AL-KISAH POTONG KUKU DAN HARI – HARINYA. BETUL ATAU TIDAK??

Assalamualaikum sekalian. Masih lagi di dalam mood perkongsian ilmu. Dan kali ini pendekar nak ulas sedikit mengenai Hari-Hari Penting Untuk Memotong Kuku. Mari kita kupas isu ini secara ilmiah. Jika anda ada pandangan lain, sila ajukan di ruang komen ya…Sebelum itu.. Nikmati dulu gambar di bawah ini..

Apa yang anda dapat lihat daripada gambar di atas? Perhatikan dengan sebaiknya HADIS yang tertera di atas. Yang terpampang di atas itu adalah hadis. Sahih lagi terbukti. Dan pendekar tiada sebarang keraguan kepadanya. Apa yang pendekar nak kupas di sini adalah. Apabila hadis tersebut digunakan untuk tujuan MEMBENARKAN apa yang dikarang oleh para ilmuan sebelum ini. Mari kita kupas secara ilmiah.
 
Kita semua tahu bahawa SUNAT memotong kuku, menggunting rambut, mencukur misai dan merapikan janggut serta membersihkan badan pada hari JUMAAT. Semua kita tahu itu. Dan kita tahu juga bahawa adalah wajib kita percaya kepada SUNNAH. Kita juga tahu bahawa terdapatnya 3 hari yang digalakkan untuk kita berbuat kebajikan lantaran keistimewaannya iaitu hari ISNIN, KHAMIS dan juga JUMAAT. Pasti anda tahu itu bukan? Jika anda tak tahu, banyak-banyakkan membaca dan bertanya ya.
 
Okay, sekarang mari kita kupas dengan penuh rasional juga perkataan SUNAT itu. Apabila sudah SUNAT hukumnya maka diikut dapat pahala tetapi tiadalah akan mudarat dan berdosa jika tidak diikut. Nama pun SUNAT kan? Jadi, jangan mempergunakan agama untuk membenarkan apa yang anda rasa betul sedang anda tidak tahu KEBENARANNYA YANG NYATA~!. Itu adalah sikap pengkhianat bertopengkan agama~!.
 
Berbalik kepada isu memotong kuku itu. Memang benarlah bahawa sunat untuk memotong kuku pada hari-hari yang disebutkan di atas tetapi tiadalah akan membawa mudarat kepada anda jika anda memotong kuku pada hari lain seperti yang tertera di atas~!. Anda buat dapat pahala. Tak buat, tiada kesan apa-apa~! Jangan percaya kepada perkara karut lagi merepek bagai tu~! Adakah dengan memotong kuku pada hari Rabu maka kita akan jadi JAHAT? GILA HEBAT~!
 
Be rational dude~! Jangan mudah percaya kepada semua benda yang menggunakan al-Qur’an dan al-Hadis sebagai sumber mereka~! Anda tidak akan tahu kebenarannya yang nyata jika anda tidak menyelidikinya sendiri. Jangan menyebarkan ilmu tanpa pemerhatian yang jelas~! Jika anda seorang blogger, jangan jadi blogger yang menyebarkan kepalsuan di merata-rata. Jadilah blogger yang bijaksana. Selaras dengan akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.
 
Pendekar buat entry ini sebagai perkongsian kepada anda. Jika ada yang terasa. Bukanlah kesalahan pendekar. Kerana hakikat kebenaran itu kadang kala sangat pahit untuk di telan. Namun seperti yang pernah di pesan oleh Baginda Rasulullah, Berkata benarlah kamu sekalipun pahit..adalah lebih wajar untuk di ambil pengajaran.
 
Sehingga itu, terima kasih kerana membaca dan salam perjuangan dari pendekar buat anda sekalian…(^_^)
 
JazakALLAHu khairun…
 
Jika anda suka.. kongsikanlah bersama teman-teman ya..(^_^)

Carian Lain :

  • hukum potong kuku,
  • hukum memotong kuku,
  • hari sunat gunting rambut,
  • hari sunat potong rambut,
  • hari yang disunatkan memotong kuku,
  • hari yang digalakkan memotong kuku,
  • hari apa tidak boleh potong kuku,
  • hukum memotong rambut hari selasa,
  • hari sunat potong kuku,
  • potong kuku hari rabu

Comments

  1. onanimous says

    yg sunat tu sunat lah. klau ia mudarat tentu ada hadith lain yg akan jelaskan sesuatu yg mudarat tu. kita ni ilmu kena ada akal pun kena ada jugak,kalau tak jd mcm kakaktua yg pandai ulang2 je yg org lain ckp.betul tak?

  2. says

    kalau ikutkan gambar tu rasa macam serba salah je nk potong kuku. kalau potong selain hari khamis & jumaat dapat musibah, tapi ada yg mengatakan walaupun kuku disimpan panjang 1mm, ibarat membela satu kandang babi. kalau dh panjang hari isnin, xkan nk simpn smpai hari jumaat. ni konfius ni..

  3. Anonymous says

    as salam bro.jika hadis tersebut digunakan untuk tujuan MEMBENARKAN apa yang dikarang oleh para ilmuan sebelum ini,tolong kemukakan apa yg sebenarnya?boleh?tolong kemukakan bukti dan rujukan mana yg anda buat mengatakan buku rujukan yang dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub berkenaan adab memotong kuku adalah tidak benar???saudara..cuma nak ingatkan sahaja,sebelum penerbitan sesebuah buku itu layak untuk dipasarkan,isi kandungannya terlebih dahulu akan diselidik oleh para ilmuan,agar tidak memutarbelitkan fakta dan memesongkan akidah umat islam..

  4. says

    saya baru tahu, antara siapa dan siapa… dia dah minta maaf secara terbuka.. harap pendekar dapat maafkan.. buang yang keruh ambil yang jernih… apapun, saya sangat setuju, sharing is caring

  5. says

    peh..slame nie men potong ikot sedap hati je..

    tp ptg bentuk 3 segi. cam wolverine. mane tahu lau ade lelaki kaco. leh cakar je

  6. Anonymous says

    Be rational dude~! Jangan mudah percaya kepada semua benda yang menggunakan al-Qur’an dan al-Hadis sebagai sumber mereka~!

    aku xpaham ayat ni…tolong jelaskan..

  7. says

    slm..

    tu yang menakutkan sy pendekar,seblum nak publish sesuatu entry sy selalu pastikan benda ni betul or tak..so of coz la sy tak nak publish isu agama2 coz takut slah pembawaan dan slah penerimaan..thank sharing^^

  8. says

    Alamak… cik anon??
    hehehe… aku gila trafik kalau aku sebarkan benda yang betul ek? Terpulang.

    Ada otak..ada akal… sila guna dengan sebaiknya… bukan blog itu je yang aku maksudkan… tapi semua blog2 yang sama macam tu…

    so..sila ambil dengan pemikiran yang elok ya.. jangan asyik fikir bila buat entry..mulalah ingat trafik okay? pemikiran yang salah sama sekali…

    • Anonymous says

      kalu yang baik xsalah kt ikt~~nh la pnc org xikut sunnah~~bila yg sunat diabaikan~ada otak pakai~ada akal guna~

  9. Anonymous says

    ko nih.. blog tu pon just share benda nih.. bukan suruh paksa-paksa orang percaya.. dah la bro.. ko nak trafic je tinggi.. benda kecik je pon ko dgn dye.. bape banyak entry ko nak huraikan.. blog tu pon dah tutup citer nih..

    salam perjuangan (^_^)

  10. says

    betul tu. kekadang kita kena fikir secara rasional sebab zaman sekarang ni macam2 orang buat untuk menyesatkan orang islam :)

  11. says

    Good info, Thxs bro..
    Kadang2 kita ni mak mencari malas, Tpi kalau dah jumpa mcm ni dpt lah tambah pengetahuan skit…

  12. says

    nice sharing.
    buat kajian dulu sebelum tulis dan publishkan.
    walaupun cerita yang sama, tapi cara olahan yang membezakan kematangan seseorang blogger itu.

  13. says

    best ayat ‘GILA HEBAT~!’ patut tambah ‘katakaw~!’ ..hehe

    Islam agama yg mudah..nape di sushkan kan?

    JazakAllahu khairun..

    salam petang minggu..(^_^)

  14. says

    belajar pasal hukum potong kuku ni drp zaman sekolah rendah lagi. masa tu rasa aneh jgk naper dosa lak potong kuku ari lain.

  15. says

    entri dulu aku bace pasal turutan nak memotang kuku jek.. isnin khamis n jummaat mmg aku tau..

    pasal hari lain.. dono la..
    sll aku menpotong jek..
    hahha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing