Tuesday, May 1, 2012

SIAPAKAH AMBIGA LIDAH BERCABANG?

PADANG SERAI: MIC Kedah menyifatkan Datuk S. Ambiga, pengerusi penganjur perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu sebagai "lidah bercabang" apabila menjanjikan perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman tetapi berakhir dengan keganasan.

Pengerusi MIC Kedah, S. Ananthan, berkata perhimpunan yang diterajui Ambiga yang disokong pembangkang itu telah mencalarkan imej negara di mata dunia dan memalukan masyarakat India di negara ini.

"Perhimpunan itu juga menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya menjadi 'desperado politik' kerana perhimpunan itu gagal seratus peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 26 mangsa ribut di Paya Besar Mac lalu, di sini hari ini.
Ananthan juga bersetuju dengan pendapat bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Haniff Omar yang menyebut terdapat anasir komunis yang turut menyebarkan semangat bencikan polis pada perhimpunan itu.

"Secara senyap atau terbuka Tun Mohd Haniff perlu mendedahkan anasir-anasir tersebut demi kesejahteraan dan keamanan di negara ini," katanya.

Katanya, rakyat di negara ini yang majoritinya cintakan keamanan dan kesejahteraan amat berharap kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri akan bertindak sewajarnya dalam menangani isu keganasan yang berlaku semasa perhimpunan itu. - BERNAMA

***



Kasihan perempuan tua nih..tapi aku respek jugak kat dia. Berjaya menawan hati ramai pak-pak ketayap dan serban. Berjaya menawan hati para pemuda melayu. Ilmu apa yang dia pakai agaknya ya? Aku sendiri tak selera nak menengoknya. Tapi dalam kepala otak manusia lain itu. Dia sangatlah menakjubkan! Woahha! Skandal lagik!

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda