Thursday, July 28, 2011

ULASAN PENUH KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA 28 JULAI 2011

Tamatlah sudah misi kelayakan Piala Dunia Malaysia akibat tidak berjaya mengatasi defisit dua gol yang dilakukan semasa perlawanan pertama di Singapura sebelum ini.

Keputusan perlawanan yang menyaksikan Malaysia seri 1-1 dengan Singapura menjadi kayu pengukur kepada apakah sebenarnya yang bermain di dalam kem negara?

Jika diperhatikan sedari awal corak permainan Malaysia. Pasukan Malaysia bermula dengan sangat memberangsangkan. Barisan pertahanan yang di kemudi oleh kekebalan penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat akhirnya runtuh akibat kedunguan barisan pertahanan negara selepas kemasukan Muslim Ahmad.

Bukan ingin menidakkan kebenaran bahawa beliau memang boleh bermain. Namun kemasukannya telah menjejaskan apa yang pendekar lihat kubu kuat yang sebelum ini begitu ampuh untuk di tembusi... Lompong besar boleh dilihat begitu jelas di bahagian kiri Khairul Fahmi. Betapa pemain pertahanan lebih bertumpun di bahagian kanan semasa separuh masa kedua yang menyaksikan begitu banyak peluang boleh di cipta.

Namun begitu kelincahan S Kunanlan langsung tidak berbaloi apabila kerap dimatikan oleh pergerakan lemah pemain tengah dan serangan. Walaupun menjaringkan gol, namun pendekar dapati bahawa Safee Sali boleh melakukan lebih daripada itu jika dia mahu. Meskipun di kunci dan di rantai, dia boleh mengambil kesempatan melarikan diri ke bahagian tengah terlebih dahulu dan bukannya menunggu dan terus menunggu bola tiba di kakinya. Satu yang boleh dikatakan memang lebih kepada sikap tidak bermaya.

Keletihan nampaknya telah menjejaskan aksi S. Kunanlan di separuh masa kedua. Kerana pecutan demi pecutan yang dilakukan olehnya langsung tidak dihargai oleh pemain lain.Sepatutnya semua pemain bergerak pantas dalam permainan. Mesti tahu bila harus perlahan dan bola harus pantas. Memang sesungguhnya K Rajagobal telah silap membuat percaturan. Malaysia sepatutnya boleh mengatasi defisit dua gol tersebut sekiranya mereka bergerak pantas sedari awal dan bukannya menunggu hingga minit2 terakhir perlawanan baru mahu mengejar gol.

Sikap pemain Singapura juga menjadi penyumbang kepada kekalahan Malaysia. Mereka seringkali di lihat mencuri masa dan juga berlebih-lebihan dalam aksi apabila di hadang atau di bentes oleh pemain negara. Minit-minit terakhir adalah yang paling kerap di lihat aksi mereka itu.

Apa-apapun...Malaysia masih lagi belum layak untuk melangkah ke Piala Dunia selagi mana Malaysia tidak belajar daripada kekalahan kekalahan sebelum ini. Sokongan padu para penyokong tempatan sehinggakan semua tiket sudah habis terjual langsung tidak dapat membantu pasukan Malaysia untuk mengatasi Singapura.

Tahniah untuk Singapura. Dan tahniah juga kepada Khairul Fahmi Che Mat yang bertindak sangat cemerlang menjaga kubu negara. Dan tahniah juga kepada S Kunanlan. Anda berdua memang terbaik di dalam perlawanan ini. Dan tahniah juga kepada semua pemain dan penyokong pasukan Malaysia. Anda semua memang terbaik!

Mereka masih muda. Mereka masih boleh menjadi harapan pasukan negara di masa hadapan. Percayalah. Percaya kepada mereka. Jika bukan kita, siapa lagi??

LIVE MALAYSIA VS SINGAPORE SIARAN LANGSUNG ONLINE 28 JULAI 2011

Selepas kekalahan besar 5-3 dalam perlawanan sebelum ini diantara

Malaysia VS Singapore

. sekali lagi Malaysia akan bertemu Singapura dalam perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 Brazil.

Berjayakah anak didik K Rajagobal untuk mengatasi defisit 2 gol sebelum ini? Sama-samalah kita saksikan.

Siaran Langsung Perlawanan diantara Malaysia vs Singapore secara Live dan Online Akan bermula 15 Minit sebelum perlawanan bermula.


SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN TERSEBUT DI SINI.

KLIK PADA BUTTON PLAY di Bawah Player untuk menonton di sini



Selamat berjaya Harimau Malaya dan selamat menonton!

Wednesday, July 27, 2011

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN PUASA DAN SYAWAL 1432H/2011M

Bismillahirrohmanirrohim..

Dengan nama ALLAH yang menciptakan langit dan bumi serta sekalian isi-isinya....

Ramadhan sudah mula menampakkan sedikit demi sedikit wajahnya....mengintai di balik tabir hijab bulan Sya'ban... Demi sesungguhnya jiwa itu sangatlah lemah. Kecuali bagi mereka yang tunduk dan patuh pada apa yang telah digariskan oleh ALLAH Ta'ala buat mereka.

Hamba bukanlah insan yang sempurna. Hamba juga adalah insan yang lemah iman. Dalam kelemahan itu hamba ingin sekali mencari kesempurnaan walaupun sedikit.. Untuk itu hamba sering mampir ke rumah ALLAH... di situ hamba rasa sangat tenang...damai dan selamat. Walaupun hanya duduk di kaki lima...

**********

Adapun telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa tarikh untuk melihat anak bulan puasa adalah pada 31 Julai 2011 bersamaan hari AHAD 29 Sya'ban 2011. Maka dengan itu jika kalian juga mahu melihat anak bulan. Sediakanlah segala kelengkapan yang diperlukan... kerana untuk melihat anak bulan...kadangkala penglihatan pada mata kasar sahaja tidaklah memadai.

Untuk mengetahui tempat-tempat yang boleh melihat anak bulan. Klik pada link yang diberikan di bawah ini.

Tuesday, July 26, 2011

LILITAN KUNING YANG MEREKA BILANG BERSIH ITU

Lilitan kuning itu...
umpama racun yang menyiksa ummah...

Lilitan kuning itu...
umpama wabak yang mula mewabah...

membelenggu...
menongkah pada arus...
menyembah syaitan...
gegak gempita suara dajjal...
bersorak riang sang iblis...
anak adam semakin sesat...

lilitan kuning itu...
puaka durjana menggempar alam...
takut aku...
lebih takut akan murkanya ILLAH...
menghancur bumi tiada belas...
kerana lilitan kuning itu...
Islam jadi permainan...
Akidah jadi persendaan...
Syaitan bergelak ketawa penuh keriangan...

Islam mula berdarah....
kafir bersorak megah...
segala dakyah-dakyah....
sudah berjaya di tanam indah...

dengan janji syurga dunia...
negara yang lebih adil lagi saksama...
yang bersifat fatamorgana...
sehingga mereka lupa...
di mana bumi di pijak...

Hanya DIA yang mampu menyelamatkan...
kisah Islam yang menjadi persendaan...

Bangkitlah para syabab!
Ayuh pertahankan ummah yang kau junjung atas jemala!
Ummah ini ummah Muhammad!
Bukan ummah sembarangan cuma!

Adakah kalian lebih suka mengikut kafir??
Dari berdiri suka duka bersama ummah Muhammad ini??

Maka jika itu jalan kalian...

Aku bilang...


CELAKA!


CELAKA!


CELAKA!


Dan CELAKALAH mereka yang mendustakan ayat-ayat ALLAH Ta'ala!!!!


Pendekar Berkuda
26 Julai 2011
Malaysia.

VIDEO DEBAT PENUH WACANA SINAR HARIAN APA SELEPAS 9 JULAI?

Kasihan...apa perlunya wacana kalau di dalamnya penuh emosi? Hebat? Kasihan...

Anda komenlah sendiri...pendekar tidak mahu masuk campur..

Monday, July 25, 2011

TUNANG KHAIRUL FAHMI CHE MAT BERTUDUNG?

Bismillahirrohmanirrohiimm...

Alhamdulillah...setelah sekian lama tidak menjenguk blog Elia si jejari runcing dan juga kini merupakan tunang kepada penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat, terlintas pula keinginan menjenguknya setelah membaca cerita di blog Beautiful Nara.

Tak di sangka banyak perubahan yang berlaku di blog beliau...Pendekar tertarik dengan gambar-gambar yang ada di blog beliau di mana tiada lagi gambar-gambar mendedahkan aurat seperti sebelum ini. Alhamdulillah... Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa dalam memberikan hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakiNYA...

Jika sebelum ini blog beliau menjadi tumpuan sekian banyak orang yang ingin mengetahui siapakah girlfriend khairul fahmi che mat...kini kerana status yang berubah...maka adalah patut jika kita kembali semula kepada fitrah... sesungguhnya ujian bagi mereka yang ingin mendirikan masjid bukanlah semudah menyebut A..B...C dan bukanlah juga semudah membilang 1...2...3... kerana mendirikan rumah ALLAH itu tidaklah semudah yang di ungkap oleh lidah nan lembut...

Ujian dan dugaan tidak sedikit yang akan menghalang....Namun berserahlah kepada yang menciptakan di saat anda menemui kebuntuan... Bacalah surah Az-Zukhruf ayat 27 untuk memohon kembali  pertolongan ALLAH... sesungguhnya kepada ALLAH juga kita sekalian di kembalikan....

Pendekar doakan dalam keperitan ujian yang melanda pasangan ini...mudah-mudahan mereka sabar dan tabah menghadapinya...kerana sabar dan tabah itu adalah separuh daripada iman...seperti mana mendirikan rumah tangga itu separuh daripada iman juga... Bersabarlah untuk menempuhinya...kerana kelak...rahmat ALLAH pasti akan sentiasa bersama-sama anda...

*********************

Juga buat sekalian para pembaca blog yang entah bila akan wujud lagi ini...mungkin kelak jika ditakdirkan ALLAH Ta'ala pendekar akan menulis lagi buat kesekian kali...maafkanlah setiap salah dan khilaf yang tercipta oleh diri... kerana pendekar kini bukanlah pendekar yang anda kenal dahulu....

Pendekar yang ada kini adalah seorang syabab yang mengejar akan ilmu yang terselindung di sebalik tabir... dari para ilmuan-ilmuan yang bersembunyi di sebalik jutaan wajah manusia... yang tidak di ketahui akan keluasan ilmunya kerana mereka berselindung di sebalik insan-insan yang biasa....

Namun pendekar pohon...dalam keseronokan kalian berblog dan berfacebook segala...jangan dilupakan pada yang lebih di tuntut... kerana itulah yang lebih baik bagi kalian dalam menghadapi fitnah akhir zaman... sesungguhnya ALLAH telah mencatatkan bahawa Pendekar telah di pilih untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut... Jika tidak mampu juga pendekar dalami... maka mudah-mudahan rahmat ALLAH masih ada untuk insan-insan yang lain pula...

Sesungguhnya ALLAH tidak menghilangkan ilmu itu sekaligus tetapi di hilangkanNYA ilmu itu dengan mematikan ulamak-ulamak... kerana itu pendekar ingin kejar ilmu yang di miliki oleh ulamak-ulamak tersebut seberapa yang boleh... kerana apa yang kita lihat pada mata zahir tidak semestinya sama dengan yang tersirat di dalamnya... Wallahua'lam...

Sekian...JazakALLAHu Khairun...

Jika satu saat kamu berhadapan dengan kesukaran...maka bacalah ayat 27 surah az-Zukhruf dan juga ayat di bawah ini...


"HasbiyALLAHu wanikmal wakiil...."

Mudah-mudahan akan membantu...Amin...

Friday, July 22, 2011

TAHAJJUD CINTA YANG PENUH KONTROVERSI

Bismillahirrohmanirrohim...

Tak tahu kenapa dalam dua tiga hari ini ramai sangat yang mencari keyword pendekar berkuda blog. Kadang kala ada tu keyword pendekar berkuda blogspot la, pendekar berkuda la. Uiks... Siapa pendekar berkuda ni? Doktor? Peguam? Majistret? Satu pun tarak....cuma anak jalanan ja...

Jadi, ada sedikit kepelikan di situ. Hua hua hua... Tak nak cari jawapan. Malas. Namun sedikit pengetahuan yang ingin di kongsi berkaitan dengan tajuk di atas. "TAHAJJUD CINTA YANG PENUH KONTROVERSI".. Jika mamat gila nih dah tulis kenapa tak perlu nak tengok sangat tahajjud cinta tu, di sini pula adalah sedikit pembebelan berlaku berkaitan dengan drama "islamik" ini... Perrgghhh..."islamik" tu derr...bukan sembarangan...

Bagi pendekar yang lemah iman ini, drama tersebut sangat bagus sebenarnya. Namun olahan skrip yang menjerumuskan drama tersebut ke arah kontroversi telah menjejaskan kebagusan drama itu. Adalah sesuatu yang tidak wajar apabila drama tersebut menyerang institusi sekolah pondok..

Tapi bak kata erma.." Drama ini ada 13 Episod!" 

Ya! memang ada 13 episod...tapi siapa yang mahu tunggu 13 episod untuk buat kesimpulan? Ingat manusia-manusia ni jenis yang sabar ke? Walaupun drama Nur Kasih yang penuh indah itu berjalan dengan lancar, namun akibat perkara-perkara yang tidak langsung ada kaitan dengan drama tersebut jadi bahan "borak kosong" ahli parlimen tidak bertauliah... Hiks hiks hiks... mereka ini tidak di pilih...tetapi memilih diri mereka sendiri.... Sama juga macam penulis blog ini.. Hua hua hua...

Pendekar tidak tonton pun drama ini... Apa-apapun drama, sama ada baik ataupun buruk, sudah termaktub di dalamnya, ia hanyalah drama. Satu seni permainan lakonan kehidupan manusia... drama untuk mencari yang terbaik dari segala yang terbaik... Nak tunjuk dirinyalah yang terbaik namun tidak dapat...maka dari situlah munculnya drama...


Dengarkanlah lagu Drama King untuk anda... hiks hiks hiks.. 

Berbalik kepada tajuk...tidak ramai yang mengenali institusi sekolah pondok kecuali mereka-mereka yang terlibat dengannya.. Orang ramai di momok-momokkan dengan keburukan sekolah pondok...tanpa mereka sedari, sekolah pondok adalah institusi ilmu yang terulung dalam pengajian Islam di Malaysia.

Sebelum wujudnya sekolah vernakular seperti yang anda lihat sekarang ini, sekolah pondok adalah tempat yang terbaik untuk menimba ilmu pengetahuan. Dari institusi inilah lahirnya para ilmuan dan alim ulamak yang terkenal kealiman dan kewarakannya... Juga tempat lahirnya para sufi dan wali Allah...

Dengan menyiarkan sudut negatif sekolah pondok, maka, secara automatik drama ini telah menyebarluaskan kefahaman masyarakat bahawa sekolah pondon ini adalah tempat yang teruk dan langsung tidak berguna dalam erti kata lain membawa konotasi negatif kepada masyarakat...

Dengan ini, persepsi masyarakat terhadap sekolah pondok pasti tidak akan berubah kecualilah mereka merasai sendiri pengalaman menuntut di sekolah pondok...

Jika bukan para pembikin drama islamik sendiri yang menyokong institusi ini, maka keunggulan sekolah pondok sebagai salah satu tempat untuk menimba ilmu pengetahuan Islam yang terulung akan hilang begitu sahaja...

Ingat seperkara... para tahfiz, hafiz dan imam, sufi dan wali, kebanyakannya lahir dari institusi seperti ini. Maka janganlah kerana disebabkan nila yang setitik, rosak susu sebelanga... Sebelum membikin apa-apa video atau drama atau filem atau dokumentari, hendaklah mereka ini merujuk terlebih dahulu kepada yang berkaitan... Jangan suka bikin isu hanya untuk menarik perhatian penonton...

"Iqra'..." Bacalah...namun...berapa ramaikah di antara kita yang hafal dan faham maksud surah ini? Boleh tolong jawabkan? Jika tidak pun..cukuplah kalau tahu makna surah Al-Fatihah... tak tahu juga?? Malulah pada diri...

Salam Perjuangan... JazakALLAHu Khoirun...

MOTIF SEBENAR PINDAAN KUASA RAJA 1993 DALAM PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN 1993 OLEH DR. MAHATHIR

Ramai orang hanya mendengar dan bercakap.. tidak mengkaji benar atau tidaknya sesuatu perkara. Mereka cuma mendengar dan menyebarkan apa-apa yang mereka tidak tahu kebenarannya. Asalkan isu tersebut membawa kepada kemenangan hawa nafsu mereka.

Di sini, pendekar ingin tayangkan semula dan ingatkan semula apakah sebenarnya yang berlaku semasa pindaan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan 1993 yang dimomokkan oleh para penentang Dr. Mahathir bahawa beliau ingin menghapus kan kuasa raja.

Pendekar menangis bila membaca akan perbahasan beliau ini. Sesungguhnya beliau memang menyintai rakyat dan juga rajanya.. Mudah-mudahan beliau sentiasa sihat wal-'afiat.. Amin...

Artikel ini sangat panjang, jadi pendekar minta anda semua membacanya sampai habis. Namun perlu di ingat bahawa, jangan terus melompat kepada kesimpulan sebelum membacanya sehingga habis... Kelak anda menzalimi diri anda dan orang lain.

Ingat ya.. BACA SAMPAI HABIS...

Apa yang dibentangkan Tun Mahathir mengenai Kuasa Raja ........?

Thursday, July 21, 2011

LIVE STREAMING MALAYSIA VS CHELSEA ONLINE 2011

WATCH OUT AND TONTON CHELSEA VS MALAYSIA LIVE STREAMING ONLINE BY CLICKING THE LINK THAT I'VE GIVEN YOU BELOW. MALAYSIAN XI WILL FACE CHELSEA IN THEIR FRIEBDLY MATCH.


COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda