Showing posts with label BONDA KANDUNG SULTAN TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label BONDA KANDUNG SULTAN TERENGGANU. Show all posts

Monday, March 21, 2011

BIODATA TENGKU AMPUAN BESAR BARIAH | BONDA SULTAN MIZAN

Allahmarhumah Tengku Ampuan Besar Bariah diputerikan pada 31 Ogos 1933 di Istana Besar Klang dengan memakai gelar Tengku Bariah binti Sultan Hisamuddin Alam Shah. Baginda merupakan Puteri kepada Sultan Selangor pada masa itu. Baginda berkahwin dengan Sultan Mahmud pada 22 Mac 1951 dan memakai gelar Tengku Puan Muda. Kemudiannya baginda telah dimahkotakan gelaran Tengku Ampuan Besar pada 21 Mac 1980.

TENGKU AMPUAN BESAR BARIAH
Adapun mengikut sumber lagi, Tengku Ampuan Besar Bariah bukanlah bonda kandung kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin. Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin adalah putera yang dilahirkan dari isteri kedua Sultan Mahmud iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff.


Sultan Mizan Zainal Abidin bersama bonda kandung baginda.

Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff
Inilah dia wanita yang bertuah melahirkan seorang putera sulung kepada Al-Marhum Tuanku Mahmud dan secara tidak langsung menjadi pewaris tahta kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. Beliau adalah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff seorang wanita ayu berketurunan Syed yang berasal dari Singapura. YTM Tengku Besar Terengganu berkahwin dengan Al-Marhum Tuanku Sultan pada 15 April 1959 iaitu lapan tahun selepas perkahwinan pertama Al-Marhum Sultan dengan YMM Tengku Ampuan Bariah. YTM Tengku Besar Terengganu telah melahirkan enam orang cahayamata (tiga orang putera dan tiga orang puteri) dari tujuh orang anakanda Al-Marhum Tuanku Sultan Mahmud. Salah seorang puteri YTM Tengku Besar Terengganu, Tengku Fara telah mangkat dalam usia 40 tahun akibat stroke pada 25 februari 2001.

Sumber :

http://tengkusyah.blogspot.com/2010/07/happy-birthday-tuanku-mizan-22072010.html
http://radin87.blogspot.com/2010/09/tengku-ampuan-besar-sultanah-of.html

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda