Monday, January 30, 2012

10 TIPS UNTUK TIDAK TAKUT DENGAN HANTU - HAMKA KERETAMAYAT

10 Tips untuk berani dengan hantu...

1. Letakan dalam diri kepercayaan bahawa jumpa hantu secara live itu cool.

2. Biasakan diri tidur dalam gelap, dan jika rasa seram, bayangkan rupa hantu sehingga jadi tak seram.

3. Cabar diri sendiri seperti berhenti buang air dalam hutan sorang sorang di waktu malam, lepas sepuluh kali kencing tapi tidak di sakat hantu, korang akan jadi lebih berani,

4. Jika nak tengok cerita hantu, tengok sorang sorang di waktu malam. Jika berjaya, tahniah!

5. Bila kawan kawan cerita hantu, nafikan hantu tu dengan hujah sains, jika kawan kau tetap yakin itu hantu, cabar suruh hantu tu jumpa korang.

6. Jika terdengar bunyi atau ternampak kelibat pelik, jangan lari, pergi jumpa/siasat secara direct.

7. Jika malas nak pergi siasat, tiru dialog arwah Pak uda dalam filem Hantu kak Limah balik rumah, yang mana bila jumpa hantu, Pak Uda cakap: “Kalau kamu manusia lebih baik kau pergi main jauh jauh dari aku, aku tak nak berkawan dengan kamu!, pergi! Kalau kamu iblis setan ingat, aku ada silat gayung...” Woha!

8. Banyakkan cerita kehebatan dan kebesaran Allah sehingga ketakutan pada makhluk hilang.

9. Buat niat untuk dakwah kepada hantu supaya mereka masuk islam.

10. Jika terjumpa hantu yang memang seram, cuba lawan, pukul dengan kayu, atau tikam dengan pisau.

Baca lanjut di SINI

Saturday, January 28, 2012

MELAYU DAN KETAKSUBAN MEREKA PADA NAMA. APABILA SI DUNGU MULA MENDABIK DADA....

Bismillahirrohmanirrohim....

Patah kata lafaz dari hati...tidak di sebut dengan lidah...kerana hati yang berkata...tidak akan pernah bisa berdusta...Bagaikan aliran air dari perbukitan...menerjah menuruni lembah-lembah...sebelum bertemu di muara... perumpamaan kehidupan seperti itulah... penuh onak dan duri.. hanya kekuatan semangat dan iman mampu untuk membantu kita menempuhi perahu kehidupan...

Adapun pada tajuk di atas, hanyalah kisah lama yang ingin aku kongsi kepada kamu-kamu-dan-kamu untuk kesekian kalinya...ketika kamu bisa memanggil Tuhan kamu dengan panggilan AKU-KAU. Prediksi yang memungkinkan satu sikap kurang ajar untuk seorang hamba terhadap Tuhannya... Jadi, kenapa kamu ingin bising jika orang yang lebih muda memanggil kamu dengan panggilan seperti itu?? Sangat ralit bukan??

Berbalik pada tajuk, aku ingin kongsi sedikit pengetahuan yang aku punya, pada ketaksuban para ibu bapa melayu dan muslim untuk memberikan nama anak mereka sesuka hati mereka...konon pada pandangan untuk mendapat berkah dan keberkatan dari nama tersebut. Maka mulalah mereka menyelak kamus-kamus arab, mulalah mereka mencari nama-nama unik untuk diberikan pada anak mereka... Yang pentingnya yang baik-baik sahaja...

"Dan janganlah kamu menyerupakan ALLAH dengan MAKHLUK.."

Adalah satu perkara yang selalu di lepas pandang oleh para ibu bapa Muslim... 99 Nama-nama ALLAH adalah nama-nama yang dilarang malah diharamkan sama sekali untuk diberikan kepada anak... Tetapi apa yang selal kita lihat adalah nama seperti ini, Malik, Quddus, Salam, Muhaimin, Aziz, dan bla bla bla nama yang selalu kita jumpa di mana-mana....

Ambil contoh..sekiranya orang yang bernama Aziz itu kemalangan dan terputus tangan, maka sudah pasti akan ada orang yang berkata... "Tangan Aziz putus wwooo...." ...adakah kita nak cakap bahawa Tangan ALLAH dah putus? Tidak mungkin kan??

Begitu juga kalau seorang yang bernama Salam menggantung gambarnya di dinding dan secara tak sengaja gambar dia itu memberikan penerangan seperti.... "Itulah Salam...takkan tak kenal??"...sejak bila pula ALLAH memiliki rupa kan?? Wallahua'lam..

"Aku adalah satu perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenali dan diketahui. Maka Aku ciptakan makhluk. Dan dengan NAMA ALLAH lah mereka mengenali Aku.." - Hadis Qudsi...

Nama ALLAH...manusia bila memiliki nama ALLAH maka dia akan secara sengaja mencabar kuasa yang dimiliki oleh Tuhannya.. Kerana itulah, setiap apa yang menggunakan nama-nama ALLAH di dalam namanya...tidak dapat tidak, wajib untuk meletakkan ABDUL sebagai awalan namanya. Abdul bermaksud Hamba... boleh juga Abdil, Abd atau sebagainya... semuanya memberikan maksud hamba..

Namun, walaupun ilmu pengetahuan kini sangat mudah diperolehi...tetapi tidak ramai yang mahu mempelajarinya...Maka, menjadilah mereka insan yang gemar menurut dan mengiyakan apa saja kata alim ulamak...tanpa menyelidiki apa benarnya perkataan tersebut..

Maka, marilah kita berlindung dari kemurkaan ALLAH..

Terima kasih kerana membaca....salam hati dan salam perjuangan dari Pendekar Berkuda...

P/S : Jika kau letak nama John Labu pun tak ada apa nak dikisahkan...asal tidak kau cabar ALLAH...

P/S : Kenapa semua Nabi dan Rasul yang wujud tidak pula guna nama-nama ALLAH?? Hairan kan??

Thursday, January 19, 2012

PERSOALAN MENGENAI ISLAM HADHARI - BENARKAH SATU AGAMA BARU SEPERTI YANG DI CANANG-CANANGKAN OLEH ULAMAK PAS DAN PEMIMPIN PAKATAN??

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... sudah lama rasanya pendekar tidak menulis entry baru...kekangan masa dan ruang waktu menghalang keinginan untuk menulis lagi dan lagi... walaupun penulisan adalah jiwa seorang blogger...namun jika aral yang melintang itu menghalangi keinginan itu...tidak dapat tidak terpaksa juga untuk dipendamkan hasrat untuk menulis lagi...

Dalam waktu berhibernasi beberapa hari ini, pendekar sempat untuk menimba ilmu dengan guru pendekar, seorang biasa yang memiliki ilmu yang luar biasa...memiliki daya ingatan yang kuat... sehingga mampu untuk menterjemahkan setiap patah ayat al-Qur'an tanpa perlu melihat pada tafsiran... dan alhamdulillah, pendekar sudah mampu untuk mendapat sedikit ilmu penterjemahan al-Qur'an daripadanya... walaupun tidak banyak... namun berbaloi juga... dan ingin sekali di tambah lagi jika masa dan keadaan mengizinkan nanti... Mudah-mudahan...Amin...


Berbalik kepada tajuk, Islam Hadhari yang pernah diwar-warkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjadi satu topik yang sangat panas. Rata-rata ulamak PAS dan juga para pemimpin pembangkang yang mengaku lebih Islam dan hafaz al-Qur'an lebih daripada orang lain mengatakan bahawa Islam Hadhari adalah agama baru....

Mereka berkata seperti itu tanpa tahu bahawa di dalam makna yang sebenar, perkataan "HADHARI" itu adalah perkataan yang di ambil daripada perkataan "HADHARA" yang bermaksud "DATANG atau HADIR"..sama seperti tatabahasa bahasa Melayu, al-Qur'an juga memiliki tatabahasanya sendiri. Jika di ambil kira pada tatabahasa al-Qur'an, Islam Hadhari bolehlah dikatakan sebagai ISLAM DATANG ataupun KEDATANGAN ISLAM....

Dengan kedatangan Islam, tamadun berkembang, wujudlah masyarakat madani iaitu masyarakat yang bertamadun dan memiliki keluhuran pekerti yang tinggi...

Di dalam al-Qur'an, perkataan HADHARA ini di sebut dalam surah al-Baqarah ayat 133 yang menyebut tentang kedatangan anak-anak nabi Yaakub A.S sebagai penyambung dakwahnya...

Ø£َÙ…ْ ÙƒُÙ†ْتُÙ…ْ Ø´ُÙ‡َدَاءَ Ø¥ِذْ Ø­َضَرَ ÙŠَعْÙ‚ُوبَ الْÙ…َÙˆْتُ Ø¥ِذْ Ù‚َالَ Ù„ِبَÙ†ِيهِ Ù…َا تَعْبُدُونَ Ù…ِÙ†ْ بَعْدِÙŠ Ù‚َالُوا Ù†َعْبُدُ Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َÙƒَ ÙˆَØ¥ِÙ„َٰÙ‡َ آبَائِÙƒَ Ø¥ِبْرَاهِيمَ ÙˆَØ¥ِسْÙ…َاعِيلَ ÙˆَØ¥ِسْØ­َاقَ Ø¥ِÙ„َٰÙ‡ًا Ùˆَاحِدًا ÙˆَÙ†َØ­ْÙ†ُ Ù„َÙ‡ُ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ُونَ { 133}

Maksudnya :
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)". [133]

Maka, berdustalah para ulamak yang mendustakan ayat-ayat ALLAH... juga pada mereka yang tidak tahu tetapi berlagak tahu.... Sesunggunya Ilmu itu milik ALLAH... dan hanya dia yang berhak untuk memberikannya kepada sesiapapun yang dikehendakiNYA.... 
Wallahua'amu bissawab...

Untuk itu..pendekar noktahkan semuanya di sini...mudah-mudahan pengetahuan kalian bertambah ya... amin...

Salam perjuangan dan salam hati dari pendekar berkuda... (^_^)


Monday, January 16, 2012

NAMA - NAMA PELIK DALAM DUNIA . SERIUS PELIK DAN LAWAK (^_^)

Kali ini pendekar ingin kongsi info mengenai nama-nama pelik yang ada di dunia...Malaysia mahupun dunia lain...keh keh keh...


trex posted at 24-3-2007 19:54

Dialog (First day of school)
Para Pelajar=Selamat petang cikgu
Cikgu = Saya ada nama,nama saya Puan Miskin ,Puan Fakir Miskin
Para Pelajar=Ketawa:lol:
Pn Miskin is Jehan miskin mum.....hehehhe

dilna posted at 27-3-2007 16:22

bukan niat nak memperlekehkan..cuma berkongsi sesama kita

adala kenalan saya ni..mungkin ada istimewa di mata mereka yg kita tak tahu kan...

Tumpang b. Tompil
Nat Imas bt Sobori
Membunga bt Jusoh
Abkari Bin Rizki
Mohd Dom Bin zubri

darlingangel posted at 30-3-2007 03:28

Reply #21 heart_princess's post
orang kat umah aku.. bin kaparawi... hehehe

darlingangel posted at 30-3-2007 03:34

ader kawan aku nor sinar suriya binti yahya... aku penah sound dia heheh.. napa mak ko tak sambung je sket lagi nama ko jadik nor sinar suriya memancar-mancar hehehehe

millennium girl posted at 30-3-2007 09:16
idak le lawak sgt.. tp bleh aa

opismate lama aku : Sa Pei Ni
kalo buang i tu jd la sape ni..

ting posted at 30-3-2007 17:26

Aku pelik nama bapa juara lawak Astro...Yusri bin Edoo...

cupcakes posted at 30-3-2007 19:38
Tapi ternampak surat org..namanye Mohd Faraj bin .......

shalalat posted at 2-4-2007 06:45

[quote]Originally posted by [i]Cakkkk....aaaa[/i] at 3-12-2005 10:04 AM

Emmm....tu pun kalau dia pegi sekolah....:P

sebanarnya org dulu2 tak baper pandai mengeja dan pegawai polis/pendaftar pun 2x5.....

itulah sebabnya ejaan main ikut sedap...dan nak tuka ... [/quote]


cam makcik aku, punyer laa plan baik punyer nak boh name sarimah

sekali arwah atok gi lapor nama.. luper lakk
"apa namenye pakcik"
"alaaaa, aper tuh mah.. mahh.. alaaaa... wamahh~~ camtuh la bunyi dia"
"okeh2.. wamah" terus dapat nama wamah hah.. aishhh

shalalat posted at 2-4-2007 07:04

[quote]Originally posted by [i]Leha.[/i] at 31-7-2006 11:52 PM
bapak aku punya kawan... Pungut binti Buang
pernah sekali aku terbaca I/C orang... Diana binti Pisang

Leha, Gadis Klasik [/quote]

pungut nih same cam nama makcik aku weh.. kesahnyer die nih anak pungut.. nama betol die manisah.. tapi sampai sekarang sumer panggil die pungut.. da biase kot.. ktorang kadang2 cube tukar manisah.. tak boleh plak..

paling benci orang nama rindu ker kasih ker pelangi ker.. pastuh bile tanye nama sape? "rindu :$ " samel buat muke cam nama tuh cun sangat.. :L

abby_R posted at 6-4-2007 06:17

[quote]Originally posted by [i]cupcakes[/i] at 30-3-2007 19:38
Tapi ternampak surat org..namanye Mohd Faraj bin ....... [/quote]
aku pon penah terbaca dlm forum neh gak..nama arab tuh faraj....ahli sukan...;P

bubpallo posted at 6-4-2007 08:51

[quote]Originally posted by [i]abby_R[/i] at 6-4-2007 06:17 AM

aku pon penah terbaca dlm forum neh gak..nama arab tuh faraj....ahli sukan...;P [/quote]


Batang berjuntai......:lol: :lol: byk negro ker tmpat tu?...huhuhuuhu;P ;P

damiqula posted at 6-4-2007 16:09

Reply #504 darlingangel's post

ok lagi sinar suria dr suria harmoni,budak yg gaduh ngn aku mase skolah rendah dulu.

sbb aku ejek name die;P
piot posted at 7-4-2007 12:23

ada sorang kakak senior aku dulu jauharatuddini....
blh buat ayat...jauh arah tu.....dini...:lol: :lol:
mah76 posted at 7-4-2007 18:34

Saya pernah kenal member Vokey Setapak..92/93 nam dia mmg unik..Panot bin Jamil tp dia nak org kenal dia Punk not Death...;P ada sorang lg nama dia Ahmad Shopan...tp perangai...:mad: klu kat melaka nama sedara memang pelik2 klu Jumaat ker Sabtu tu biasa la..Busu saya nam dia Osman bin Tandang
Milo_Ice posted at 7-4-2007 22:54

Dulu aku pernah dengar jururawat kat Hospital Besar memanggil nama pesakit yang bernama [b] Lee Kong Kiat[/b].

Ramai orang yang tak tahan gelak. :lol:
mah76 posted at 9-4-2007 13:15

Ada lg nama member lama Haslila binti Kutip...nama mak sy pun unik gak...tp x per lah..:loveliness:
kuchenta_81 posted at 11-4-2007 19:18

haah ler.. memang lawak la thread nih..

kat kg aku, nenek sbelah umah nama dia SAWI. nama bapaknya aku tak tau plak..
pastu, sorang lagi nama dia HALUS bin KECHIK.. yg ni nenek sedara aku..mmg kecik comel je nenek nih..

yang ni mak bidan kat kg aku, TEMENOT binti SUDIN.. pastu, ada atuk ni nama dia, SABTU bin LANJUT.

pastu aku ada kenalan, MOHAMED JOSE INDRA MEGA PUTRA BIN... bekas student UIA, pandai budak nih.. lawyer kut skang..

kt pekan aku plak, ada kedai cina, TAI KO CHENG.. buruk je kedai tuh.. tak tau la busuk ke idak..:lol:
nanti kalu aku ingat, aku tambah lagi..
thamrong posted at 11-4-2007 22:49

Muar ni banyak nama Jawa yang pelik-pelik. Hinggakan aku jauh di rantau orang nama2 tu maseh terpahat lagi dalam kepalaku.
Tugiman Bin Kaliwon
Kaliwon Bin Skrew:):)
putra_bengal posted at 12-4-2007 07:01

aku penah dengar nama gaylord focker.. hehehehehe
powercool posted at 13-4-2007 10:59

nama student aku.. FARDHUILAHI.. korang rasa x menyalahi hukum ke nama ni.
eima80 posted at 13-4-2007 14:18

Reply #509 shalalat's post

nama pakcik eima pun pungut gak....:lol:
sbb. dulu pakcik ni anak angkat nenek ngan atok....
mziskandar posted at 14-4-2007 01:35

member skolah rendah aku namanya "khoo teck jin". kat mana la dia skarang...
mah76 posted at 14-4-2007 17:54

kat umah ada gak jiran nama KESOT, KESIT, TUKIYO (sy panggil TOKYO).

Member kelas dulu nam dia Sukma Murni Raden..x tau la apa yg murni tp dlm kelas tido jer keja nyer...sekarang pramugari..apa khabar la noni, lama x jumpa:loveliness:
gosipgirl posted at 16-4-2007 16:13

cikita dini aulia

generasi2 posted at 18-4-2007 17:31

Putera Ahmad Merrah

generasi2 posted at 18-4-2007 17:33

Amani Bella Kesuma

kEk_KeL@d| posted at 19-4-2007 11:04

naik balik ek thread ni.. ehehe..
ada sekali aku baca dlm ni tetibe terjumpa nama kawan aku terkejut dia camna org bleh taruk nama dia dlm ni.. hehehe

aku pon ada gak nama yg aku rasa unik sket.
ni sedare jauh aku, arwah pakcik aku ni cikgu sastera. nama anak2 dia

Rojas (dr rohani jasmani)
Gabran (dr gagah berani)
Madui ( dr madu dunia)

sekali dengar cam kelakar tapi org sastera ni kan, mcm kalo kite terjemah nama arab pon mcm ni jugak makna dia

pastu kawan atas kawan, lahir kat cardiff bulan syawal - nor kadifa syawalina - tak sure betul ke tak eja

generasi2 posted at 19-4-2007 14:18

customer aku nama MASAM

cupcakes posted at 20-4-2007 08:33

Nama arwah tok aku, Mat Kilau..Mak aku selalu tersipu2 malu kalau pergi bank ker atau berurusan kat kaunter sebab sure
staff2 tu tanya soalan2 mcm ada bersedara atau berketurunan dgn mat kilau pahlawan tu kerr??

[[i] Last edited by cupcakes at 20-4-2007 08:34 AM [/i]]

kuchenta_81 posted at 20-4-2007 15:56

PUTIH ROSNAH..

tapi orangnya idak le putih pun.. hehehe..
ni, budak keje Maybank. kenai pasai apply credit card.. hahaa..

ice98 posted at 21-4-2007 13:06

penah gak mmber old skool dulu nama dia
BARULBAZLINO
adik dia nama
NURLIBALIBA
aku tak ingat dah name ayah dia ape...

ice98 posted at 21-4-2007 13:08

satu lagi name tok mmber aku jgk.. TENGKU BOT

nuha posted at 22-4-2007 01:02

Ribut binti Petir

kecian selalu kena ejek budak nie



*********

sumber : cari forum

Sunday, January 15, 2012

ANTARA EGOISTIK AGAMA DAN ISLAM SEDERHANA

Bismillahirrohmanirrohim... 

Izinkan untuk pendekar luahkan apa yang tersirat dalam hati...perasaan sedih yang menggunung melihat setiap inci dan ruang yang ada buat umat Islam menjadi satu permainan bagi mereka yang berjuang dengan taksub untuk agama...

Mengambil kisah bahawa PAS ini bukanlah sebuah parti politik yang telah wujud sejak sekian lama...tetapi kewujudan PAS ini adalah kerana perbezaan pendapat di dalam satu pertubuhan yang dulunya bernama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau dengan lebih mudahnya di sebut sebagai UMNO... Akibat perbezaan pendapat mereka ini, mereka mula mendabik dada dengan penuh ego dan memisahkan diri mereka dari JEMAAH UTAMA umat Islam.

Kemuncak keegoan mereka adalah apabila mereka dengan berani mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa sahaja yang berada di dalam UMNO adalah kafir. Sehingga menimbulkan kesan ke atas perpaduan ummah... Di mana bermulanya sembahyang dua imam dan juga bermulanya proses assobiyyah yang memakan tidak sedikit korban bagi hati...malah menular dari generasi ke generasi...

Suatu perjuangan agama yang suci telah diporak-perandakan oleh kelompok-kelompok ego ini. Bukan mudah sebenarnya untuk menerima dan menelan hakikat ini..namun itulah kebenarannya... Andai jika para ahli agama yang egoistik ini lebih mendahulukan kemashlahatan ummah lebih daripada kepentingan diri, maka tidak mungkin akan kita lihat perpecahan di kalangan kelompok umat Islam seperti sekarang ini...Percayalah..

Bila agama yang suci lagi menyucikan digunakan sebagai pertaruhan untuk memperolehi kekuasaan politik dan dunia... maka di manakah lagi bisa kita gantungkan harapan dan impian untuk melihat bahawa Islam itulah yang memberikan rahmat kepada seluruh umat manusia??

Kelompok ulama egoistik ini, yang menubuhkan satu parti atas dasar tidak berpuas hati terhadap pemerintah..juga menggunakan kelebihan pengetahuan agama mereka untuk merendah-rendahkan golongan yang satu lagi yang tidak sependapat dengan mereka... Menggunakan agama untuk menyebarkan fatwa-fatwa sesat lagi menyesatkan dan menyimpang jauh dari asas Islam hakiki... Yang telah menghancur luluhkan perpaduan umat Islam...

Percayalah wahai saudara-dan-saudari ku sekalian...

Islam itu ad-deen...
Islam itu adalah perdamaian....
Islam itu adalah kesejahteraan...
Islam itu adalah kasih sayang sesama saudara...
Islam itu adalah belas kasihan...
Islam itu adalah kerendahan hati....
Islam itu adalah ketinggian budi dan kekayaan jiwa..

Justeru itu, 
di manakah kita pelajari bahawa Islam itu adalah sumpah seranah?
Di manakah kita pelajari bahawa Islam itu adalah rendah-merendahkan?
Siapakah yang mengajar kita untuk kafir mengkafirkan??
Bilakah kita di ajar supaya percaya bahawa Allah itu mewakili semua perilaku buruk?
Sejak bilakah makhluk bisa menggunakan Sifat Makhluk ke atas Zat Yang Maha Kuasa??


Kita sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar... Allah itu Satu...Dia tidak pernah menyerupai makhluk... Zat yang Tunggal...Unggul...tidak terusik pun sekalipun kalau kamu tidak beribadah kepadaNya...langsung tidak rugi satu apa...


Dia yang memiliki kuasa apa yang di langit dan di bumi serta sekalian isi-isinya... Dia yang mencipta kita semua... Jika kalian rajin menyelak hadis Qudsi, kalian akan temukan untuk apakah manusia dan sekalian makhluk ini di ciptakan?


Ingin sekali pendekar ungkapkan...pemerintah kini adalah Muslim... dia tidak pernah mengajar kamu untuk melakukan maksiat...dia tidak pernah mengajar kamu untuk melakukan kejahatan...dia tidak pernah menyiksa dan membunuh keluarga kamu... Maka untuk apa kamu tentang dia??


Kata kamu pejuang Islam? tetapi kenapa kamu masih mahu sibuk-sibuk tentang urusan dunia? Kenapa tidak kamu jaga agama kamu? Kenapa perlu kamu kalut dia menyeleweng atau rasuah? Adakah perbuatan itu merosakkan agama kamu? Mentaliti seperti inilah yang perlu kamu kikis... Jika kamu bukan pejuang agama...mengaku saja... Jangan sampai orang bilang kamu munafiqin... azabnya lebih teruk dari kafir harbi...Jika kamu mahu sedar itu...


Pendekar sangat sedih sebenarnya...tetapi pada masa yang sama sangat bersyukur... Dr. Hassan Ali, seorang insan yang berani berkata benar dan lantang untuk menyelamatkan akidah ummah, di pecat dari PAS... Ya...inilah yang sebenarnya yang pendekar mahu... kerana perjuangan agama...tidak mungkin akan pernah di sukai oleh politik... hanya golongan egoistik dan riak sahaja akan menggunakannya untuk mendapatkan kuasa... Tidak percaya? Percayalah...


Mudah-mudahan selepas ini, perjuangan Islam akan lebih subur....tanpa kekangan mana-mana parti politik.... UMNO, daripada apa yang pendekar lihat... akan menyokong mana-mana perjuangan ISLAM...tetapi bukanlah dari PAS.... itu sahaja... kerana apa yang kita boleh lihat kini... PAS bagaikan satu agama...pemimpin utamanya bagaikan maksum sehingga di gelar Nabi oleh pengikutnya... Nauzubillah...

Untuk itu...kalian juga mempunyai pendapat...mempunyai kotak fikiran...apa salah kalau kalian guna...hanya untuk menjaga agama ini supaya tidak menjadi serendah-rendahnya...sehingga si kafir juga bisa memandai2 memberikan nasihat tentang agama...


Aku bermohon ampun dariMu ya ALLAH...dari fitnah dunia dan segala isi-isinya... Amin...


Sekian..salam perjuangan dan salam hati dari Pendekar Berkuda...


Assalamualaikum...

Thursday, January 12, 2012

VIDEO PEJUANG AGAMA? SUMPAH AKU MALU DERR.. TOLONGLAH...

Bismillahirrohmanirrohim... kebetulan sahaja terlihat video ini di dalam blog rakan... sesuatu yang bila di lihat dan di dengar dengan teliti...sungguh menimbulkan rasa malu bahawa mereka ini adalah golongan yang menggerlar diri mereka pejuang agama dan pejuang Islam... Jika di lihat pada pakaian... memang... solehah...sopan...lemah lembut.... 


Tetapi...


Sayang sekali...kemurnian akhlak Islamiah tidak langsung meresap ke dalam jiwa mereka... Nauzubillah.... Apa yang aku dengar....

"PUTRAJAYA"


"REFORMASI"


"MAMPUS UMNO"


"TUMBANG BN"

.. dan beberapa kerat lagi perkataan yang aku boleh simpulkan bahawa mereka ini sungguh-sungguh mahukan dunia sehingga sanggup menggadai agama... Astagfirullah... Mudah-mudahan rahmat ALLAH sentiasa bersama sekalian umat Islam... Amin...

Dan ada juga yang mengatakan irama ini seperti irama koir gereja... Wallhua'lam...

CHECK MUET RESULT ONLINE AND SMS 201/2012 | SEMAK KEPUTUSAN MUET 2011/2012

Anda boleh membuat semakan check muet result online dan sms bagi akhir tahun 2012 di pautan yang diberikan di bawah..



Untuk menyemak Keputusan Malaysian University English Test (MUET) ini. Calon-calon boleh la melayariportal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) secara online ataupun menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Cara² untuk menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan alamat portal MPM, ada disediakan dibawah;
Cara Semakan Keputusan Malaysian University English Test (MUET) :
1. Menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Taip MUET RESULT  Nombor Kad Pengenalan Baru dan hantar ke 15888. Caj 35 sen akan dikenakan bagi keseluruhan proses tersebut.
2. Portal Online Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Layari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, 12 Januari 2012. Untuk semakkan keputusan Malaysian University English Test (MUET), boleh layari link ini.http://webmpm.mpm.edu.my/muet_resultn/
Bagi calon-calon yang ingin membuat rayuan semakan keputusan MUET. Anda bolehlah membuat rayuan tersebut mulai selepas  keputusan MUET diumumkan sehingga 27 Januari 2012. Bayaran sebanyak RM70 akan dikenakan bagi proses semakan tersebut.

Wednesday, January 11, 2012

TONTON VIDEO INI, PERHATI SEKELILING. ADAKAH MASIH ADA? KITA MASIH MAMPU MENGUBAHNYA, PERCAYALAH

Hati budi...
keluhuran dan keikhlasan...
memberi dan menerima...
kejujuran dan kerendahan hati...

Dan...kerendahan hati adalah cerminan ketinggian budi...

Tonton video di bawah...dan aku pasti anda akan menemui hakikat betapa jauhnya kita daripadanya sekarang ini...



sedih bukan? mahu atau tidak...itulah hakikatnya...yang terpaksa kita telan...meskipun mungkin amat pahit... :(

Namun begitu...percayalah...kita mampu mengubahnya...

Salam hati... (^_^)

Tuesday, January 10, 2012

LUAHAN RASA BICARA HATI UNTUK KAU RASA APA DI HATI

Cinta...dengan ia kamu tercipta....dengan cinta antara ayah dan ibu...kamu lahir ke dunia... dengan cinta Dia pada kamu....ditangguhkannya hukuman kamu sehingga saat matimu....dengan cinta seorang pejuang kepada perjuangannya...dia rela berkorban segalanya...cinta...mencipta kemungkinan segala-galanya....

**

Saat kau bisikkan rindu...hatiku berbunga indah ingin memelukmu seeratnya...
Saat kau ungkapkan cinta...ingin ku belai indah hatimu itu...
Tika kau lafazkan kalimah kasih...ingin sekali aku dakap hatimu sesungguh-sungguhnya....

Dan saatnya kau laungkan sayang pada angkasa...percayalah bahawa aku ingin sekali hidup bersamamu hingga ke akhirnya...

Mudah-mudahan ya..Amin...

**

Saat mengenal cinta...aku pernah tewas pada rasa...sehingga bagiku dia adalah segalanya...lantas aku lupa pada keliling...pada langit yang pernah ku renung indah..menghayati arakan awan saat demi saat...menghayati titisan hujan titis demi titis....mengira bilangan bintang pada malam langit cerah tidak berawan...

Sehingga aku sedar...dia tidak lebih dari seorang insan biasa....yang dirinya pernah aku cinta...

**

Pada cinta yang telah hilang...jangan pernah kamu cuba untuk mencarinya kembali... tangisi cinta baru yang tak mampu untuk kamu gapai...tak mampu untuk kamu peluk...kerana hanya kamu yang bisa menentukan...apa akhirnya sebuah percintaan...

**

kita pernah bersama menyulam cinta..menyemai manisnya kasih sayang...namun takdir telah menentukan...betapa sakitnya jiwa saat rindu itu terlerai... mahu atau tidak..terpaksa juga untuk kita terima...

**

beri aku semangat...
untuk terus melangkah ke hadapan...
moga masih dapat...
aku langkahkan kaki penuh indah...
dalam keperitan sejarah yang pernah buatku lelah...

**

indahnya langit...redup tak tergambarkan...mentari terselindung di balik awan...namun bahangnya tertebar bagai sapaan hangat selimut rindu...

**

KEPUTUSAN LIGA SUPER 10/1/2012

Berikut adalah keputusan penuh bagi Liga Super Malaysia 2012 perlawanan pertama pembuka tirai 2012.


LIGA SUPER : FULL TIME -

Perak 1 - 0 Terengganu

T-Team 3 - 0 Kedah

PKNS 1 - 2 Johor FC

Negeri Sembilan 2 - 2 Selangor

Sarawak 2 - 0 Kuala Lumpur

Singapore Lions XII 1 - 2 Kelantan

Felda United FC 2 - 0 Sabah

Tags : keputusan penuh liga super 2012, keputusan terkini liga super 2012, carta liga super 2012, keputusan penuh kelantan vs, keputusan negeri sembilan, liga super 2012, keputusan terkini,

Sunday, January 8, 2012

(VIDEO YOUTUBE) ANAK ASET KE SYURGA ATAU NERAKA? - USTAZ DON DANIYAL BIYAJID

Anak adalah satu anugerah...tetapi berapa ramai ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab dengan betul?? Antara salah satu daripada apa yang diperkatakan oleh ustaz Don adalah :

"Jangan hantar anak ke sekolah agama...ajar mereka di rumah..."

dan...

Adakah anak-anak kita nanti mampu memandi, mengkafan, mengimam dan mengebumikan jenazah kita?




Sama-samalah kita renung-renungkan dan ambil iktibar...

Salam hati...(^_^)

10 SYARAT POLIS DIRAJA MALAYSIA UNTUK PERHIMPUNAN 901

10 SYARAT YANG DITETAPKAN OEH PDRM....

1. PENGGUNAAN RISALAH/BANNER DGN TAGLINE "BEBASKAN ANWAR" ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI SEMASA PERHIMPUNAN BERLANGSUNG.

2. PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SELAIN DARIPADA LOUD HAILER TIDAK DIBENARKAN. PENGGUNAAN 2 BUAH LOUD HAILER DEBENARKAN BAGI TUJUAN MENGAWAL SELIA PESERTA PERHIMPUNAN.

3. PENGUCAPAN AWAM TIDAK DEBENARKAN SAMA SEKALI.

4, PENGANJUR PERLU MEMASTIKAN PESERTA PERHIMPUNAN TIDAK BOLEH MEMBUAT APA2 PERBUATAN, MEMBUAT BISING, MEMBERI APA2 ISYARAT YANG BOLEH MENGANGGU PROSIDING MAHKAMAH.

5. TEMPAT PERHIMPUNAN YANG DIBENARKAN ADALAH DI PARKING AWAM SEBELAH KIRI JAAN UTAMA KE MAHKAMAH. KAWASAN INI AKAN DILETAKKAN PITA POIS UNTUK MENENTUKAN BATASAN DAN SEMPADANNYA. PESERTA TIDAK DIBENARKAN BERADA DI LUAR KAWASAN TERSEBUT,

6. SEKIRANYA KAWASAN TERSEBUT SUDAH DIPENUHI DENGAN PESERT APERHIMPUNAN MAKA PESERTA LAIN HENDAKLAH BERSURAI BEREDAR DARI KAWASAN PERKING MAHKAMAH.

7. PENAGNJUR HENDAKLAH MEMASTIKAN PESERT PERHIMPUNAN TIDAK MEMNBAWA SEBARANG SENJATA DAN PARA PESERTA HENDAKLAH MEMBERI KERJASAMA KEPADA PIHAK BERKUASA UNTUK MEMBUAT PEMERIKSAAN SEKIRA PERLU.

8. PENGANJUR HENDAKLAH MEMASTIKAN SEMUA PESERTA PERHIMPUNAN BERSURAI TIDAK LEWAT DARIPADA TEMPOH SATU JAM SELEPAS KEPUTUSAN MAHKAMAH DIUMUMKAN.

9. PENGANJUR DAN PESERTA PERHIMPUNAN HENDAKLAH MEMATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK POLIS DARI MASA KE SEMASA DEMI UNTUK MRENENTUKAN KEAMANAN PERHIMPUNAN TERSEBUT,

10. PESERTA PERHIMPUNAN TIDAK DIBENARKAN MELAKUKAN KHIANAT ATAU BENCANA KEPADA HARTA AWAM ATAU MANA2 HARTA DI KAWASAN TERSEBUT.

*****************

ULASAN : Nampak tu?? kalau tak faham lagi...tak usah nak dabik dada...

DENGARKANLAH : MALAIKAT ITU ADALAH IBU MU

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

sumber : facebook

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KE SEKOLAH TEKNIK DAN VOKASIONAL 2012

Keputusan kemasukan ke sekolah teknik dah boleh di semak rupanya...baru tahu ni...hehe...

So, tanpa membuang masa..nak terus ke menu semakan keputusan kemasukan ke sekolah teknik dan vokasional 2012

Klik pada gambar di bawah untuk membuat semakan...


Selamat membuat semakan....(^_^)

SEMAKAN KPLI-JQAF 2012 AMBILAN JANUARI 2012

Semakan keputusan panggilan temuduga kursus perguruan lepasan ijazah KPLI-JQAF Ambilan Januari 2012.

Link semakan panggilan temuduga boleh di semak melalui pautan yang diberikan di bawah ini.

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR j-QAF)
Ambilan Januari 2012
Anjuran Bahagian Pendidikan Guru

KLIK PADA GAMBAR

Saturday, January 7, 2012

SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN LIVE STREAMING

Perlawanan siaran langsung Piala Sumbangsih di antara kelantan dan Negeri Sembilan malam ini akan membolehkan penentuan siapakah yang akan mendapatkan Piala yang pertama dalam pembukaan kempen Liga Malaysia 2012.


Perlawanan ini berlangsung pada jam 8.40 malam dan boleh di saksikan melalui astro arena dan juga tv1.

Anda boleh juga menonton perlawanan ini melalui link2 yang pendekar berikan di bawah...

LINK 1 : ASTRO ARENA


LINK 2 : RTM1

Siapakah yang akan menjadi pemenang perlawanan ini pada malam ini ? Siapakah penjaring terbanyak malam ini?  Siapakah wira pasukan malam ini? Siapakah pemain terbaik perlawanan di antara kelantan dan negeri sembilan malam ini? Sama-sama kita tunggu dan saksikan kesudahannya...

Selamat menonton (^_^)

LUAHAN HATI SEORANG YANG BERDOSA BERAT

*******************

Mereka bilang.... "Aku mampu menang berhujah dengan 10 orang berilmu tetapi aku akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana dia tidak pernah memahami landasan ilmu..."

Kata-kata imam Syafiee Rahimahullah yang mereka tujukan sama aku... tapi aku ingin juga tanya mereka..... apakah landasan ilmu itu sebenarnya?? jangan cuma tahu ambil dan beri ayat tanpa kau huraikan ayat itu bagaimana... memang mudah untuk kau bilang orang lain jahil...tapi adakah kau cukup berilmu adalah persoalannya yang paling utama....


*********************


Aku ini cuma orang biasa saja...apa kau mahu goyang sama aku?? aku conteng dinding aku sendiri juga... aku tak pernah paksa kau untuk percaya... aku tak pernah sentuh kau punya hak dan harta... jadi...bikin apa pula kau mahu goyang sama aku?? ini semua adalah pandangan aku...kau mahu kebaikan...kau ambil yang baik-baik saja...kau tak mahu..kau campak saja apa aku luahkan ke dalam tong sampah...mudah aja kan?? (^_^)


********************


Dibenarkan oleh pihak polis...apa aku nak heran kalau depa melompat girang macam kanak-kanak dapat gula-gula... hayya... polis itu jugak yang kau kata anjing...polis itu jugak yang kau bilang bangsat... last-last...kau kena ugut ka...kena ancam ka...kau pi balai polis buat report jugak... hipokrit sungguh...dasar tak sedar diri....perkataan sendiri pun tak mahu pegang... bangang kau tau tak maknanya?? haakkkktuiiihhh....


********************

Anak muda...yang gila mengejar apa itu perjuangan kononnya... yang aku tak tahu sama ada mereka ikhlas kerana agama...Di ulangi..I.K.H.L.A.S....ataupun hanya mahu memenuhi nafsu memberontak mereka...dan bila emosi membatasi akal... jadilah mereka ini di antara orang-orang yang bebal....kerana bertindak dengan emosi tanpa menggunakan akal adalah sama sahaja seperti orang bebal... yang boleh di sepak ke sana ke mari...asal saja kau boleh goncang emosi dia...


*******************

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

tapi tak nak pulak diorang apply dekat solat kan?


******************


Ada orang gebang sama aku bahawa Negeri yang paling maju ekonomi di malaysia adalah Pulau Pinang... bila aku mahu bangkang dia lari... keh keh keh...

Dia lupa satu fakta... Lim Guan Eng itu 2 kali sebulan pergi itu singapura mancing itu pelabur... habuannya.... tanah dan bangunan di bahagian pulau... Kau orang tahu ka lebih 50% bangunan KOMTAR itu milik pelabur singapura?? Tidak tahu?? Hayya... manyak susah la mau bicara sama lu olang maaa....

keh keh keh....


*********************


Mencintai seseorang tidak semudah menyukainya... kita bisa saja suka padanya...namun untuk menyintainya bukanlah semudah itu...ya..biar secantik dan setampan manapun dia... jika hati tidak menerima...janganlah di paksa-paksakan... kerana kelak...diri juga yang tersiksa...


********************


Luahan hati hanya;ah sebuah ungkapan yang tidak mampu untuk terluah lewat gerak bibir...hanya melalui penulisan sahaja ia mampu menghiburkan...

Salam hati...(^_^)

Friday, January 6, 2012

GEMPAK! VIDEO PENIPUAN DI SEBALIK NAMA BARCELONA

Fuuuhhhh....memang akan gempak ni... jika semua orang memandang bahawa Barcelona adalah pasukan terbaik dunia dan wajar diberikan pujian yang tinggi...tapi bagi aku TIDAK...selepas menonton video ini.

Koleksi video betapa banyaknya penipuan Barcelona untuk memenangi perlawanan mahupun piala...bak kata seorang kawan facebook....sama jugak macam MU... eh? Apa kaitan??

Video yang pertama ini mengesahkan segalanya, betapa bijaknya mereka berlakon...memang kotor lagi jijik bila aku tengok video mereka ini. @^$%#^@$#!!


Tak percaya??? Percayalah...(^_^)

Thursday, January 5, 2012

WAHAI PEMIMPIN, DENGARKANLAH~!! @najibrazak

Wahai pemimpin... aku bukan seorang yang memiliki kuasa...bukan juga seorang yang memiliki harta...apatah lagi seseorang yang memiliki apa-apa... maka...untuk apa kau dengarkan apa yang mahu aku kata?? Untuk apa kau mahu baca apa yang aku tera?? Bukankah itu merendahkan darjatmu apa adanya???

Wahai pemimpin....kau telah di pilih untuk memimpin...kau telah di tentukan untuk memimpin... maka jadilah seorang yang benar-benar memimpin...bukan seseorang yang khianat dalam memimpin!!

Wahai kau pemimpin..aku memegang pada perintah ILLAH! Aku bersandar pada sunnah Rasul!! Taatilah pemimpin! taatilah pemimpin! taatilah pemimpin!... Aku pegang ia selagi aku ada nafas ini! Tetapi janganlah kau kecewakan aku dengan kepimpinanmu!

Wahai kau pemimpin...bawalah kami menuju cinta ILLAH! Bawalah kami membina perpaduan ummah! Bawalah kami menjunjung al-Qur'an di atas jemala... Jangan kau bawa kami ke tempat-tempat lalai dan leka....

Wahai pemimpin! Perjuangkanlah kebenaran kita! Kemajuan bisa kau capai bila-bila... tetapi jangan kau campak akidah ke lubang nista! Kerana aku tidak rela....tidak rela untuk melihat...agamaku jadi gurau senda!!!

Wahai kau pemimpin... usah kau takut pada mereka! Usah kau takut pada hinaan mereka... hanya cukup satu saja...bawa kami menuju cinta Illah! jadilah Imam kami ketika kau bisa! Jadilah ketua kami ketika kau wajib! Kerana kami akan terus taat...taat kepadaMu seperti perintah ILLAH....

Wahai kau pemimpin...kami tidak mahu kemajuan ini semua...jika akidah kami lemah selemahnya! Jika jiwa kami rapuh-serapuhnya...sehingga bisa mereka itu... menghambakan kami semahu-mahunya! KAMI TIDAK RELA!!!

Wahai kau pemimpin! Sampai bila kau mahu bergoyang kaki di kerusi empuk??? Sampai bila kau mahu menghirup nyamannya penghawa dingin di kamar kerja?? Sampai bila kau mahu abaikan kami nun jauh di luar sana?? Yang hidupnya tidak tentu hala?? Adakah kamu mahu mengerti??

Wahai kau pemimpin! Bangunlah...bukakanlah mata tadahkanlah telinga! Lihat! Dengar! Akan aduan rakyat yang kau abaikan tanggungjawabmu pada mereka! Akan hati rakyat yang kau terus kau biarkan kecewa! Sedang kau sungguh enak bergelak ketawa...tanpa sedikitpun kau pandang mereka!

Wahai kau pemimpin! Ingatlah, selagi kau masih menjadi pemimpin, kami akan taat! Namun apabila kau lupa pada amanah yang kau pikul, mudah-mudahan keampunan untuk kami ke atas kau yang berkhianat!

BANGKITKANLAH ADDIN, MANTAPKANLAH UMMAH! KAMI TIDAK MEMERLUKAN KEMAJUAN, JIKA AGAMA KAMI KAU JADIKAN PERTARUHAN!


SELAMATKANLAH KAMI WAHAI PEMIMPIN, DARI MURKA TUHAN YANG MENCIPTAKAN! 



************************************



P/S : Aku luahkan ini atas rasa kecewa pada pemimpin UMNO dan kerajaan. Yang masih enak duduk di kerusi empuk membela lemak... lupa mereka kepada rakyat marhaen...rakyat yang memilih mereka menjadi pemimpin... di mana perjuangan mereka?? Jangan harapkan blogger sahaja untuk membela kerajaan! Kau memang bacul kalau pemikiran kau seperti itu! Kami si blogger tidak meminta walau satu sen pun daripada kerajaan! Kerana kami sedar siapa diri kami, sedar akan perjuangan kami... bukan seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang bacul itu! Setiap isu yang berbangkit... mereka wajib menjawabnya..wajib pergi ke ramai...jangn tunggu di suruh dulu baru kau pergi!!..Janganlah lebih suka menternak lemak...langsung tak ada semangat... bila perhimpunan agung... gebang bergegar-gegar...tapi bila habis...diam membisu... hmmmm....entahlah...nak harapkan blogger ja?? mintak ampun lerr kawan...

APA ITU SEKSUALITI MERDEKA?

sumber : VIRTUALFRIENDS.NET


Hak asasi manusia dijadikan pasport untuk melangsungkan apa saja agenda atau tujuan, tanpa mengambil kira lunas undang-undang, peradaban dan budaya yang dipegang sesuatu masyarakat. Ia bukan kerana Datuk Ambiga Sreevenasan antara yang membabitkan diri dalam festival tersebut, dan juga bukan untuk mendiskriminasikan mereka yang lain perangai.

‘Sexuality Malaysia’ diusahakan oleh gabungan pelbagai NGO, penggiat seni, aktivis dan individu, seperti Pang Khee Teik sebagai di antara pengasasnya.

Secara makro, kumpulan pelbagai orientasi seksual dan jantina ini wujud dalam masyarakatMalaysiadan sebenarnya sudah begitu lama ‘diterima’ tanpa perlu dijadikan isu.

Tetapi, sejak kebelakangan ini mereka ketara menyerlahkan diri tanpa mengambil kira sensitiviti dan sempadan agama yang menentukan kedudukan dan orientasi pegangan mereka.

‘Penerimaan’ yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah penerimaan mereka yang bukan secara fizikal tergolong dalam kategori jantina laki-laki atau perempuan. Penerimaan tersebut, walaupun tidak menjadi isu besar kerana individu-individu sedemikian bukanlah sebenarnya makhluk asing, tetapi merupakan, abang, adik atau kakak di kalangan sistem kekeluargaan kita sendiri.

Berdasarkan premis inilah maka mereka sebenarnya telah lama ‘diterima’ Tetapi, apakah yang mereka mahukan sekarang?

Hak mengundi? Mereka tidak dibezakan dalam hal ini, sama juga dengan hak-hak lain, hinggakan imej mereka yang keterlaluan pun diterima masyarakat walaupun dengan hati yang agak berat. Itulah ‘liberalnya’ masyarakat di Malaysia mengenai kumpulan yang dewasa ini melabelkan diri sebagai LGBT (Lesbians, Gays, Bisexuals dan Transgenders) yang lantang memperagakan perbezaan mereka di jalanan dan di mana-mana saja.

Menyorot segala apa yang mereka perjuangkan, kita dapati mereka sebenarnya mahu supaya di benar melakukan apa saja menurut kehendak hati mereka tanpa disekat undang-undang dan norma-norma kehidupan masyarakat arus perdana.

Hakikatnya mereka mahukan perhatian. Apa tidaknya, kebanyakan daripada mereka seolah-olah merupakan pakej-pakej individu yang memerangkap ego, sentimen dan keinginan lain dari yang lain.

Tahap menonjolkan diri mereka lebih mengatasi jantina-jantina normal kerana seperti si lelaki yang inginkan ciri-ciri ‘kewanitaan’ atau perempuan yang inginkan ciri-ciri ‘kelelakian,’ mereka berasa terpaksa untuk menayang ciri-ciri luaran itu.

Lihat saja betapa yang perempuan mahu berlagak ‘sejantan’ yang boleh di khalayak ramai apabila berdamping dengan pasangan mereka, dan sebaliknya.

Sikap penonjolan dan lagak keterlaluan inilah yang menyentuh sensitivi ramai. Kenapa? Kerana sebahagian besar daripada pengamal pegangan songsang atau pemesongan seksual ini berada dalam keadaan tersebut dengan sengaja, walaupun pada dasarnya aspek-aspek fizikal mereka sejak mula dilahirkan adalah normal belaka. Mereka sengaja melayan fantasi kelainan seksual hingga terus tiba pada satu ketika mereka merasakan diri seolah-olah telah bertukar, justeru melayan desakan mahukan supaya identiti baru mereka itu diterima masyarakat.

Tiada keluarga yang menyisih atau membuang mereka. Tiada negara yang menarik balik taraf kerakyatan mereka dan tiada agama yang menyisih mereka. Mereka tidak kira semua ini, kerana mereka mahukan supaya dunia yang mengikut mereka, walaupun mereka adalah minoriti.

Lantaran disebabkan keinginan membuak-buak ini, mereka memperagakan kelainan mereka di jalanan dan mempengaruhi minda dan pemikiran orang lain supaya mengikut saya. Mereka mahukan agama dilenturkan supaya menerima amalan seksual mereka yang dilaknat dan dilarang berdasarkan hukum prokreasi sejak Adam dan Hawa.

Namun begitu, masyarakat masih menerima mereka. Mereka dibenarkan bekerja mengikut kelayakan tanpa didiskriminasikan. Malahan mereka boleh buat apa saja.

Yang disebutkan ini sekadar berlandaskan pegangan individualisme. Tetapi, di satu penjuru lagi kita melihat bagaimana mereka sebenarnya cuba mendiskriminasikan peradaban apabila bersatu untuk menggugat institusi-institusi masyarakat yang ‘established.’

Mereka dengan rakus melanggar pegangan hukum agama dan peradaban masyarakat dan mendakwa keengganan agama menerima perlakuan seksual pincang mereka sebagai diskriminasi hak asasi manusia.

Justeru, bagi mengukuhkan ‘perjuangan’ mereka itu, mereka membuka diri kepada pengaruh dan bantuan elemen-elemen politik yang seterusnya menggunakan sindrom pemangsaan diri mereka sebagai modal untuk menghentam dan menyerang norma-norma kemasyarakatan sedia ada. Mereka diterima berpersatuan di atas platform ‘liberalisme dan pluralisme’ Dan dari situ maka terserlah agenda sebenar mereka sebagai kumpulan merentasi sempadan global.

Dan di sinilah letak bahayanya.

*******

Wednesday, January 4, 2012

KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAH DAPAT RUMAH BARU

Terbaca status di facebook bahawa khairul fahmi che mat dah dpat rumahnya daripada kerajaan negeri kelantan pagi tadi...

Berikut adalah status Khairul Fahmi di Facebook


Dan di bawah ini pula adalah gambar rumah banglo Khairul Fahmi Che Mat yang dianurgerahkan oleh kerajaan kelantan...

Banglo apek

JAMBATAN KAYU UNIK YANG BOLEH TAHAN BERAT VAN DI AFGHANISTAN



KABUL - Sebuah jambatan kayu menjadi tumpuan pergerakan kereta dan van di wilayah Daykundi, Afghanistan.
Jambatan itu menghubungkan dua kawasan berbukit di wilayah berkenaan.
Ibu kota Daykundi ialah Nili yang terletak 310 kilometer dari Kabul. - AFP

KISAH ORANG KELANTAN DENGAN ORANG NEGERI SEMBILAN

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Mamat ni asal Kelantan. Mmg pure kelantan. Satu hari tu dia ceritakan macam mana first time dia dtg ke
Seremban sebab nak interview kerja dgn salah sebuah Syarikat Pengangkutan.

Nak diceritakan disini, dalam pada masa dia mencari kat mana lokasi pejabat syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dgn sorang lelaki. "Bey tumpey tanyo. Dimano pejabat syarikat pengangkutey?"
Lelaki tu tengok dia atas bawah, atas bawah. "Ekau biar bonar. Cakap tu elok-elok sikit jang"

"Betul doh kawey kecek nih. syarikat pengangkutey, pengangkutey.."
"Budak ni ado yg lobam nanti kang.." Brother tadi dah mula naik hangin sikit.. Memandangkan member aku tau brader tu tak berapa faham cakap dia maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu..
" Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn. Bhd... ., transportation, transportation"

"Oo... transportation.. ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang kotey.."
Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak gi ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang cakap itik maka timbul lagi kekeliruan. Jadi member aku ni mintak tolong brader tu lukiskan pelan..

"Abey buleh tunjuk peley dok?"
Lagi sekali brader nogori tuh terkojut . Sekali lagi dia tengok member aku ni atas bawah, atas bawah.

"HESHH... ! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo!?" Brader tu start bengang dah. Maka member aku ni pun terkial-kial lah keluarkan pen dgn kertas sambil mintak brader tu lukiskan..

"Lukih lukih peley nok gi ke sano.."
"Oooo.. mintak tunjuk lukis polan ingat nak mintak tunjuk apo tadi... hishh
kau ni jang... ." Maka brader tu pun tolonglah lukiskan pelan.
Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi diatas keikhlasan brader tu maka member aku pun akhirnya sampai ke pejebat yg ditujunya tu dan hasilnya dia diterima bekerja dgn syarikat tersebut.

sumber : - VIRTUALFRIENDS.NET

GAJI MINIMUM RM 900 UNTUK PEKERJA SEKTOR SWASTA

KUALA LUMPUR: Cadangan gaji minimum RM900 yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bulan lalu akan dibentangkan ke Kabinet hari ini, manakala pelaksanaannya dijangka berkuat kuasa Julai ini.

Ini bermakna lebih lima juta pekerja sektor swasta termasuk tenaga asing di pelbagai industri termasuk perladangan serta pembinaan akan menerima manfaat itu, kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan.
Sumber berkata, penetapan RM900 dipersetujui sebulat suara, termasuk wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), manakala laporan terperinci MPGN sudah dihantar kepada Kementerian Sumber Manusia, baru-baru ini.

“Jawatankuasa teknikal MPGN sudah selesai menjalankan tanggungjawabnya dan kami difahamkan laporan MPGN itu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok (hari ini) oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Semua pihak yang terbabit dalam MPGN bersetuju RM900 sebagai gaji minimum. Malah, laporan itu turut disertakan tempoh pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Pada 2010, bekas Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar.
MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili pekerja sektor swasta negara, memperjuangkan isu gaji minimum sejak 1999 bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji di bawah paras kemiskinan.

Sumber itu berkata, pelaksanaan gaji minimum mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing, selain mampu menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam negara.

“Namun, MPGN hanya menetapkan gaji minimum..., tidak membuat sebarang keputusan atau perbincangan lain mengenai elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 seperti diperjuangkan MTUC sebelum ini,” katanya.

sumber : beritaharian

APA ITU SEKS? - BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN ZINA

Bismillahirrohmanirrohim....pendekar nak share sesuatu...

Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, orang lelaki boleh naik nafsu untuk bersetubuh adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!

Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh bila masuk cerita bab dalam kain, jadi senjata setanlah korang-naduzubillah..

Aku tahu kerana aku lelaki dan hidup dengan lelaki lelaki gila meroyan…oh!, dan lelaki bila dah stim, kemaluan menegang, dalam masa yang agak lama, jika tak di pancutkan air mani, maka testis atau telur lelaki akan rasa ‘senak’, dan pada waktu ini keinginan untuk mencari lubang untuk di pancutkan air mani meningkat dengan dahsyatnya…, masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur (aku sendiri pernah alami-tak boleh tidur kerana teringin nak bersetubuh..oh!),

Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk…, bagus jugak perasan sibuk ni..

Masa aku bujang dulu, jika aku stim malam malam, aku akan start motor keliling kampong, (nasib baik tak jumpa bohsia- tak caripun-Allah masih sayangkan aku)

Kemudian cari kawan, atau lepak minum teh’ tarik, lepak di jalan tengok orang atau tengok mat remp-it buat aksi yang cemas dan mendebarkan… mak aku selalu membebel bila aku keluar malam-malam, tahukah mak yang saya waktu tu “air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”, tak boleh tidur, tak boleh tengok TV, nak baca Al-quran waktu tu langsung takde kekuatan iman..oh!!


Tahukah korang?

MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..
Awas, perempuan-perempuan yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol korang beramai-ramai-naduzubullah!

Perasan tak korang akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia yang dapatlah si remaja ini lepaskan segala nafsu bersetubuh yang memuncak sepuas-puasnya, dan mereka mat rempit rela mati kerana itu!!!

Tahukah korang?

ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT.. Yang mana jika di belai, maka sangguplah anak dara ini membiarkan dadanya di ramas, buat oral seks dan akhiranya berzinalah anak dara yang dah tak de dara ini,..oh!

Kalau mamat Bangladesh atau pendatang asing yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh.., akan hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian…kesihan.., adakah ‘bukan aiman’ semua tak kisah???

Tahukah korang?

REMAJA –REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..


Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..
Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena rogollah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,

Dan ada juga yang kena ‘rogol’ secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih untuk inzal.., akhirnya masuk neraka..

Mula mula pegang tangan.., dapat pegang tangan nak peluk-peluk, dapat peluk peluk, nak cium pipi, dahi, lepas tu nak cium mulut, dah cium mulut nak hisap lidah, dah hisap lidah-peluk erat, kemaluan berlaga, tangan raba dada, dapat dada nak betis dapat betis nak paha, give him an inch, and he’ll take a mile, lepas tu hisap kelentit wanita, wanita pulak hisap kemaluan lelaki, lepas tu masuk tapi pancut luar, kemudian terpangcut dalam, lepas tu hari hari berzina, kemudian boring, sedar sedar dah mengandung, cari awek lain dan cerita kat member yang kau tu sudah jadi bekas orang, beranak buang anak, bunuh diri, masuk neraka!!!

KETAHUI APA ITU SEKS DAN CARA MENGAWALNYA DI SINI

Tuesday, January 3, 2012

WARKAH UNTUK ADAM ADLI DAN SEMUA MAHASISWA

Assalamu'alaikum... pendekar kongsi pendapat seorang rakan kepada sekalian mahasiswa untuk pedoman...pandangan yang sangat bernas dan penuh kesedaran...siapa-siapa yang baca ni tapi masih tak insaf lagi.... pergilah memandai...


Warkah buat Adam Adli,


Wahai Adam Adli, ketika aku seusia kau, aku juga pelajar Universiti dan aku juga terlibat dengan politik Universiti dan pernah duduk sebagai Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti aku. Aku tak nampak bagaimana AUKU mengongkong kehidupan aku sebagai seorang pelajar dan berpolitik cara universiti. Setahu aku, universiti adalah tempat menuntut ilmu dan dengan ilmu itulah aku berada di tempat aku sekarang.


Mungkin kau wahai Adam Adli melihat universiti dari persepsi yang berlainan, menjadikan universiti sebagai platform untuk kau menjadi hero politik murahan didalangi oleh parti pembangkang. Kau harus ingat wahai Adam Adli, pada ketika kaum Cina menuntut lebih kuota kemasukan ke universiti, tetapi kau dan kawan-kawan kau yang bodoh dan bangang, dan aku percaya semuanya berbangsa Melayu, tidak menggunakan kelebihan yang kerajaan bagi (kuota Bumiputera ke Universiti) untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin dan menjadi pendidik.


Wahai Adam Adli, adakah kau tahu bahawa satu tempat sebagai pelajar di UPSI yang menjadi milik kau sekarang ini pernah menjadi rebutan beribu insan yang lain, namun kau bertuah dapat memilikinya. TETAPI, kau mensia-siakannya dan mengecewakan beribu yang lain, yang benar-benar hendak menuntut ilmu dan bukannya bercita-cita untuk menjadi seperti kau wahai Adam Adli.


Adakah kau wahai Adam Adli datang dari sebuah keluarga yang sememangnya berdendam dengan kerajaan? Apakah yang kerajaan telah buat kepada keluarga kau sehingga ibubapa kau merestui segala tindakan kau yang menentang sesuatu yang sepatutnya bukan menjadi tanggungjawab kau. Sesungguhnya wahai Adam Adli, walau disokong oleh ibubapa kau, tetapi sedarlah kau bahawa sesungguhnya ada sekelumit perasaan kecewa ibubapa kau melihat masa depan kau yang mereka harapkan ke atas kau untuk menjadi seorang pendidik telah kau musnahkan kerana sikap dan sifat kau yang mudah termakan pujukan dan hasutan dari anasir yang sentiasa mahu menghancurkan keamanan dan keharmonian dalam negara Malaysia tercinta ini.


Renung-renungkan....

PSST~! Apa sebenarnya tanggungjawab mahasiswa??

Sunday, January 1, 2012

LAGI GAMBAR KEBEBALAN DAN KEGANASAN MAHASISWA YANG KONON-KONONNYA ADA OTAK TU (RUSUHAN DI UPSI)

Gambar rusuhan di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Dah kemaruk sangat nak tunjuk hebat gamaknya... dah kemaruk sangat nak tunjuk handal gamaknya...kata mahasiswa yang pandai guna otak... ni bila aku tengok gambar ni macam samseng jalanan yang guna hukum rimba... Kalau dah belajar kat IPTA (ingat...kerajaan punya ya...bukan bapak kau punya...) janganlah nak tunjuk belang macam IPTA tu kau punya rumah!

Belajarlah nak hormat rumah orang... hei! IPTA tu untuk orang yang ada niat nak majukan diri dia... nak timba ilmu sebanyak mana...kalau kau tak suka ikut dia punya peraturan, kau berambus pergi itu swasta sana! Celaka punya budak...

Ini dia mahasiswa yang ada otak tapi tak pandai guna... tuan rumah punya peraturan dia kasi langgar saja.... apa lu ingat lu itu sudah besar sangat ka?? Hayya... balik rumah makan itu capati cicah gula lagi enak maaa... apa barang lu mau bikin onar sama orang punya tempat??

**************
 Di curik secara sengaja dari mynewshub.my

**************


Meluat dan jijik. Begitulah dua perkataan terbaik yang patut dilemparkan kepada sekumpulan mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan malam tadi kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Setelah kita ‘didodoikan’ kononnya mereka dianiaya, dikasari dan dizalimi, rupanya baru kita tahu semua itu fitnah dan taktik untuk mendapatkan simpati semata-mata!

Hakikatnya yang berlaku jauh panggang dari api.
Allah maha adil. Kebetulan seorang pelajar UPSI berada di tempat demonstrasi itu berlangsung dan dia akhirnya membongkar segala penipuan Adam Adli dan konco-konconya.

Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI  di dalam laman facebooknya  menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.
Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis.


Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.

Lihat gambar di bawah sebagai bukti :

(GAMBAR: Mesej apa agaknya yang hendak disampaikan dengan menterbalikan gambar Perdana Menteri? Puak Adam Adli kata mereka bukan alat pembangkang, kalau iye mengapa asyik bertindak begini? Bukankah Najib sudah berjanji akan mengkaji AUKU untuk membolehkan mahasiswa berpolitik.Sabarlah sedikit dan tengoklah apa yang hendak diubah tu dulu)


(GAMBAR: Panjat pagar – Ada rupa macam mahasiswa ke? Lebih kepada perangai Hindraf masa kecoh di Batu Caves dahulu.)

 
(GAMBAR: Tolong jangan kata FRU yang pecahkan klinik ni. Buat apa diaorang nak tambah keje camni kan.)

Sayang sekali, golongan siswa yang diharapkan dapat memberi contoh dan tauladan yang baik ini rupanya lebih teruk perangai dan sikap mereka.

Hanya kerana mahu dilihat sebagai hero, golongan pelajar ini telah membuat sesuatu yang cukup memalukan.
Ia sekali gus menunjukkan yang otak mereka bukan terletak di kepala, tetapi di lutut!
Percayalah, golongan seperti ini tidak layak langsung untuk kita angkat sebagai pemimpin masa depan kerana mereka membenarkan emosi menguasai diri hingga lupa untuk menggunakan pemikiran yang dikurniakan Tuhan.

Yang mereka tahu, matlamat menghalalkan cara, salah atau tidak belakang cerita.
Untuk Adam Adli, mereka boleh tipu semua orang….tapi belum tentu semua orang boleh ditipu mereka!

– Oleh MEGAT TERAWIH Jr.

*********************

Psst~! : Lu bilang sama wa sikalang...itu mahasiswa ada otak atau tidak?? Ada kan?? Tapi tak tau guna maaaaa.....

VIDEO BEN BREEDLOVE - REMAJA YANG MENCETUSKAN FENOMENA DI YOUTUBE SELEPAS KEMATIANNYA

Ben Breedlove, seorang remaja yang mencetuskan fenomena di Youtube selepas mengupload videonya di dalam Youtube berkenaan ceritanya yang menghidapi penyakit jantung.

Video ini mendapat response yang banyak sekali daripada Youtubers, bagaikan satu virus... Kerana...tidak lama selepas mengupload video ini... dia meninggal dunia... Iaitu pada malam Krismas baru-baru ini... :(

Saksikanlah video terakhirnya... dan kalian boleh dapatkan maklumatnya dari video pautan yang diberikan.



Kematian...hanya DIA yang layak menentukan... (^_^)

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda