Tuesday, May 31, 2011

VIDEO TERLAMPAU SHAH JAZSLE DAN PREMA YIN

Dunia artis dan seni tanah air sekali lagi digemparkan dengan perbuatan yang memalukan yang boleh diumpamakan sebagai mencontohi peradaban barat. Klip video terbaru aksi panas Prema Yin dan Shah Jazsle dalam lagu bertajuk "MARILAH" bukan sahaja berunsurkan 18SX malah lebih melampau lagi bila di lihat dari sudut yang lain, boleh mendatangkan rangsangan seksual kepada penonton.

Prema Yin - ihsan Google.
Klip Video tersebut boleh sahaja dikatakan sebagai klip video yang mengisahkan sebuah kisah perempuan simpanan yang terperangkap dalam perhubungan dengan seorang lelaki yang mungkin sahaja seorang suami orang mahupun orang ternama..

Dalam ertikata lain, klip video tersebut lebih banyak mendorong kepada perlakuan liar dan terpesong. Boleh diumpamakan klip video lagu tersebut lebih teruk daripada klip video lagu "My Hump" dendangan The Black Eyed Peas....

GAMBIT SAIFULLAH - PENGARAH

Lebih malang lagi apabila pengarah yang mengarahkan klip video tersebut adalah seorang Melayu yang beragama Islam... Adalah suatu yang mendukacitakan apabila klip video tersebut diarahkan oleh seorang Islam... Sudah pasti akan ada banyak implikasi apabila perkara tersebut berlaku seperti yang terjadi sekarang ini. Tambahan lagi jika ditafsirkan pada nama Saifullah itu... Sangatlah tidak sepadan...

Klip video tersebut seperti menggalakkan aktiviti bermukah / bersekedudukan tanpa ikatan. Ibarat perempuan simpanan yang langsung tidak ada sebarang perhubungan yang sah dengan lelaki tersebut. Itulah apa yang dapat disimpulkan daripada klip Video tersebut.

Petikan lirik yang berbunyi "Marilah kita menari..di bawah sinaran bulan.." jika disalahtafsir akan menjadi lain kerana penangan daripada klip tersebut dan cara penceritaannya... Wallahua'lam...

Adapun video klip seperti itu hanya layak jadi video klip murahan sahaja... Seperti murahnya harga sebuah CD yang mengandungi lagu-lagunya... malah lebih murah lagi kerana CD itu mengandungi lebih kurang beberapa buah lagu dan video klip... alahai...

Tidak ada idea lainkah selain daripada idea yang berorientasikan seksualisma menggila?? Sudahlah dunia kini adalah dunia yang dihujani dengan porn-sites dan juga porn-clips... ni nak tambah lagi kat Malaysia pulak?? Celaka!!

Dem~!!

Monday, May 30, 2011

SEMAKAN TAWARAN BIASISWA PEGURUAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH PENDIDIKAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) AMBILAN TAHUN 2011

Adalah dimaklumkan bahawa

SEMAKAN TAWARAN BIASISWA PEGURUAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH PERTAMA PENDIDIKAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) AMBILAN TAHUN 2011 sudah boleh dilakukan dengan mengklik pada link yang diberikan di bawah ini. Dimaklumkan bahawa semakan hanya boleh dibuat dari 31 Mei 2011 sehingga 13 Jun 2011.


Adalah menjadi satu kelebihan kepada para pemohon biasiswa yang berjaya dalam permohonan mereka untuk mendapatkan biasiswa dan bukannya pinjaman supaya kelak mereka dapat lebih fokus dalam pelajaran tanpa terbeban dengan hutang yang berlambak selepas menamaykan pengajian mereka di dalam mahupun luar negara. (Pendekar turut merasakannya..dan ramai lagi yang sudah pasti pernah merasainya...)

Sila KLIK LINK DI BAWAH INI UNTUK MEMBUAT SEMAKAN


AL-QURAN DIGITAL PALSU? MEMANG JAHANAM!

Membaca tajuk muka depan akhbar Berita Harian hari ini membuatkan pendekar tersentak! Al-Quran digital banyak kesilapan, begitulah bunyi tajuk berita tersebut. Menurut Setiausaha Bahagian Kawanlan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, Abdul Aziz Md Nor, kesalahan yang berlaku di dalam Al-Quran Digital tersebut adalah :
1. Tiada tanda baris.
2. Tiada tanda Wakaf.
3. Susunan ayat tidak teratur.
4. Ayat tidak bernombor.
5. Kesilapan paparan.
Dan lebih malang lagi, Al-Qur'an digital tersebut diimport dari CHINA! Sejak bila pulak China boleh buat teks al-Quran ni? Ni mesti sebab duit dalam kepala otak sahaja. Semua orang tahu bila bab duit ni orang chayanunalip ni memang hantu! Jadi, apa nak heran sangat??

SALAH SATU CONTOH AL-QURAN DIGITAL MURAHAN.
Tapi yang paling bodoh dan bebal adalah orang-orang kita yang main teguk dan sumbat je apa-apa yang bila nampak lebih canggih, lebih mudah dan lebih murah. Asalkan ada ayat-ayat Qur'an memang percaya bulat-bulat! Sampaikan bila orang bukan Islam lagi kafir dan tak pernah ambil wuduk pegang al-Qur'an dan tunjuk depan mereka yang al-Quran ini benar, mereka percaya bulat-bulat! Hape punya perangai daaaa~!!!

Itulah otak orang kita. Tak kira berpendidikan sampai doktor falsafah ke ataupun cuma lepasan SPM ke tapi kalau ilmu agama tak tahu satu apa, memang orang boleh cop tolol! Kesilapan kita adalah kita tak siasat dulu betul atau tidaknya kesahihan sesuatu itu. Kita selalu ambil mudah. Memang itulah sikap manusia, selalu ambil mudah sampaikan dalam bab solat pun kita ambil mudah. Semuanya bagi kita adalah mudah.

Tapi bila sampai bab duit, semua orang kata sangat susah~!!!! Perghh~!! Kau bertuhankan duit ya? Kalau duit itu kau punya Tuhan, untuk apa kau solat tonggang tonggek?? Bukankah itu dangkal?

Berapa ramai di antara kamu-kamu yang baca apa aku tulis ini tahu mengaji al-Qur'an?Berapa ramai antara kamu-kamu ini tahu hukum ayat-ayat al-Qur'an?? Berapa ramai antara kamu-kamu ini tahu makna ayat-ayat al-Qur'an? Jangan kerana kamu hafal ayat-ayat al-Qur'an, maka kamu layak digelar HAFIZ! TIDAK! Kamu masih belum layak lagi digelar hafiz sehinggalah kamu hafal dan faham akan maknanya, tahu akan makhraj hurufnya. Kalau setakat bacaan saja kamu betul tapi sebutan kamu macam bunyi ayam berkokok. Jangan mengaku diri kamu seorang hafiz!

Samalah juga untuk kamu-kamu dan kamu. Kamu semua solat, tahu baca al-Fatihah, tapi adakah betul cara sebutan kamu itu? fahamkah kamu akan maknanya? Cuma itu sahaja. Kalau kamu cukup makhraj huruf dan juga betul cara sebutan (makhraj huruf) al-Fatihah kamu itu, maka kamu layak untuk digelar seorang Hafiz @ Hafizah~!! Jika tidak, kamu hanyalah seorang Hafal. Sedang ibu al-Qur'an sendiri kamu tidak tahu, inikan pula surah lain.

Tidak kira siapa kamu, apa dosa kamu sebelum ini, tidak kira sebesar apa dosa kamu, selagi kamu percaya akan Rahmat Allah itu ada untuk kamu, selagi itulah ALLAH akan sentiasa bersama kamu. Percayalah...


Jadi aku pinta pada kamu-kamu dan kamu... tolonglah bukakan mata dan celikkan minda kamu!!! Kalau tentang bab-bab lain aku tidak kisah apa kamu mahu bikin tapi bila datang tentang agama, sekali-kali aku tidak akan berundur ke belakang!!

Aku tegaskan sekali lagi, bukakan mata dan minda kamu!!!

Salam Perjuangan.

Sunday, May 29, 2011

HARI YANG SUNGGUH MEMENATKAN - EURO FUNFAIR CARNIVAL 2011 / THAI FESTIVAL KUALA TERENGGANU 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sekalian para pembaca setia blog pendekar berkuda. Diharapkan anda semua sihat sentiasa. Pendekar update entry ini dalam keadaan berdiri dan juga dengan kepenatan yang sungguh tak terjangkau oleh akal...Nama pun kerja kan?? Huuhuhuhu...

Hari ini memang tak putus-putus orang datang bertandang. Penat jangan di sebutlah... Memang tak terhingga... Dah longgar lutut ni,.. Huhuhu...

Kepada sekalian yang setia menuntut ilmu SEO dengan pendekar berkuda.. Pendekar ucapkan selamat berjaya kepada anda sekalian... dan juga kepada semua blogger Terengganu yang ada di sini, pendekar ingin sekali menemui anda... Namun, mungkin keterbatasan masa akan menyebabkan kesempatan itu tidak ada...

Untuk anda sekalian, dengarkanlah sebuah lagu yang sedang pendekar dengar semasa menaip entry ini. Lagu yang sangat sedap di dengar. Khusus untuk mereka yang bercinta.... Juga sesuai untuk sekalian para suami isteri yang ingin mengungkapkan cinta kepada pasangannya...

Dengarkanlah... Tunggu Aku Di Syurga - Tarzan Boyz ....


Saturday, May 28, 2011

THAI FESTIVAL DATARAN SHAHBANDAR KUALA TERENGGANU 2011

Pendekar kini berada di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu sempena Euro Funfair Carnival 2011 dan juga berselang seli dengan Thai Festival dari 27-31 May, 2011. Namun begitu, pendekar akan berada di sini kerana Euro Funfair ini hanya akan tamat 3 minggu lagi.

Apa yang pendekar mahu ulas di sini adalah mengenai Thai Festival yang sedang berlangsung dari 27-31 May 2011. Tadi pendekar sempat singgah sebentar di situ dan mencuci mata menyaksikan kemeriahan festival tersebut. Apa yang pasti, banyak booths yang dibuka dan juga banyak barang yang diperagakan.

Makanan, kraftangan, hasil pertanian dan sebagainya turut ada di situ. Sempat juga pendekar lihat terdapatnya sebuah booth yang menjual hasil-hasil perak dan emas secara buatan tangan... Memang cantik... Tapi awek Thai yang jaga booth tu pun cantik jugaklah... hahahaha...sempat lagi... dem~!!

Okay-okay, festival ini turut menyediakan persembahan kebudayaan dari Thailand... Jadi, kalau anda mahu, silalah berkunjung ke sini. Especially jika anda orang Terengganu... Sebab orang Thailand sendiri pun sanggup datang dari jauh untuk ke sini mengunjungi anda... Jadi hormatilah tetamu-tetamu anda wahai rakyat Terengganu... (^_^)

GAMBAR HIASAN


Dalam pada masa yang sama pendekar tidak dapat mengemaskini blog dengan lebih kerap kerana kekangan waktu dan masa yang tidak ada... Sesungguhnya pendekar rasa rugi sangat-sangat namun terpaksa pendekar diamkan buat sementara waktu... InsyaALLAH...biarlah pendekar buat dua kerja dalam satu masa sekarang ini....

Memang perit untuk di telan....akan hakikat bahawa pendekar ada kekurangan... Namun yang pasti... Jika ada usaha dan hala tuju yang betul, InsyaALLAH, pendekar akan berada dalam landasan yang betul untuk kembali lagi... InsyaALLAH....

SELAMAT BERJAYA SEKALIAN... JUGA SALAM PERJUANGAN DAN SALAM HATI BUAT ANDA SEKALIAN YA.... (^_^)

p/s : dah jarang update...entry SEO pun entah ke mana... huhuhu.... 

SEMAKAN PENEMPATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN (PPG) GURU DI IPG 2011

Semakan untuk mengetahui KEPUTUSAN PENEMPATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU di Institut Pendidikan Guru 2011... Berikut adalah petikan yang di ambil dari laman web kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan Penempatan Bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru (IPG)


Semakan penempatan bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh dibuat mulai 20 Mei 2011 di sini.

Sekian, terima kasih.
Jadi sila klik di LINK untuk mengetahui keputusan anda...

Friday, May 27, 2011

SELAMAT BERJAYA BUAT ADIK LUQMAN HAKIM LONELYSTARZ

Assalamualaikum... pendekar mahu bertanya kepada anda sekalian, kenalkah anda kepada blogger muda, Luqman Hakim yang blognya adalah http://lonelystarz.blogspot.com. Mungkin ada yang kenal dan mungkin juga ada yang tidak kenal. Jadi mari pendekar kenalkan anda kepadanya..

Luqman ini dulu adalah blogger yang pernah menerima kata-kata pedas dari pendekar semasa dia mula-mula berblogging. Semuanya akibat daripada caranyanya menceburi dunia blogging yang menyalin secara bulat-bulat entry yang di taip oleh blogger-blogger lain.Namun dia tetap cool walaupun siapa-siapa yang kena seperti dia sudah pasti akan down dalam berblogging....

Namun, dia belajar dan belajar lagi dari kesilapan di awalnya dan kini dia semakin arif bertambah ilmunya dalam dunia blog. Walaupun sebenarnya dia masih lagi bergelar pelajar sekolah menengah yang sudah pasti menuntut tidak sedikit pengorbanan yang ada untuk menceburkan diri dalam dunia blogging.

Dan kini pendekar nampak bahawa beliau semakin menuju jauh ke hadapan dalam menafsirkan apa yang telah pendekar ajar dalam blog pendekar berkuda mengenai ilmu Seni Permainan SEO. Adalah menjadi satu cara yang paling mudah untuk menarik trafik ke dalam blog tanpa perlu bersusah payah untuk berblogwalking sampai pecah bontot... sampai tak dapat nak tido untuk trafik yang cuma ratus-ratus sehari... bukankah rugi namanya begitu??

Adapun entry ini pendekar tujukan khas kepada Luqman untuk mendapat yang terbaik baginya dalam dunia blog... Dan juga dapatmenambahkan income yang diinginkan olehnya. Nasihat pendekar...tak perlu tergesa-gesa untuk terus naik...perlu bersabar... pendekar dulu pun terpaksa bersabar mencari ilmu dalam dunia internet ni...

Dia selalu menyapa pendekar di IM Facebook. itu adalah satu sikap yang baik... dan performance blog dia semakin menarik...semakin matang dalam menulis...mungkin juga ada yang dia copy paste lagi daripada...tapi pendekar harap dia tak akan copy paste bulat-bulat tanpa memberikan backlink kepada tuan empunya entry....Dia juga ada bertanya kenapa pendekar dah jarang update blog...Jawapan yang pendekar sendiri tidak dapat terangkan di sini...huhuhu...

Teruskan usaha kamu dik... Abang doakan kamu berjaya nanti...rajin-rajinkanlah menggodek blog sendiri ya...

Jom Jengah Blog LonelyStarz...

KLIK PADA GAMBAR
Sehingga itu salam perjuangan dan selamat maju jaya~!!!

p/s : Malam tadi ribut di Dataran Shahbandar, KUALA TERENGGANU...nasib baik sekejap je... kalau tak...memang masak la tak tido malam... huhu....

Thursday, May 26, 2011

MAKCIK HAJJAH SITT AL WUZARA BLOG TELAH DITUTUP??

Akibat penangan dan serangan KUASA BLOGGER, blog yang diberikan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara telah ditutup. Mungkin akibat daripada aduan kepada SKMM ataupun pihak-pihak yang berkaitan, maka blog tersebut telah ditutup. Mungkin saja tindakan tersebut dilakukan oleh pihak KDN (Kementerian Dalam Negeri) mahupun oleh tindakan blogger tersebut.

Adapun pendekar sangat lega jika benar blog tersebut telah ditutup, tiada yang lebih mengujakan selain daripada melihat blog-blog yang memainkan isu-isu sensitif dan provokasi serta menghina seperti itu wujud di dalam dunia blogging. Kita semua terlindung di sebalik topeng... TETAPI.. apabila topeng itu terdedah secara sengaja ataupun tidak.. Bahangnya kita sendiri yang akan merasakannya...


Syabas pendekar ucapkan kepada sekalian para blogger yang berjuang sehati dan sejiwa dalam dalam memperjuangkan hak kita terhdap agama kita.. Juga mempertahankan kesucian agama kita... Meski tangan-tangan ghaib akan sentiasa menghasut dan mendorong untuk memusnahkan kita, InsyaALLAH, selagi kita bersatu padu, maka selagi itulah kita akan kuat...

Dan ini adalah AMARAN KERAS untuk mereka-mereka yang masih memaparkan GAMBAR-GAMBAR mahupun VIDEO klip yang diambil dari blog tersebut kepada orang ramai, kamu DIKEHENDAKI memadamkan segala GAMBAR-GAMBAR tersebut sekarang juga~!! Tiada kompromi~!! 

Ingat, selagi gambar-gambar seperti itu ada di blog kamu, maka kamu sendiri yang akan menanggung tindakan yang tidak sedikit daripada KUASA BLOGGER yang ada... Atau kamu mahu pendekar hentam kamu..MAHU???

Sehingga itu, salam perjuangan dan salam hati buat anda...

p/s : Jom berselawat dan bersyukur kepada ALLAH akan penutupan blog tersebut.. Alhamdulillah...

Wednesday, May 25, 2011

BLOG MAKCIK HAJJAH SITT AL WUZARA

Dunia internet digemparkan sekali lagi dengan kewujudan satu blog yang terang-terang menyerang peribadi dan merendah-rendahkan ciptaan ALLAH... Blog yang diberi nama Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara itu diwujudkan oleh individu yang boleh dikatakan sangat desperate dalam kehidupannya dan geram yang teramat sangat dengan Nabi kita Muhammad S.A.W.

Namun apa yang pendekar ingin ulas di sini adalah, jangan mudah melatah, jangan mudah meluahkan amarah tanpa memikirkan akan akibat yang mungkin akan kita dapati daripadanya. Cari jalan untuk mengatasinya.

JELINGAN MATA HARIMAU - AKU SENTIASA MEMANTAU...

Beberapa pendapat yang boleh pendekar berikan untuk tindakan Makcik Hajjah ini adalah :

1. Seorang yang desperate yang hidupnya mungkin berantakan dan penuh penderitaan sehingga mendorong dia menghina Nabi dan Allah.


2. Seorang yang gagal dalam kehidupan berumahtangga ataupun mungkin dia mengalami situasi di mana di duakan oleh suaminya ataupun teman lelakinya.


3. Otaknya telah dibasuh ataupun dalam bahasa lebih mudah di brainwash oleh dakyah-dakyah yang sangat berbahaya yang dilakukan oleh pihak yang berkepentingan.


4. Seorang yang gagal dalam kehidupan dan juga dalam menghayati erti sebuah kehidupan. Segala impian dan cita-citanya mungkin tidak kesampaian.


5. Rasulullah sendiri pernah berdoa. : " Ya Allah, Hidupkanlah aku dalam miskin, Tidurkanlah aku dalam miskin, Matikanlah aku dalam miskin.. " ... Namun makcik hajjah ini mungkin seorang miskin yang cuba nak jadi kaya tapi hajatnya tak sampai... Atau lebih senang disebut, tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada....


6. Melihat kepada gambar-gambar yang dipaparkan dalam laman blog nya, dapatlah disimpulkan bahawa sudah terang lagi bersuluh beliau termakan hasutan kafir laknatullah...


7. Persoalan kenapa Nabi menikahi Aisyah semasa berumur sembilan tahun sering digunakan olehnya untuk memburuk-burukkan Baginda. Juga kenapa nabi beristeri ramai juga menjadi satu isu baginya. Sedang setiap satu peristiwa dalam hidup nabi itu mempunyai hikmah yang tersendiri...


8. Mudah dikatakan bahawa dia telah MURTAD secara terang-terangan akibat tindakannya ini, jika nasihat tidak berguna baginya (orang tua makan nasihat ke??) Maka, bunuh adalah hukum yang wajar untuknya...


9. Dari cara dia mengolah ayat dan juga menulis, pendekar dapat simpulkan bahawa dia ini seorang yang berpendidikan, seperti katanya dalam blog " belajar di sekolah agama".... Tetapi sayang, ilmu yang dia ada tidak langsung digunakan untukkebaikan selain cuba untuk menyebarkan kebencian terhadap Rasulullah kepada diri kita.. Wallahua'lam....

Namun apa yang lebih penting, jika pendekar ingin menggunakan ilmu yang ada pada pendekar untuk menghentam dia seperti yang pernah pendekar lakukan sebelum ini, amatlah sadis lagi kejam untuk diterima...

Adapun ingin pendekar terangkan di sini akan sebab sebenar Rasulullah menikahi Ummul Mukminin Aisyah R.A bagi pengetahuan kita bersama. Adapaun Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq bagaikan air  sungai yang mengadlir tanpa halangan....Eratnya pesahabatan mereka bagaikan aur dan tebing... Demi menjaga hati sahabatnya itu dan juga mengelakkan rasa tidak puas hati yang mungkin akan berlaku.. Rasulullah telah menikahi Siti Aisyah R.A...

Namun begitu, ada hikmah di sebalik kejadian tersebut, dengan pernikahan tersebut telah dimuktamadkan dengan sesungguhnya bahawa tidak salah menikahi seorang gadis yang berumur 9 tahun... Tujuan sebenar pernikahan itu adalah untuk mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang tidak di ingini...

Namun begitu, adalah satu fakta bahawa sebaik menikahi Aisyah, Rasulullah tidak langsung menyentuhnya lagi seperti layaknya seorang suami menyentuh isterinya sebelum disahkan bahawa Aisyah itu sudah baligh... Dan itulah sebenarnya yang berlaku...

Bagi kaum kuffar yang tidak memahami apa-apa mengenai sirah nabawiyyah, mereka akan menggunakan segala peluang dan ketirisan yang terhidang untuk menyerang kita. Percayalah, tidak sedikit yang telah tersesat dan terpengaruh dengan mereka...

Apa yang pendekar harap dengan membaca entry ini, sama-samalah kita berjuang mempertahankan apa yang kita ada... Hak kita dan keutamaan kita.. Jangan biarkan mereka-mereka ini menyesatkan kita...Namun jangan terlalu mengikut emosi dalam bertindak...Kelak kita sendiri ayang akan menanggung akibat nya...

Sehingga itu, salam perjuangan dan salam pemikiran rasional daripada pendekar untuk anda sekalian... Mudah-mudahan hati anda akan dilembutkan dalam menentang dakyah yang menghina Agama kita... Amin... Mudah-mudahan juga anda akan mendapat manfaat daripadanya...

AMARAN KERAS!! JANGAN SEBARKAN GAMBAR-GAMBAR YANG ADA DALAM BLOGNYA ITU KE TEMPAT LAIN~!!!!

ALLAHUAKBAR!!!

p/s : Menaip sambil melayan orang... ada ke macam tu?? Buruk betul perangai kan?? Heheh...

Tuesday, May 24, 2011

KEMBALI SEKALI LAGI KE TERENGGANU, KALI INI DI SHAHBANDAR, KUALA TERENGGANU.

Selepas ekspo di Pekan Budaya Marang tempoh hari, pendekar sekali lagi kembali ke Terengganu untuk menyertai ekspo di Bandar Shahbandar, Kuala Terengganu. Sekarang ini pendekar sedang duduk di sebelah logo 1 Malaysia yang ada di sini. Ceh~! Hahaha...

Dah lama rasanya pendekar tidak berjalan-jalan di dunia blogging. Memang sukar bila ada saja kekangan yang berlaku. Di samping kerjaya baru terkini, pendekar juga terlibat untuk membina sebuah laman web yang baru. Bukan setakat bina, malah untuk mempraktikkan ilmu SEO di dalam website tersebut.


Website yang berkaitan dengan mesin jahit dan juga segala aspek yang berkaitan. Pendekar ingin mengubahnya menjadi sebuah website yang akan dicari oleh para tukang jahit pakaian, pereka-pereka pakaian, suri rumah dan sebagainya... Hehehe...

Itulah tanggungjawab pendekar yang perlu pendekar laksanakan dalam masa 3 bulan. Yang bila orang taip mesin jahit sahaja, website tersebut akan menjadi salah satu projek pendekar yang terbaru...

Dan tidak lupa juga untuk menghebahkan kepada anda sekalian bahawa pendekar berkuda dot com sudah hampir pasti menjadi satu entiti yang terbaru dalam rangkaian network pendekar berkuda... yezzzaaaaa.... selain itu mulai bulan depan, website pendekar berkuda semuanya akan berada di dalam platform wordpress... insyaALLAH... doa-doakanlah ya...

Dan untuk kesekian kali, pendekar ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada sekalian rakan blogger yang ada di sini.... juga yang membaca apa yang pendekar lakarkan di sini.... Semoga anda sekalian berjaya di dalam dunia blogging... Amin...

Jadi, nikmatilah keindahan seni permainan bahasa dan SEO yang cuba untuk aku lakarkan di kanvas maya... (^_^)

Sehingga itu, salam perjuangan dan salam hati untuk anda sekalian ya... (^_^)

Sunday, May 22, 2011

SENARAI PENUH NAMA-NAMA MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT , SELANGOR / TRAGEDI ASRAMA BERDARAH

UPDATE TERKINI senarai nama-nama mangsa yang terlibat dalam tragedi kejadian tanah runtuh di felda semungkus, batu 14, hulu langat, Selangor.

Senarai nama-nama tersebut adalah seperti:

Senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh(Sumber Bharian)

Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi * 10) Zaid Ashwal, 18,
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,
Enam yang masih tertimbus ialah:
1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11,
* umur tidak diketahui
  Copy paste dari donny Lelaki Borneo... Hahahah... jangan marah Don~!!

BOLEHKAH KITA MENJADI SEDIKIT PEKA?

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat, Selangor telah mencetuskan fenomena yang tidak sedikit kepada orang ramai. Walaupun hanya melibatkan sebuah asrama anak-anak yatim iaitu Rumah Anak-Anak Yatim At-Takwa di Felcra Semungkus, Batu 14 Hulu Langat Selangor, namun ramai yang memberikan perhatian mereka terhadap malang yang menimpa kawasan tersebut.

Mesti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Sama ada kita sedar atau tidak, apabila anak-anak yatim tersebut dijadikan mangsa oleh kerakusan kita sendiri. Sama ada kita mahu akui atau tidak, Allah sedang menguji kita mengenai apakah perasaan dan emosi kita apabila perkara tersebut berlaku di sekeliling kita. Adakah kita masih bersikap aku-aku-kau-kau lagi ataupun kita boleh mengambil langkah yang sewajarnya dalam membantu mereka-mereka yang ditimpa musibah itu.



Di sini pendekar ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para blogger yang rajin mengemaskini maklumat terbaru mengenai kejadian tersebut. Kerajinan anda pasti akan berbaloi.. Di samping limpahan trafik yang anda akan perolehi.. Juga Anda telah membantu mereka-mereka yang inginkan maklumat terkini mengenai kejadian tersebut secepatnya. Bukan kah itu sesuatu yang bagus buat mereka dan anda juga?

Percayalah, menjadi blogger yang peka dengan keadaan sekeliling itu lebih baik daripada menjadi blogger yang syok sendiri. Sementelahan kita ini hidup bermasyarakat, susah dan senang hendaklah kita pikul bersama, mana tahu dengan tindakan anda itu nanti, akan ramai yang hadir untuk menghulurkan bantuan meringankan beban para penghuni asrama tersebut. Wallahua'lam....

Pendekar pinta, jangan ada yang mempersoalkan ramainya yang update entry mengenai hal ini. Bagi mereka-cukuplah sebuah dua blog yang update. Kenapa semua perlu update? Cara berfikir seperti itu adalah cetek... Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar... Jangan kerana kalah judi kawan di bunuh... Seboleh-bolehnya jadilah seperti semut dan kerengga yang saling bantu membawa pulang makanan ke sarang.... Sikap begitu adalah lebih baik...

Adapun bukan mudah untuk anda mengemaskini maklumat setiap masa, namun percayalah akan ada faedahnya yang akan anda dapati... Jangan seperti kera sumbang, kau tidak suka orang, kau bikin bising memekak hina... itu celaka namanya..

Jadi, seberapa peka kah kita kepada keadaan di sekeliling kita? Wallahua'lam...

*****


Di kesempatan ini juga pendekar ingin mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN buat sahabat blogger Yuyu Zulaikha yang menyambut hari lahirnya yang ke 24 pada hari ini... eh..betul ke tidak, main bantai saja... dem~!! hahahaha....

Semoga kamu dimurahkan rezeki dan dirahmati selalu ya Cik Yuyu... Amin...

*****

Sehingga itu, salam hati dan salam perjuangan untuk anda...

Tidak lupa juga terima kasih kerana membaca...  (^_^)

Saturday, May 21, 2011

KONKLUSI PESTA PEKAN BUDAYA DAERAH MARANG 2011 DAN PERSOALAN WUJUDKAH PENDEKAR BERKUDA DOT COM??

Assalamualaikum dan salam sejahtera satu dunia buat sekalian para pembaca blog pendekar berkuda.  Mudah-mudahan anda sekalian sentiasa ceria dan gembira ya.

Pesta Pekan Budaya Daerah Marang 2011 memasuki hari terakhir. Selepas ini pendekar akan pergi pula ke Kuala Terengganu. InsyaALLAH. Kalau tak ada aral lah. Namun sedikit kupasan yang dapat pendekar berikan mengenai pesta ini adalah.
  1. Awal-awal kami sampai waktu pagi. Jam 7 pagi baru sampai kat Pantai Kelulut. Maing-masing masih lagi mengantuk. So, kami semua tidurlah jawabnya..
  2. Pantai Kelulut sangat bersih di awalnya, namun di akhirnya sangat kotor. Orang Marang memang tak sayang pantai mereka ya?? Sampah dibuang merata-rata di sepanjang pantai. Bersepah-sepah... Alahai Marang...
  3. Ekspo ini memang sangat terbaik. Ada sebuah kedai makan yang memang sangat sedap. Restoran Erma. Baru lagi kot bukak. Kami memang selalu makan di situ bila habis berniaga lewat malam. Memang terbaik lah.
  4. Tidak sah jika tak tinggalkan jejak kat sini kalau dah sampai kan? so, dengan penuh tak malunya melakar sesuatu di pantai...  Kalau sesiapa yang baca, sila beritahu ya. Hehe..
  5. Tiada gambar yang di ambil di sini.. huhuhu... tak ada gambar-gambar kenangan la.. dem~!
  6. Sempat lagi membersihkan pantai sorang-sorang di pagi hari... Pemandangan sangat indah, tetapi dirosakkan oleh sampah sarap yang bersepah-sepah... Jadi pemungut sampah tak bergaji pulak dah...
Dan kesimpulannya, Pesta Pekan Budaya seperti ini wajar diteruskan untuk merancakkan aktiviti-aktiviti di daerah tersebut. Namun, sikap masyarakat juga wajar di tegur supaya dapat menjaga kebersihan pantai mereka yang indah itu...

********

Membaca dari blog Cik GayahSpears yang mengatakan bahawa dia dan ayie telah menghack blog pendekar berkuda. Memang menimbulkan persoalan bila URL blog tersebut adalah http://pendekarberkuda.com. Ramai yang pelik, bukankah pendekar memakai URL http://www.pendekarberkuda.org? dan ramai yang pelik juga bila mereka bilang itu cuma gurauan semata.

Namun realitinya PENDEKAR BERKUDA DOT COM TELAH LAMA WUJUD.... Sejak sebelum blog pendekar berkuda ini memakai domain dot ORG lagi. Namun atas beberapa masalah seperti hosting dan sebagainya maka blog tersebut tidak dapat digunakan. InsyaALLAH, jika tiada aral, blog tersebut akan menjadi website janaan pendapatan yang akan pendekar laksanakan nanti.

Makanya, hanya masa akan menentukan bilakah blog PendekarBerkuda.Com akan pendekar gunakan nanti. Nantikan saja ya... hehehe....



******

Pendekar ketinggalan banyak isu-isu penting di sepanjang masa kini, apa yang pendekar tertinggal sangat banyak rasanya, isu mengenai blogger SolihinZubir menegur aktres Tiz Zaqyah adalah salah satu daripada apa yang pendekar tertinggal. Agak-agak isu ini masih panas tak? Kalau masih panas, terasa nak join sajalah...hehehe...

Juga ada lagi beberapa isu yang pendekar tertinggal di sini sepanjang ketiadaan pendekar di dalam dunia blogging.. Jadi untuk sementara waktu, pendekar akan ulas mengenai isu tersebut seadanya. Termasuk kisah seorang blogger gossip yang pendekar sedikit tidak berkenan dengan sikapnya... Tapi nantikan saja...

Oh ya, blogger Mas Ahmad Safwan mengumumkan bahawa dia ingin mengundurkan diri dari blogging atas alasan tersendiri. Apa-apapun alasannya, semoga dia dapat yang terbaik dalam hidupnya. Amin..

*********

PENGUMUMAN TERPENTING

Dengan Lafaz BismillahirRahmanirRahim, dan lafaz ALHAMDULILLAH segala puji-pujian bagi ALLAH Tuhan seru sekalian alam, Pendekar Berkuda dengan ini mengumumkan bahawa pecutan kuda telah dilaraskan dengan jayanya dan selepas ini Pendekar Berkuda akan terus melajukan kepantasan kuda sepantas yang boleh... Jadi, nikmatinyaaaaaaaaa~!!!

Salam Perjuangan dan terima kasih kerana membaca~!!!

Terima kasih kepada Sponsor, MesinJahit.My atas sponsor yang diberikan ini.

Dan terima kasih juga kepada anda yang setia bersama pendekar berkuda~!! InsyaALLAH, jika tiada aral, bulan Ogos nanti pendekar akan anjurkan pertandingan buat anda. Hadiahnya rahsia lagi. Okay sekalian?? Hehehe...

Salam hati...

    (GAMBAR) KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT, SELANGOR

    Berita Terkini TV3 baru saja melaporkan ada kejadian tanah runtuh di Felda Semungkus, Batu, 4 Hulu Langat Selangor dan dilaporkan bahawa dua mayat telah ditemui dan seramai 22 orang lagi dikhuatiri masih tertimbus. Kejadian runtuhan tanah tersebut turut melibatkan sebuat rumah kebajikan iaitu Rumah Anak-Anak Yatim At-Takwa dan terdapat pelbagai percanggahan berita yang dilaporkan.



    Berikut adalah petikan dari Utusan Online.

    Lima kanak-kanak terperangkap dalam tanah runtuh

    21/05/2011 4:48pm

    KUALA LUMPUR 21 Mei – Sebuah rumah anak yatim di Felda Semungkus, Batu 14, Hulu Langat, ditimbus runtuhan tanah yang dipercayai terletak di tebing sebuah bukit hari ini.
    Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, kejadian berlaku pukul 2.30 petang itu mungkin melibatkan lima mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam bangunan.
    Katanya, setakat ini, tiga mangsa telah berjaya diselamatkan oleh pasukan tersebut dengan yang terakhir pada pukul 3.38 petang. – Utusan
    Apa-apapun semoga ramai yang terselamat. Amin. Sama-samalah kita doakan ya.

    Wednesday, May 18, 2011

    LIRIK LAGU OST FILEM NUR KASIH | DRAMA NUR KASIH

    Bukan main lagi sejak FILEM DAN DRAMA NUR KASIH mula meledak ya.. Lirik lagu tema ataupun ORIGINAL SOUND TRACK OST NUR KASIH pun di cari orang... memang terbaiklah... Oleh itu..apa kata kita layan... jom jom jom...

    Lirik OST Nur Kasih (Yassin feat. Tiz Zaqyah)

    [Tizz]Lewat ini ku rasakan
    Kasih kian ku dambakan
    Resah hati yang ku pendam
    Pada takdir dan harapan

    Detik waktu dan suratan
    Siapa tahu ketentuan
    Ku mencari cahayanya
    Dalam bayang kegelapan

    Nur kasih
    Nur kasih
    [Tiz&Yasin] Nasib hidup dan pilihan
    Lain hukum setiap insan
    Melayarkan perjalanan
    Dalam maya kesamaran

    Nur kasih
    Nur kasih

    Aku kembali kerana masih
    Mencari yang hakiki
    Sinar pasti
    Janji suci yang abadi

    Ooo kasih
    Nur kasih
    Oh nur kasih
    Nur kasih

    Aku kembali kerana
    Masih mencari yang hakiki
    Sinar pasti
    Janji suci yang abadi

    Nur nur ya nur kasih
    Nur ya nur kasih
    Nur nur kasih
    Nur kasih

    Komen : Memang syahdu la...huhuhu....layanz....

    PESTA PEKAN BUDAYA DAERAH MARANG 2011 @Denaihati

    Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai sekalian penghuni maya...dan pembaca blog Pendekar Berkuda. Adapun akan pendekar ingin khabarkan kepada anda bahawa pendekar kini berada di Pantai Kelulut, Marang Terengganu demi mencari sesuap nasi bagi mengisi perut yang kelaparan....

    Adapun Pendekar sedang menjoinkan diri untuk memeriahkan Pesta Pekan Budaya Daerah Marang 2011 di mana bermacam-macam acara dan promosi dijalankan di sini. Pesta yang sangat meriah terutamanya bila tiba jam 5-7 petang dan 9-11 malam... memang ramailah orang yang datang...

    Adapun pendekar tidak berkesempatan untuk mengupdate blog kerana kekangan masa dan dan kesibukan yang terlampau... Jadi maaf kepada para pengunjung setia blog ini kerana tiada entry baru buat anda.... Terima kasih juga pendekar ucapkan kepada anda terutamanya kepada mereka-mereka yang rajin singgah ke blog ini walaupun pendekar tidak mengupdate entry baru... terima kasih ya sekalian...

    Bila nak sebut pasal pantai..memang pantai kelulut ini sangat best...bangun tidur dah ada angin sepoi2 bahasa menyapa dari laut... Memang indah...yuhuhuhu...Siapa yang belum pergi lagi...marilah singgah sini... Lagipun di sini ada penginapan homestay disediakan... Maka, anda boleh saja menginap di sini... Makanan pun memang terbaik... Hehehe.... Jadi datanglang beramai-ramai ya... hehehe...

    ********

    Beberapa minggu tapa update blog memang mengancam trafik blog pendekar berkuda... Semakin berkurang dah berkurang... Namun masih lagi berada dalam hampir 1000 UV sehari.... memang berdukacita bila melihatnya... demm~!! Tak mengapa lah..nanti bila dah update laju-laju, pendekar akan pastikan trafik blog ini maintain beribu-ribu lagi sehari.. target nak trafik 10k sehari...anda rasa boleh tak pendekar dapat trafik setinggi itu?? hehehehe.... Kita sama-sama tunggu....

    Trafik Minggu Lepas

    Trafik Minggu Ini
    Anda nampak kan betapa menjunamnya trafik blog pendekar berkuda ini apabila tidak mengupdate entry... wuhuhuhu... memang sedih... paling banyak trafik yang pernah pendekar perolehi adalah 7k sehari.. memandangkan blog ini adalah blogspot punya platform... jadi kerja keras itu perlu untuk mendapatkan nilai trafik yang terbaik untuk blog ini...

    Itulah kepentingan entri SEO yang pernah pendekar ajar kepada anda.... dan juga pendekar tulis di sini... betapa walau tanpa update entry sekalipun, anda masih lagi bisa mendapat trafik yang tinggi melalui enjin carian seperti Google dan juga Yahoo mahupun Bing....

    Majoriti trafik ke blog ini adalah dari enjin carian seperti di atas... Lihat contoh seperti di bawah...

    REFERRER MINGGU INI
    Anda boleh lihat kenapa seni permainan SEO itu penting.. sepenting hidupnya blog anda... meski tak ada sangat yang masuk ke blog anda jika anda tak update entry..tapi dengan Seni Permainan SEO...anda tak perlu ragu-ragu dan bimbangkan lagi mengenai trafik blog anda.... Percayalah tidak sedikit yang telah mendapat manfaat daripadanya... hehehe...

    ********

    Menyorot kehidupan di sini... Awek terengganu memang cun ya?? Tergugat iman den dooo...Keh keh keh... Nasib baiklah masih sedar diri... aku mahu tetapi aku tidak bisa....memang benar...aku mahu tetapi aku tidak bisa.. Hanya itu saja...

    Untuk itu...Salam indah persahabatan buat sekalian pembaca blog pendekar berkuda... semoga anda dicucuri rahmat Ilahi... Amin...
    Psst~! Al-Fatihah untuk dua orang guru muda yang mati lemas di Kijal semalam iaitu sempena Hari Guru... Juga Selamat Hari Guru buat sekalian Guru-Guru di Malaysia... 

    Monday, May 16, 2011

    MYKAHWIN DOT MY - DIREKTORI PERKAHWINAN ANDA

    Banner
    KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE MYKAHWIN.MY
    Berjalan-jalan di alam maya, pendekar terjumpa sebuah blog yang menyajikan direktori mengenai hari paling bersejarah dalam hidup anda. Saatnya anda akan menjadi ratu sehari. Laman web ini penuh dengan info-info mengenai perkahwinan, dari sekecil-kecil proses sehinggalah saat anda sudah bergelar Raja dan Ratu sehari dan seterusnya berbulan madu...

    Friday, May 6, 2011

    39 ISTERI 94 ANAK

    Ziona Chana dari Baktawang, Mizoram , India mempunyai seramai 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 menantu perempuan dan juga 33 cucu... Semua mereka tinggal di mansion 100 bilik tidur... Isteri-isterinya berkongsi peraturan pusingan dan giliran untuk melayan beliau di bilik tidur...

    Selain itu, seramai 30 orang anak diperlukan untuk menyediakan makan malam... Pergghhhh~~~~!! Lumayan... huhuhu...

    Layaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............





    Amaran : Tiada kebenaran kahwin sebegini di Malaysia... Sekian...

    Thursday, May 5, 2011

    KENAPA PERLU GUNA BAHASA JOHOR?

    Assalamualaikum dan salam 1Dunia buat para pembaca setia blog pendekar berkuda.

    Terima kasih kerana sudi lagi mengunjungi blog yang membosankan ini. Terima kasih juga kerana masih lagi sudi untuk bersama-sama pendekar dalam perjuangan ini.

    Dalam entry sebelum ini MEMBINA KEKUATAN DARI DALAM DIRI, pendekar tertarik dengan komen daripada sahabat blogger iaitu Ayie. Komennya boleh di lihat di dalam entry tersebut.

    Ayie antara lain menyebut bahawa penggunaan bahasa Melayu Johor adalah sangat mudah difahami dan juga di sebut. Pendekar sangat berterima kasih atas pandangan beliau itu. Namun izinkan pendekar untuk mengatakan bahawa pandangan beliau itu ada kelemahannya.

    Penggunaan bahasa Melayu slanga Johor dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan ilmu bukanlah satu cara yang efektif. Kenapa pendekar bilang seperti itu? Izinkan dahulu pendekar beritahu sedikit sebanyak mengenai sejarah asal usul pendekar. Pendekar lahir di Johor dan sangat sayangkan negeri Johor walaupun pendekar tidak dibesarkan dan didewasakan dalam lingkungan masyarakat negeri Johor. Namun semangat kecintaan pendekar kepada negeri Johor tidak pernah luput. Pendekar bangga untuk menyebut bahawa pendekar anak negeri Johor.


    Namun dalam aspek pemikiran kritis dan perkembangan idea, penggunaan sebutan bahasa Melayu slanga Johor amatlah tidak sesuai. Dari pengalaman pendekar sendiri, pendekar lebih gemarkan sebutan baku daripada sebutan slanga atau cara sebutan negeri lain. Kerana banyaknya manfaat yang boleh diperolehi daripada sebutan baku tersebut.

    Suka untuk pendekar sebut bahawa sebutan baku lebih wajar digunakan sebagai wadah penyatuan masyarakat berbilang kaum. Jika anda tidak percaya, cubalah tanya dan berbual dengan bangsa lain, bagaimanakah cara sebutan mereka? Adakah mengikut slanga Johor atau kita hanya syok sendiri?

    Contohilah bahasa Indonesia yang menjadi bahasa penyatuan negara mereka. Walaupun terdapat berpuluh-puluh ribu etnik dan loghat di negara tersebut, namun satu bahasa yang benar-benar bersifat nasional dan paling mudah di fahami oleh semua golongan menjadi simbol komunikasi yang berkesan di antara mereka.

    Namun di sini, adakah kita mendapatkannya? Sudah pasti tidak! Kerana bermacam-macam dialek dan pertuturan negeri-negeri membayangi keutamaan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan seharian dan juga komunikasi korporat. Ini tidak termasuk lagi para eksekutif muda dan para pemimpin Melayu yang lebih gemar berbicara dalam bahasa Inggeris tanpa mempedulikan kewajaran untuk memartabatkan bahasa mereka...

    Oleh itu kita boleh lihat adanya sedemikian banyak masyarakat bukan Melayu yang langsung tidak fasih berbahasa Melayu walaupun mereka tahu bahawa bahasa Melayu adalah BAHASA RASMI NEGARA~!!

    Jadi usahlah anda hairan dan janganlah syok sendiri lagi...pendekar pinta itu...fikirkanlah mengenai masa depan bahasa Melayu untuk puluhan tahun akan datang... fikirkanlah akan kedudukan bahasa Melayu di negara ini sepuluh tahun akan datang.... Janganlah difikirkan akan keuntungan dan rasa megah yang akan anda perolehi dengan mengabaikan bahasa Melayu ini... Namun fikirkanlah demi kesinambungan bangsa dan bahasa kita~!!

    Salam Perjuangan dari Pendekar Berkuda...

    Assalamualaikum....


    KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 | SEMAKAN

    Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 telah boleh dilakukan secara online.

    Kepada calon-calon yang ingin mengetahui keputusan tawaran ke tingkatan 6, anda boleh membuat semakan dengan mengklik pada link pautan yang diberikan di bawah.


    SEBELUM BACA ENTRY YANG LAIN, APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

    SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 2011 | TAWARAN

    Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2011 boleh dibuat mulai  02 Mei 2011 di Portal KPM. Semakan melalui SMS juga boleh dibuat dengan menaip :

         MOET6 [No_KP] dan hantarkan kepada 15888

    Sumber : Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia

    SEBELUM BACA ENTRY YANG LAIN, APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

    COPYRIGHT & HAKCIPTA

    Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

    Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

    JazakALLAHu Khairun...

    Pendekar Berkuda