Sunday, October 30, 2011

PUISI : MEMELUK LANGIT

 MEMELUK LANGIT


Ketika rindu berbisik...
Pada ulas sapa bayu gemersik...
ku lihat ku renung...
awan nun jauh di persada langit...
melakar mencoret satu lukisan indah...
di dada langit ku amati mewah...

saat unggas berkicau riang...
ku depang tangan menghadap angkasa...
ku amati indahnya suasana...
lantas ku hirup udara dunia...
ku peluk erat dada langit ke dalam jiwa...

sayang...
ini bukan puisi cinta...
ini bukan puisi cinta...
ini cuma luahan rasa...
yang terlukis tika aku merasa...
tenangnya jiwa saat menghayati agungnya...
ciptaan Illah yang empunya....

Teman...
aku ingin ajak kamu bersama...
luangkanlah masa...
pandanglah langit sana...
ayuh kita sama-sama..
memeluk langit seerat-eratnya...

ayuh teman...
kita peluk langit selagi ada...
nafas bersisa di dalam dada...

dan aku pasti...
kamu akan tersenyum lagi...

(^_^)


Saturday, October 29, 2011

SIARAN LANGSUNG PIALA MALAYSIA FINAL LIVE STREAMING TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN 29/10/2011

SIARAN SECARA LANGSUNG FINAL PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA ANTARA NEGERI SEMBILAN LAWAN TERENGGANU 29/10/2011

Perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Terengganu dan Negeri Sembilan akan disiarkan secara langsung di TV1 dan ASTRO ARENA malam ini bermula jam 8.30mlm. Berjayakah Terengganu mempetehkan Negeri Sembilan atau Negeri Sembilan yang menghobenkan Terengganu? Keh keh keh...

Sebelum itu mari tengok lawak Piala Malaysia di bawah ini. Keh Keh Keh...

Sempena Piala Malaysia 2011.

Nabil : wei zizan, den ghaso kaw tak pyh la nk ngado2, sok mosti ponyu nangih, blik mraung. Haha

Zizan : pak mung! Mung pikir team ruse nelang sgt ke.. Jgn hrap la, penyu nelang malang sok. Ruse yg nangis tak blagu.

Nabil : poyo la kaw zan, kaw monang idung paling bosa da la. Hahahaha

zizan : agak2 mung, tlinge mu capang mung tak perasang ke.

Nabil : ok2 la, den gurau yo ha. Den nk bgtau n9 den 3x msuk, tahun nia mosti m0nang punyo. Boto2 biso b0na.

Zizan : ala, mung tak payah blagok la, team mung ada piala FA ke? Kelantan & selangor pun ganu nelang yg tendang keluar.

Nabil : ah, tak kiro do. Sok ponyu menagih k0n0 3 -0.

Zizan : ruse mung yg kene 2 -0. Tgk esok malang. Memang malang sek mung.

Nabil : o0o hoben jang hoben.

Zizan : peteh ganu peteh.

Nabil & zizan. >>>>>Mati FAM mati >>>>>>.

Thursday, October 27, 2011

DUNIA TANPA BLOG? BAGAIMANAKAH AGAKNYA?

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia buat sekalian sahabat blogger dan para pembaca yang budiman.. yang molek2...yang muteh2..yang comel2...yang hensem2...yang kacak2...yang ganteng2....yang imut2... yang bla bla...yang bla bla bla...segala bagai yang membawa konotasi positif impak maksima ya?

 Berdirinya saya di sini adalah untuk...opppsss...alahai...tersasul lak...sorry2... miyahahaha~!!... Adapun sudah agak lama khan pendekar tidak membloggingkan diri ini? sudah berapa lama pendekar pun tak tahu...kepada para pembaca yang setia menanti dan menunggu update dari pendekar..pendekar mohon maaf yang amat sangat dengan anda kerana tidak berkesempatan untuk mengupdatekan diri di blog... semoga anda sekalian sihat-sihat blako ya... hihihi...

Mungkin ada yang perasaan status pendekar di FB sejak dua menjak ini... mungkin juga ada yang tidak perasan mengenainya...tapi biarlah...apalah yang nak dipentingkan sangat dengan status itu kan? ada banyak lagi status yang ada dalam FB tu...siapalah pendekar ini yang orang nak kisahkan?

Adapaun pendekar sekarang ini berkembara kelana lagi ke Pekan,Pahang. Jauh...tiada jalan terus dari KL...kena ikut macam jalan yang bersimpang siur...bagai ular kena palu...hurmmm...

tak tahu mahu tulis apa lagi...

seperti pada tajuk...dunia ini jika tiada blog...bagaimakah agaknya ya??

Wednesday, October 19, 2011

KES BAYI DI KELAR - BUKAN KES BESAR MANA PUN ~!! YANG KORANG NAK KECOH-KECOH KENAPA~?

Semalam gempar dengan berita bayi di kelar oleh ibunya sendiri yang berusia 16 tahun di dalam asrama. Berita ini menjadi buah mulut komuniti blogger, facebooker dan orang ramai. Sudah pasti ada yang akan berpolemik lagi itu dan ini... Yezzzaaa~!! Itulah sahaja yang boleh mereka lakukan...tidak lebih dari itu bhai...Percayalah bila pendekar bilang seperti itu...

Kes bayi di kelar itu bukanlah satu kes besar pun... ya~! Bukan satu kes besar pun jika melihat kepada kebebalan sekalian manusia yang melata ini... Ya~! Bukan satu kes besar pun apabila melihat sikap-sikap para manusia... Jadi, apa yang mahu di huha-huha kan? Oh, alangkah indah melihat sedikit demi sedikit tubuh bayi tersebut di kelar-kelar kan? Alangkah seronoknya melihat perut bayi itu barai kan? Wahahahaha... Sungguh seronok bukan?

Kah kah kah kah kah kah kah~!!!

Kau ingin bilang kau benci? Kau ingin bilang kau sakit hati?? Kau ingin bilang kau bersimpati? Haaakkkk ptuuuuiiiihhh~!! Pergi jahanam itu semua wahai manusia gampang~!! Haaaakkkk ptuihhh~!!! Pergi lahanat itu semua wahai manusia jahanam~!!

Kalian lah yang lebih kejam kepada bayi itu~! Kalianlah yang lebih layak untuk di tuduh sebagai pembunuh bayi itu~! Kalianlah kepala segala kepala durjana yang ada di sebalik sadisnya bayi itu~!! Kalianlah semuanya~!!!!

Kalian tebar berita-berita seks~! Kalian tonton klip-klip 3gp tak hingat dunia~! Kalian bikin entry-entry berbaur lucah segala apa~! Kalian promote seks-seks-seks-seks-seks dan seks kepada khalayak pembaca~! Kalianlah yang lebih gampang dari segala yang gampang itu~!! Kalian sahaja yang tidak pernah mahu sedar~!!!

Kalianlah yang bikin filem lucah lahanat~!! Kalianlah yang bikin klip-klip jahanam~!! Kalianlah yang mempromosikan kehidupan bebas kepada para remaja~!! Kalian jugalah yang menjahanamkan minda para remaja~!!

Hei~! Si tua yang gampang lagi bangsat~! Jangan kau berlagak hero mahu ajar agama sama anak muda~! Jangan kau berlagak pandai mahu bicara kata tanpa hikmahnya~! Jangan kau bikin aku muntah dengan segala nasihat celaka yang kau beri~! Seperti sang bangsat lagaknya~!! Karena aku tidak akan pernah mahu mendengar~!!!

Kau mahu menuding jari kepada siapa? Satu jari kau tuding kepada mereka...sembilan jari kau simpan untuk diri kamu sendiri ~! Siapa yang lebih bangsat??? Merekakah? Atau kamu yang bebal lagi celaka~!!

Hei blogger jahanam penyebar kisah seks gampang~!! Hei babun sial penyebar video klip dan filem lahanat~! Hei wartawan bangsat perosak minda rakyat~! Hei ustaz-ustaz yang lupa pada hakikat~! Hei segalanya~! Aku berbicara dengan ketik jemari ini~! Ingin menggampangkan kamu sekaliannya~!!! Apa aku peduli? Jika mati kamu ke kubur juga~!! Dasar jahanam yang tidak reti di ajar~!!

Hei lelaki setan yang jahanam~! Hei perempuan iblis yang bangsat~!! Kau bilang cinta sama cinta...suka sama suka... kau bilang babi itu haram...tetapi perempuan itu halal pula untuk kau pegang?? Alangkah babun punya pemikiran~!

ARRRGGGGGGHHHHHH~!!!!!! AKU SUDAH MARAH~~!!! 
MENDIDIH DARAH MELIHAT KALIAN SEMUA~!!! 
TERBAKAR HATI MELIHAT BANGSAT-BANGSAT YANG CELAKA~!!  

CELAKA KALIAN SEMUANYA~!!! 

Kau mahu bilang lagi kau tidak suka~?? Tapi kau rosakkan pemikiran manusia melata untuk menerima~! Kau cari kebejatan di mana-mana...lantas kau promote dan masukkan di dalam kau punya penulisan?? Sudahkah kau kaji apa impaknya kepada khalayak??? Sudah terhantuk baru terngadah???

KEPALA HOTAK KAU~!!!!

Monday, October 17, 2011

GEMPAR~!! LOG OUT FACEBOOK DAPAT DUIT~!!

Kuala Lumpur, Malaysia - Khalayak ramai telah digemparkan dengan satu berita yang hangat dan terhangat di pasaran di mana sebilangan orang telah berjaya mendapat wang yang banyak dengan hanya perlu Log Out dari akaun Facebook mereka.

Kaedah terbaru yang digunakan untuk menjana pendapatan ini telah terbukti berkesan dan di perakui oleh responden-responden yang di wawancara di seluruh pelosok tanah air.

Kak Ima, Kuantan 
"Kaedah Login dan Log Out dari Facebook memang benar membantu akak untuk mendapatkan wang yang banyak dan penuh poket sehingga membolehkan akan beli apa saja yang akak nak. Caranya memang mudah. Hanya perlu Log Out dari akaun FB sahaja akak dah dapat banyak duit. Kenapalah akak tak tahu benda ini sebelum ni ya?"
Ahmad Muzammil, Penang.
"Tak sangka dengan Log Out dari akaun FB sahaja saya dah berjaya mendapat RM 2k sebulan. Kalau sebelum ni nak dapat RM 200 pun payah. Sekarang ni tak perlu nak pening-pening tentang duit nak bayar macam2 dah. Memang sangat seronok. Saya sarankan untuk semua orang melakukannya. Terbukti berkesan!"
Devi, Selama, Perak.
"Inilah kaedah mencari wang yang paling mengujakan dan paling hebat pernah saya dapat. Tak sangka begitu mudah untuk mendapatkan wang yang banyak. Kalaulah sebelum ini kaedah ini saya tahu. Mesti kaya raya dah saya sekarang ni. Terima kasih kepada mentor."
Anda pasti nak tahu caranya bukan? Mudah sahaja, klik pada gambar di bawah ini dan anda akan banyak wang. Percayalah. Tak perlu nak pening-pening lagi dah...hehehe....

PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan Program Pensiswazahan Guru Ambilan Januari 2012 Bagi Lepasan Diploma.


Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 telah dibuka bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di bawah lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP). Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270. 

PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN 2012 LEPASAN DIPLOMA (KLIK GAMBAR UNTUK MEMOHON)

Sunday, October 16, 2011

GAMBAR ANAK POCONG DITANGKAP DI DEPAN RUMAH

Ah sudah..bukan kenapalah orang suka sangat dengan cerita-cerita hantu macam ni ek? Kepercayaan karut je tu. Hantu la, pocong la, bla bla bla... kalau dulu masa kecik-kecik boleh lah aku nak percaya..la ni dah besar-besar masih lagi percaya dengan benda-benda nih. Susah betul nak faham.

Aku percaya wujudnya makhluk halus...tapi bukan hantu bla...bla...bla...yang dikatakan jelmaan manusia tu. Jin bukannya mampu mendatangkan mudarat. Kalau tak, dah lama bangsa manusia ni di paksa oleh syaitan untuk sembah dia. tak perlu nak perdaya-perdaya...

Aku pun pelik...kenapa orang kat belah timur je ada hantu-hantu bagai nih? Kat negeri lain jarang pulak aku dengar. Adakah hantu suka kat orang belah timur ja? Banyak sangat tahyul mahabrata dan hindu kat sini...Hadoii la....

(Gambar Anak Pocong di tangkap di mana-mana)

BATU PAHAT – Penduduk Kampung Parit Sempadan, Parit Raja di sini gempar pagi semalam dengan penemuan satu objek misteri yang dikafan seperti pocong di sebatang jalan menghala ke rumah seorang penduduk di situ.
Objek sepanjang 15 sentimeter itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang berjalan kaki menghantar anaknya untuk belajar mengaji kira-kira pukul 8.30 pagi.
Seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mat memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan objek misteri itu, dia bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, ia dibungkus dengan kain putih dan diikat seperti jenazah sebelum diletakkan di pangkal pokok yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Di sebalik penemuan itu, dia percaya ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mengugut keluarganya.
“Saya berdebar-debar apabila melihat objek berbentuk pocong itu kerana percaya ia adalah amaran kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Haji Mat memberitahu, kejadian pelik itu adalah yang pertama kali ke atas keluarganya sejak menetap di kampung itu pada tahun 1973.
Sumber : kosmo

GAMBAR KAD PENGENALAN | MYKAD BARU YANG LEBIH "BERMUTU"

Jabatan Pendaftaran Malaysia memperkenalkan kad pengenalan Malaysia atau Mykad Terbaru yang dikatakan lebih bermutu dan susah untuk dipalsukan dan di tiru. Kalau dah namanya otak jahat. Apa-apapun tak jadi masalah. Wuhuhu~~...

GAMBAR MyKAD BARU / KAD PENGENALAN MALAYSIA.

KLUANG: Mulai Januari 2012, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad dengan struktur baru termasuk menggunakan cip baru yang lebih canggih.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, MyKad dengan struktur baru itu akan mengatasi masalah pemalsuan MyKad.
SUMBER : BERITAHARIAN

SULTAN PAHANG PULIH DARI GERING (SAKIT)

Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang dilaporkan makin pulih dari sakitnya. Berikut adalah petikan dari agensi berita Bernama.

(Gambar Pahang Gering di Hospital)

KUANTAN — Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur sejak Rabu lepas akibat batuk kini semakin pulih.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keadaan kesihatan baginda tidak membimbangkan dan telah pun dibenarkan keluar dari hospital tersebut semalam.
"Saya turut melawat Tuanku sejak dimasukkan ke hospital dan mendapati keadaan baginda tidak membimbangkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Adnan berkata, doktor yang merawat baginda juga mengesahkan tiada sebarang penyakit serius dialami baginda kecuali batuk-batuk sahaja.
Menurut beliau, sepanjang menerima rawatan di hospital itu, Sultan Pahang telah diberi rawatan rapi oleh doktor yang merawatnya.
"Saya mengikuti perkembangan kesihatan baginda setiap hari supaya dapat mengetahui keadaan baginda yang sebenar,” kata Adnan. — Bernama
Mudah-mudahan baginda akan sembuh hendaknya nanti..Amin...

Saturday, October 15, 2011

RAMALAN UNCLE SEEKERS? - SEJAK BILA PULA ORANG TUA NIH JADI PERAMAL?

Uncle Seekers telah membuat ramalan mengenai kehidupan beberapa orang artis tanah air...majoriti yang kena ramal itu semuanya perempuan; menimbulkan kehairanan dah ni...wuhuhuhu...

Tak kisah sebenarnya mengenai ramalan Uncle Seekers yang gila glamer nih... bukan khalayak tak tahu betapa gila glamernya uncle seekers nih...sibuk dengan dunia paranormal dia yang tak mendatangkan manfaat satu apa-pun pada orang ramai sebenarnya. Itupun kalau ada yang reti guna otak la...kat setesyen tivi pun penuh dengan orang bijak tapi dungun dalan mentafsir mana yang elok mana yang tak elok...

Sebelum ini dengan rancangan mencari hantu dia...lepas tu dengan kontroversi perhubungan dengan bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah...dan sekarang nih nak glamer lagi... tapi itu bukanlah persoannya...wartawan sendiri yang langgar etika siarkan wawancara dia buat hapa? Kalau boleh tingkatkan ekonomi or tambahkan keimanan tak apa la jugak...ini tidak..satu apa pun tak ada...



Ah sudah...bercerita tentang lelaki yang seorang ni takkan ke mana-nya... baik cerita pasal macam mana nak dapatkan banyak duit untuk kesenangan sendiri lagi syok...yer dak??

*******

Kali ini berada di Pekan, Pahang untuk meng'EXPO'kan diri sekali lagi...kembara lagi...lalalalala~~

P/s : Sayang...rindu kamu...(^_^)

Wednesday, October 12, 2011

HIMPUN : KENYATAAN AKHBAR SULTAN SELANGOR TENTANG OPERASI JAIS


Kenyataan Akhbar DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Sultan Selangor


KENYATAAN AKHBAR

D.Y.M.M. SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN

Bismillahirrahmanirrahim

Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.

Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.

Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.

Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.



DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
Sultan Selangor Darul Ehsan
12hb Dzulkaedah 1432Hijrah
10hb Oktober 2011

ISLAM KINI DIPERSENDA - MALAYSIAKINI DAN MALAYSIA INSIDER DI KECAM | DR HASAN ALI MENGAMUK~!

Dua buah akhbar online yang sering memperlecehkan Islam, Malaysiakini dan Malaysia Insider di kecam oleh Dr. Hasan Ali akibat tindakan mereka yang menghina tindakan pihak berkuasa JAIS terhadap sebuah gereja di Damansara.

Bukan satu perkara yang menghairankan bagi mereka ini untuk mempersoalkan tindakan JAIS itu, tapi apa yang pendekar pelik, ilmuan Islam sendiri seperti Prof Dr. Aziz Bari yang di sebut sebagai pakar Perlembagaan pula mempersoalkan tindakan Sultan Selangor untuk masuk campur urusan tersebut. Sebagai seorang ketua Agama Islam, baginda memang berhak untuk masuk campur untuk menjaga keselamatan dan akidah umat Islam di Malaysia. Sudah menjadi tanggungjawab baginda untuk melakukannya.

Jelas di sini umat Islam semakin di pandang rendah dan dipersenda oleh gampang-gampang sekalian ini. Maka janganlah kita lupa untuk menyambut perhimpunan sejuta umat pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam ya~!!! Tunjukkan bahawa umat Islam jangan di cabar~!

Pendekar selaku seorang Islam ingin mengajak kalian semua wahai para muslimin dan muslimat untuk turut serta bersama-sama saudara kita yang lain bagi menunjukkan kepada penganut agama lain bahawa kita ini bukan satu umat yang boleh dipermainkan sesuka hati mereka~!! Di manakah blogger2 semua nih? Masihkah berseronok-seronok lagi? Di manakah blogger-blogger pembela Islam itu? pendekar masih tak nampak. Pendekar mahu lihat, Perhimpunan Sejuta Umat itu menjadi Perhimpunan Berjuta Umat Islam~!! Jangan gila mahu trafik berjuta sahaja~! Tapi dakwah tak ada walau sepicing tak ada gunanya~!

Aku mahu lihat founder Media Jer itu bising-bising tentangnya seperti mana bisingnya dia masa bersih dulu. Aku juga mahu lihat founder WootMedia itu bising-bising seperti mana bisingnya dia dahulu, aku mahu lihat si Blogger Suratan Kebetolan itu menyahut seruan ini, aku mahu lihat blogger-blogger Muslim sekalian untuk sama-sama menyambut sahutan ini. Aku mahu lihat kalian semua mempromosikannya seperti mana kamu mempromosikan Bersih 2.0 dahulu~!! Jika tidak, kamu bukanlah layak untuk aku sanjung~!

Berbalik kepada tajuk, berikut adalah sedutan dari petikan akhbar online Malaysiakini tentang komen Professor Aziz Bari ni.

Juga ucapan Dr. Hasan Ali tentang MalaysiaKini dan Malaysia Insider.
Media yang paling kuat berbohong, memberikan imej buruk kepada badan-badan penguatkuasaan Islam dan umat Islam iaitu Malaysiakini dan Malaysian Insider, hari ini dikecam oleh Hasan Ali ketika dia memberikan penjelasan di hadapan 180 orang pengamal media ketika merasmikan Seminar Implementasi Dasar dan Strategi: Peranan Media Dalam Mendepani Ancaman Akidah di Shah Alam hari ini.

Biarpun Hasan Ali tidak membuat atau menyebut nama kedua-dua media itu secara berterus-terang, tetapi umum mengetahui kedua-dua media portal itulah yang paling kuat mengecamnya dan JAIS serta melabelkan pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas Dream Centre yang digunakan oleh Gereja Methodist Damansara Utama pada 4 Ogos lalu sebagai SERBUAN.

Tindakan pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS di premis tersebut telah menemukan 12 orang individu yang pada kad pengenalan mereka tertera perkataan ISLAM, tetapi salah seorang daripada mereka enggan mengaku beragama Islam serta mengelak daripada menjawab soalan-soalan penguatkuasa JAIS.

Menariknya juga, dalam pemeriksaan tersebut, salah seorang daripada mereka mengenakan rantai dan cincin yang ada salib walaupun namanya pada kad pengenalan adalah nama orang Islam dan tertera juga agamanya sebagai Islam di kad pengenalan miliknya.

DAP dengan menggunakan Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan agar semua Exco menutup mulut bagi mengurangkan kemarahan umat Islam di Selangor terhadap Pakatan Rakyat.

Tindakan yang dilakukan oleh Hasan Ali hari ini, jelas telah melanggar arahan yang dibuat oleh DAP menerusi Khalid Ibrahim, meskipun dia cuba berselindung dengan kononnya enggan mengulas isu tersebut meskipun 'banyak yang ingin diperkatakan'.


Read more: http://www.pisau.net/2011/10/sultan-selangor-di-tipu-hassan-ali.html#ixzz1aWhHD03m

PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT INI SANGAT PERLU UNTUK KITA~!!
JADI SAHUTLAH WAHAI SAUDARA KU SEKALIAN~!!
ISLAM ITU WAJIB DI BELA~!!

Tuesday, October 11, 2011

AHMAD JAIS MENINGGAL DUNIA

Penyanyi veteran terkenal, Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, 1 Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi. Jenazah akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sebelum Zohor. Al-Fatihah buat Allahyarham.


BIODATA AHMAD JAIS

Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936.[2] Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).
Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006[3].

Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [4]
Pada 11 Oktober 2011, Ahmad Jais telah meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat menghidap penyakit lelah.

sumber : wikipedia bahasa melayu

ALFATIHAH

PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT - SAHUTKANLAH~!

HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat , NGO yang akan menyertai HIMPUN , Objektif HIMPUN , Poster HIMPUN , Prinsip HIMPUN , Promosi HIMPUN , Sidang Media HIMPUN , Tentatif HIMPUN , Tujuan HIMPUN

Perhimpunan sejuta umat yang akan dilangsungkan pada 22 Oktober 2011 adalah salah satu daripada sekian banyak perhimpunan yang akan diadakan. Perhimpunan ini bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.



Suka untuk pendekar berikan pandangan sendiri untuk mewar-warkan perhimpunan ini. Sahutlah~! Sambutlah~! Laungkanlah suara umat Islam setinggi-tingginya~!

Kerana apa? Sebab-sebabnya adalah seperti di bawah :

  • Dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis akidah yang parah sehingga tidak tahu mana satu yang harus dipercaya. Ulamak tidak lagi memainkan peranan mereka. Mereka lebih cintakan dunia daripada cuba untuk menyelamatkan akidah ummah...

  • Juga, perhimpunan ini untuk menunjukkan kepada yang lain bahawa umat Islam boleh bersatu padu jika ada penggerak dan perintis yang mencetuskan idea dan gerakan. Tanpa idea dan gerakan daripada perintis, umat Islam akan terus-terusan bergerak sendiri. Natijahnya seperti sabda baginda Rasul, umat Islam bagaikan buih-buih di lautan.

  • Bila lagi kita mahu berhimpun untuk satu perkara yang dinamakan agama? Kita selalu berhimpun di pesta ria, konsert-konsert, pasar-pasar, dan sebagainya lagi yang bukannya untuk memperjuangkan agama kita malah hanya untuk memperjuangkan dunia.

  • Umat Islam kini sangat lemah. Tanpa satu payung kukuh yang mampu menjadi tempat mereka bergantung harap, jadilah kita umat yang terkapai-kapai di bawa arus ke mana-mana. Tidak kira dia menteri, pegawai kerajaan, pengurus syarikat, pekerja kuli sehingga kepada pengemis, siapa sahaja yang beragama Islam, sahutlah sahutan ini~!! Kerana kita tidak tahu bila lagi kita akan berpeluang untuk berhimpun seramai mungkin~!
Tiada beza fahaman politik atau apa. Atas nama agama Islam, wajib untuk kau kukuhkan semangat untuk berhimpun, tidak kisah kau dari mana, asal saja kau percaya Islam adalah agama kau, ad-din kau, jiwa kau dan hati kau, maka sahutlah oleh kau panggilan ini wahai hamba ALLAH.

Aku mohon, jangan ada yang cuba bermain politik di dalamnya. Itu sahaja. Karena unsur politik sudah ada di dalamnya, maka akan aku tentang mereka. Akan aku gampangkan saja mereka. Cuba menangguk di air keruh bukanlah satu kemenangan yang sebenar~!

Jika bukan hari ini kau lakukannya, bila lagi kau akan dapat melakukannya wahai saudara-saudaraku yang dikasihi?

Mari saudaraku, kita laungkan dengan indah~!
Demi Islam yang kita sanjung megah di atas jemala~!
Demi iman yang kita semat di dalam dada~!

Maka, sambutlah~!
Biar darah mengalir membasahi bumi,
biar keringat kering di mamah mentari,

Sambutlah olehmu~!
Salam pemuda-pemudi bakal pendekar dan serikandi negara~!
Sambutlah olehmu, bakal wirawan dan wirawati agama~!
kerana tiada siapa lagi yang dapat membela.
Agama kita kini menjadi satu gurau senda~!

Sambutlah wahai sahabat~!
Sambutlah wahai kerabat~!
Sambutlah walau iman kau cuma sekerat~!
Asal jangan kau lari dari hakikat,
bahawa kau adalah Ummat Muhammad~!

Sambutlah~!
saat aku laung semula kalimah Muhammad~!

UMMATI~!! UMMATI~!! UMMATI~!!

Sedarlah wahai jiwa-jiwa insan~!

ayuh, bangkitkanlah darah mujahid~!
Dalam diri yang menjunjung kalimah tauhid,
La ilahaillALLAH, MuhammadurRasulullah.....

Kita bertemu nanti di sana~!!!!
Semoga berjumpa nanti wahai pencinta ALLAH...

Maklumat lanjut : himpun.org

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA SUKU AKHIR 2011 10/10/2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011


SELANGOR (3) – (1) PERAK 

FELDA UNITED (1) – (0) NEGERI SEMBILAN 

TERENGGANU (3) – (1) KELANTAN

SABAH (1) – (2) T-TEAM

Selangor menang lawan perak...adush...sian Perak..Meraunglah kirinselamaperak nantik.. yuhuhuhu... FELDA UNITED pulak membudakkan Negeri Sembilan... Fatin Liyana Asri mesti menangis hiba..wuwuwuwuuuu..T__T...

Kelantan kalah dengan terengganu..wahahahaha....terbaik nih bhai... aku suka~!! T-Team menang pulak... adush...pasukan Terengganu memang terbaik lah...

Johor FC? Awal-awal lagi dah bungkus... cait~!

Monday, October 10, 2011

VIDEO YOUTUBE LAGU UDIN SEDUNIA

Wahahahaha....memang kelakarlah ini lagu udin sedunia nyanyian seorang artis indonesia yang bernama udin juga...


hahahaha...memang tergelak tengok...
terbaik bah~!!

GAMBAR FENOMENA LINGKARAN BULAN 10/10/2011 KALIMAH ALLAH DAN AWAN BENTUK NAGA

Bismillahirrohmanirrohim...

Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi. Malam ini adalah malam yang sungguh indah. Malam yang menggamitkan kenangan dan segala-galanya...tiada yang mampu mengubah apa-apa yang dikehendaki olehNya Yang Maha Kuasa.

Malam ini berlaku satu kejadian indah, munculnya lingkaran bulan diikuti oleh beberapa peristiwa penting yang seiringan dengannya. Sahabat pendekar telah mengepost gambar ini di ruangan facebook wallnya. Maka, dengan ini pendekar kongsikan bersama anda.

Tidak ketinggalan ustaz azhar idrus turut berkongsi gambar yang sama. Peristiwa yang besar malam ini. Ada 3 perkara yang bermain di minda.

  1. Lingkaran bulan.
  2. Awan berbentuk naga.
  3. Kalimah ALLAH.

Bagi mereka yang menghayatinya, (pendekar bergegas keluar bila terbaca mengenainya,) inilah saatnya mentafsirkan segalanya. Bagi pemerhati dan pemikir seperti pendekar, banyak yang tidak mampu di capai oleh akal... Moga-moga akan ada dari kalangan sahabat yang akan berkongsi apa yang mereka telah temui.

Jadi saksikanlah gambar yang di ambil ya...

Dari Uztaz Azhar Idrus

Dari wall JKKK Fan Club Facebook

Dari Wall DinarEmas
Maaf ya...Pendekar tak ada peralatan nak tangkap gambar..maka terpaksalah ambil dari facebook..namun apa yang pasti...pendekar melihatnya sendiri... ALLAHUAKBAR....

VIDEO YOUTUBE SITI NURHALIZA DI ntv7 BERCAKAP BAHASA INGGERIS

Datuk Siti Nurhaliza di wawancara oleh Lisa Wong.

Siapa tak kenal penyanyi paling popular di Malaysia ini selama lebih satu dekad? Dia pencetus evolusi dan inspirasi kebanyakan penyanyi-penyanyi baru. Bukan sedikit yang mahu jadi seperti dia. Hatta selepas berkahwin pun dia masih lagi memiliki kelompok peminat tersendiri.

Baru-baru ini Siti Nurhaliza di wawancara oleh Lisa Wong dalam rancangan Bella yang memerlukan dia berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Nampak kekurangan. Namun keberanian dia itulah yang wajar di puji. Siapa yang berani tampil di hadapan khalayak untuk menerima kritikan akibat kekurangan diri sendiri? Ah. Persetankan saja mulut-mulut langau itu.

Mahu tonton? Nah~~~...

Sunday, October 9, 2011

KLIP 3GP : SATU LAGI VIDEO KLIP 3GP CAM GAMPANG~!

Selepas kes klip video nyanyian artis hot dan lakonan Sepol Gambut baru-baru ini, kali ini muncul pula sebuah filem kategori 3gp yang seperti gampang lagaknya. Bukan sahaja menjual maruah dan harga diri untuk mendapatkan sedikit wang dari lakonan yang cincai-cincai segala. Malah mahu lagi membuat satu filem untuk terus-terusan merosakkan minda para muda-mudi. Ah~! Persetankan saja~! Asal nafsu keuntungan atas wang ringgit melebat~!

Inilah salah satu contoh pemikiran malaun-malaun yang semakin rancak menjahamkan minda-muda mudi melayu dan muslim untuk terus-terusan merosakkan minda mereka dengan hidangan filem gampang lagi menggampangkan. Macam tak ada cerita lain nak buat filem?

Pengarah,pelakon,penulis skrip,penerbit, semua hanya meletakkan $$$$$$$ di hadapan mata mereka dan $$$$$$ serta kepuasan nafsu di dalam kepala otak mereka. Memang hebat~!

Aku bukan cakap semberono. Video panas seperni ini confirm lah meledak kat panggung.. kaki-kaki porns pasti makin seronok sebab semakin banyak kebebasan untuk melayani kehendak nafsu mereka...Yeahaaaa~!! Memang terbaiklah kalian semua~!!

Aku..si setan yang gampang ini turut mahu menggampangkan kamu semua. Apa aku kesah? Aku punya pendapat. Aku punya kebebasan bersuara. Kamu ada hak apa untuk larang aku? Hak cipta? komen gampang tidak di benar? Atas alasan apa? Mahu upah peguam menyaman? Ah~! Persetankan saja. Kamu sendiri yang minta di maki keji.. Kamu ingin aku tunduk saja mengiakan kebejatan di hadapan mata? Sungguh bebal katakaw~!

Ya kawan~! Kau bisa bilang aku ini setan~! Tetapi sesetan apa aku, aku tidak pernah ajak kau jadi setan juga. Dakyah setan kau kepada muda-mudi kelompok yang paling banyak sekali menonton filem adalah dakyah paling gampang yang aku lihat~! Sama sahaja dengan filem hantu gampang yang sekian banyak bermain di panggung wayang~!

Asal sahaja wang menjadi Tuhan. Halal atau haram campak saja masuk longkang~! Woahhhaaaa~!! Hebat~!!

Hanya setan layak menggampangkan setan. Jika kamu tiada berani... jangan jadi setan ya~!

Ini amaran kerasssssss~!!! Bukan basa-basiiiiii~!!!!

Selepas ini kita lihat masih adakah pengarah yang mahu membuat filem yang gampang seperti ini? Ayuh~! Gampangkan saja mereka~!!

Kamu mahu lihat di sini? Kamu ingat aku kaki tebar keburukan kah? Sungguh bejat otak kamu~!!

Pergi cari di dalam blog-blog lucah dan blogger yang menjadikan wang ringgit sebagai Tuhan mereka~!! Di sini kamu tidak akan jumpa apa-apa. Gampang saja~!

LIVE CHAT DENGAN WAN SHARMILA DAN WATIE SADALI - SIARAN LANGSUNG

Di bawakan secara langsung dari stesen TV3...keh keh keh... Pergilah layan...


SIARAN LANGSUNG LIVE CHAT ANUGERAH SKRIN 2011 - WATIE SADALI DAN WAN SHARMILA.



Jangan lupa nak dakwahkan mereka ya... thehehehe...

Jangan plak berkasar...siapa berkasar aku maki hamun korang...mau??

GAMBAR 4 BOT NELAYAN TERBAKAR DI SAMBAR PETIR DI PEKAN, PAHANG

Apalah malang nasib badan, sudahlah musim tengkujuh bakal melanda, sekarang ini para nelayan ini sudah pasti kesempitan peluang untuk mencari rezeki dan mengisi perut. Apatah lagi bot mereka terbakar di sambar petir. Kejadian bertempat di Kampung Marhum, Pekan, Pahang.Tempat tinggal kerabat Diraja Pahang.

PEKAN – Empat buah bot nelayan rentung selepas terbakar akibat disambar petir di Kampung Marhum di sini petang kelmarin. Kejadian tersebut menyebabkan kerugian berjumlah hampir RM100,000.
Salah seorang pemilik bot, Abdul Ghafar Ismail, 50, berkata, ketika kejadian pukul 7.30 petang itu, dia berada di rumahnya dan angin bertiup kencang.
Abdul Ghafar berkata, dia terkejut apabila terdengar bunyi dentuman guruh dan petir yang sangat kuat.
“Tiba-tiba saya ternampak salah sebuah bot yang diletakkan di jeti nelayan telah disambar petir menyebabkan ia terbakar sebelum api merebak ke bot-bot yang lain.
“Saya bersama anak lelaki berlari ke jeti itu yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah saya untuk cuba memadamkan api,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ah...apalah nak diperkatakan lagi. Sudah nasib badan kan? Jadi, syukurlah pada nikmat yang ada. Ramai lagi yang merempat.

Saturday, October 8, 2011

ABAH...PULANGKANLAH BALIK TANGAN ITA ~ ENTRI KASIH SAYANG

Berapa ramaikah di antara kita yang lebih beremosi tanpa mengutamakan kasih sayang dalam kehidupan seharian? Marilah nikmatinya... kisah ini sudah lama sebenarnya berkisar di mana-mana... hanya baru kali ini berkesempatan untuk berkongsi dengan kalian...

Nikmatilah kisahnya...jika ada yang tidak bersedih...dia bukanlah manusia...hatinya berbatuan barangkali..keras tanpa rasa..

******

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Inisebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang
membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail.
Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia
memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang
dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga
ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak
berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap
manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam
melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh
diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran
tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan
Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan
ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang
itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun
dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak
dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya
merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..! ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi. Bila
anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari
bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !'
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si
ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula
belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju
dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong,
tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia
sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan
kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa
masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan
penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu,
membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam
bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan
harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang
dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di
bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga
hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si
ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita
demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas
si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk
bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu
rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat,
pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya
itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke
klinik.

Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang
mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana
jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia
sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke
bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah
dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan
berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari
bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya
berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara
dalam linangan air mata... 'Abah.. Mama... Ita tak buat
lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..
sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan
rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat
suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat
apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main
macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan
gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

****

Apa yang mahu pendekar katakan..jika kalian tidak tahu apa itu erti kasih sayang...hanya menurutkan rasa sakit hati yang menggila...kelak..dunia ini bukanlah tempat yang bagus untuk hidup...percayalah...

Friday, October 7, 2011

MEREKA BERBICARA TENTANG HUDUD ITU BAGUSKAH?

Bismillahirrohmanirrohim...

Ramai pula yang melenting bila di hentam oleh aku..tahu pula nak pakai anonymous macam tak ada nama sendiri... wallaaa~~~! Kata kental... Ni baru kena bahan sikit dah panas punggung... aiyark...

Baiklah...aku tak mahu memperpanjangkan isu pasal blogger-blogger yang sangat alim dan ilmuan ini... Ramai sekali yang menghentam heliza... yang hanya bagi pendapat dia sahaja... bukannya menyuarakan sokongan mahupun bantahan dia pasal hudud tuh... itu yang aku bengang sangat tuh...

Kata anak jantan...kata orang Islam...kau tahu ke hukum memalukan orang lain di hadapan khalayak kalau dia tak sebabkan kesan yang besar kepada orang ramai? Kata negara demokrasi...suka hati dialah nak suarakan pandangan dia...(ini untuk menempelak mat-mat demo semua tuh...yang konon-konon semua orang hak kebebasan bersuara...pigidaaaahhh...)

Memalukan seseorang yang jahil pasal agama bukanlah kemenangan besar untuk kamu... kenapa tidak kau malukan mat-mat kopiah, serban yang tak mahu ikut sunnah Rasulullah bersusah payah pergi Taif berdakwah sampai berdarah-darah badan kena lempar batu? Ada ke Rasulullah tunggu saja orang pi cari baginda? Jawapannya TIDAK~!

Kau tengok Ayah Pin dan kerajaan langitnya...juga ajaran-ajaran sesat segala bagai tu..Rasul Melayu...Pertubuhan Melayu Murtad... ini semua bukankah menuntut tindakan yang lebih banyak daripada ahli-ahli agama yang kamu sebutkan tadi tu? Ayah Pin, Ajaran-ajaran sesat tu...semuanya mendekati khalayak yang dahagakan ilmu...tapi mereka tersesat...nak salahkan siapa? Mana alim ulamak tu semua pergi?? Sibuk nak menghukum?? Berceramah sana sini tapi duduk di kerusi empuk? Wallaaa~~~!

Aku ini bukan orang yang layak bercakap pasal agama... tapi aku tahu apa yang aku perjuangkan untuk agama aku...bukan membiarkan saja dan kemudian menghukum membabi buta...apa punya dakwah lah tu... perosak adalah...

Hudud...orang biasa yang tak ada ilmu pasal hudud jangan nak terpekik terlolong itu dan ini... orang muda yang tak mahu belajar ilmu agama jangan nak sibuk jadi ustaz kalau al-Qur'an pun tak pernah khatam... maksud pun tak tahu...berapa banyak dari kalian semua faham maksud surah al-Fatihah? Sejuta kali kalian sebut pun...tapi kalau satu ayat pun tak reti-reti nak faham baik tak payah~!

Aku tak salahkan artis tu walaupun mereka layak untuk dimarahi kerana bukan itu isu yang paling utama...tetapi isu mereka-mereka yang menyebarkan kata hinaan dan kejian terhadap artis tu yang paling aku benci...tak kisahlah dia rakan ke..saudara ke...atau sesiapa saja...sebab aku paling pantang kalau memalukan orang dalam entri dia... serangan terhadap individu sangat aku benci... apatah lagi kalau individu itu lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan...

Kalian pernah baca kisah aku dan lensarosak? Yang pernah tahu tu cukuplah...yang tak tahu tu buat-buat tahu sudahlah...jangan sampai aku hentam blogger yang berlagak sangat bagus nih... kau ingat kau kepala kat dalam dunia nih? Bongkak dan riak sebab ilmu kau lebih tinggi dari orang lain untuk kau menghina dan memalukan orang? Jangan buat aku panas kawan...

Hudud...bukanlah isu utama...tanggungjawab sebuah kerajaan adalah untuk menjaga kebajikan rakyat dan menjamin keadilan untuk semua rakyat... kalau ada yang rasa tertindas, sudah pasti segala dosa-dosa itu terpikul di bahu pemimpin dan para hakim... Jika kerajaan kata...untuk kebajikan rakyat lebih baik hudud tidak dilaksanakan...maka wajar untuk patuh walaupun dalam hati memberontak... kerana kewajipan untuk mentaati pemimpin itu lebih utama... punca utama perpecahan umat Islam dan runtuhnya khilafah adalah apabila rakyat mula berlaku khianat kepada pemimpin yang di pilih...sejarah Islam telah banyak kali mencatatkannya...

Kalau aku nak sokong hudud, boleh saja...siapa yang tak mahu menegakkan hukum ALLAH bukanlah umat Islam sejati...tetapi aku lebih mementingkan kemashlahatan ummat Muhammad ini... kalau majoriti kata memang perlukan hudud..aku sangat gembira dan sudah pasti sangat setuju...tetapi kalau majoriti kata masih belum mahukan hudud...maka aku menerima walaupun hati memberontak...

Tapi bukan tindakan aku untuk memalukan dan memaksa orang menerima hukum hudud... kerana paksaan bukanlah salah satu cara dalam Islam... memaksa hukum hudud ke atas orang akan lebih banyak memporak-perandakan umat Islam...makin ramai yang akan jauh daripada Islam... bukan makin dekat...percayalah... Islam tidak pernah disebarkan melalui paksaan...kalau kalian mengerti itu...

Tanggungjawab Da'ie itu sungguh besar...kalau kau tak mahu terlibat dengan dunia..lebih baik jadi ahli sufi...menjauhkan diri dari dunia.. seperti Rabiatul Adawiyyah.. siapa pernah dengar namanya dan kisahnya? Pasti ramai yang tak tahu bukan? Sedangkan Rasulullah sendiri pernah melamarnya...tetapi di tolak olehnya... Pernah baca tidak? Tak usah nak berlagak alim lah kawan...

Kesan akibat perbuatan memalukan insan yang menjadi tumpuan masyarakat sangatlah besar... bagi blogger...trafik memang banyak...masyuk sekali...tapi saham akhirat pun jangan lupa ambil juga ya... banyak jugak tu...

Last but not least, aku harap lepas nih blogger yang berlagak alim nih takkan buat entri memalukan saudara muslim yang lain...kalau tak... sumpah aku hentam dia sampai lubang cacing... peduli apa aku....memalukan saudara seagama aku yang jahil pasal agama bukanlah satu perkara enteng...

Dan sebagai peringatan bersama...fahamilah maksud terjemahan ayat di bawah ini...

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. " - Surah Al-Hujuurat..ayat 11
Kasihan Heliza... dakwahnya dan peribadinya di pandang hina kerana satu komen yang dia beri... padahal aku suka bila lihat cara dia mengajak orang jadi lebih baik..pakai lebih baik...menghormati orang tua... mengajak ke masjid... tapi blogger yang berlagak alim ini... macam mahu aku lempang saja...

Be strong ya saudaraku... kentalkan jiwamu...


Info menarik di sini tentang Heliza... kamu ada?? http://kakchik.com/promos/cool-hijabs-from-heliza-helmi-hijab.html.

Thursday, October 6, 2011

BILA ARTIS BERBICARA TENTANG HUDUD, BLOGGER PULA BERLAGAK ALIM

Bismillahirrohmanirrohim...

Hampir seluruh dunia blogger melayu bingit telinga panas punggung apabila membaca satu hal yang bebal lagi membebalkan apabila sekelompok artis membicarakan mengenai hukum hudud dan bolehkah ianya dilaksanakan di Malaysia?

Lebih banyak komen menghina dan memperbodohkan artis-artis tersebut daripada komen supaya artis tersebut berubah...lebih banyak yang cuba merosakkan jiwa-jiwa pembaca mereka dengan emosi yang melampau-lampau terhadap artis tersebut.

Tetapi apa yang pendekar rasa? Suka? Gembira? Happy-mappy? Tidak sesekali~! Lagi sedih adalah... Para blogger yang konon-kononnya sangat bijak ini cukup berbangga apabila telah berjaya membuat satu entry yang memperbodohkan dan menghinakan artis tersebut yang sememangnya semua orang tahu bahawa artis-artis itu adalah saudara mereka sendiri... Mereka sangat puas hati apabila menerima komen-komen yang bersetuju dengan pendapat mereka yang memperbebal-dungu-piangkan para saudara mereka itu...

Tahniah derr~!! Kalian memang hebat~! (Ingin saja aku maki...)

Bercakap pasal agama berdegar-degar... tapi sikit pun tak ambil pusing tentang pesanan-pesanan yang dia sendiri buat untuk orang lain...dia suruh orang lain jadi baik...tapi dia tidak pula cuba untuk berubah... ("macam apa tu murid-murid??")

Bukan seorang dua blogger yang buat entry tentang artis ini...ramai~!! Ramai sekali~! Semuanya berlagak konon merekalah hero penyelamat umat Islam...TIDAK SESEKALI~! Malah merekalah perosak jiwa-jiwa dan hati umat Islam dengan entri-entri mereka itu~! Menanam kebencian di dalam jiwa pembaca mereka terhadap saudara mereka....Kalau mereka sedarlah. Kalau tak sedar juga. Pi cari tiang hentak kepala tu kuat-kuat~!!

Menghina umat Islam sendiri tentang kebebalan mereka kepada pengetahuan agama bukanlah satu kemenangan beb~! Malah kekalahan yang paling besar yang kau terima. Seperti pak kaduk main sabung ayam...ayamnya menang tapi kampungnya tergadai... seperti itulah...entrinya popular tapi sayangnya maruah dan harga dirinya langsung tiada nilai~!

"AH...persetankan saja kan? Asalkan aku puas hati...kau nak sebok-sebok kenapa?"

Kau hina saudara aku macam tu sekali kau nak aku sokong kau? Meh jumpa aku depan-depan..cuba hina saudara aku tu depan aku beb~! Kalau tak aku lempang kau masa tu jugak memang bukan aku lah tu... Kalau mereka bebal pun...tak boleh ke kasi tunjuk ajar? Ini tidak, kau pergi hinakan dia..perbodohkan dia di hadapan khalayak... mana dakwah kau yang kau agung-agungkan tu?? Masuk longkang??

Ramai sekali yang bersetuju dengan entri mereka..bukan sedikit tapi ramai...ramai sekali yang termakan racun berbahaya mereka...racun yang sudah pasti akan merosakkan hati-hati mereka itu...percayalah...aku tidak berbicara tanpa rasa...

Blogger-blogger yang menghina dan memperbodohkan kejahilan agama orang seperti ini...sebaik manapun dia...sampai satu tahap..entri itu hanya layak masuk longkang~!!!

Aku noktahkan dengar rasa marah dan bengang yang menggila~!!

maaf..
kerana pendekar paling pantang pada mereka-mereka yang suka menyebar keburukan orang...

RINTIK-RINTIK GERIMIS


Rintik-rintik gerimis...
mendinginkan suatu malam...
ketika hati mengemis...
mengenang akan kisah silam..

Rintik-rintik gerimis...
membisik pada alam...
titis demi titis...
membisik rindu pada semalam...

Rintik-rintik gerimis...
andainya dapat diluahkan rasa...
pada bait-bait puitis...
buat sang kekasih nun jauh di sana...

damaikanlah tidurnya..
wahai malam tanpa cahaya...
karena aku meminta...
atas nama zat yang Maha Kuasa....

selamat tidur sayang...

~Pendekar Berkuda~

Wednesday, October 5, 2011

BICARA TANPA KATA


Sebarang pendapat? keh keh keh...

Tuesday, October 4, 2011

ILA DAMIAA RUPANYA... @iladamiaa

Salam sejahtera..

Masih ingat lagi lagu Malaysian Boy yang ada seorang gadis tu menyanyi chorus lagu dia? Pendekar tertanya-tanya siapa nama gadis itu...orangnya taklah cantik macam ramai lagi artis seksi-seksa-tayang bodi-tunjuk peha yang ada dalam malaysia nih... Tapi suara dia memang kelassss... Suka dengar part dia nyanyi lirik lagu tuh... lantunan vokal..intonasi suara...memang sesuai sangatlah...

Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy
Malaysian boy


Memang sedap melodi dan paduan suara dia...dah lama pendekar tertanya-tanya nama dia ni... Rupa-rupanya nama dia Ila Damiaa Johar ..(^_^)


Okay dah tahu...rupa-rupanya dia adalah salah seorang daripada peserta mentor dulu..

Dah-dah...maaf mengganggu...pendekar suka suara dia... siyes....ekekeke...

tata....

RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN KAMPUNG BARU 2011 TERKINI

Kampung baru adalah sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah hiruk pikuk kota metropolitan KL...nak tahu apa yang ada dengan kampung baru? Banyak...di sinilah satu-satunya kampung yang terletak di tengah-tengah bandar-raya di dunia. Kampung baru bukan kampung setinggan.

Semalam kerajaan telah melaksanakan Rang Undang-Undang baru untuk Kampung Baru yang membolehkan pembangunan di jalankan dengan lebih pesat lagi...

****

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2010 dan menggantikannya dengan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 dengan beberapa pindaan, termasuk mewujudkan lebih banyak wakil daripada kalangan penduduk kawasan itu.

Antara pindaan yang dibuat ialah mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi Perbadanan Kampung Baru daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah serta menambah keahlian Majlis Penasihat kepada perbadanan daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru dari dua kepada enam individu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata jawatan Timbalan Pengerusi perbadanan itu akan bertindak membantu dan menyokong tugas pengerusi, selain menjadi wakil kepada penduduk Kampung Baru.

"Dulu tak ada (wakil daripada kalangan penduduk Kampung Baru), sekarang ada di kalangan pewaris dan tuan tanah Kampung Baru," katanya pada sidang media di lobi Parlimen sebelum rang undang undang-undang itu dibacakan buat kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas 15 ahli Majlis Penasihat, termasuk jawatan pengerusi perbadanan itu, katanya, kini perbadanan itu mempunyai lima ahli wakil penduduk Kampung Baru termasuk jawatan Timbalan Pengerusi.

Raja Nong Chik berkata, di bawah rang undang-undang baru ini juga pandangan Majlis Penasihat perlu diambil kira perbadanan itu berbanding rang undang-undang sebelum ini di mana pandangan Majlis Penasihat itu tidak memberi kesan kepada keputusan perbadanan.

Beliau berkata, perubahan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pemilik dan pewaris tanah serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dalam beberapa siri perbincangan yang diadakan sejak awal tahun lepas sehingga semalam.

"Perubahan ini bukan bersikap kosmetik saja tetapi diambil kira pandangan-pandangan NGO seperti wakil daripada MAS (Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu), Persatuan Perbadanan Kampung Baru dan lain-lain.

Ditanya sama ada ia dipinda atas desakan pembangkang, Raja Nong Chik berkata, Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru 2011 adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua cadangan datang daripada mereka (pemilik dan pewaris tanah) bukan Pakatan Rakyat, (Ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarham Dr Lo'Lo Ghazali) bukan datang dari sana. Mereka adalah pemilik tanah, tidak ada kaitan dengan pakatan, malahan tanpa pakatan kita akan lakukan yang sama," katanya.

Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2010 dibacakan pada kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat pada 14 Disember tahun lalu dan ditangguhkan pembentangan untuk bacaan kali kedua pada sesi Dewan Rakyat Jun lalu.

Raja Nong Chik berkata, selain itu, kuasa perbadanan dalam menguruskan hal pengambilan tanah di Kampung Baru turut dikeluarkan daripada Rang Undang -undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011.

"Isu tanah sangat sensitif, saya fikir rundingan dan perbincangan sangat penting, mereka ada pelbagai rancangan. Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum ia mestilah dibangunkan secara komprehensif.

"Inilah di mana perbadanan akan memainkan peranan untuk memudahkan syarikat berkaitan kerajaan yang dipilih untuk membangunkan tanah itu," katanya ketika ditanya cara yang akan digunakan kementerian itu dalam membangunkan tanah di Kampung Baru.

Antara perkara lain, Raja Nong Chik berkata, MAS yang diwujudkan di bawah Undang-Undang MAS 1950 akan dihapuskan dan dikekalkan di bawah Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru 2011.

"Ini adalah atas keyakinan KWPKB serta hasil perbincangan dan kerjasama yang dicapai dengan warga Kampung Baru," katanya. - BERNAMA

****

Monday, October 3, 2011

SATU SAHAJA YANG BERSETUJU?


Bismillahirrohmanirrohim...

Sambutlah salam sayang dari pendekar buat anda sekalian yang merasakan bahasa hati... Bicara dari hati hendaklah berbataskan akal. Kelak emosi yang ada akan mematahkan setiap inci isi yang mahu diketengahkan. Adapun bukanlah mudah untuk kita menghargai apa yang telah kita nikmati. Tidak mudah juga untuk kita bersyukur akannya.

Berapa kerat di antara kita yang faham akan erti sebuah kehidupan? Kita bukan ahli sufi...kita hanya manusia biasa yang di dalam hati kita penuh dengan nafsu dan keinginan yang tinggi.. Maka berjauhlah dari bersangka buruk tentang orang...setiap manusia pernah melakukan kesilapan...hanya masa sahaja yang mengajar mereka untuk tidak melakukannya lagi..

Siapakah di kalangan kita yang mahu berbuat salah? Mahu di hina dan di caci seperti khinzir lagaknya...mahu di pukul tendang karena silap yang dia perbuat? Siapa yang mahu lahir sebagai seorang yang jahat? Kamu? Atau aku? Sudah pasti tidak ada bukan?

"Bayi yang baru lahir itu umpama sekeping kertas putih yang kosong...juga seumpama sehelai kain putih...kita yang menentukannya mahu jadi apa...mahu bubuh corak apa? Semuanya di tangan kita.."

Sedangkan lidah lagi tergigit...apatah lagi perbuatan dan percakapan...seperti pendekar ini...siapa bilang pendekar tidak pernah buat salah? Siapa bilang pendekar ini terlalu sempurna? Kalian juga sudah pasti tidak sempurna bukan? Maka, janganlah ada yang mencari kesempurnaan dalam diri seorang insan manusia..karena kamu tidak akan pernah jumpa akannya..Percayalah...

Umpama..Aku benci wanita yang berkerjaya... itu hanya pendapat dan pandangan pendekar sendiri... bukanlah mewakili semua orang...ada yang suka..ada yang tidak...apa yang pendekar pesan...hanyalah untuk kebaikan sahaja... Jika tiada yang menggerakkan kapal...mana mungkin kapal itu akan berubah arah? Kelak apabila datang satu dugaan besar dalam lautan kehidupan...kita telah dapat mengubah arah kapal itu sebelum terlewat walaupun sedikit...

Masih ingat filem Titanic? Walaupun kapal berjaya di ubah haluannya...namun, akibat sedikit haluan yang tidak mampu di ubah...maka tenggelamlah kapal itu seluruhnya..mujur saja masih ada yang terselamat... Jika haluan kapal itu tidak berubah langsung..sudah pasti kesannya lebih teruk kan?

Apa-apapun...pendekar bukan mahu anda menerima bulat-bulat...asal saja anda faham keinginan sebenar pendekar dalam dunia setiap entri...hanya menyampaikan dan terus menyampaikan...pesan dan saling berpesan..meski pendekar bukanlah sebaik anda...hanya menyahut seruan daripada penasihat yang terbaik saja... anda mahu terima atau tidak...terpulang...ya...terpulang saja...

titik...

Sunday, October 2, 2011

ISLAM ITU TIDAK FLEKSIBEL. TIDAK PERLU ISLAM ITU MENGIKUT KEADAAN SEMASA

Bismillahirrohmanirrohim...

Salam hati wahai sekalian para pembaca setia blog pendekar berkuda ini. Terima kasih di atas sokongan anda kepada blog ini. Pendekar hargai itu... sesungguhnya tanpa anda..siapalah pendekar...andalah yang menilai...mengkritik, memberikan pendapat akan setiap entri pendekar di dalam blog ini...

Adapun kali ini kita akan berbicara mengenai sebuah kisah mengenai suatu kaum yang kebarangkaliannya untuk di laknat oleh ALLAH adalah tinggi... mari kita baca kisahnya ya...

******

DI dalam sebuah negara nun di sudut bumi... terdapat suatu kaum yang hidup secara aman-makmur-tenteram (luaran sahaja..)...mereka ini mempunyai satu kepercayaan yang sama...yang mana kepercayaan mereka ini adalah terhadap satu Tuhan... Oleh karena Tuhan telah memerintahkan mereka taat dan patuh...maka mereka taat dan patuh terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Tuhan mereka...dan hiduplah mereka di situ dengan berbahagia sejak lama dahulu...

Sampailah satu masa, sebuah generasi baru yang akan mewarisi mereka...generasi yang telah berjaya dirosakkan dan dikuasai minda mereka sehinggakan pegangan kepercayaan mereka kepada Tuhan mereka itu kian goyah...goyah bukan karena mereka tidak percaya lagi kepada Tuhan mereka... Tetapi kerana kekangan-kekangan itu menyukarkan mereka untuk bergerak ke hadapan kononnya....

Lantas, mereka mencipta satu pandangan yang lebih melampau tetapi dalam nada yang lembut...iaitu....FLEKSIBILITI...ataupun dalam bahasa Inggeris nya, FLEXIBILITY....kefleksibelan agama untuk menyerap arus perubahan massa...Satu pandangan yang sangat tidak sepatutnya ada dalam pemikiran suatu kaum yang kononnya sudah lebih maju dalam erti kata mereka...lebih beriman daripada mak pak mereka yang dahulu kononnya...

Golongan itulah yang kini mula merosakkan kaumnya sendiri...asal sahaja kehendak hati mereka tercapai sudah...maka mereka merubah kepercayaan mereka menjadi sekian sekian atas dasar "AGAMA ITU FLEKSIBEL...BERSEDIA MENGIKUT PEREDARAN MASSA" ...fleksibel wak dia...mak pak dia tak pernah ubah pun tapi bila dah sampai kat dia...ubah sana..ubah sini...conteng sana...conteng sini...tambah sana..tambah sini... kesudahannya?? LOMPONG-HANCUSSS-BERSEPAI~!!!!

Tutup kisah...

*********

ISLAM ITU TIDAK PERNAH BERUBAH

Sejak dari zaman permulaan Islam lagi (Islam = agama para Nabi dan Rasul...)...tidak pernah berubah akan sifatnya...hukumnya...kepercayaannya...hanya manusia sahaja yang mahu menjadi lebih bijak pandai dan lebih hebat dari Yang Maha Mengetahui untuk mengubah apa sahaja yang mereka suka... Untuk memenuhi kehendak hawa nafsu mereka... dengan seribu juta puluh ratus ribuan kali lagi alasan "bijak" yang mereka guna...Hebatlah~!

Bukan sukar untuk meracun minda para muda-mudi dan belia... bukan sukar untuk merosakkan jiwa mereka...hanya perlukan sebuah cerita dongeng khayalan yang di hampar di hadapan mata mereka... KESERONOKAN...ya..keseronokan adalah umpan yang paling berkesan untuk muda-mudi dan belia...

"Belia hari ini adalah pemimpin masa depan..."

Pernah dengar tidak ayat di atas? atau pernah baca tidak??

Konklusinya...agama tidak pernah berubah..tidak pernah fleksibel...arahan dan pematuhan terpapar jelas...bukan untuk di buat main...bukan juga untuk di buat jualan... Agama untuk dipatuhi... di hayati apa adanya... kita yang harus menyesuaikan keadaan dan masa kita demi agama...kerana kita tidak pernah lebih tinggi dari ALLOHUAKBAR

Itu sahaja...sekian...

Saturday, October 1, 2011

AKU BENCI WANITA YANG BERKERJAYA 2

Ada yang terasa bila aku bilang aku benci wanita yang berkerjaya... apa mereka tidak fikir apa yang telah terjadi kepada diri mereka? Terutamanya yang telah berkahwin itu? Hatta ada yang telah bercerai berai...kamu tidak nampak kan point aku mengenai pasaran buruh? Tidak kan? Aku tidak salahkan kamu... aku sendiri mengalaminya... aku pasti ramai lagi lelaki yang mengalami situasi yang sama... bukan mahu menafikan hakikat kebaikan yang ada... sebaliknya untuk mengingatkan aku dan kamu sendiri mengenainya...

Tetapi, ingatlah keburukan dan kesan-kesan negatif yang di bawa bersama... Jangan lupakan itu sayang... Kalau kamu fikir aku si setan...ya...tidak mengapa...aku sedikitpun tidak patah hati...karena aku tahu apa yang aku perbuat... Sesetan apa pun aku...tidak pernah sesekali aku mengajak kamu untuk menjadi seperti aku... Pernahkah?

Pernahkah kamu fikirkan satu perkara yang memberikan kesan kepada diri kamu sendiri? Jika kamu berkerja...lebih-lebih lagi pekerjaan kamu itu memiliki pendapatan yang tinggi...sedangkan ada lagi lelaki lain yang lebih layak dan setaraf dengan kamu untuk memenuhi jawatan itu...Namun atas beberapa sebab dia tidak dapat akan tempatnya itu...Begitu juga dalam hal pasangan, oleh karena taraf kamu lebih tinggi daripadanya... maka tiadalah makna setaraf dan sekufu... sudah pasti banyaknya cacat cela jika pasangan kamu berpendapatan lebih rendah dari kamu... Dan tidaklah mengejutkan ramai wanita yang masih tidak bernikah walaupun usia telah lanjut... akibatnya??

Lelaki...hanya ingin memiliki satu sahaja dari perempuan...PERASAAN HORMAT....janganlah di cabar akan lelaki...karena sifat lelaki itu adalah ego yang tinggi... Sekali lelaki di cabar...siapapun orang di hadapan mereka akan menerima akibatnya... walaupun lelaki itu relatifnya penyabar dalam melayani karenah pasangan...namun janganlah di cabar ego lelaki itu berkali-kali...kelak temboh sabar itu akan runtuh akhirnya...

Perempuan...biar semiskin manapun dia...biar seburuk manapun rupanya... selagi dia bisa melayani ego lelaki dengan penuh kelembutan yang ada padanya... lelaki itu adalah miliknya sehinggalah dia sendiri yang mencabar fitrah kehidupan...PERCAYALAH...karena aku berbicara dari hati yang merasakan...

Ada yang nampak cuma kesilapan aku dalam perbuatan... dia tidak pernah rasa apa aku rasa... komennya langsung tiada kaitan dengan entri aku...hanya melepas geram yang ada... Jangan di cabar ego lelaki sayang... kamu sendiri pernah merasakan kesannya kan?...  Tidak bisakah kamu berfikir semula akibat perbuatan kamu itu?

Janganlah menuntut kesaksamaan antara lelaki dan wanita... lelaki itu karena egonya, dan karena kekuatannya...dia di fitrahkan untuk menjadi pelindung kepada wanita... tetapi wanita sendiri yang merobohkan tembok ego lelaki itu...mencabarnya berkali-kali... sehingga akibatnya mereka sendiri yang menanggungnya...

Berbeza pendapat itu tidak mengapa...rasa tidak puas hati itu, luahkanlah dengan penuh kelembutan yang ada...karena api jangan di lawan dengan api...sejukkanlah ia dengan air...dan pada wanita, air itu adalah kelembutan yang ada padanya...

Mengapa wanita tidak cuba untuk mempelajari mengenai lelaki...mengapa mereka hanya mahu belajar bagaimana untuk menghias diri...bagaimana untuk kelihatan cantik dan jelita....bagaimana mahu kelihatan elegan dan mampu menarik perhatian lelaki... tetapi mereka tidak mahu menyelami dan mempelajari perasaan dan fitrah seorang lelaki...

Lihat sahaja...di mana-mana rancangan televisyen...kebanyakannya berkaitan tentang wanita...cantik...bijak...bergaya...karier yang berjaya... mahu bilang tentang lelaki? sebelah tanganku ini lebih dari cukup untuk menghitungnya......

Ya Tuhan...seandainya perempuan itu mengerti akan laranganmu...

Ya Rosul...seandainya perempuan itu mengerti akan pesananmu...

Nescaya, akan amanlah dunia...

Banyak lagi yang boleh di hurai... terutamanya dari komen seorang pembaca...sejak dua menjak ini selalu kelihatan dia mengomen di entri pendekar...walau siapapun dia...terima kasih ya atas pandangan...

"Sayang...membalas jasa ibu bapa itu tidak salah...terutamanya jika kamu masih belum berkahwin...tetapi seperti apa yang aku bilang...ingatkan pesan Nabi mu...betapa dia melarang perempuan keluar dari rumah tanpa di temani mahramnya...berapa kerat sahaja yang mahu mengikut pesan ini? Dan akibatnya...kita boleh lihat di sekeliling kita... pacar-pacaran...maksiat bermaharajalela di depan mata...perempuan dan gadis di usung ke sana ke mari tanpa arah tuju... dan isu-isu sosial pun mula menghujani khalayak...kita sendiri mulalah menuding ke sana dan ke mari... iya kan?"

"Sayang...pesanan Nabi itu bukan untuk kemudaratan...pesanan Nabi itu untuk kebaikan kita sendiri...dan kebaikan untuk umatnya sekalian...Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya...tetapi kita tidak cuba untuk memahami..."

"Sayang...ego lelaki itu tinggi...sabar lelaki itu juga tinggi...iman lelaki itu juga relatifnya tinggi...namun apabila semua itu di cabar berkali-kali...sehingga tembok ego,sabar dan iman itu mula runtuh...dapatkah kamu membendungnya lagi??"

Aku hurai karena aku sedih....dan seperti aku bilang...jika wanita itu tidak memasuki pasaran buruh... InsyaALLAH...tiada akan kurang walau sedikitpun rezeki untuk setiap keluarga.... PERCAYALAH.... Aku bilang bukan karena aku mahu kamu terasa...tetapi aku bilang karena aku mahu kamu percaya... bahawa di sebalik semua larangan dan pesan Tuhan kamu dan Rosul kamu itu...tersirat sejuta rahsia...

Maaf andai ada yang terasa dalam entry aku sebelum ini ya... Terserah jika mahu terima atau tidak...karena aku hanyalah menulis...dari apa yang aku rasa...

dan seperkara lagi...aku menaip dan bukannya bercakap...

titik...

AKU BENCI WANITA YANG BERKERJAYA~!!

Bismillahirrohmanirrohim...


Sihatkah sekalian? Pendekar mohon ampun dan maaf jika tidak mampu memenuhi kerajinan menulis lagi dua tiga hari ini... bukan bermaksud pendekar tidak sudi...namun pendekar mahukan sesuatu yang lebih penting dari ini... sudi-sudikanlah untuk menjengah ke teratak buruk pendekar ini di lain hari ya...


Oh ya...seorang teman blogger telah membangkitkan isu mengenai wanita yang bekerjaya... Oh...begitu rupanya... asal saja ia bukan satu persoalan yang menerjah ke minda...penuh emosi bukan mainan sahaja... Ingin juga pendekar ulas mengenai isu ini sebaiknya...


Buruh...sejak zaman berzaman...buruh terdiri daripada lelaki...namun akibat perubahan ekonomi... wanita pula turut memasuki pasaran buruh dan tenaga kerja...Dari tanggungjawab asal mengurus rumah tangga...mereka telah memasuki dunia pekerjaan yang serba mencabar... Ada sebabnya kenapa Rasulullah menghalang wanita keluar dari rumah tanpa ditemani mahramnya... Akan tetapi berapa ramai yang melanggar akan larangan ini?? Sudah pasti sangat ramai bukan? Atas pelbagai alasan yang memang sengaja di ada-adakan untuk mendapatkan pembelaan bagi setiap perbuatan dan kelak...


Buruh adalah tenaga kerja...sekiranya wanita tidak melibatkan diri dalam pasaran tenaga kerja...sudah pasti tenaga kerja akan bernilai tinggi...upah pula semestinya tinggi...dan tidak akan pernah timbul gaji tidak mencukupi...namun apabila wanita mula melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja... lelaki terpaksa bersaing dengan wanita untuk memenuhi permintaan pasaran ini...bukankah itu sama sahaja seorang wanita mencabar seorang lelaki? Ah...apa ada hal... Mereka bijak tetapi mereka tidak pandai guna otak...Lihat saja betapa ramai lelaki yang menganggur tidak punya kerja? Kamu tidak kasihankah??


Sebenarnya...apabila kurangnya pasaran buruh...tangga gaji pasti akan meningkat... jika pada hari ini wanita tidak melibatkan diri dalam pasaran buruh... sudah pasti gaji seorang Jurutera baru bukan lagi sekadar  3-5 ribuan...gaji seorang pegawai bukan lagi 3ribuan...gaji seorang buruh binaan bukan lagi 2 ribuan... sudah pasti gaji mereka akan lebih tinggi... kerana permintaan melebihi penawaran (konsep asas perniagaan)...


Tetapi..kita pada hari ini...di momokkan dengan segalanya..hidup mewah...pakaian hebat..kereta hebat..harta lebat...sehinggakan nilai diri kita jadi serendah-rendahnya...sehingga gaji kita tidak mampu menampung akannya... 


Sedarkah kalian wahai insan...sekali kamu cuba untuk merubah hakikat kejadian... maka kecelakaanlah buat kamu selamanya... Lihat sahaja di mana-mana... wanita keluar rumah tanpa mahram...belajar sehingga ke luar negara tanpa mahram... merantau bekerja di mana-mana tanpa mahram... kebejatan mewabak di mana-mana...Jadi aku ingin tanya, di manakah akan kamu dapat pembela?? 


Pendekar sangat sedih sebenarnya....wanita-wanita itu bukan lagi seperti ibu, ummi, mak, mama, dan berbagai lagi kata ganti nama untuk mencerminkan keagungan menjadi seorang perempuan yang syurganya di bawah telapak kaki suami...juga kelebihan buat seorang perempuan yang kakinya adalah syurga buat sang anak... Tetapi di sini...layakkah dia mendapatkan haknya jika dia sendiri mengabaikan tanggungjawab yang terpikul di pundaknya??


Wanita yang berkerjaya lebih mudah termakan godaan dunia...percayalah...jika kalian seorang wanita dan perempuan...pendekar pasti kalian faham akan maksud pendekar bukan? Kemewahan, kecantikan, kejelitaan, kekasih gelap, hubungan sulit...jatuh cinta kepada rakan sepejabat...kecurangan...perbalahan...tidak sekufu...perkahwinan yang lewat...dan sebagainya lagi yang pastinya akan meruntuhkan sebuah institusi kekeluargaan...kalian sendiri lihat betapa banyaknya penceraian berlaku meski banyaknya perkahwinan dilangsungkan...


Seeloknya...jika kalian sudah berkahwin...duduk diamlah sahaja di rumah... berapa banyak masa kamu ada untuk bersama sang suami mahupun anak sekiranya kamu berkerja? Sudah pasti sangat sedikit bukan? Bagaimana kamu mahu bilang bahawa keluarga kamu bahagia sedangkan kasih sayang yang kamu berikan sangat kurang dari yang sepatutnya? Berapa ramai anak yang membesar di bawah asuhan orang gaji mahupun pengasuh? Karena itu aku mahu kamu dengarkan ini...Aku ini juga pernah merasai hidup begitu...membesar di bawah asuhan orang lain... walaupun pengasuh itu saudaraku sendiri... 


Ketika kecil...di mana ibu dan ayah saatnya aku menangis di buli rakan? Di mana ibu dan ayah tika aku di pukul oleh pengasuh? di mana ibu dan ayah ketika aku mahukan tempat bermanja? Tiada... hidup bagaikan yatim piatu yang tidak tahu mahu mengadu ke mana...maka menangislah aku sendiri melayani hati...apakah kalian tidak mahu mengerti?? 


Aku sendiri merasa peritnya hidup di bawah asuhan pengasuh...meski ibu dan ayah masih hidup...aku bagaikan anak jalanan yang terbuang di mana-mana... Karena itu aku telah terbiasa...terbiasa untuk hidup sendiri... di mana sahaja aku pergi...di situlah tempatku bermain...rakan-rakan baru...teman-teman baru....segalanya sendiri...karena itu ramai yang bilang aku ini si Topan, anak jalanan...


Jadi...hati kering adalah sifat aku... aku tidak pernah merasa apa itu kasih sayang sebenar seorang ayah...aku juga tidak pernah rasa apa itu kasih sayang sebenar seorang ibu... karena sedari kecil aku dibiarkan hidup seperti tunggul kayu... di sepak..diterajang...di permain siapa tahu....tiada tempat untuk ku mengadu...


Karena itu aku tidak ingin lihat...anak-anak membesar tanpa ibu mahupun ayah...sedang ayahnya masih hidup...ibunya masih punya nafas...namun mengabaikan tanggungjawab di pundak bahu... sedangkan Tuhan telah mengaturkan yang lebih baik sedari dahulu...


Jujur saja....


AKU BENCI WANITA DAN PEREMPUAN YANG BERKERJAYA~!!!!

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda