....kalau anda tak punya kadar klik yang memuaskan...bagaimana nak memikat hati Advertisors kan kan kan?

....Ads Units...yang ini penting sekali....jangan letak unit ads merata-rata...biarkan unit ads tu terpampang jelas2 sebaik sahaja orang buka blog kita...jangan letak jaih sangat sampai ke bawah... ikut arahan yang diberikan oleh pihak nuffnang tentang kedudukan ads tu...insyaALLAH...anda akan berjaya...

...Blog Identity...yang selalu kita tersalah lihat..ia penting untuk mengklasifikasikan genre blog kita...sama ada personal...kegiatan luar..blosgshoppe...atau pun lain-lain... sila lihat kembali SINI untuk maklumat lanjut...

...Tickets...apa itu ticket?? hehehe...pernah dengar tak? yang ini bukan ticket macam yang anda selalu tengok dan kena bayar duit untuk dapat tu...ini adalah satu bentuk surat pertanyaan kepada pihak nuffnang bagi sebarang perkara berbangkit yang anda mahukan...luahkan sahaja rasa hati anda melalui CONTACT US yang ada di sudut atas kanan...selepas itu Pilih Blogger Enquiries / Suggestions...dan tanyalah apa yang anda mahu tanya...Bahasa Malaysia mahupun English diterima...


...Update Survey...pendekar pening dah bab update survey ni...haish...dah banyak kali update tapi masih lagi tak masuk juga.... last2 hantar je tickets terus dilempar BE sampai 3 sekaligus...haha... jadi? apa pendapat anda? ..lagipun anda bukannya kena charge pun kalau hantar ticket ni...jadi pilihlah...(^_^)...


Selamat Mencuba...(^_^)

p/s : kerana andalah pendekar dapat Buffered Earning ni...so kepada sesiapa yang pernah klik-klik iklan di blog pendekar berkuda...pendekar ucapkan terima kasih yang tak terhingga...kerana andalah...pendekar masih tegar untuk berblogging....terima kasih sekalian...pendekar sayang akan anda semua...(^_^)

Friday, November 19, 2010

Alexa Ranking : Apa yang perlu anda tahu...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia sekalian...(^_^)

....kali ini pendekar nak kongsikan sesuatu mengenai entity blogger...iaitu ALEXA ....siapa yang pernah dengar dan baca mengenai Alexa ini pasti tahu apakah entity ini sebenarnya... jika anda masih tak tahu tentang Alexa ini... sila tanya Mr. Google okay?? hehe... pendekar masih belum faham lagi tentang bagaimana fungsi Alexa ini sebenarnya...so, pendekar masih belum layak untuk mengajar anda semua mengenainya...tunggulah bila pendekar dah habis study mengenai entity ini okay??
Logo Alexa.Com

...sedikit info yang pendekar nak kongsikan bersama anda sekalian adalah mengenai kepentingan entity ini kepada para blogger...kenapa alexa ini penting kepada kita?? kerana semakin rendah nombor digit alexa ini...semakin tinggi rating kita dalam sistem pengindeksan Google... dalam kata lain..semakin mudah untuk Google mengakses blog kita...dan jika kita ada entry baru...entry tersebut akan terus di indeks oleh Incek Google...dan terus terpapar di halaman utama...hehe...tak percaya?? cubalah search entry terbaru blog Incek Ben atau pun entry terbaru blog Denaihati anda pasti akan percaya pendapat pendekar...

...kelebihan Alexa ini ialah sebagai satu proses penarafan yang diberikan kepada sebarang blog atau laman web yang membolehkan blog tersebut mendapat pautan utama dalam enjin carian... ia tidak lebih penting dari PageRank namun kelebihannya terserlah dari kebanyakan blog-blog lain yang sama tajuk atau keyword dengannya....

....namun begitu...penarafan ini bukanlah bermaksud bahawa blog anda itulah yang terbaik...

Thursday, November 11, 2010

Pendekar Berkuda - Traffic Performance

....assalamualaikum semua...semoga anda sekalian yang membaca entry ini sehat sesehat-sehatnya...amin..hehe...

..kali ini pendekar nak beritahu sedikit sebanyak tentang traffic perfomance untuk blog Pendekar Berkuda... sejak "kuda" pendekar sakit..pendekar jarang sangat berblogwalking.... sangat pening kepala...kadang2 tu pendekar jenguk2 la juga blog buruk pendekar ni...terima kasih kepada cik LadyBird, dan Cik Sherry yang cantik kerana selalu singgah ke blog pendekar dan sekurang2nya pendekar dapat trafik juga...hehehe... hits yang paling sedikit pendekar dapat dalam sehari adalah sebanyak 4 (empat) hits sahaja...sangat sedikit bukan??..sungguh sadis...hoho...

....pendekar kongsi sedikit traffic performance untuk seminggu sebelum ni... anda akan dapati banyaknya perbezaan yang ketara ketika pendekar tak blogwalking dan ketika pendekar berblogwalking...huhuhu... seperti gambar di bawah ini....


COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda