Monday, August 6, 2012

Semak Penyata Gaji Online | ePenyata | Semak Bonus Raya

Nampaknya kakitangan kerajaan dah boleh senyum lebar bila mana mereka dah boleh semak penyata gaji dan bonus raya aidilfitri 2012. Peh peh peh..Untunglaaa...

Mengikut maklumat yang aku perolehi daripada blog yang biasa update tentang semakan-semakan ni...iaitu anastasyea dot com, semakan penyata gaji sudah boleh dibuat mulai dari hari ini.

Portal Rasmi Jabatan Akauntan Malaysia sesak. Maklum la, pasal gaji je. Mesti ramai yang nak semak .. kan ! kan ! 


ePenyata+Gaji+Bonus+Raya+2012


Pada 25 Julai yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. 


ePenyata+Slip+Gaji+Bonus+Raya+2012


Pemberian bonus dan bayaran khas ini akan diberikan kepada seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan. 

Sumber Rujukan: ePenyata Online | Slip Gaji Bonus Raya Dah Keluar | Boleh Semak Di Sini | Anastasyea Blog 



**********


Sudah...selamat beraya dan berbelanja bonus raya...hihiks...



No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda