Sunday, July 29, 2012

Blogger Yang Celaka.

Tajuk memang sengaja aku bikin panas. Tak perlu berbasa basi nak pakai bahasa indah permai mengusik syahdu. Kerana ia akan lari dari apa aku mahu lakar. Pada hamparan entri untuk blog yang lapar.

Ah! Persetankan sahaja. Bukan mudah untuk aku menulis. Sementelah ramai yang akan terasa pada apa yang akan aku tera. Pada kesat bahasa yang mungkin akan aku bicara. Kerana jika tidak. Kau tidak akan mampu menerima. Betapa kejam dunia dan segala isi-isinya.

Berbalik kepada tajuk yang aku tera. Blogger yang celaka itu apa makna? Jika kamu mahu aku huraikan definisinya. Tunggu sahaja hingga kamu habis baca.

Aku lihat ramai blogger. Dari yang biasa sampai yang berkerjaya makan gaji buta. Bukan sedikit aku lihat. Ramai antaranya yang kamu sanjung puja. Puih! Jika dulu mungkin mereka kawan dan sahabat. Tetapi jangan kerana mereka kawan dan sahabat kau bikin mata jadi buta. Hanjing berak di hujung taman kamu baling batu halau jauh. Kucing berak di dalam rumah kamu sanggup kamu cuci basuh.. Bukankah itu janggal?

Aku lihat ada blogger punya kerja. Istimewa kerana mereka kerja sama kamu punya negara. Mereka menulis mencaci hina..padahal mereka dapat wang dari siapa yang beri mereka kerja!

Omong mereka. "Ini rezeki dari Tuhan. Bukan dari kerajaan."

Puih! Banyak lagi rezeki Tuhan. Tapi kau pungut juga tawaran kerja kerajaan. Kau ludah muntah ke langit lepas...tapi jatuh ke muka kau jilat licin tanpa malu satu apa! Dasar manusia munafik!

Dalam diam kau hina..kau kutuk..kau keji...kau khianat...amanah yang diberi sama kau oleh orang lain...kau tentang kerajaan yang beri kau kerja buat tanggung anak bini..kau guna harta kerajaan untuk update kau punya blog kasi meletup bom bom bom... Kau mencuri masa kerja...tapi kau guna hadis segala bagi untuk nengelat..."tak mengapa..tiada salah satu apa..."

Puih! Dasar manusia letak otak bawah dia punya tapak kaki! Kau bilang kau pejuang Islam? Islam untuk menumpahkan darah? Perjuangan Islam apa lagi di sini? Bukankah semuanya hanya tinggal dakwah? Islam sudah ada..cuma pengisian sahaja yang kurang..kerana itu kau lihat munafik merata..murtad bermaharajalela...masalah sosial jadi bala..

Puih! Dari dahulu aku perhati kau semua...aku lihat pada ramainya yang jadikan kau bahan puja...aku perhati saja cara kau menganjingkan manusia lainnya.. Aku perhati saja betapa kau mahu dipuji-puja konon kaulah yang paling sempurna dari semua. Sedang hakikat kau punya hati yang busuk bak bangkai kau tidak tahu pula.

*sigh*

Aku sudah lama ingin luah apa aku rasa...sudah lama! Tapi aku pendam kerana mahu beri kau peluang untuk berubah dan menginsafi diri...

Tapi bukan itu aku lihat. Malah kau makin galak menganjing dan menikam belakang tuan yang beri kau dia punya percaya. Bukankah itu biadab pada nama???

Dasar blogger celaka..beri makan perut dengan wang curi dari amanah yang diberi oleh kau punya ketua.. Dasar blogger tidak sedar di untung... Kalau hudud itu ada..kau sanggup tidak kena potong tangan??

Puih! Berbicara bak ayam jalak...kokok tinggi-tinggi...tapi ekor penuh tahi...

Moga kau bukan di kalangan penghuni neraka!

Titik pada aksara.


Tuesday, July 24, 2012

Review Naskah Ekspresi

Bismillah...aku terpanggil untuk menulis lepas baca apa itu Naskhah Ekpresi monolog hati seorang teman dan rakan-rakan..

Jika kamu tanya apa pendapat aku ada? Jujur..ia tidak bisa membangkitkan jiwa pada apa aku rasa. Ya..maaf.. Aku terus-terang saja.

Berbicara lewat serebelum otak yang terpisat-pisat oleh kata-kata yang terukir dalam helaian naskhah yang satu ini emang menguji jiwa dan minda aku sebagai pembaca..

Apa aku bisa kata...naskah ini kurang jiwa di dalamnya...bila aku hayati kata demi kata...ku jiwai ayat baris demi baris...terkadang aku khayal di dalamnya...tetapi acapkali khayalanku di rampas oleh bahasa yang salah susun aturnya... Aku jujur ini..

Kecewa..

Monolog bicara minda...saat kau toreh kepala guna pisau lipat yang berkarat..aku sendiri merasa ngeri membacanya...ahh..sungguh rigid kotak fikir manusia...hebat!

Jika naskah ekpresi itu mampu kalian atur ayat demi ayat pada bijaksana..jika kalian mampu hamparkan dengan jiwa seluruhnya..ia pasti akan jadi sangat hebat! Untuk kalian bangga pada lelah dan keringat..

Diam...

Ekspresi adalah jiwa...jika tiada jiwa..bagaimana kita bisa bermonologi kan?..maka berikanlah jiwa ketika kamu menulis kata demi kata...kerana hati tidak akan pernah berdusta pada rasa...hanya akal mahu membelit rasa yang tertera...

Dan aku juga mahu bilang tahniah...bukan mudah menentang arus, menyuarakan rasa. Ya! Kalian sangat berani bermain kata... Maka...

HAMPARKAN SAHAJA KE SELURUH JAGAT RAYA!!

- terima kasih pada yang sudi beri aku naskah ekspresi..sehingga bicaraku pula jadi begini..ah! Lemparkan saja selimut mega! Woahha!


Friday, July 20, 2012

Rosmah Mansor - Aset atau Liabiliti?

Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Rosmah Mansor adalah individu yang menjadi perhatian rakyat dalam negara sejak dua menjak ini. Kredibilitinya terus dipersoalkan oleh rakyat kebanyakan.

Yang paling pasti adalah serangan bertali arus dari kelompok berpendidikan agama sama ada di dalam ataupun di luar kerajaan. Serangan yang berlaku ini tidak pernah berlaku terhadap mana-mana isteri mantan Perdana Menteri sebelumnya. Namun persoalannya di sini, apakah beliau satu aset atau liabiliti kepada kerajaan dalam menentukan kelangsungan pemerintahan negara?

ASET

Tidak diragui lagi dengan kemampuan beliau untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial dan pembangunan masyarakat. Dengan sifat penyayang yang tinggi, beliau sanggup ke sana ke mari untuk membantu mempromosikan cara hidup positif di kalangan rakyat.

Ketika ramai mak datin-mak datin lain lebih selesa terperuk di pusat-pusat kecantikan,spa ataupun di kelab-kelab mereka sendiri...beliau sebaliknya mengutamakan masyarakat dengan mempromosikan PERMATA,PEMULIHAN REMAJA BERMASALAH dan sebagainya yang berkaitan dengan khidmat sosial...

Sesuatu yang kamu tidak akan mampu untuk lihat di kalangan mana-mana pemimpin pembangkang.

Meskipun diserang dari segenap penjuru dengan fitnah dan tohmahan kejam lagi tidak masuk akal oleh pemfitnah-pemfitnah anti-kerajaan yang didalangi oleh penyokong pembangkang sehinggakan namanya dipersenda di mana-mana seperti kewujudan hastag #GantiTajukFilemDgnRosmah di Twitter..gambarnya di photoshop dalam posisis yang menghina.. Tuduhan palsu cincin RM24juta yang sebenarnya hanyalah untuk tujuan pameran...dan pelbagai lagi fitnah jahat manusia yang berhati busuk dan berhasad dengki kepadanya...

Namun syukurlah beliau tidak melenting sedikitpun ke atas fitnah dan tuduhan jahat syaitan bertopeng manusia tersebut. Malah wanita yang penuh sifat kasih sayang ini hanya tersenyum tatkala di caci hina sedemikian rupa...

LIABILITI

Tidak dinafikan sumbangan beliau terhadap masyarakat Malaysia khususnya dan dunia umumnya. Penglibatan beliau dengan aktiviti-aktiviti masyarakat antarabangsa juga wajar dipuji....

Tetapi bak kata orang tua-tua...dalam sebiji durian, tak semuanya elok dan boleh di makan...begitu jugalah dengan Datin Seri Rosmah..tidak semua apa yang beliau lakukan itu betul dan baik untuk kerajaan dan negara.

Ulasannya terhadap penyebab kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun telah menyebabkan Malaysia mendapat malu besar. Ulasan tersebut menjadi penanda aras kepada tahap pemikiran beliau oleh kebanyakan orang..yang merujuk betapa beliau tidak rajin untuk membaca...

Dan yang pasti yang paling menarik perhatian ramai dari dulu sehingga sekarang sudah pastilah tindakannya untuk tidak memakai tudung labuh bak muslimah PAS dan menayangkan rambutnya yang mengembang itu..

Itu adalah satu LIABILITI kepada sekalian penyokong barisan nasional terutamanya UMNO kerana dalam apa-apa perdebatan sekalipun,sudah pasti isu Rosmah tidak bertudung akan terus di ungkit...liabiliti ini akan melemahkan kemampuan penyokong kerajaan untuk menjawab segala isu yang berbangkit khususnya yang berkaitan sama ada kerajaan ini memperjuangkan Islam atau tidak...

Liabiliti Rosmah terhadap kerajaan sangat besar kesannya kepada cara untuk menarik pengundi ke arah menyokong kerajaan. Terutamanya pengundi melayu yang semestinya meletakkan Islam sebagai yang perkara paling utama...

Tetapi sudah pasti Rosmah tidak akan mahu mendengar...Najib Razak tetap tidak mahu isterinya taat kepada perintahnya...jika begitu..kita pung pang pung pang celah manapun...depa tetap akan berkata....

"KUBUR LAIN-LAIN!"

Arrrgggghhhh!!! Pusing kepalaku!!

Isteri yang mengingkari amanah untuk menjaga maruah suaminya adalah isteri yang DERHAKA. Dan tempat mereka adalah di neraka! Kalian semua pun sama..jangan rendahkan maruah suamimu tahu?

Salam Ramadhan. Maaf dan Ampun Pada Kekhilafan.

Bismillaahirrohmaanirrohiiimm...

Asalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh...salam penghujung Syaaban untuk para mujahidin dan mujahidah...salam kesejahteraan buat sekalian pencinta Allah...moga di bawah payung rahmat Allahu Ta'ala sentiasa...aamiiiinn...

Demi menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarok...demi menjunjung doa malaikat Jibril kepada Allah Subahanahuwata'ala..aku gagahkan juga semangat untuk mengetikkan jari melancangkan tangan demi entri yang kesekian kalinya ini sejak sekian lama...

Di kesempatan ini, aku dengan penuh rensah hati dan rendah diri ingin memohon AMPUN dan MAAF dari segala khilaf yang aku perbuat pada kalian semua sama ada sengaja atau tidak...

Mata kadang tersalah melihat..
Telinga kadang tersalah mendengar..
Lidah kadang tersalah mengucap...
Hati kadang tersalah merasa...
Akal kadang tersalah anggap...

Maka aku mohon kepada semua untuk sebarang perbuatan yang menyakiti hati dan menyinggung perasaan...kerana aku juga manusia biasa..yang tidak sempurna pada zahirnya...

Maka aku mohon sebelum bermulanya Ramadhan ini...sudilah kiranya kalian yang tersinggung mahupun yang terluka dengan perbuatan aku itu memaafkan aku...

marilah kita bersama-sama untuk menjadi yang lebih baik sempena ketibaan Ramadhon  yang mulia ini...

Barokatullahi 'alaikum...

Sunday, July 8, 2012

Ella Kahwin Juga Akhirnya

Dah lama tak dengar cerita pasal Ratu Rock Ella...dah tu semalam akhirnya dia sah jadi isteri kepada pilihan hatinya.

Alhamdulillah...

walaupun dia kahwin agak lambat. Tapi soal jodoh memang bukan kita yang tentukan. Mudah-mudahan dia akan berbahagia dengan insan tersayang... Amin..

Pendekar pulak yang belum kahwin lagi... punya la seru tak sampai lagi...atau senang kata..diri belum mampu lagi...hurrmmm...

ah sudah... melalut pulak kang...apa-apapun...terbina lagi sebuah masjid...namun untuk mengimarahkannya sangat memerlukan ketabahan dan.kesabaran...

P/s : Tahniah Kak Ella... (^_^)

Friday, July 6, 2012

EYRIQAZZ VS DENAIHATI. DENAIHATI K.O KENA TUMBUK? @denaihati

Huh...kemain lagi tajuk entry pendekar kali ini. Denaihati tewas dengan Knockout oleh Eyriqazz dalam pertarungan EyriqaZ vs Denaihati. Perrrgghhh....kemain...

Kalian ingat apa? Betul-betul ke? Semestinya tidak...dua orang blogger otai ini terlibat dalam penganjuran Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati. Pertandingan yang melibatkan blogger SEO dan menawarkan hadiah yang agak lumayan. Bukan calang-calang orang yang sanggup tawarkan hadiah sehingga lebih RM1000 tu...tapi mereka boleh... *maklumlah orang kaya...kita pau la depa sikit...hahaha..

Dan entry ini untuk menepukan keyword Eyriqazz di dalam blog ini kerana sebelum ini tak pernah ada lagi cerita tentang Eyriqazz di sini berbanding dengan Denaihati yang merupakan sumber inapirasi pendekar dalam dunia blogging...

Bagaimana untuk menepukan keyword itu? Tidak mudah..tetapi jika ada kemahuan..di situ ada jalan penyelesaian kan?? Hehehe...

  Siapq EYRIQAZZ?

EYRIQAZZ adalah salah seorang blogger yang memiliki kelompok pembaca yang tersendiri... Gelarab GREAT TEACHER ONIZUKA sempena nama watak dalam drama Jepun yang diadaptasi dari komik GTO.

Jadi untuk pengajan semua nanti pendekar kongsikan tips SEO dari denaihati yang cuba disembunyikan olehnya tetapi pendekar telah dapat menecahkannya hasil daripada analisis yang pendekar lakukan terhadap blog beliau...

Jadi..nantikan saja ya...sama-sama kita berkongsi ilmu...hehe...

Salam perjuangan dan salam hati ya sekalian.. (^_^)


Thursday, July 5, 2012

EYRIQAZZ VS DENAIHATI - Sejujur manakah blogger bersaing?

Assalamualaikum dan salam satu malaysia buat sekalian para penulis dan penghuni dunia maya. Sudah agak lama rasanya jejari ini tidak mengetik keyboard. Tapi masih lagi laju dan lancar sahaja pengetikannya.

Oh, pendekar tidak mahu memberikan mukaddimah yang panjang berjela. Kembali sahaja kepada tajuk.

EYRIQAZZ VS DENAIHATI 


Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati adalah cabaran SEO terbesar setakat ini yang melibatkan dua nama terunggul dalam senarai blogger paling otai di Malaysia. Dua orang blogger yang memberikan impak yang tidak sedikit terhadap dunia blog di Malaysia.


Cabaran SEO Eyriqazz VS Denaihati bagi pendekar adalah salah satu daripada cara semua orang mampu membuktikan keupayaan untuk menjadi sangat hebat dalam dunia Seni Permainan SEO.

CABARAN SEO LELAKI KACAK

Seperti juga dalam cabaran SEO Lelaki Kacak sebelum ini, Keutamaan dalam pemilihan pemenang adalah entry siapa yang berada di atas dalam enjin carian Google, Yahoo, Bing dsb.

Jadi tidak usah risau pada sebarang halangan untuk anda menyertainya.


BLOGGER MENYALAHGUNAKAN PLATFORM UNTUK SPAM KOMEN!


Ini adalah satu masalah. bukan mudah untuk memenangi tempat teratas dalam enjin carian. Tetapi cara bagaimana kamu mampu untuk mengolah keywords dan kata kunci yang ada untuk memastikan bahawa entry kamu adalah makanan yang lazat untuk dimakan oleh SPYDER ROBOT!

Akibat terlalu kemaruk sekali untuk mendapatkan backlink yang banyak bagi menyokong kedudukan untuk sentiasa kekal di atas, ada sesetengah blogger yang melakukan SPAM LINK ke merata-rata ruang komen blog lain.

Bagi pendekar, tidak salah untuk meninggalkan link anda...tetapi cara hanya meninggalkan link itu sangat tidak jujur pada pandangan mata. Pernah lihat ada blogger yang kena ban oleh Google kerana terlalu banyak LINK SPAM di dalam blog nya? Jadi pendekar harap, berhati-hatilah ya.


CONTEST SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI BAKAL MENENTUKAN SIAPAKAH PEMENANG PALING HEBAT DALAM SENI PERMAINAN SEO?


Teruja...takjub sekali untuk mendengarnya...tak sabar... siapakah blogger yang hebat itu?? Adakah blogger blogspot mampu menyaingi blogger wordpress dalam CONTEST SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI ini?

Sama-sama kita tunggu....

#KeterujaanMelampau!

Salam hati...(^_^)

Kalau berminat silalah join di ----> SINI

*********************

Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com, Azri.my, Blogr.my, ziefauzi.com, Shakiddo.com, ZarulUmbrella.Com, Hatiputera.com, Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com, BloggerSentral.com, Mysuperkids.net, Vitaminsemulajadi.com,Aslamber.Com,http://kgbalimbang.blogspot.com/,Ciktom.Com, Muhasabahtrading.Com, dan PanduanServisBlog.Com

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda