Wednesday, November 30, 2011

PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG SEORANG ISTERI - SEBUAH KISAH BENAR

Bismillahirrohmanirrohim...

Ini adalah apa yang ingin pendekar kongsikan bersama anda...kisah benar mengenai kasih sayang dan cinta seorang isteri kepada suaminya...sehinggalah dengan kasih sayangnya itu, dia berpisah nyawa dengan suaminya buat selama-lamanya...Kisah ini adalah kisah sahabat baik pendekar sendiri yang bernama Nami (bukan nama sebenar..)

Kisah ini bermula lama dahulu...kisah percintaan mereka...kisah yang memaktubkan mereka untuk membina sebuah singgahsana indah bernama perkahwinan...Pendekar sempat menghadirkan diri di majlis perkahwinan pasangan ini semasa di Kuantan..sempat jugalah pendekar bertemu dengan kedua-dua insan ini...

Selepas itu, pendekar tidak lagi bertemu mereka...kerana mereka sudahpun bergelar suami isteri...dan amatlah tidak wajar untuk pendekar menganggap rakan pendekar itu masih bujang lagi bukan?? Justeru itu, pendekar tidak pernah lagi bertemu dengan rakan pendekar..

Nami, adalah panggilan dari pendekar sejak dari zaman persekolahan..kami bersahabat sejak pendekar di Tingkatan dua lagi...dari situlah persahabatan kami bermula...Dari situlah juga kami mula join badan dakwah dan ibadah..majlis-majlis ilmu...mengaji..sehinggalah kepada aktiviti yang di anggap bebal oleh orang lain..."berjogging selepas sembahyang subuh di bulan RAMADHAN!"...agak gila bunyinya...tetapi itulah yang kami selalu lakukan untuk menguji ketahanan diri...

Mukaddimah yang mungkin agak panjang...lain kali sahajalah pendekar ceritakan tentang sahabat pendekar ini ya...kita kembalikan semula kepada asal...


Selepas kira-kira sepuluh bulan usia perkahwinan Nami dan isterinya...suatu hari, isterinya datang untuk menjemput Nami dari Kuala Lumpur ke Kuantan...Walaupun dalam keadaan masih letih dan penat...diteruskan juga niatnya untuk bertemu dengan suaminya hanya kerana rindunya pada sang suami...

Ketika sampai di Gambang, hanya beberapa kilometer sahaja lagi untuk sampai ke Kuantan..di situlah detiknya yang memisahkan mereka untuk selama-lamanya... Kasihnya seorang isteri termaktub di dalam perjalanannya untuk mengejar cinta seorang suami... Dan demi cintanya kepada suaminya, sanggup bersusah payah untuk menahan kepenatan dan kantuk yang menyerang...

Kereta yang di pandu oleh sang isteri telah terlibat di dalam kemalangan...kemalangan yang sangat ngeri melibatkan kereta dan lori... sang isteri meninggal dunia di tempat kejadian...dengan perasaan cinta dan rindu yang tidak sempat untuk diluahkan...Sungguh kasihan bukan??

Dan untuk pengorbanannya itu, mudah-mudahan ALLAH memberikannya suatu ganjaran pahala yang paling besar buatnya...kerana amat sukar untuk menemui seorang isteri yang begitu mencintai suaminya masa kini...

Demi Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta sekalian isi-isinya...mudah-mudahan syurgalah balasan buat sang isteri...Amin...

Tatkala mendengar cerita sedih itu dari sang suami...pendekar terdiam tanpa kata...sungguh tak mampu terluah...cintanya seorang isteri kepada suaminya membawanya pergi meninggalkan dunia...alangkah hibanya hati mendengarnya....

Saat ini, sehingga cerita ini di tulis, pendekar masih belum lagi bertemu dengan sahabat pendekar itu...mudah-mudahan dipermudahkan ALLAH untuk suatu hari nanti pendekar datang menemuinya...Amin....

Persoalannya...bisakah kita temui lagi seorang isteri yang mencintai dan mengasihi suaminya lebih dari segala-galanya?? Sehingga baginya, suaminyalah yang terbaik yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t untuknya.... Jika ada...sebutkanlah...mudah-mudahan hati pendekar ini akan lembut untuk menerima hakikat betapa seorang isteri itu adalah yang terbaik untuk seorang suami...

Juga jika semua isteri mencintai suaminya walau seburuk apapun dia...mudah-mudahan tiada lagi kes-kes cerai berai di mana-mana...Amin...

Untuk itu, izinkanlah pendekar noktahkan segalanya di sini ya sekalian.... mudah-mudahan anda di bawah lembayung perlindungan Yang Maha Melindungi... Amin...

Salam hati dan salam perjuangan dari Pendekar Berkuda....

Saturday, November 26, 2011

DUNIA BLOG KINI HANYALAH SATU KISAH KEBIASAAN : PART 2

Bismillahirrohmanirrohim...

Bukan mahu menidakkan pendapat ramai...tetapi hanya mahu berkongsi rasa apa yang ada... Bukan mahu mengungkapkan kata demi mencapai kepuasan...tetapi itulah hakikat...Kesunyian yang dihadapi dalam dunia blogging bagaikan satu kenyataan yang pahit untuk di telan... 

Tertarik dengan pendapat teman blogger yang mengatakan bahawa dunia blog kini hanyalah satu dunia blog yang kecil sahaja...masing-masing hanya tertakluk kepada kelompok mereka sahaja...berbanding dengan dunia sebelum ini di mana lompatan dan jelajahan dunia blogging melangkau lebih daripada itu..

Itu hanyalah satu perkara kecil yang mungkin tidak mahu di amnil peduli oleh kebanyakan orang yang mengenali apa sebenarnya erti sebuah dunia blog... Jika wang adalah satu kejaran...di manakah nilai kasih sayang?

Jika sebelum ini, dunia blogging adalah dunia yang besar...di mana-mana kita boleh lihat kebanyakan blogger berada di situ...melompat dari satu tempat ke satu tempat...rajin mengomen entri-entri rakan... juga dengan kemeriahan segala jenis segmen, giveaway, dan pertandingan yang dianjurkan oleh para blogger untuk blogger...


Jika dulu nuffnang adalah satu isu yang menyokong keakraban persahabatan para blogger...kini tidak lagi... apabila blogger mula melangkah ke tempat yang lebih baru dan canggih yang menutup segala jenis kasih sayang yang ada...

Bagi diri pendekar pula...kisah silam yang pahit akibat penangan serangan dari rakan blogger sebelum ini benar-benar mematikan rasa untuk berblogging dan bercampur dengan ramai... Jika tidak kerana mereka semua menyerang pendekar di dalam entri..pendekar tidak akan berubah... InsyaALLAH... Namun hakikat bahawa serangan itu banyak mengajar pendekar untuk jadi lebih low profile tidaklah mampu untuk di tolak...

Kini, kenangan tetaplah kenangan...dunia blog tidak mungkin kembali seperti dahulu di mana kita semua bagaikan satu keluarga yang besar... mahu atau tidak...itulah hakikat yang nyata...

Maka...sekian sahaja dari pendekar untuk luahan kali ini... Mudah-mudahan kalian akan hidup baik-baik ya??? 

Salam perjuangan dan salam hati untuk kalian dari Pendekar Berkuda....

Thursday, November 24, 2011

BLOG BUKAN LAGI MACAM DULU. KISAH BENAR DUNIA BLOGGING MASA KINI.

Bismillahirrohmanirrohim... Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Sudah lama kiranya pendekar tidak menulis mengenai dunia blog..Begitu juga dengan dunia SEO..dunia yang mungkin bukan lagi dunia yang pernah pendekar kenal suatu ketika dulu...Yang semarak mekarnya adalah intipati tanda persahabatan antara blogger...Tanda sayang...tanda keakraban dan kemurahan senyuman para blogger di antara satu sama lain..

Dunia blog dahulu...bukanlah dunia blog yang biasa-biasa...kini dunia blog lebih bergantung trafik kepada berita-berita...oh...sudah lama rasanya tidak membaca kisah para blogger..sudah lama juga rasanya pendekar tidak meninggalkan komen di mana-mana entri.. Juga sudah lama juga rasanya pendekar tidak berblogwalking dari satu-ke-satu blog...

Benar atau tidak..blog hari ini bagaikan satu penangan perubahan sikap manusia...jika sebelum ini blog adalah tempat curahan perasaan..tempat untuk beramah mesra...tempat untuk komen-mengomen...kini, apabila wang sudah menjadi bahan kejar-kejaran.. blog seperti itu bukan lagi satu kegembiraan... Jika dulu kita sama-sama bergembira melompat dari satu blog ke blog yang lain..kini tidak lagi begitu...jika dulu kita hanya menjadikan group-group blogger di Facebook sebagai tempat untuk melepak dan berkenal-kenalan dengan rakan blogger selain daripada ping entry...kini tidak lagi begitu..ia bagaikan satu group yang tidak berguna sama sekali...



Perubahan seperti ini sangatlah mendukacitakan...sedih sebenarnya...apa salah pada sifat...apa salah pada sikap?? kita semua sebenarnya sama...berkongsi rasa, ilmu dan pengetahuan dengan blog masing-masing... Bukan mudah sebenarnya untuk kita lakukan...tapi itulah, apabila wang tunai menjadi kejaran...nilai kemanusiaan sudah tercampak jauh entah di mana...

Dulu tetaplah dulu...ia tetap akan menjadi sejarah..meski pahit untuk di telan kenyataan...tetapi itulah hakikat...kita tidak mungkin akan dapat kembali ke masa lalu...meski di cuba seupaya apa...kerana demi masa yang tidak pernah berhenti...manusia berubah seiring dengannya...


Itu hanya pendapat pendekar...jika dulu komen-mengomen adalah satu kemeriahan, kini ianya bagaikan satu bebanan..Begitu juga dengan dunia SEO...jika dahulu SEO adalah pelajaran ramai...diminati ramai...kini tidak lagi menjadi satu seni permainan indah...Oh, semangat~! Bangkitkanlah kembali asa~!

Kecenderungan para blogger untuk mendapatkan trafik yang menggunung dengan meng-copy-paste tanpa henti artikel-artikel di dalam berita-berita utama menyebabkan nilai sebenar sebuah blog tidak ubah seperti dunia berita...

Juga kecenderungan para blogger yang gilakan trafik sehingga sanggup menggunakan cara kotor untuk mendapatkan trafik tinggi menyebabkan nilai kemanusiaan dalam dunia blog bukan lagi satu pegangan... Sangat sedikit yang dapat ditemukan daripadanya....sebuah kisah sedih dunia blogging yang mula menangis hiba...

Pendekar rindu suasana dahulu...tetapi itulah hakikat...semua itu bukan lagi satu peristiwa yang boleh di ulang untuk kesekian kalinya...Wallahua'lam...

Akhir kalam...terima kasih kerana membaca...(^_^)

Salam hati dan salam perjuangan dari Pendekar Berkuda...(^_^)


Wednesday, November 23, 2011

@WW : BIARKAN GAMBAR BERBICARA

Bicara kata mungkin buatmu lelah...kali ini..biarkan sahaja gambar yang berbicara...(^_^)

Monday, November 21, 2011

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS INDONESIA FINAL SUKAN SEA

Sebentar lagi akan diadakan siaran langsung perlawanan Malaysia VS Indonesia final Sukan SEA 2011. Dalam perlawanan ini akan menentukan pasukan manakah yang layak untuk membawa pulang pingat emas sukan SEA sekaligus dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan dua seteru bola sepak yang paling sengit di Asia Tenggara.

Mudah-mudahan dalam perlawanan nanti, penyokong dan supporter kedua-dua pasukan akan bersikap gentlemen dan tidak mengadakan provokasi terhadap pihak lawan.

Mudah-mudahan juga perlawanan ini akan membuktikan kemuncak kebangkitan pasukan Malaysia dalam arena bola sepak sukan SEA.

Anda boleh menonton perlawanan tersebut secara LIVE STREAMING DI SINI...

Anda juga boleh menontonnya di sini... >>>> LINK

SELAMAT MENONTON. (^_^)




tags : siaran langsung malaysia vs indonesia live streaming malaysia lawan indonesia live streaming online malaysia vs lawan indonesia astro arena tv2 rtm tv3

KISAH NABI IDRIS A.S DAN MALAIKAT IZRAIL

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah.

Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu"

Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?"

Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut".

Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.


Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki nerakan dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

SURAT DARI DR. MAHATHIR UNTUK MENOLAK DRAF HUDUD PAS 1994. UNTUK BACAAN SEMUA

Terima kasih kepada NEGARAKU MALAYSIA untuk info ini..
Surat Dr.M terhadap penolakan draf hudud PAS
Kandungan Surat Mahathir Kepada Tuan Guru Nik Aziz

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu :

“tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).”

Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara.

Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama.

Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.

Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.

Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita.

Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman.

Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kepada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.

Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW, orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam.

Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam.
Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol.

Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik.

Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka.

Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat.
Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan k3pada semua pihak.
Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman.

Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam.

Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.

Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.

Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain.

Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya.

Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

p/s : betapa berhemahnya ayahanda Tun dalam memberikan jawapan.

p/s : betapa tiada langsung emosional bersarang di dalam surat ini.

p/s : surat ini tidak pula di siarkan kepada awam...di simpan atau mungkin juga sudah di buang. Siapa tahu??

p/s : PAS itu PARTI, UMNO itu PEJUANG.

IBU MARADONA MENINGGAL. MARADONA TAK SEMPAT BERTEMU IBU.

Ibu pemain legenda bola dunia, Maradona meninggal dunia Sabtu lalu di sebuah klinik di Buenos Aires, Argentina akibat komplikasi jantung.

Kasihan dengan Maradona yang tidak dapat menjenguk ibunya sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir kerana komitmennya bersama kelab di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.


Dona Tota
Dalma Franco de Maradona, known to Argentines as Dona Tota, died aged 81 on Saturday in a Buenos Aires clinic where she had been treated several times previously for a heart complaint.

The online newspaper El Argentino said Maradona's personal doctor had confirmed that Maradona had learnt of his mother's death during his flight.

The news broke midway through the first division match between Independiente and Olimpo in the suburb of Avellaneda and a minute's silence was observed before the second-half kickoff.

Maradona, the eldest of her three sons and her fifth child, was very close to his mother and he had a new tattoo with the words "Tota I love you" put on his back before he moved to Dubai in August to coach UAE club Al Wasl.

She is said to have augured a bright life for her son when, at his baptism, a star from one of the church windows was reflected on the floor in front of them.

Maradona often recalls the sacrifices she and his father made for the family when they lived in a shanty town on the outskirts of the capital before their eldest son's genius as a soccer player lifted them out of poverty.

"He's the greatest thing life gave me," she was quoted as saying of her son.

He once said of her: "She always wanted us to eat. Every time the food arrived (at the table), she said she had a stomach ache. That was a fib, it was because there wasn't enough to go round. She's strong."

Manchester City striker Sergio Aguero, partner of Maradona's younger daughter Gianina and father of his first grandson Benjamin, wrote on his Twitter account: "A very sad day... Thanks for the support. We're all with Diego and the family."

Reuters

SENARAI PEMENANG ANUGERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA FFM 2011

Berikut adalah senarai pemenang Festival Filem Malaysia 2011.

PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA

Filem BoxOffice : KL Gangster
Skor Muzik Asal Terbaik : Edry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
Pereka Kostum / Busana Terbaik : Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid
Penyunting Terbaik : Syamsul Yusof – KL Gangster
Penataan Bunyi Terbaik : Hisham Jufri – Filem KL Gangster
Cerita Asal Terbaik : Martias Mohd Ali – Filem Libas
Lakon Layar Terbaik : Syamsul Yusof – Filem KL Gangster
Sinematografi Terbaik : Mohd Noor Mohd Kassim – Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Penataan Seni Terbaik : Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim- Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Faezah Ilai – Filem CUN
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shofi Jikan – KL Gangster
Pelakon Wanita Terbaik : Siti Shahriza (Eja) – Janin
Pelakon Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam
Pengarah Filem Terbaik : Syamsul Yusof
Filem Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa

PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS

Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS : Kongsi
Pencapaian Gemilang : Michelle Yeoh
Pencapaian Sepanjang Hayat : YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin

ANUGERAH KHAS JURI

Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24 : Sidek Hussien.
Anugerah Khas Juri Filem : Libas arahan Jurey Latif yg juga presiden GAFIM
Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24 : Allahyarham Zami Ismail
Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24 : Filem Janin

Sunday, November 20, 2011

ISU : GAY, LESBIAN, MAKNYAH, PENGKID BUKAN LAGI ISU TERPINGGIR

Bismillahirrohmanirrohim...

Kali ini pendekar ingin berkongsi pendapat dan pandangan mengenai satu isu yang kini bukan lagi satu isu yang terpencil malah adalah isu yang lebih besar untuk dihadapi akan kebejatannya. Isu gay,lesbian,mak nyah dan juga pengkid yang kini semakin marak mewabak di dalam persekitaran kita.

Bukanlah ingin mengata mahupun membuka aib semua orang, namun kelompok ini sebenarnya memberikan kesan yang sangat besar di dalam masyarakat. Jika ada yang masih ingat kisah kaum Nabi Luth sebelum ini, mereka pasti sedar akan hakikat ini. Kelompok ini adalah kelompok yang terlaknat. Tiada yang dapat menyelamatkan mereka..Terutamanya golongan gay.

Allah telah menetapkan hukumannya untuk golongan ini semasa di dunia. Hukuman yang dikenakan terhadap golongan gay jauh lebih berat daripada golongan lesbian mahupun pengkid. Kerana wabak yang di bawa oleh golongan ini sangat besar, penyakit-penyakit kelamin, HIV, AIDS kebanyakannya datang daripada golongan gay dan golongan yang menggemari seks bontot.
"[15] Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan-perempuan itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).

[16] Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu (lelaki) yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya. " - Surah - An-Nisaa'. Ayat 15 dan 16
Percaya atau tidak, dengan keterbukaan kita, telah wujud lebih banyak group-group nafsu songsang seperti ini di dalam laman-laman sosial. Keterbukaan kita terhadap golongan ini menyebabkan mereka semakin bebas beraksi di hadapan ramai. Sama halnya seperti keterbukaan kita apabila melihat dua orang lelaki dan wanita yang berjalan-jalan sambil berpegangan tangan atau berpelukan mahupun berasmara dana di tempat-tempat awam... Dan keterbukaan kita itu kini menjadikan satu lagi wabak yang jauh lebih teruk seperti yang dinyatakan di atas.

Syabas kepada Hacker Malaya yang telah berjaya meng-hack satu GROUP GAY yang berpengkalan di Facebook yang memiliki lebih 3 ribu ahli... Group yang menyasarkan para pelajar sekolah dan juga remaja ini semakin berkembang biak di mana-mana, mereka kini telah berani untuk beraksi terang-terangan di mana-mana...

Dan akhirnya group itu sudah tidak wujud lagi...wujud pula sebuah group baru yang di create untuk menggantikan group yang telah di HACK dan di delete tersebut. Nantikan sahaja lah ya para Hacker Pencinta Damai menggempur anda.. keh keh keh...

p/s : GAY adalah kaum yang di laknat..

p/s : LESBIAN adalah perempuan gila...

p/s : PENGKID adalah perempuan sewel...

p/s : MAK NYAH adalah lelaki lembeng...

Sekian...tata....

Saturday, November 19, 2011

VIDEO YOUTUBE MAHARAJA LAWAK MEGA MLM MINGGU KE 4 FULL

MAHARAJA LAWAK MEGA 3G, SAEHU, PIMAI, OSBON, BOBOI, JH, SYOK, BP, HIRO, BAWEL, ADLIN MINGGU KE 4

Kasihan Adlin Aman Ramli...kena bantai kaw-kaw gila kopikaw dengan youtubers... keh keh keh...dulu kemain lagi kutuk Amir Raja Lawak...sekarang ramai yang kata dia cam gila meroyan ja...lebih teruk dari Amir pun ada...keh keh keh...

TONTON MAHARAJA LAWAK MINGGU KE EMPAT.























JAWAPAN NFC | PUSAT FIDLOT NASIONAL TERHADAP TUDUHAN SALAHGUNA WANG

JAWAPAN PENUH ISU PUSAT FEEDLOT | FIDLOT NASIONAL - NFC BERHUBUNG DAKWAAN SALAHGUNA WANG PERUNTUKAN.

GEMAS: Semua sembilan tuduhan berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dilemparkan pelbagai pihak termasuk pembangkang dijawab Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, semalam.


Dalam taklimat diikuti sidang akhbar hampir dua jam di Ladang NFC di sini, Dr Mohamad Salleh, menjawab satu demi satu tuduhan itu terutama yang dibuat oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Semua tuduhan termasuk mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dibacakan peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan dijawab Mohamad Salleh.

Tuduhan pertama - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.

Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.

Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.

Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.

Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.

“Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal,” katanya.

Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.

Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.

Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.

Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.

Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.

“Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini," katanya.

Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.

Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.

“Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC," katanya.

Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.

Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.

“Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.

“Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.

“Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000,” katanya.

Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.

Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.

Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.

Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.

“Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet,” katanya.

Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.

“Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya,” katanya.

ANAK HALAU IBU KERANA TAK DAPAT RM10

Pendekar tak tahu nak cakap apa pasal benda ni...Dah masuk suratkhabar pun. Kes seorang anak yang meng halau ibu dan ayahnya kerana tidak memberikan duit RM10 yang di minta olehnya. Kes ini berlaku di kampung Sungai Merali di pinggir Kuala Lumpur.

Tahulah bahawa hidup di kota penuh cabaran. Sehingga menyebabkan manusia hilang rasa perikemanusiaan, juga rasa kasih dan sayang...percayalah...amat sukar untuk menemui kasih sayang di tengah-tengah himpitan kehidupan kota metropolitan..Namun itulah harga yang terpaksa di bayar untuk sebuah kemajuan...

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.


Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.

“Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.


“Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.

Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.

“Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian,” katanya.

Lihat? Kehidupan beginilah yang ada di sekeliling kita...(^_^)

Friday, November 18, 2011

ALLAH TELAH BERSUMPAH DENGAN KUDA!! KUDA PERTAMA RASULULLAH.

Bismillahirrohmanirrohim...

Semalam semasa ber"borak" dengan beberapa penyokong parti pembangkang yang sok-sok alim...sok-sok berilmu pengetahuan...banyak perkara baru yang pendekar pelajari...yang first sekali...mereka suka memburukkan peribadi orang... yang keduanya...mereka berlagak seperti mereka cukup berilmu... yang ketiganya...bila di ajukan perkara yang telah termaktub di dalam al-Qur'an dan al-Hadis juga sirah Rasul bahawa perkara itu ada...mereka bilang pendekar mempermainkan agama... menerbitkan perkara baru dalam agama...

Nikmatilah kronologi peristiwa ini ya...dan ambil pengajaran daripadanya....(^_^)

BALIK JUGA AKHIRNYA KAU YA ZUHRY DARKBATMAN?? :P

Bismillahirrohmanirrohim...

Akhirnya kembali juga sang kelawar gelap dari pertapaannya.. Pergghhh~! Aku gembira ya amat nih... Selamat kembali bro... tanpa kau..aku rasa Darkbatman.com tiada erti..keh keh keh..

Aku ingin sekali nak bercerita perihal dunia blogger....dunia blogger yang penuh hipokrit...dunia blogger yang penuh dengan backstabber... atau dengan bahasa mudahnya, penikam belakang atau pengkhianat...


Blogger yang bersifat backstabber ini ramai...depan kita dia bermuka-muka...konon-konon baik... belakang kita dia buruk-burukkan kita... tak boleh nak tengok kita senang... aku sendiri pernah mengalaminya...dan aku rasa ramai yang pernah mengalaminya... Aku tahu itu...

Blogger backstabber ini adalah blogger yang bersifat talam dua muka... aku kalau jumpa blogger macam ini...memang penyepak aku hinggap kat muka dia...peduli hape aku dia anak orang besar-besar ke..anak gangster ke...atau siapa sahaja... blogger yang bermuka-muka macam ni memang tak layak jadi blogger...jadi pencuci tandas lagi baik..duit halal...tak menyakitkan orang...syukur pada nikmat...

Yang keduanya, blogger popular yang terlalu berperasaan bahawa dialah yang terbaik dalam komuniti...sampaikan nak suruh orang lain ubah satil penulisan blog konon-konon tiru dia punya stail...ewaaahhh...ewaaaahhh... bukan main lagi kamu ya... apa setiap patah ayat yang kamu tulis itu sama dengan apa yang orang lain tulis?? sudah pasti tidak akan pernah sama...

Lagipun jika dia menulis seperti itu, apakah salahnya?? Mungkin saja dia menjadikan kamu sebagai inspirasinya dalam menulis? Aku sendiri yang banyak sekali orang membikin entri mengikut gaya penulisan aku, tiada pula aku mahu rigid... tiada pula aku mahu orang lain ubah stail penulisan mereka hanya kerana kemungkinan kecil mereka menyamai gaya penulisan aku...

Gaya penulisan bukanlah penting sangat....yang penting isi... isi itu yang mahu orang baca...gaya penulisan hanyalah ibarat lenggok tari....lenggok tari yang membolehkan orang menikmati muzik dengan lebih ceria... muzik dalam ertikata di sini adalah isi entri...

Yang ketiganya... ramai blogger kini adalah blogger yang rajin untuk update entry..mereka adalah blogger-blogger yang berjaya...(aku tidak)...blogger yang berjaya adalah blogger yang tahu apa ertinya menjadi seorang blogger... bukan basa-basi..bukan juga main main..mereka berusaha untuk mencapainya...

Baiklah...sampai di sini sahaja apa aku nak tulis... jumpa lagi di entri yang lain berkaitan dengan dunia blogger...

Tidak lupa...SELAMAT KEMBALI KEPADA ZUHRY DARKBATMAN!

Salam perjuangan wahai sekalian... (^_^)

Salam hati buat sang penyair dan pemuisi...(^_^)

Thursday, November 17, 2011

TEKS PENUH ANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2011

KENYATAAN AKHBAR PENGUMUMAN DAN ANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2011

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
TAHUN 2011
Oleh
Y.BHG. DATO’ SRI ABD. GHAFAR BIN MAHMUD
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
17 NOVEMBER 2011
21 ZULHIJJAH 1432
DI
BILIK MESYUARAT UTAMA
TINGKAT 6, BLOK E8
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya memanjatkan kesyukuran kehadratNya kerana diberi kesempatan untuk membentangkan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011. Untuk makluman, semua calon akan menerima keputusan mereka mulai jam 10.00 pagi ini di sekolah masing-masing. Semua calon juga boleh mendapat keputusan ringkas melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Matlamat persekolahan di sekolah rendah adalah untuk menyediakan murid dengan kemahiran asas 3M yang sangat penting iaitu menulis, membaca dan mengira. UPSR dilaksanakan pada akhir Tahun 6 untuk mentaksir sejauh mana calon telah dapat menguasai tiga kemahiran yang saya sebutkan tadi ditambah dengan penguasaan kemahiran saintifik sebagai memenuhi tuntutan akademik persekolahan di sekolah rendah. Selain kemahiran akademik, murid-murid seharusnya diberi peluang untuk membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang.

Maklumat daripada keputusan UPSR ini boleh dirujuk oleh pelbagai pihak untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran 3M dan kemahiran saintifik yang diterapkan melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. Keputusan UPSR boleh digunakan oleh pentadbir sekolah menengah sebagai maklumat untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ini bermakna keputusan UPSR bukan merujuk kepada lulus atau gagal seseorang murid tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid di tahun akhir persekolahan rendah.

UPSR Tahun 2011

Para hadirin sekalian,

Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini UPSR dapat berjalan dengan lancar. Pada tahun ini sejumlah 497,691 orang murid telah mendaftar sebagai calon UPSR. Jumlah ini merangkumi 489,101(98.3%) calon Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 8,590 (1.7%) calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 13, 14 dan 15 September 2011. Sebanyak 8,235 pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 48,560 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk pentadbiran peperiksaan. Seramai 11,080 orang pemeriksa telah dilantik untuk menjalankan pemeriksaan kertas subjektif.

Keputusan UPSR 2011

Seperti tahun-tahun lepas, keputusan UPSR tahun ini juga dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Keputusan UPSR tahun ini akan dibandingkan dengan keputusan tahun 2010 untuk melihat sama ada prestasi UPSR 2011 secara keseluruhan meningkat atau menurun.

Pencapaian Calon

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Jadual 1 menunjukkan pencapaian calon UPSR dari tahun 2008 hingga 2011. Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun 2011 meningkat dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut GPN. Peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik iaitu minimum Gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang diduduki telah meningkat daripada 54.38% pada tahun 2010 kepada 55.45% pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 1.07%. Namun begitu, pencapaian calon Cemerlang (semua A) telah menurun sedikit (0.54%) iaitu daripada 10.02% pada tahun 2010 kepada 9.48% pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum telah berkurangan sebanyak 0.51% iaitu daripada 3.39% kepada 2.88% pada tahun ini.

Jadual 1: Pencapaian Calon UPSR dari Tahun 2008 hingga 2011


Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar

Para hadirin sekalian,

Jadual 2 menunjukkan pencapaian calon bandar dan luar bandar pada tahun 2011 berbanding 2010.


Pencapaian calon Cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini, masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37% dan 0.72%. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik di bandar dan luar bandar, masing-masing telah meningkat sebanyak 0.49% dan 1.70%. Ini bermakna, peningkatan pencapaian Baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu sebanyak 1.21%.

Pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan, terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68% berbanding di bandar sebanyak 0.37%. Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar. Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01.

Pencapaian Calon Berkeperluan Khas

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Jadual 3 menunjukkan pencapaian calon berkeperluan khas tahun 2011 berbanding tahun 2010. Bilangan calon berkeperluan khas pada tahun ini bertambah seramai 59 orang. Peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang meningkat sebanyak 0.34% iaitu pertambahan seramai lima (5) orang. 17 orang calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang terdiri daripada enam orang calon rabun, seorang calon pekak, seorang calon spastik dan sembilan orang calon lain-lain kecacatan. Walau bagaimanapun, peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Baik menurun sebanyak 1.87%. Gred Purata Nasional (GPN) bagi pencapaian keseluruhan calon berkeperluan khas menurun sebanyak 0.01.


Prestasi Mata Pelajaran

Untuk makluman, kandungan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah bagi Sekolah Kebangsaan (SK) adalah lebih tinggi tarafnya daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK iaitu SJKC dan SJKT) . Oleh itu, taraf kertas soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut lebih tinggi di SK berbanding di SJK. Justeru, analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat secara berasingan.

Analisis prestasi semua mata pelajaran manakala Jadual 4 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SK bagi tahun 2010 dan 2011. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di SK, terdapat peningkatan pada Gred A iaitu sebanyak 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (Gred ABC) meningkat sebanyak 1.1%. Walaupun prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SK bagi Gred A menurun sebanyak 0.6%, prestasi bagi Gred ABC meningkat sebanyak 2.9%. Ini menunjukkan bahawa pencapaian calon yang menguasai tahap minimum dalam Bahasa Melayu - Penulisan di SK adalah bertambah baik. Oleh yang demikian, prestasi bagi Bahasa Melayu - Penulisan di SK pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang berkurangan iaitu daripada 2.02 pada tahun 2010 kepada 1.96 pada tahun 2011.


Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman dan Penulisan di SJK (SJKC dan SJKT) bagi Gred A meningkat masing-masing sebanyak 1.3% dan 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (Gred ABC) bagi Bahasa Melayu - Pemahaman di SJK juga meningkat sebanyak 1.2%. Walau bagaimanapun, prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SJK menurun sebanyak 0.8%. Penurunan peratusan ini disebabkan oleh penurunan peratusan calon yang mendapat Gred B dan C bagi Bahasa Melayu – Penulisan di SJK iaitu masing-masing sebanyak 1.5% dan 1.2%. Pada masa yang sama, peratusan calon yang mendapat Gred E pula meningkat sebanyak 1.2%.

Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Secara keseluruhan, prestasi bahasa Inggeris SK adalah stabil dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sama seperti pada tahun 2010 iaitu 2.74. Walau bagaimanapun, peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 0.5% tetapi peratusan calon mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.4%.

Secara keseluruhan, prestasi Bahasa Inggeris SJK mencatatkan penurunan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu sebanyak 0.05 iaitu daripada 2.69 pada tahun 2010 kepada 2.74 pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.2% dan 1.4%.

Bagi mata pelajaran Mathematics dan Science, sukatan mata pelajaran dan kertas soalan adalah sama di SK dan SJK. Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011.

Peratusan calon yang mendapat Gred A bagi mata pelajaran Mathematics menurun sebanyak 0.3% daripada tahun sebelumnya. Namun, peratusan calon yang mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.9%. Pada keseluruhannya, prestasi Mathematics meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.01. Walau bagaimanapun, prestasi keseluruhan mata pelajaran Science telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.03 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 2.0% dan 0.8%.

Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Cina bagi tahun 2010 dan 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC bagi mata pelajaran Bahasa Cina - Pemahaman meningkat daripada tahun sebelumnya, masing-masing sebanyak 2.1% dan 1.8%. Pada keseluruhannya, prestasi mata pelajaran ini meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.08. Walau bagaimanapun, prestasi mata pelajaran Bahasa Cina - Penulisan telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.06 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.9% dan 1.6%.

Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Tamil bagi tahun 2010 dan 2011. Kedua-dua prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil – Pemahaman dan Penulisan menunjukkan peningkatan bagi Gred A iaitu 3.9% dan 0.7%, manakala Gred ABC pula masing-masing 3.0% dan 0.8%. GPMP Bahasa Tamil – Pemahaman menurun sebanyak 0.10 dan Bahasa Tamil – Penulisan sebanyak 0.04 berbanding tahun 2010.

Ujian Aptitud

Tahun ini merupakan tahun ketiga Ujian Aptitud diduduki oleh semua murid Tahun 6. Prestasi dalam ujian dapat memberi gambaran tentang kebolehan dan kesediaan mental murid sebelum memasuki sekolah menengah. Pengetahuan tentang perkara ini sangat berguna kepada murid untuk memahami diri masing-masing, guru untuk memahami murid-murid dan juga ibu bapa untuk memahami anak-anak mereka.

Potensi diri (aptitud) murid dilaporkan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pelaporan dinyatakan dalam bentuk Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi). Minat dan kecenderungan murid terhadapbidang Akademik, Teknik dan Vokasional, Seni, Budaya dan Sosial atau Sukan turut dilaporkan.
Ingin ditekankan bahawa maklumat keputusan Ujian Aptitud tidak dinyatakan dalam slip keputusan UPSR, tetapi boleh diperoleh melalui sekolah. Ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan maklumat tersebut bagi mengetahui minat, potensi dan kecenderungan anak masing-masing.

Penutup

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela, serta pihak media massa dalam memastikan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran. Saya yakin kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi semua pihak yang terlibat.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Lembaga Peperiksaan kerana berjaya menghasilkan kertas peperiksaan yang dijamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Ucapan sama juga ditujukan kepada semua petugas peperiksaan kerana telah berjaya memastikan kelancaran peperiksaan yang dikendalikan sehingga keputusan UPSR berjaya dikeluarkan pada hari ini. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama semua pihak turut menyumbang kepada kecemerlangan ini.

Terima kasih.

Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
17 November 2011



SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS INDONESIA LIVE | STREAMING 17/11/2011

Peringkat kumpulan Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA MALAYSIA VS INDONESIA.

Siaran langsung perlawanan bola sepak secara live dan online akan dibawakan oleh RTM untuk paparan anda. Siaran langsung keputusan perlawanan terkini turut disertakan. Hasil keputusan Malaysia VS Indonesia akan menentukan sama ada Malaysia layak ke peringkat seterusnya ataupun tida.
Sama-samalah kita tunggu dan saksikan di sini.

CARA NAK TONTON :

1. SCROLL KE BAWAH SIKIT...
2. TEKAN BUTTON PLAY.
3. TUNGGU SEBENTAR.
4. SELAMAT MENONTON...(^_^)


SELAMAT MENONTON (^_^)

Dibawakan secara khas untuk anda oleh Pendekar Berkuda.

tags : siaran langsung malaysia vs indonesia sukan sea 2011, live streaming malaysia vs indonesia sukan sea 2011, malaysia vs indonesia siaran langsung, malaysia vs indonesia live, malaysia vs indonesia hasil keputusan perlawanan.

AWAS! PERINGATAN UNTUK GADIS-GADIS YANG KEMARUK SANGAT NAK JADI MODEL GUNA FACEBOOK!

Ini adalah peringatan ikhlas buat semua gadis-gadis yang kemaruk sangat nak jadi model dengan menggunakan gambar-gambar yang di upload secara berleluasa di Facebook. Dahlah model tak dapat...maruah tergadai percuma... Tak ke rugi???

Jadi, peringatan untuk anda wahai sekalian gadis-gadis yang bajet cantik-lawa-cun-comel-seksi-segala-bagai tuh... bawa-bawalah beringat ya...

"Tuhan kalau nak tunjuk pada kita, sekelip mata sahaja tahu..."



KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal ‘mengumpan’ mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.

Wednesday, November 16, 2011

GAMBAR LALUAN SUNGAI BULOH - KEPONG - BAWAH JEJAMBAT MRR2 DITUTUP MULAI SABTU

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menutup laluan kedua - dua hala di bawah jejambat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) dari arah Batu Caves menuju ke Sungai Buloh pada Sabtu ini mulai 11 malam hingga keesokan pagi. 

JKR dalam kenyataan di sini, berkata laluan itu yang ditutup hingga jam 7 pagi Ahad bertujuan menjalankan kerja menaik dan memasang "Tie Frame" dan "Working Plate Form di Pier 5". - BERNAMA



SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2011 SECARA ONLINE DAN SMS

KEPUTUSAN UPSR 2011 SEMAKAN ONLINE DAN SMS | CARA NAK SEMAK KEPUTUSAN UPSR

Hari Esok, Khamis, 17hb November adalah tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan UPSR 2011. Daripada seluruh calon yang menduduki peperiksaan UPSR, siapakah yang akan mendapat keputusan cemerlang?

Cara untuk membuat semakan keputusan UPSR adalah seperti berikut.

Kredit gambar : enciknakal.com

Tuesday, November 15, 2011

SIARAN LANGSUNG MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU KE 4

SIARAN LANGSUNG MAHARAJA LAWAK MEGA ASTRO WARNA YOUTUBE MINGGU KE 4

Jika sebelum ini ramai yang berkata bahawa kumpulan 3G yang dianggotai oleh Yassin, Didie dan Enot adalah kumpulan terbaik dalam Maharaja Lawak Mega Minggu ke 3. Kali ini agaknya siapakah yang menjadi kumpulan terbaik di dalam pertarungan Maharaja Lawak Mega nanti?

Nampaknya kumpulan yang dianggotai oleh Mr Os dan juga Adlin Aman Ramli kurang menyengat semasa minggu ke 3.. Ramai yang berkata persembahan Adlin bagaikan Amir dalam Raja Lawak. Keh keh keh...

Mampukah kumpulan-kumpulan lain menyajikan persembahan yang mantap untuk Minggu ke 4 nanti? Sama-samalah kita tunggu ya...keh keh keh...

Sebelum itu, mari kita saksikan persembahan kumpulan 3G semasa minggu ke 3 yang lepas...memang gelak habislah...haha...


LINK DAN VIDEO UNTUK SIARAN LANGSUNG AKAN DI BERIKAN NANTI....

BIODATA DAN PROFIL GREYSON CHANCE

BIODATA DAN PROFIL GREYSON CHANCE


Ramai sangat yang LIKE budak kecik yang cinonet lagi comel nih.. nah...hambek sini biodata dan profil dia..
Famous as : Singer

Popular for : Cover for the song "Paparazzi" (2010)

Birth Name : Greyson Michael Chance

Birth Date : August 16, 1997

Birth Place : Wichita Falls, Texas, USA

Height : 5' 2"

Nationality : American

Education : Graduated from Cheyenne Middle School in Edmond, Oklahoma

Father : Scott Chance

Mother : Lisa Chance

Brother : Tanner (older)

Sister : Alexa (older)

 Greyson Chance baru sahaja menamatkan konsertnya di Malaysia. Lokasi seterusnya adalah di Singapura...

Sekian dimaklumkan...

WAJIB BACA - JALAN PALING MUDAH UNTUK KE PUTRAJAYA TERBONGKAR - UNTUK BACAAN PENYOKONG PAKATAN SAHAJA

Terbongkar sudah satu rahsia kerajaan yang di simpan begitu lama untuk membolehkan barisan pakatan rakyat terus ke Putrajaya. Woahhaaa~..memang inilah jalan paling mudah kerana tidak perlu melabur sehingga berbilion-bilion mengupah pengundi hantu ataupun merasuah pelbagai golongan untuk merayu undi.

Jalan paling mudah ke putrajaya adalah satu langkah hebat dan tepat untuk dilakukan oleh semua penyokong pakatan rakyat yang mahu pergi terus ke Putrajaya dan seterusnya menjejakkan kaki anda ke Mahligai Pemerintahan Negara.


Percayalah~! Jalan ini adalah jalan yang terbaik untuk anda terus ke Putrajaya~! Inilah rahsia yang disembunyikan oleh para pencacai-pencacai kerajaan yang tidak mahu para penyokong pakatan tahu mengenainya. Kerana mereka tidak mahu para penyokong pakatan mengetahui rahsia besar yang mereka sembunyikan ini. Yihaaa~!!

INILAH RAHSIA KERAJAAN YANG WAJIB UNTUK PARA PENYOKONG PAKATAN TAHU MENGENAINYA. 

Supaya kelak mudah untuk mereka pergi ke Putrajaya bersama dengan DSAI, Kit Siang dan Tuan Guru.

Pendekar bocorkan rahsia ini untuk anda~!! Gunakanlah dengan penuh hemah ya... Yihaa~!!

Salam perjuangan sekalian...(^_^)

DATO SHAHRIZAT JALIL WAJIB DI BUANG JAWATAN. NOKTAH!

Kes penyalahgunaan wah projek Fidlot yang menggemparkan negara apabila Menteri yang bertanggungjawab menyalahgunakan peruntukan yang ada untuk projek tersebut. Kes ini bukan kes terpencil kerana akibat perbuatan pecah amanah ini memberikan kesan yang tidak sedikit kepada tujuan sebenar perlaksanaan projek tersebut. Juga menyebabkan sasaran yang seharusnya di capai langsung tidak kelihatan.

Kes pecah amanah seperti ini juga seperti mana-mana kes pecah amanah yang lainnya menuntut pertanggungjawaban yang sepenuhnya oleh pelaku. Wajib untuk dilaksanakan sebarang hukuman yang selaras dengan hukum yang telah termaktub di dalam negara.

Tambahan lagi, Datok Shahrizat bukanlah seorang pemimpin yang dipilih dari undi malah kalah dalam pilihanraya umum yang lepas. Bukan sahaja beliau sudah tidak mampu lagi meneruskan tugas dengan penuh iltizam, malah kes ini telah menyebabkan kerajaan di pandang sebagai tidak adil kepada rakyat. Dan ini adalah liabiliti yang sungguh menyemakkan.

Tindakan yang tegas wajar di ambil terhadap si pelaku memandangkan kes ini adalah kes berprofil tinggi yang memusnahkan kepercayaan rakyat kepada pemimpin kerajaan yang diberikan amanah. Tindakan gantung atau buang dari jawatan adalah tindakan yang paling wajar dilakukan sebagai satu amaran keras supaya tidak lagi akan ada pemimpin-pemimpin seperti ini di dalam kerajaan.

Kita telah mendengar tidak sedikit mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan yang pecah amanah dan membolot sedemikian banyak wang-wang peruntukan untuk projek kebajikan rakyat. Malah sudah jenuh untuk mengatasinya tetapi kenapa pemimpin tersebut masih lagi di beri kepercayaan untuk memegang mana-mana jawatan? Apakah sudah tidak ada wakil pelapis yang mampu untuk melaksanakannya dengan lebih berkesan?

Sudah-sudahlah tu wahai orang-orang tua. Umur bersara wajib bagi sektor kerajaan sudahpun ditambah lagi. Konon-konon untuk mengelakkan sebarang projek yang dilakukan diselesaikan sepenuhnya. Namun apa yang mereka terlepas pandang adalah pucuk-pucuk muda yang di cantas akarnya untuk tumbuh berbakti kepada bumi yang di pijak.

Berilah peluang kepada generasi pelapis muda pula untuk memerintah dan mengatur perjalanan negara. Orang-orang tua boleh menjadi tempat mereka untuk meminta pendapat dan pedoman. Menjadi pemandu ke arah jalan yang selebihnya. Biarkan generasi muda menentukan masa depan negara. Kerana merekalah pemimpin yang akan mengepelai negara di masa hadapan.

Suara generasi muda. Biarkan ia berkumandang setinggi-tingginya!! Apa mereka fikir cuma mereka saja yang hidup di dunia ini? Lupa pada pepatah. HIDUP UMPAMA RODA. Dan hakikatnya. HIDUP MEMANG SEPERTI RODA! Kerana itulah kita dengar istilah, roda dan kitaran kehidupan.

Yang di atas, pasti akan ke bawah. Siapa yang tidak sedar. Hancurkan saja segalanya.


SHAHRIZAT JALIL WAJIB DI LUCUTKAN JAWATAN~!! NOKTAH~!!!

Monday, November 14, 2011

PERKAHWINAN ADALAH SATU SENI PERTARUNGAN

Bismillahirrohmanirrohim...

Ucapkanlah..satu kata yang penuh erti kepada setiap insan yang melata di muka bumi...yang layak dan terpilih untuk menghadapi hari.. Ucapkanlah pada empunya diri...yang memiliki kuasa pada satu hari...dia..dia...dia...dan mereka yang terpilih dari sekian banyak orang yang ada di muka bumi ini... Suatu kata yang berbunyi...

"Selamat Pengantin Baru..."

Dan tetaplah suatu perkahwinan itu indah di awalnya... penuh bahagia bersulam senyum dan tawa..berintikan gurau senda... Dan tetaplah perkahwinan itu di awalnya penuh rahmat dari ILLAH...(^_^)...

Perkahwinan adalah satu seni pertarungan...Ya...emangnya benar seperti itu...perkahwinan itu adalah satu seni pertarungan. Siapa yang akan menempuhi gerbang perkahwinan perlu mempersiap-siagakan dirinya untuk memasuki gelanggang. Kerana di dalamnya kamu akan di uji dengan berbagai macam dugaan dan cabaran yang tidak dapat dipastikan apakah bentuknya.

Perkahwinan adalah satu seni pertarungan antara dua pihak yang memilih untuk hidup bersama. Siapa yang menang atau kalah bukan lah matlamatnya. Jika sama-sama menang adalah satu ganjaran yang tidak mungkin dapat diperolehi selalu...


Perkahwinan adalah satu seni pertarungan di antara kebaikan dan keburukan. Pertarungan di antara kebaikan pasangan dan juga keburukannya. Mudah untuk di ungkap. Mudah untuk di katakan, namun payah untuk di terima sebarang bentuk ketidaksempurnaan pasangan. Namun tetaplah kebaikannya menjadi tunjang utama dalam menentukan perjalanan kehidupan.

Perkahwinan adalah satu seni pertarungan yang mungkin akan bisa untuk kita ketahui apakah yang bermain di dalam benak diri sendiri berbanding di dalam benak pasangan kita. Pertarungan yang melibatkan emosi ini adalah satu pertarungan yang sungguh melelahkan dan menuntut kesabaran yang sangat tinggi untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Perkahwinan adalah satu seni pertarungan antara keinginan dan kewajipan. Lihat sahaja berapa ramai yang tewas di dalam pertarungan di antara keduanya ini, sehinggakan kedua-duanya cedera kerana tidak tahu memilih di antara kehendak dan kewajipan.

Dan dengarkanlah akan sabda Baginda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam...
 "Sesiapa yang mendirikan perkahwinan, maka dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya.."
Lantas, apa lagi yang mahu kita perhitungkan? Tetaplah perkahwinan itu menjadi satu benteng untuk kita sentiasa selamat dari segala dugaan dan cabaran dunia. Seni pertarungan perkahwinan adalah satu seni yang indah jika kedua-dua pihak sama-sama menang. Tidak perlu ada yang kalah.

Akan tetapi, jika ada situasinya, perlulah satu pihak itu mengalah untuk menjamin pertarungan itu bisa di bawa sehingga ke akhirnya terdapat penentuan. Siapa pemenang, dan siapa yang tewas.. Di adili dengan seadil-adilnya oleh pengadil yang sebenar-benarnya.

Salam indah perjuangan...(^_^)

Salam hati...(^_^)

Sunday, November 13, 2011

KEPUTUSAN TERKINI DAN PENUH AIM 2011

SENARAI PEMENANG DAN KEPUTUSAN PENUH TERKINI ANUGERAH INDUSTRI MUZIK AIM 2011

Habis sudah perjalanan jauh. Terumum sudah pemenang. Namun ibarat kata pepatah, rumah siap pahat berbunyi. Kita nantikan sahaja apakah isu-isu yang akan dibangkitkan nanti? Keh keh keh...


Senarai pemenang sudahpun diumumkan. Dan lagu Penakut nyanyian Yuna terpilih sebagai Lagu terbaik AIM 2011 yang telah tamat berlangsung. Jom hayati video klip lagu tersebut di sini. Hehe...

Saturday, November 12, 2011

" MULUT KATA HARAM, TAPI SAMBIL TENGOK-TENGOK GOSOK BEBIRD KAN KAN KAN ;P TAK SENONOH JE..." ZEBENA ANMUM JOLIE

cc : @denaihati @beautifulnara @zarina_anjoulie @milosuam

Pewww~!!! Tu diaaaaa~!!! Mulut tak reti nak jaga. Dasar busuk lagi hanyir bau macam longkang~! Cakap tak bertapis... Bagai muntah kahak hijau penuh hanyir lagi membusukkan...sudahlah bikin gempar...mahu lagi memperbebalkan diri membela benda yang orang dah tahu salah...

Hei perempuan~!, kau nak telanjang bogel sampai tak nampak seurat benang pun tak ada yang kisah asal saja kau pandai-pandai makan, pandai-pandailah simpan. Ini tidak, kau bertelanjang bugil kau pampang besar gedabaq untuk tatapan khalayak. Kau ingat kau itu sudah cukup pahala mahu rosakkan pula iman orang lain? Haaakkk ptuhisss~!!!

Hei perempuan~! Kau mahu berlucah segala apa tiada siapa nak hairan. Asal jangan kau sebar pada khalayak yang kau sedang bikin jahat~! Apalah bebal punya otak tidak reti fikir untuk sorok keaiban sendiri~! Kasihan sama mak bapak kau~! Sebelum kau buat, ada kau bilang sama itu ibu bapa kau yang kau sedang cuba untuk jadi bintang porno? Wahahahahaha~!! Kau memang hebat~!

Hei perempuan~! Ah, persetankan saja siapa yang mahu jadi setan~! Jika kau mahu jadi setan, mari sambut langkah setan juga~! Mari kita mempersetankan diri masing-masing. Yeahhhaaaa~! Kau bilang apa? Mulut kata haram, tapi sambil tengok-tengok gosok bebird ya~! Walllaaaaaa~!!! Ayo dong...kita sama-sama enjoy~! Kah kah kah~!

Dasar setan, mana mungkin bisa di tunjuk ajar? mana mungkin mahu mendengar nasihat? Orang bilang suruh taubat, kau persetankan orang pula ya? Siapa yang suruh kau bikin onar? Menggoda iman saudara sendiri? Peewwwww~!! Kau memang hebat~!

Hei perempuan~! Badan penuh parut...kurap sana sini...kau mahu tayang konon-konon cantik dan seksi ya? Badan penuh lemak..menggelendut bagai tali ampaian yang udah layut, kau mahu papar kaulah perempuan terseksi ya? Wahahaha.... Untung saja kau tidak di rogol sama mereka yang kau bilang penggosok bebird itu kan kan kan? Woaahhhhaaaa~!!

Jadi...ayuh saja persetankan mereka-mereka yang mahu menjadi setan~! Begitu bukankah lebih baik? Hahaha... kau persetankan mereka...aku persetankan kau... bukankah itu terbaik? Kah kah kah... Oh...mari kita mempersetankan diri ya??? Woaahhhhaaa~!!!

titik keramat penyulam ayam kena sembelih... :p



**********

Ragam manusia...biasalah...bila di tegur kerana berbuat jahat...mereka pasti akan melenting... (aku juga...)...mulalah hendak membela diri...tapi yang salah dalam sikap adalah bila mana kau suruh orang lain cermin diri mereka dahulu sebelum tegur kau buat jahat...

Hei...kalau aku rogol kau...ada orang datang sama aku bilang...kutuk-kutuk aku...maki hamun aku kerana merogol kau... emang mudah saja aku bilang.... pergi cermin diri sendiri dulu derr....mudah aja kan??  ekekekeke....boleh gitu?? Woahhhaaa~!!

Juga salah dalam sikap jika orang simbah api...kau balas dengan minyak...lagilah panas membakar.... kan kan kan??

Aku mahu juga bilang....mulut kata seronok...mestilah sambil bergambar gentel2 nenepel kan kan kan?? Kah kah kah~!

Aku mahu beri ini satu pada kamu ya...

Sekali dengan penerajang tu...keh keh keh...


Ah~! Jangan ikut aku jadi setan~!! NGERTI~!!????

Friday, November 11, 2011

PENGALAMAN DI GELAR LELAKI LEMBUT. MENYERAMKAN~!

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia.

Kali ini pendekar nak kongsi sedikit pengalaman pernah di gelar lelaki lembut. Pewwwwhhhh~! Masak nak menjawab. Haha..

Pengalaman ini berlaku semasa mula-mula bertapak di Universiti Teknologi Malaysia kampus kota. Atau lebih tepat lagi di gelar City Campus. Menatang apa tah nak pakai bahasa Inggeris sangat walhal ditubuhkan untuk memperjuangkan bahasa malaysia dalam bidang sains dan teknologi.


Alkisahnya, semasa mula-mula mendaftar dan terlibat dengan aktiviti Minggu Haluan Siswa, pendekar terlibat dengan persembahan malam kebudayaan. Pendekar terlibat dengan kumpulan koir yang membuat persembahan untuk malam kebudayaan tersebut. Adapaun kami terlibat dengan raptai sebelum malam itu.

Semasa raptai itulah peristiwa itu berlaku. Hanya sekali dan sejak itu tidak pernah lagi ada pertanyaan dan gelaran seperti itu. Tahu siapa yang bertanya? Seorang gadis cinonet. keh keh keh.

"Pan, kenapa awak lembut?" ...pewww...tu dia...soalan cepumas yang bikin otak bergegar...wahahaha...

diam..tengah fikir ayat apa yang harus keluar...akhirnya...

"Awak tak tahu lagi bila saya kerasss..." ...hammmbbbeeeekkkk...sekali ayat itu keluar pulak...hahaha...

terus terkedu...kawan-kawan yang lain gelak bagai tak hengat dunia... keh keh keh...

Sekali itu sahajalah perkataan itu pernah keluar dan diajukan kepada pendekar. Sejak dari itu, tiada lagi perkataan seperti itu. Syukur. Tetapi mungkin juga akibat banyak terlibat dengan aktiviti dakwah dan ibadah semasa di sekolah dahulu...menyebabkan peribadi pendekar cenderung untuk berlemah lembut.

Sejak menamatkan pengajian di UTM...4 tahun merasa hidup di kota besar. Mengubah segala perilaku yang ada. Meski tidak lari jauh dari asal-usul. Namun perubahan itu nampak dari sikap. Keras kepala sudah menjadi tabiat. Namun hakikat bahawa kelembutan hati itu masih ada tidak mampu untuk dinafikan.

Jika di bilang, dalam hati ada taman. Ya...memang benar dalam hati ini penuh bunga-bunga. Chewwwaaahhh~! Haha... Namun biarlah bunga-bunga itu terpendam sahaja... di luahkan hanya pada masanya.... Jika tidak... tiada nilai satu apa...keh keh keh...

Selamat Hari Jumaat ya sekalian... Sentiasalah tersenyum dengan indah... (^_^)

CHEF WAN MARAH ASTRO SEBAB CHEF RIZ (GAMBAR)

MEMALUKAN DIRI DAN ANAKNYA KERANA MEMPERINCIKAN PROFIL DAN BIODATA CHEF RIZ.
KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.
Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.
Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki.
"Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita.
"Padanlah muka dia," kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.
Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.
Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.
Antara juri lain yang terlibat ialah Chef Zubir (Zubir Mohd. Zain), 45; Chef Priya (Priya Menon), 53; Chef Jo (Mohd. Johari Edrus), 55; dan Chef Yahya (Yahya Hassan), 49. - kosmo
Bukanlah silap si bapa jika anak sendiri berbuat salah. Bukan juga silap si bapa jika si anak dikatakan kurang didikan. Ramai orang yang menyalahkan si bapa mahupun si ibu kerana gagal dalam mendidik anak-anak. Namun percayalah pada satu pepatah lama..

"Bukan salah ibu yang mengandung kalau perangai anak macam hantu polong.."

Ambil juga iktibar kisah para Nabi dan Rasul kita. Contoh terdekat ialah Nabi ALLAH Adam A.S, adakah dia patut dipersalahkan kerana gagal mendidik anaknya Qabil sehingga menjadi pembunuh adiknya sendiri, Habil? Kita tidak pernah menyalahkannya bukan? Malahan dia tetap Rasul yang kita wajib percaya.

Juga adakah salah Nabi Nuh A.S jika anaknya sendiri iaitu Kana'an tidak mahu mengikuti ajarannya sehingga maut di telan banjir besar? Sudah pasti tidak bukan? Sedang kita tetap percaya dia adalah salah seorang Rasul Ulul-Azmi...

Jadi janganlah disalahkan si bapa mahupun si ibu...tapi salahkan si anak kerana tidak mahu mendengar kata dan menggunakan akal fikir yang telah di anugerahkan kepadanya...

Psst~! : Jika kamu menjadi seorang bapa, kamu pasti tahu perasaannya... Jika tidak, lebih baik kamu diam!

SIFAT PEREMPUAN ITU MUDAH. YA, SANGAT MUDAH SEBENARNYA

Bismillahirrohmanirrohim...


Pendekar bukan mahu menarik perhatian dengan kata basa-basi olah bicara yang entah ada apa isi atau tidak. Namun teringin juga berkongsi sedikit pengetahuan tentang perempuan. Semuanya dari pemerhatian. Dan juga penaakulan daya fikir. Karena sejak dari dahulu lagi emangnya itulah yang selalu bermain di kotak fikir. Memerhati dan menaakul apa adanya sekitar keliling. Heee...Entar aku ngomong apaan nih? Ekekeke...

Maaf ya ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak. Bilang saja aku ini seorang pemutar lewa bahasa yang entah gimana. Entar aja aku mahu terusin menulis lewa-lewa apa kurang apa lebih yang ingin aku lakar ketik demi ketik di atas papan kekuncinya ini.

Ya, berbalik saja pada tajuk postingannya ya gan, pendekar pengin mahu kongsi ama kalian semua apa yang dimaksudkan dengan sifat perempuan itu mudah. Ya, bilang saja kamu punya cewek, kamu punya isteri, emang mudah aja untuk kamu takluki hatinya asal saja kamu mau ngikutin apa yang pendekar kongsikan ini ya.. (^_^)

Mudahnya sifat perempuan itu bila mana kalian sang pejantan tangguh mahu menawan hatinya, coba-cobalah untuk sentiasa mengambil berat akannya. Karena perempuan itu sangat butuhkan perhatian dan kasih sayang. Iya gan, asal saja kamu mau mengakuinya. Tanyakan saja sama perempuan sekalian. Apakah mereka tidak membutuhkan kasih sayang dan perhatian dari pacar mereka? Sudah pasti sekaliannya akan memberikan jawaban YA untuk soalan itu.

Makanya, ya, makanya, haruslah kalian akur pada hakikat betapa jika tiada perhatian dari kamu terhadap pacar kamu, siap siagalah untuk menerima akibat bahawa pacar kamu akan mula menerima orang lain dalam hidupnya.

Gampang saja. Jika kamu lihat ramainya perempuan yang selingkuh sama orang lain walhasil mereka udah punya cowok mahupun suami. Namun karena kebutuhan perhatian mereka tidak terpenuhi, makanya mereka mula mencari yang lain.

Ah sudah...aku sudah terbahasa Indonesia pula di sini... isk isk isk...tapi enak juga yah... Lancar saja tanganmu mengetik.... hehehe...

*******

Sifat perempuan yang mudah...bukan mendamba perhatian yang berlebihan, mereka cuma inginkan lelaki itu ada bila mana mereka memerlukannya. Bukan mahu pasangan mereka mengongkong mereka, cuma mahukan pasangan mereka tahu bahawa mereka diperlukan oleh pasangan mereka.

Jika tidak, mereka mungkin akan beralih hati kepada yang lain. Kerana hati wanita ini sangat lembut sebenarnya. Kerana itulah sudah pasti akan wujud istilah Cintaku Milikmu, Tubuhku Miliknya...lantas, siapakah yang patut dipersalahkan?

Pendekar bukan apa. Jika kalian sudah memiliki teman hidup. Rantailah satu kakinya di tiang seri rumah kalian. Kerana dengan begitu, dia pasti tidak akan mudah untuk menerima yang lain berbanding yang telah ada untuknya. Saat kalian pulang ke rumah, ketahuilah, dialah teman hidup kalian. Jika di rumah kalian tidak menemukan bahagia. Di manakah lagi? Di pejabat-pejabat? Warung kopi? Atau hotel-hotel murah? Jawab dalam diri saja. Bukan di sini ya..(^_^)

Rasulullah pernah bersabda :
"Jika terpandang olehmu seorang perempuan dengan nafsu. Maka segeralah datangi isterimu kerana dia memiliki segala yang dimiliki oleh perempuan yang kamu pandang itu..."
Siapa perawinya, siapa yang mensanadkannya, tiadalah pendekar ingat. Maaf ya...("~)

Jadi untuk itu. Berilah perhatian yang lebih kepada perempuan-perempuanmu ya...(^_^)

Atas nama zat yang menciptakan, pendekar kongsikan ini untuk kalian semua...

Salam perjuangan dan Salam Hati dari Pendekar Berkuda..(^_^)

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda