Wednesday, April 11, 2012

TERKINI! GEMPA BUMI 8.8 SKALA RICHTER MELANDA SUMATERA DAN LAUTAN HINDI

Amaran tsunami turut dikeluarkan.

KUALA LUMPUR – Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dipercayai berpusat 33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh dikesan berlaku, sebentar tadi.

Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku tsunami.

Amaran itu meliputi seluruh kawasan melibatkan Lautan Hindi.

Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat yang membuat dokumentasi gempa bumi seluruh dunia memberikan amaran pantas bahawa gempa pada magnitud berkenaan mampu menghasilkan kemusnahan akibat tsunami melibatkan seluruh basin Lautan Hindi.

VIDEO DAN GAMBAR GEMPA BUMI DI ACHEH 2012





Sama-samalah kita doakan kebaikan dan keselamatan untuk rakyat Acheh. Amin...


sumber berita : mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda