Mesin Jahit Tepi Overlock Singer 14N555 dan Brother 3034D

Kebanyakan suri rumahtangga yang tidak berkerja sudah pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah mesin jahit. Tidak kira sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun untuk mengambil upah menjahit dari jiran, rakan, mahupun saudara terdekat mereka.

Di sini pendekar ingin kongsikan mengenai dua buah mesin jahit tepi overlock yang sering digunakan oleh ramai kalangan suri rumah. Juga sedikit perbandingan setting, operation manual dan harganya.

Dua buah mesin yang menjadi pilihan kebanyakan suri rumah adalah bagi model SINGER 14N555 dan BROTHER 3034D.

SINGER 14N555

Mesin jahit ini adalah kesinambungan daripada siri 14N. Ia di upgrade dari model sebelumnya 14N554. Disertakan dengan beberapa penambahbaikan.

Mesin ini memiliki :

1. Satu jarum dengan 3 benang untuk jahit tepi.
2. Tapak jahitan yang sesuai untuk jahitan tepi baju, baju kurung dan tudung (jahit halus).
3. Lebar stitch maksimum sehingga 7.0mm
4. Kepanjangan stitch sehingga 4.0mm
5. Jarum yang biasa digunakan untuk mesin ini adalah dengan jarum Singer bernombor kod 2020-13, 2020-14.

Harga bagi mesin jahit Singer 14N555 ini juga sangatlah berpatutan iaitu RM 1,245.00.

Mesin jahit ini seringkali menjadi pilihan suri rumah kerana selain daripada mudah untuk dikendalikan malah menjamin kepuasan mereka.

HARGA RM 1,245.00


BROTHER 3034D

Brother Malaysia telah mula mendapat tempat di kalangan para tukang jahit pakaian dan suri rumah di seluruh negara apabila mesin jahit mereka mendapat pujian yang tidak sedikit daripada pengguna. Mungkin kerana keselesaannya, kelancarannya dan juga perkhidmatan pusat servis mereka yang berkesan.

Mesin Jahit Tepi Brother 3034D ini adalah lebih kurang sama sahaja spesifikasinya dengan model Singer 14N555 kecuali dalam aspek design mesin dan perkakasan mesin ini. (sudah pasti setiap company memiliki trademark mereka yang tersendiri.

Jika sekiranya anda mahukan mesin jahit yang mampu memberikan anda kepuasan yang maksimum dan mampu milik, Brother 3034D adalah salah satu daripada pilihan terbaik yang ada.

Spesifikasi mesin ini adalah seperti berikut :-

  1. kelajuan jahitan maksimum adalah sehingga 1,000 pusingan seminit.
  2. dua jarum dengan empat benang. jika menggunakan jahitan biasa, cukup dengan satu jarum dan tiga benang diperlukan.
  3. pedal controller yang mesra kaki.
  4. kelebaran dan kepanjangan stitch adalah dari lima hingga tujuh milimeter.
  5. sesuai digunakan untuk menjahit tepi pakaian biasa, ataupun jahitan halus tepi tudung.
  6. warranty selama satu tahun di mana-mana pusat servis Brother yang berhampiran.
Harga mesin ini pula sangatlah berpatutan iaitu hanya RM 1,299 sahaja.
HARGA MESIN JAHIT TEPI SINGER 14N555 : RM 1,245.00 (3 BENANG, 1 JARUM)

HARGA MESIN JAHIT TEPI BROTHER 3034D : RM 1,299.00 (4 BENANG, 2 JARUM)Sebarang keterangan lanjut mahupun tempahan, bolehlah ajukan pertanyaan kepada pendekar. Emailkan sahaja pertanyaan anda ke :pendekarberkuda@gmail.com

ataupun hantarkan pertanyaan anda di facebook :

Pendekar Berkuda

Carian Lain :

Comments

  1. says

    assalamualaikum wbt.

    terima kasih yang tidak terhingga kakCT nak ucapkan kat PB. insya-Allah nak menggilap semula bakat yang berkarat.

    again thank you to PB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge