Wednesday, May 16, 2012

APABILA PUAK PENYEMBAH DEWA AMBIGA MENGHINA MUFTI PERAK. ADA AKU HAIRAN??

Tatkala dalam kepelbagaian info semasa. Sembang politik tidak pernah akan susut tatkala Pilihanraya Umum ke-13 semakin dekat...mengikut Info dari seorang rakan...tarikh pembubaran Parlimen bukanlah dalam masa sebulan dua ini. Mengambil pendekatan yang lebih memudahkan semua pihak, atas alasan apa sekalipun...pilihanraya tidak perlulah sehingga menyusahkan...


Namun dalam kepanasan bahang pilihanraya yang makin hampir...pendekar ingin sekali mengulas pada hakikat puak penyembah dewa Ambiga yang semakin kurang ajar dalam bertindak... Bila dibilang pada hakikat bahawa perjuangan mereka adalah satu ketaksuban dalam menegakkan hukum ALLAH...sedang dalam langkah mereka itu, mereka lupa bahawa ALLAH sangat membenci akan manusia-manusia yang taksub pada amal ibadat. Kerana dengan wujudnya mereka lah...bida'ah-bida'ah sesat lagi menyesatkan bertebaran ke mana-mana sehingga menghancurkan kemashlahatan ummah...


Kali ini, puak penyembah dewa Ambiga memberikan pula satu entiti penting dalam pemikiran mereka...pemikiran taksub pada kuasa dan pangkat...kamu ingin lihat?? Marilah...nikmati saja...Tiada siapa yang melarang...

Namun begitu...pendekar harap..jangan hiasi dadamu dengan perasaan benci dan dendam kesumat...kerana dari situlah bermulanya kerosakan hati...pendekar harap, kalian nikmati saja ya...tidak perlu berkata apa-apa...cuma...senyum saja...kerana ALLAH itu Tuhan yang Maha Pengasih... (^_^)...





Pendekar mohon, jika kalian mahu menjebakkan diri dalam politik...berpada-padalah...kerana jika hati tidak kering...ia akan basah dengan kesal yang tidak berpenghujung...maafkan ya...salam perjuangan...

Wednesday, May 9, 2012

WAJAH ARTIS HOLLYWOOD SEBELUM DAN SELEPAS POPULAR

Kali ini pendekar nak kongsikan benda lain pulalah...bermain dengan gambar...asyik entri berat kadang-kadang susah juga.. kita perlu melepaskan kotak fikir supaya ia mampu terbang tinggi dan mengosongkan fikiran buat seketika...

Kata orang...maklumat adalah pengalaman...tanpa pengalaman...tiada ilmu yang mampu dipelajari... tidak begitu?? Woahha...

Nikmati saja...

Sunday, May 6, 2012

[ Syahdu ] LUAHAN HATI SEORANG INSAN UNTUK SEMUA MAHASISWA DAN PELAJAR

Bismillaahirrohanirrohim...

Patah kata yang tersusun indah sudah pasti akan menenangkan jiwa. Patah kata yang teratur dengan kalimat keterujaan sudah pasti akan membangkitkan semangat dan rasa...

Terima saja hakikat bahawa penulisan bisa mempengaruhi jiwa. Dan apa yang mahu pendekar kongsikan di sini kali ini adalah luahan hati dan nasihat seorang insan biasa kepada sekalian mahasiswa dan pelajar di mana-mana sahaja...Jadi...hayatilah setiap patah katanya ya...

"adik-adik ku sekalian.....berfikirlah sejenak....dari mana kita semua mula merangkak belajar alif ba ta, nombor 123..huruf abc....bagaimana rupa kita pada hari pertama kita mendaftar sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi institut pengajian tinggi/pendidikan yg amat diimpikan oleh setiap pelajar lepasan sekolah menengah....kenapa pada hari ini, tiada lagi kesedaran dalam diri? di mana di sembunyikan tatasusila?di mana di sembunyikan rukun negara yg sering dilaungkan?

semua ibu bapa amat mengharapkan dapat melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran....tamat pengajian dengan cemerlang....tanpa ada diselitkan unsur-unsur negatif yang sering merasuk disekeliling anak-anak ini....menitis air mata setiap insan yang ingin melihat keamanan di Negara Malaysia kita yg tercinta ini....adakah pernah terfikir ada lagi adik2 kalian yg masih kecil yang sedang berusaha untuk ke menara gading seperti kalian?...bagaimana masa depan mereka nanti jika mereka melihat keadaan di sekelilingnya sudah begini?....

sering kita laungkan keamanan, kebebasan, ketelusan....tapi adakah kita pernah melaungkan syukur atas apa yang telah kita kecapi selama ini?...adakah kita pernah melaungkan syukur atas kejadian kita pada hari ini?..kita semua sama adik-adik ku....semua bermula dari tangisan yang amat kecil ketika dilahirkan oleh ibu kita yg bertarung nyawa demi utk anugerah Allah SWT yang tidak ternilai....kita tidak terus jadi dewasa/besar begini kan?....menuntut ilmu satu tanggungjawab...amanah utk setiap insan yang bergelar pelajar.....

Maka laksanakanlah tanggungjawab/amanah itu...beristiqamah dalam setiap perkara yg setiap hari akan kita hadapi pelbagai macam warnanya.......demi ibu bapa tersayang, demi keluarga tersayang, demi masa depan, demi Negara Malaysia..tanah kelahiran kita..yg kita duduki dari lahir hingga sekarang....yg kita duduki dgn aman, selesa, bahagia, tiada pun ledakan bom semasa kita sedang berbahagia berkumpul bersama keluarga (nauzubillahuminzaliq)......fikirkanlah adik2ku.....di mana pun kita berada....Allah Maha Adil, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana...hanya sekadar untuk berkongsi, tiada maksud lain selain utk manfaat bersama.....jazakallah~ " - by anonymous

Jadi...fikir-fikirkanlah ya...selamat beramal...

Dan jangan lupa tonton video ini...seorang ibu yang kecewa terhadap anaknya....



Salam perjuangan dari Pendekar Berkuda

Friday, May 4, 2012

BILA TOK GURU KATA WAJIB PERGI BERSIH.....DOT...DOT...DOT....

Bismillahirrohmanirrohim...

Pendekar tak mahu hipokrit...memang sejak dua menjak ini hati selalu menggelegak...syaitan sering menggoda untuk melepaskan amarah...sehingga lemah gemalai bahasa bukan lagi pegangan...atur susun kata bukan lagi indah seperti selalunya... ya...syaitan itu sangat hebat dalam menggoda...hakikat yang nyata seperti itulah....

Dan berbalik semua kepada tajuk asal...Bila Tok Guru kata wajib pergi bersih...apa jadi?? Mari kita fikir guna akal...bukan guna emosi...setuju tidak??

Tok guru..adalah lambang satu taraf yang diberikan pada dia kerana ilmunya...bukan kerana sikapnya...tetapi kerana ilmu yang dia ada...setiap patah katanya di anggap bagaikan dari Rasulullah S.A.W..tiada cela satu apa...kerana dia di anggap sebagai pewaris Nabi... Faktanya seperti itulah...tiada selindung satu apa...

BERSIH 3.0 atau apa-apa saja perhimpunan so-called menentang kerajaan sudahpun dihalalkan oleh Tok Guru dengan alasan bahawa ia untuk menentang kemungkaran dan kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan yang pada pendapat penyokong perhimpunan itu tidak adil dan tidak melaksanakan Islam....

Teringat pula tiba-tiba pendekar pada kisah puak Khawarij...kisah pembunuhan Saidina Umar-Usman-dan-Ali adalah kisah nyata dalam sejarah segolongan pihak yang mengatakan bahawa mereka lebih Islamik daripada yang lain...dan bilang pemerintah itu tidak melaksanakan perintah ALLAH.... dan puak inilah yang menyebabkan perpecahan di dalam perpaduan ummah...

Kelompok Khawarij ini...golongan mereka adalah seperti penganut Islam lain...mereka berjubah-berserban....ibadah kadangkala melebihi daripada yang lain....namun ketaksuban mereka dalam menegakkan perintah ALLAH menyebabkan mereka sanggup untuk menentang saudaranya sendiri....malah memberi gelar kafir dan munafik sekalipun...

Sedang ALLAH sendiri sudah menerangkan dengan jelas dalam kitabnya....di antara golongan yang masuk syurga itu, ada yang berlari,berjalan,merangkak,mengengsot dan sebagainya...dan mereka yang paling perlahan itu sudah pastinya yang paling sedikit amalnya....

Kata Tok Guru : "Wajib pergi Bersih..."

1. Atas kapasiti apakah BERSIH itu wajib?

2. Bila wajib pergi BERSIH, maka wajiblah untuk mematuhi arahan pemimpinnya...hatta jika pemimpinnya kafir sekalipun...

3. Bila sudah wajib taat kepada pemimpin yang kafir...untuk menentang saudara seagama...adakah masih masih ada ampun dari ALLAH??

4. Bila sudah wajib pergi bersih untuk menentang kerajaan, maka wajiblah juga untuk menerima apa sahaja tindak balas kerajaan bukan?

5. Demontrasi tidak pernah ada melainkan kemahuan untuk berperang dan menunjuk hebat...dalam hal pemerintahan sebuah negara Islam...demontrasi sebenarnya tidak pernah wujud...

6. Bila sudah wajib, maka bermakna, halal untuk menumpahkan darah...maka digelar ia akan itu adalah jihad...

7. Dan sejak bila pula BERSIH itu menjadi satu perjuangan yang berunsurkan perjuangan Islam? Apakah kaitan bersih dengan menyuburkan keindahan Islam kepada ramai??

8. kalian senaraikan sendiri boleh tak? nanti pendekar tambah di dalam nya...

Pssst~! : Tok guru belajar kat India...
Pssst~! : Seorang yang tugasnya sebagai pemimpin, tetapi masanya lebih banyak habis dengan berceramah sana sini...menyerahkan urusan menjaga kesejahteraan rakyat kepada polis dan kerajaan persekutuan... duduk rumah berehat...
Pssst~! : 20 tahun tok guru menjadi Menteri Besar...adakah sebab Pilihanraya tak bersih?? hairan...hukum mana yang dia guna??

Thursday, May 3, 2012

PRA - GAMBAR PERKAHWINAN AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA

Romantis....itu sahaja yang mampu diungkapkan tatkala melihat gambar pra perkahwinan di antara Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Jurufoto, Saiful Nang memang telah melakukan kerja yang terbaik untuk menghasilkan gambar seperti ini. Pendekar pun kagum sebenarnya.

Sumber gambar dari blog BeautifulNara.Com ... Jom layan.


VIDEO FITNAH JAHAT MEDIA PAKATAN : POLIS TRAFIK ACU PISTOL KEPADA DEMSONSTRANS

Video polis acu pistol kepada penunjuk perasaan yang bertempiaran lari ini adalah video potongan. Video inilah yang digunakan oleh media-media pakatan untuk memburukkan lagi imej polis.

Dalam laporan mereka. Mereka hanya menuduh polis mengacu pistol kepada penunjuk perasaan. Tapi hakikat yang nyata adalah dalam gambar printshoot di bawah ini.

Dalam keriuhan ramai itu..mungkin ada yang mahu mengambil kesempatan. Atau mungkin juga niatnya baik hendak menolong menegakkan semula motor yang jatuh itu. Tapi, mungkin polis salah faham. Siapa tahu? Mungkin saja dia nak rembat motor tu. Atau mungkin saja dia nak angkat motor tu.



Polis yang melihat mengacukan pistolnya ke arah individu yang dibulatkan. Individu tersebut mengangkat semula tangannya. Dan memberikan isyarat tidak melakukan apa-apa.


Individu terbabit lari bersama-sama dengan rakan-rakannya.


Klip Videonya adalah di bawah ini...




Dan bandingkan apa yang dipaparkan oleh media pembangkang.

http://amenoworld.blogspot.com/2012/05/polis-acu-pistol-kat-para-pendemo.html

http://paspb2.blogspot.com/2012/05/video-baru-polis-acu-pistol-kepada.html

Adakah kalian berfikir? Atau memang sebenarnya kalian adalah orang yang disebutkan oleh ALLAH dalam firmannya pada ayat 18 surah Al-Baqarah??



Kasihan sekali...

Tuesday, May 1, 2012

AZMIN ALI NAFI KAN BELIAU BIKIN SKANDAL DALAM TANDAS.


SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengecam keras tindakan beberapa blog pro-Umno yang mendakwanya melanggan seks sambil menyifatkan ia sebagai satu "fitnah" terbaru pihak Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kata Azmin, ia fitnah yang ditohmah ke atas dirinya untuk mengaibkan beliau dan keluarga susulan nasib dilalui Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.

"Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro-Umno.

"Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita dalam tandas.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Sinar

PARA PEJUANG NAK MATI SYAHID NI. MASUK SYURGA TERUS. AHAKS.

Biarkan saja gambar yang berbicara.

Lokasi : KLCC 28 April 2012 Sabtu. 
Yang terlibat : Unit Amal Pas dan Polis.
Kenyataan Nik Aziz : Unit Amal PAS kena kepung. 
Hakikat dan Fakta : Tengok sendiri gambar





Bak kata seorang komentator : Unit Amal PAS nak main ORIGINAL punya "polis sentri"....huhuhu...

SIAPAKAH AMBIGA LIDAH BERCABANG?

PADANG SERAI: MIC Kedah menyifatkan Datuk S. Ambiga, pengerusi penganjur perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu sebagai "lidah bercabang" apabila menjanjikan perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman tetapi berakhir dengan keganasan.

Pengerusi MIC Kedah, S. Ananthan, berkata perhimpunan yang diterajui Ambiga yang disokong pembangkang itu telah mencalarkan imej negara di mata dunia dan memalukan masyarakat India di negara ini.

"Perhimpunan itu juga menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya menjadi 'desperado politik' kerana perhimpunan itu gagal seratus peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 26 mangsa ribut di Paya Besar Mac lalu, di sini hari ini.
Ananthan juga bersetuju dengan pendapat bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Haniff Omar yang menyebut terdapat anasir komunis yang turut menyebarkan semangat bencikan polis pada perhimpunan itu.

"Secara senyap atau terbuka Tun Mohd Haniff perlu mendedahkan anasir-anasir tersebut demi kesejahteraan dan keamanan di negara ini," katanya.

Katanya, rakyat di negara ini yang majoritinya cintakan keamanan dan kesejahteraan amat berharap kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri akan bertindak sewajarnya dalam menangani isu keganasan yang berlaku semasa perhimpunan itu. - BERNAMA

***



Kasihan perempuan tua nih..tapi aku respek jugak kat dia. Berjaya menawan hati ramai pak-pak ketayap dan serban. Berjaya menawan hati para pemuda melayu. Ilmu apa yang dia pakai agaknya ya? Aku sendiri tak selera nak menengoknya. Tapi dalam kepala otak manusia lain itu. Dia sangatlah menakjubkan! Woahha! Skandal lagik!

GILIRAN GAMBAR VIDEO SKANDAL AZMIN PULAK PECAH PANGGUNG.

Jika sebelum ini video Ketuanya, Anwar Ibrahim menggemparkan negara. Kini giliran gambar video skandal seks Azmin Ali pula masuk panggung. Alahai... semua memang sekepala kan?? Keh keh keh.

Itu kata orang...percaya atau tidak, terpulang. Apa yang pendekar percaya, tidak semestinya sama dengan apa yang kalian percaya.

Jadi, nikmati saja.




Nikmati saja....

APAKAH RASIONALNYA ANWAR MENGAMBIL ALIH KEM BERSIH 3.0

Mungkin sudah agak terlambat untuk menulis mengenai perkara ini. Tetapi pendekar mahu tulis juga.

"Ah..diamlah kau pendekar..memekak je lebih.."

Justifikasi ungkapan yang sering kita dengar tatkala seseorang itu cuba menghindar dari kebenaran. Itulah hakikat. Yang sudah terang lagi nyata. Namun dalam lafaz kalimah ayat 18 surah al-Baqarah, mohonlah akan ada yang mengambil pengajaran.

Summum bukmun 'umyunfahum laa yar ji'un....


"Sesungguhnya mereka itu pekak, buta dan bisu"....terhadap kebenaran yang dihidangkan di hadapan mereka. Sama seperti Tok Guru mereka yang menjadikan kafir sebagai ketuanya. Fatwa yang manakah lagi yang diambil olehnya tatkala seorang Islam yang begitu kerasnya terhadap kemungkaran dan kemaksiatan di negerinya di buang dengan begitu bersahaja olehnya. Dan golongan munafik dibela bagaikan anak emas pula.

Kalian sudah pasti tahu siapa yang pendekar maksudkan. Jika tidak, bacakanlah doa penerang hati sebanyak-banyaknya ya....

Ketika Perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan untuk menuntut kebersihan dalam pilihanraya kononnya. Pendekar masih tidak nampak apakah yang cuba untuk diperjuangkan? Melainkan dua sahaja. Kemahuan untuk menunjuk hebat dan melakukan kezaliman terhadap manusia lain. Jujur saja. Kerana kelompok-kelompok yang mengadakan perhimpunan ini adalah golongan-golongan yang zalim. Atas alasan apa? Mari dengarkan.

1. Apakah kewajaran untuk mereka melakukannya di tempat ramai? Adakah mereka sahaja rakyat Malaysia yang wujud di negara ini? Mana pergi lagi 29 juta?


2. Tidakkah itu zalim jika kamu bawa kanak-kanak kecil dan orang tua ke jalanan? Yang kamu sudah pasti tahu akan kemungkinan bahawa ia akan menjadi peristiwa berdarah? Bukankah kamu sudah menzalimi mereka?


3. Apakah dosa kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa itu pilihanraya dan apa itu politik kamu tanamkan mentaliti menentang sedari kecil ke dalam jemala fikir mereka? Tidakkah itu zalim??


4. Di manakah rasional dalam pemikiran kamu, seorang bekas pemimpin yang dicemari dengan skandal seks kotor lagi jijik, sokongan secara terbuka terhadap Israel dan Yahudi, penganut agama liberalisasi bahawa Islam dan agama lain itu adalah setaraf dan seorang pemimpin politik dijadikan pemimpin oleh kamu untuk mengetuai perhimpunan yang kononnya "bersih" itu? 


5. Di atas logik apakah kamu diberikan hak untuk merosakkan harta benda awam dan negara? Melibatkan insan lain yang tidak mahu langsung terlibat dengan tindakan zalim kamu itu tetapi menjadi mangsa? Tidakkah itu zalim?


6. Hanya kerana tindakan kamu, beribu-ribu anggota polis di kerah dari seluruh negara hanya untuk menjaga keselamatan Kuala Lumpur sedangkan banyak lagi tempat yang perlu di jaga? Bukankah itu zalim kepada orang lain?

Dan banyak lagi sebenarnya kezaliman mereka ini. Yang pendekar rasa tidak perlu sebut lagi akannya. Kerana seperti firman ALLAH Ta'ala dalam ayat di atas. Mereka ini pekak, buta dan bisu. Dan tidak akan pernah cuba mahu mendengarkan.

Dan berbalik kepada tajuk di atas. Apakah rasionalnya Anwar Ibrahim mengepalai peserta Perhimpunan Bersih 3.0 di sebalik dia adalah pemimpin politik yang mahukan jawatan Perdana Menteri dan mempunyai kepentingan dalam Pilihanraya UMUM?

Cubaan untuk melakukan provokasi terhadap kerajaan adalah satu kesalahan besar. Cubaan itu boleh membawa huru hara kepada negara. Dan kehuru-haraan ini boleh menyebabkan campurtangan asing ke dalam negara. Inikah yang mereka mahukan?

Tapi Allah sendiri sudah menyebutnya.... Summum bukmun 'umyunfahum laa yar ji'un....

titik.

Jata Negara Malaysia : Harimau itu apa makna? Bulan dan Bintang itu apa makna? Andainya kamu mengetahui.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda