Tuesday, March 27, 2012

SEANDAINYA CINTA ITU BISA BERBICARA



Ketika cinta bertasbih...bergetarlah jiwa sekalian makhluk...kerana cinta itu sangat agungnya cintanya kepada Yang Kholiq...sehingga tiada sesuatu makhluk juapun yang mampu mengatasi cintanya pada Tuhannya....

Ketika cinta itu ketawa...tersenyumlah sekalian makhluk...kerana tawanya cinta itu tanda kebahagiaan yang tidak kunjung padam kepada sesiapa sahaja yang melihat dan merasa akan wujudnya...lantas..damailah hati sekalian makhluk pada tawaannya..

Dan ketika cinta itu bersedih...maka muramlah wajah sekalian makhluk...kerana sedihnya cinta itu membawakan derita pada jiwa dan hati yang merasakan kewujudan dan kehadirannya... Menangislah jua sekalian makhluk saat cinta itu menangis...

Dan demi cinta...DIA menciptakan akan ADAM dan HAWA...Demi CINTA...DIA ciptakan akan LANGIT dan BUMI...demi CINTA...DIA hamparkan DARATAN dan lautan...dan demi CINTA juga...DIA berikan kepada kita anugerah yang terindah...Al-JANNAH...

Kerana sekalian para Nabi dan Rasul itu adalah kekasih ALLAH Subhanahuwata'ala.... Dan kerana sekalian manusia itu adalah hamba-hambaNYA yang tercinta...kerana kasihnya DIA, manusia itu lahirnya tanpa dosa.... kerana kasihnya DIA....Syurga itu tercipta...

Dan untuknya cinta....yang teragung dari segala...ketika CINTA itu menangis...maka murkalah DIA pada sang pelakunya... kerana murkaNYA itu...maka azab adalah jawapannya...

Maka...adakah cinta itu membawamu kepadaNYA?? atau hanya cinta itu memesongkanmu daripada jalanNYA?? Jika itu yang berlaku...maka, tiadalah akan suka CINTA itu...melainkan akan menangislah dia...


Cintamu pada harta....menjauhkan aku dari DIA...
Cintamu pada jiwa....melemahkan aku untuk dekat kepadaNYA...
Cintamu pada dunia...melalaikan aku dari rahmatNYA...

Tidak kasihankah kamu kepada aku wahai manusia yang berjiwa??
Tidak sedarkah kamu bahawa kerana adanya aku, kamu diciptakan?

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda