Thursday, April 28, 2011

SEMAK KEPUTUSAN TAWARAN MATRIKULASI 2011 ANDA SEKARANG~!!

Adalah diumumkan bahawa keputusan tawaran kemasukan ke matrikulasi 2011 telah di umumkan secara rasminya...oleh itu dinasihatkan kepada para pemohon untuk membuat semakan dengan mengklik pada link yang diberikan di bawah...

Selamat berjaya~!!!

SEMAK KEPUTUSAN TAWARAN MATRIKULASI ANDA SEKARANG~!!






SEBELUM BACA ENTRY YANG LAIN, APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

BERPAGI-PAGI

Bangkit tidur...
Pagi pagi...
kokokan ayam...
sahutan anjing...

Bajingan langsai...
dimamah usia...
Bangsat terhimpit...
Dimamah hina...

Pagi ini...
kukatakan dengan jijik...
betapa aku benci...
berpagi-pagi di hurung dusta...

selamat pagi yang hina...
kepada semua manusia melata...

VIDEO SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM PART 2

VIDEO ORIGINAL SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM PART 2

Apabila rakyat mula membantah mengenai apa yang diperkatakan sebagai satu cara untuk membuka keaiban seorang individu yang juga seorang pemimpin pembangkang yang dikenali di negara ini. Semakin banyak spekulasi, polemik, dan juga omong-omong kedai kopi yang bertebaran di seluruh pelosok negara.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah masalah yang ditimbulkan oleh para penyokong dan juga mereka-mereka yang menyokong mahupun membangkang penayangan tersebut.

Namun pada pendapat pendekar, selagi kebenaran berada di atas puncak segala sesuatu, maka kewajaran itu terpinggir di mana-mana. Kebenaran itulah yang kita mahukan untuk menyokong seseorang yang dizalimi dan dinafikan haknya untuk mendapat keadilan. Dan juga seluruh rakyat yang dinafikan haknya untuk mengetahui kebenaran.

Seperti mana hak seorang rakyat untuk mengetahui kebenaran yang sesungguhnya selepas diberikan segala macam perkara-perkara yang membelitkan kepala fikir... Maka adalah wajar untuk kita mendapat apa yang kita mahukan dalam mengemukakan kebenaran itu kepada khalayak...

Namun dalam aspek-aspek seperti ini, adalah lebih baik sekiranya segala perilaku itu dibincangkan dalam suasana yang tertutup..hanya dengan melantik mereka-mereka yang boleh dipercayai sebagai wakil dalam menentukan apakah yang sebenarnya berlaku dan siapakah yang terlibat...

Persoalan yang selalu kelua di dalam benak jemala para rakyat adalah... Adakah benar Anwar yang berada di dalam situasi tersebut?? Jadi adalah menjadi kemestian untuk segala pihak berwajib bertindak ke atas segala spekulasi dan segala polemik yang wujud disebabkan oleh kisah ini...

Apa-apapun yang pasti... Pendirian pendekar tetap sama... seperti sebelum ini...

VIDEO SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM PART 1


TERKINI! SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI 2011 ONLINE

Ini adalah keputusan TERKINI SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI 2011 ONLINE...

Adalah dimaklumkan bahawa laman web Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dapat diakses. Ini mungkin kerana masalah lebihan bandwidh ataupun masalah server yang di alami oleh laman web kementerian disebabkan oleh banyaknya semakan-semakan yang dilakukan oleh para pemohon.

Adalah dinasihatkan kepada para pemohon dan juga bakal pelajar matrikulasi supaya untuk membuat semakan keputusan permohonan ke matrikulasi pada hari esok PADA JAM 8 PAGI....


Sekian dimaklumkan kepada anda...


SEBELUM BACA ENTRY YANG LAIN, APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA KPLSPM / MAKTAB / IPGM AMBILAN KHAS JUN 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA KPLSPM / MAKTAB / IPGM AMBILAN KHAS JUN 2011

Semakan boleh dibuat sekarang dengan mengklik pada gambar yang disertakan di bawah.

Kepada calon-calon temuduga ambilan khas lepasan SMA / SMU dan UEC anda boleh membuat semakan mengenai keputusan panggilan temuduga untuk menuntut di maktab-maktab perguruan di seluruh negara.

KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN

SEMAKAN PENEMPATAN GSST GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH 2011 ONLINE

SEMAKAN PENEMPATAN GSST GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH 2011 ONLINE

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan aplikasi untuk membuat semakan penempatan guru sandaran terlatih ambilan 2011 secara online. Semakan adalah bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda IPTA dan boleh dilakukan dengan melalui laman semakan di bawah.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK MEMBUAT SEMAKAN.

SEMAKAN PENEMPATAN GSST ONLINE 2011

Wednesday, April 27, 2011

REAL MADRID VS BARCELONA LIVE STREAMING ONLINE CHAMPION CUP 27 APRIL 2011

Anda semua boleh menonton siaran langsung REAL MADRID VS BARCELONA LIVE STREAMING ONLINE CHAMPION CUP 27 APRIL 2011 secara LIVE langsung dengan mengklik pada gambar yang pendekar berikan di bawah. Selamat menonton.

REAL MADRID LAWAN BARCELONA LIVE STREAMING ONLINE

APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

WAJAH BARU PENDEKAR BERKUDA DAN STATISTIK DATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera 1Malaysia buat anda sekalian. Mudah-mudahan anda sentiasa sehat ya.

Kali ini pendekar nak kongsikan mengenai wajah baru blog pendekar berkuda. Eh? Ada ke blog ni berwajah baru? Tak ada nampak pun. Huhuhu...

Sebenarnya pendekar baru sahaja install Instense Debate yang ada CommentLuv di blog ini. Tujuannya? Supaya ada backlink ke entry anda semua bila anda komen di blog ini. Secara automatik pendekar dah berikan Backlink untuk blog anda. Dengan adanya Commentluv ini, pendekar bukan sahaja lebih mudah untuk membalas komen anda, malah anda juga lebih mudah untuk mendapat backlink sekaligus meningkatkat potensi untuk anda memiliki nilai Page Rank.

Oh, sebelum pendekar terlupa, izinkan dahulu pendekar kongsikan maklumat mengenai Alexa Rank blog pendekar berkuda. Anda boleh lihat Alexa Rank untuk blog ini setakat ini.

Okay, anda dah nampak kan? Huhuhu...kat Malaysia 618 je? maknanya trafik blog pendekar dari Malaysia adalah kurang daripada yang diperolehi oleh Izamir Ridzwan iaitu 4++... Maka, ranking blog pendekar di Malaysia adalah tinggi. Berlainan pula dengan ranking Global. Ranking Global untuk blog pendekar adalah lebih rendah daripada blog Izamir Ridzwan pada kedudukan 141k yang bermaksud blog ini lebih bersifat global dalam erti kata lain, blog pendekar lebih popular di peringkat dunia berbanding di Malaysia. Siapa tahu kenapa?? Hahaha...

Satu lagi adalah, Site Linking In, yang bermaksud backlink bermutu tinggi yang pendekar dapat daripada blog atau website lain. Di sinilah kepentingan sebenarnya untuk mendapatkan PR yang tinggi. Semakin banyak backlink yang kita miliki, semakin cerah peluang untuk kita mendapat PR...

Jadi..jangan bimbang untuk komen di entry pendekar ya... kerana anda sendiri yang untung nanti.

Sekian...malam ni nak menonton REAL MADRID membelasah BARCELONA...tengok siapa lebih bagus... GO CHELSEA GO~!! (tetiba lak.... hahaha...)

SEBELUM BACA ENTRY YANG LAIN, APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :


Salam Hati...(^_^)

Tuesday, April 26, 2011

SCHALKE 04 VS MANCHESTER UNITED LIVE STREAMING 26 APRIL 2011 CHAMPION CUP

Anda semua boleh menonton SCHALKE 04 VS | LAWAN MANCHESTER UNITED 26 APRIL 2011 secara LIVE langsung dengan mengklik pada gambar yang pendekar berikan di bawah. Selamat menonton.

SCHALKE 04 LAWAN MANCHESTER UNITED LIVE STREAMING ONLINE

APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA KE IPTA / UPU BAGI LEPASAN STPM DAN SETARAF 2011

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA KE IPTA / UPU BAGI LEPASAN SPM DAN SETARAF 2011

Semakan panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) boleh dibuat mulai 28 April 2011 melalui kaedah berikut:-
Temu Duga akan dijalankan pada 28 April - 8Mei 2011
Semakan panggilan Temu Duga ( Pendidikan) boleh dibuat mulai 20 Mei 2011 melalui kaedah berikut:-
  • SMS (Short Messaging Services)
    My SMS - 15888
Temu Duga akan dijalankan pada 25 Mei - 1 Jun 2011

PELANCARAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 16 MEI 2011

TEMA HARI GURU 2011 : GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 16 MEI 2011



Puisi Buat Guru..

Setitik keringat yang jatuh...
Umpama segenggam emas yang padu..
Menggambarkan sebuah harga ilmu...
Yang dicurahkan oleh sang guru...

Lembut dalam sikap...
Tegas dalam tindak...
Kasih dalam ajar...
Suka dalam tugas...

Oh Guru..
Tidak akan lahir seorang Perdana Menteri...
Tidak akan lahir seorang peguam ternama...
Tidak akan lahir seorang doktor terkenal...
Tidak akan lahir usahawan berjaya...
Dan tidak akan lahir tokoh terulung dunia...
Tanpa di awalnya...
Dia terdidik oleh kasih gurunya...

Guru itu...
Insan yang tersanjung...
Insan yang sungguh agung...
Insan yang penuh untuk...
Kerana dia umpama mentari...
Yang muncul menerangi gelapnya diri...
Mengajar erti sebuah jati diri...

Sedang Muhammad SAW itu guru...
Sedang Ulama itu guru...
Sedang Hakim itu guru...
Sedang Pensyarah itu guru...
Sedang cikgu sekolah itu guru...

Namun semuanya dibezakan pada gelar...
Gelar oleh jawatan indah...
Membezakan taraf sekalian mereka...
Walau pada asalnya...
Semuanya sama tiada beza satu apa...

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA....



nukilan jiwa : Pendekar Berkuda

Sunday, April 24, 2011

MEMBINA KEKUATAN DARI DALAM DIRI

Assalamualaikum dan salam 1Dunia dari pendekar buat para pengunjung dan pembaca blog ini. Jika sebelum ini dalam entri KENAPA PENDEKAR SKEMA DALAM MENULIS?? pendekar dah terangkan mengenai pentingnya menulis dalam bahasa ejaan penuh, kali ini pendekar akan lakarkan pula cara-cara menggunakannya...

Banyak responses yang  pendekar terima dari entry tersebut. Rata-ratanya adalah maklumbalas positif dalam kewajaran penggunaan bahasa baku dan ejaan penuh dalam penulisan entry di dalam blog. Bagi mereka-mereka yang menggunakan bahasa ejaan penuh ini, pendekar ucapkan TAHNIAH dan SYABAS untuk anda. Bagi mereka-mereka yang lain pula, anda masih boleh lagi mencuba untuk melakukannya...

Bahasa baku ataupun bahasa ejaan penuh adalah bahasa rakyat negara ini dahulu... Bahasa yang menyatukan satu rumpun budaya Melayu... Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura... Bahasa Melayu inilah yang memberikan kita kebebasan untuk mengamalkannya walau di mana sahaja...

Namun oleh kerana sikap segelintir pemimpin negara yang mementingkan diri sendiri dan juga mahu menjaga tengkorok mereka, mereka telah memecah-belahkan perpaduan bangsa Melayu di Asia Tenggara ini. Mereka-mereka ini yang merupakan pemimpin-pemimpin Melayu telah menghancur-lumatkan perpaduan bangsa Melayu dengan memperkenalkan cara pengajaran baru dalam matapelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah megikut cara sebutan Melayu-Johor.

Jika pendekar bilang di dalam negara ini hanya satu sahaja loghat yang betul-betul lebih tertib dalam sebutan mereka iaitu loghat Negeri Kedah. Jika anda sebut "Malaysia", anda akan dapati perbezaannya... Jika dalam sebutan Melayu-Johor, perkataan "Malaysia" akan disebut sebagai "Meleisiyea..". Dan cuba pula anda dengar bila orang utara menyebutnya bagaimana?? Hehehe....

Itulah mentaliti pemimpin Melayu yang memusnahkan perpaduan bangsa Melayu dengan mengubah sebutan bahasa Melayu sesuka hati mereka... Suka untuk pendekar peringatkan kepada anda bahawa rakyat Sabah dan Sarawak lebih dekat dengan Indonesia dalam cara sebutan mereka berbanding dengan semenanjung!!!

Ini adalah fakta! Kerana kerakusan kuasa dan tamak haloba maka pemimpin-pemimpin lahanat ini telah memperjudikan keamanan negara ini. Kini anda boleh lihat betapa semangat kenegerian semakin menyerlah dengan banyaknya di mana-mana... Itulah yang terjadi bila bahasa yang satu itu menjadi permainan golongan gila kuasa.

Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia adalah antara institusi pengajian tinggi yang yang mengutamakan bahasa Melayu dalam pengajian mereka. Dan dua Universiti inilah yang menjadi pujaan hati pendekar sejak lama dulu. UKM merupakan universiti yang menjadi pilihan pendekar untuk melanjutkan pengajian namun mereka tidak menawarkan bidang yang pendekar minati. Jadi, Universiti Teknologi Malaysia menjadi pilihan hati.

Namun sejak pengamalan pengajian dalam bahasa Inggeris, maka, lebih banyak penghakisan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu berlaku. Di situlah letaknya titik mula kehancuran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bertaraf tinggi.

Semuanya adalah pengorbanan yang kita lakukan demi membodek kaum-kaum lain. Konon dengan bahasa Inggeris itu nanti Malaysia bukan sahaja makin moden dan maju.. Malah, akan lebih menjadi tumpuan dunia. Konon bangsa yang maju atas acuan sendiri. Celakalah bagi mereka yang berfikir seperti itu!!

Apa kita tidak boleh maju dengan acuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Apa kita akan lemah kerana bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu?? Persetankan sahaja alasan-alasan dangkal seperti itu!

Diam...

Kini, bahasa Melayu bukan lagi bahasa yang boleh diangkat tinggi. Sedikit demi sedikit kuasa bahasa Melayu dan kuasa lingua franca ini semakin terhakis akibat sikap pengamalnya sendiri. Alangkah kasihan!

Mudah-mudahan nanti akan ada lagi pejuang-pejuang bahasa yang gagah perkasa untuk memperjuangkan kesinambungan bahasa ini sebagai BAHASA PERPADUAN NEGARA!

Salam perjuangan dan terima kasih kerana membaca...

Saturday, April 23, 2011

KENAPA PENDEKAR SKEMA DALAM MENULIS??

Assalamualaikum dan salam 1Dunia buat para pembaca blog Pendekar Berkuda. Senyumlah seindah mentari pagi di ufuk dunia. Moga keceriaan selalu menggamit anda...

Salam persahabatan yang pendekar hulur lewat indahnya alam maya.. Biasa saja pada mereka-mereka yang tahu akan dunianya bagaimana... Dan biasa saja jika pendekar bilang pendekar suka begini...

Mungkin ada yang tidak menyukai blog pendekar dan memandang sinis lagi sarkastik akan blog ini kerana penggunaan bahasa ejaan penuh dan seni lagi skema ini... Tapi percayalah bahawa pendekar lebih suka begini...

Jika kalian lebih suka berbahasa tidak formal yakni bahasa pasar mahupun bahasa rojak... Ya...terserah saja pada kalian untuk berbahasa seperti itu... Namun izinkan pendekar meluahkan isi hati di sini...

Bahasa itu jiwa bangsa...bahasa itu juga jiwa budaya... bahasa itu juga melambangkan bangsa... Jika bukan kita yang mencintai bahasanya sendiri...siapakah yang akan mengagumi bahasa kita sendiri??

Jika anda lihat situasi sendiri... Perhatikan dengan sesungguhnya umat Melayu di Singapura... Perhatikan dengan sesungguhnya mereka-mereka di Afrika... Di mana bahasa ibunda mereka? Bagaimana pengamalan bahasa mereka di sana?? Sungguh sedih apabila bahasa mereka tiada lagi jiwa...

Tiada salah jika berbahasa dengan dunia..tapi percayalah...ada yang lebih utama dengan menggunakan bahasa seperti yang pendekar gunakan ini... Dunia kini menyaksikan proses globalisasi yang tersangat hebat...proses di mana bahasa Inggeris menjadi seperti badai yang menghempas samudera...Dan mahu atau tidak..kita terpaksa menghadapinya....

Pendekar bukan mementingkan trafik yang menggunung tinggi dengan bahasa seperti ini..cukuplah jika ada yang membaca dan menerima manfaatnya dengan bahasa seperti ini... Kerana mungkin mereka akan cuba pula untuk menggunakannya dalam penulisan mereka.. siapa tahu??

Pendekar sangat kagum kepada blogger-blogger di Indonesia yang memang diketahui sangat dedikasi dalam penggunaan bahasa ejaan penuh mahupun singkatan yang boleh diterima... Berlainan pula dengan blogger-blogger Malaysia yang terpengaruh dengan budaya popular sehingga mereka menyumbang kepada kemusnahan formaliti bahasa kita~!!!

Dem~! Persetankan saja segalanya... Tiada akan sesekali pendekar lelah dalam perjuangan memartabatkan seni permainan bahasa... Bukan mudah untuk kamu menjadi seperti ini jika kamu mementingkan populariti itu lebih penting dari ilmu~!

Celakalah bagi mereka-mereka yang memusnah-hancurkan bahasa ibunda yang tercinta ini! Kerana manusia-manusia seperti merekalah, bahasa penulisan kita kini lebih murah daripada harga keropok lekor yang di jual di tepi jalan~!! Betapa bangsa-bangsa lain langsung tidak tahu untuk menghormati bahasa kita kerana kebebalan dan ketololan kita sendiri!

Persetankan saja sikap seperti itu... Jika kamu tidak punya asa untuk menulis...Hentikan saja!

Diam...

Bahasa itu indah...namun mereka-mereka ini telah menjadikan bahasa itu lebih buruk dan hodoh dari segala segi..kerana kerakusan yang tiada erti...

Andai saja jika semua kita menggunakan bahasa yang indah ini..sudah pasti kita semua akan sentiasa tersenyum senang..kerana indahnya bahasa itulah yang menyerap di dalam jiwa penggunanya....dan kerana itulah Bahasa Jiwa Bangsa...

Keluh...

Namun hakikatnya amat payah untuk di fahami... bila wang dan populariti menjadi satu kemestian bagi blogger-blogger penyumbang kepada kerosakan bahasa ini... Mereka langsung tidak sedar akannya...mahupun langsung tidak mahu mengambil iktibar padanya... 

Atas mentaliti bahawa merekalah yang terbaik... merekalah yang terbijak... merekalah yang terkenal...dan merekalah yang tercerdik...maka...mereka menjadikan bahasa itu satu pertaruhan untuk segalanya...

Jadi..sampai di sini saja untuk tatapan anda... kerana bahasa seperti inilah yang menjadi jiwa seorang Pendekar Berkuda.... 

Nikmatilah akan ketenangannya...

Jangan mengharap akan kepantasan dan kebuasan aliran nafasnya...

Terima kasih kerana membaca...

Salam perjuangan untuk anda dari Pendekar Berkuda...

P/s : Luahan hati ini aku tujukan buat kamu-kamu yang merosakkan bahasa penulisan dengan sesuka hati kamu... 



GAMBAR PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM / USTAZ AMIRUL

GAMBAR PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM

Alhamdulillah, nampaknya ramai yang alert dengan berita pertunangan Ashraf Muslim hari ini. Bukan sedikit yang cari maklumat mengenai Ustaz Amirul ni... Hehehe...

Pertunangan adalah salah satu langkah ke arah yang lebih baik. Kehidupan berumah tangga. Selepas ini, dugaan dan cabaran pasti akan lebih besar. Sama-samalah kita doakan mereka berdua.

Jom lihat gambar diorang tunang... Pendekar cilok dari FP Irine Nadia Marcello... Takpe kan cik Irine? Hehehe...

Ashraf Muslim Dengan Tunang
Mesti ramai awek-awek dan gadis-gadis kat luar sana yang meraung ataupun kecewa dengan pertunangan beliau... Banyak lagi jejaka lain... Namun tidak salah berimpian... hehehe..

Selamat bertunang Ashraf...

Terima kasih sudi baca... (^_^)

PROGRAM MATRIKULASI KPM 2011 | SEMAKAN ONLINE

Kini ramai yang mencari akan cara untuk membuat semakan ke Matrikulasi. Untuk makluman anda, SEMAKAN MATRIKULASI KPM 2011 ONLINE hanya akan dibuka pada 28 APRIL 2011. Sila RUJUK Tarikh Semakan Kemasukan Ke IPTA / MATRIKULASI / POLITEKNIK 2011.

PROGRAM MATRIKULASI SESI 2011/2012 BERWAJAH BARU.

Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 berwajah baru dengan memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga jurusan yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang. Kursus-kursus berikut adalah:

1. Modul I
2. Modul II
3. Modul III

Permohonan yang telah dilaksanakan akan diproses dan pemilihan terhadap ketiga-tiga modul tersebut akan berlaku di Kolej-kolej Matrikulasi seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat dua program yang akan berjalan secara langsung iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun untuk jurusan Sains sahaja. Harus diingat Jurusan Sains mengandungi tiga modul yang diterangkan di atas. Pakej mata pelajaran adalah sama bagi kedua-dua Program Satu Tahun (PST) ataupun Program Dua Tahun.

Walaubagaimanapun, jurusan Perakaunan dan Teknikal masih mengekalkan struktur program yang sama seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

PROGRAM SATU TAHUN

Pelajar yang terlibat dalam PST terdiri daripada pelajar Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Teknikal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, pelajar daripada aliran Sains akan dipecahkan kepada tiga modul seperti yang disebutkan di atas. Setiap Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.

PROGRAM DUA TAHUN

Program ini mempunyai tempoh pengajian sebanyak empat semester. Walaubagaimanapun, hanya Jurusan Sains sahaja yang terlibat. Tiga modul seperti yang disebutkan di atas masih wujud cuma tempoh pengajian dipanjangkan sebanyak setahun lagi menjadikannya sebanyak dua tahun. Ini adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang baik tetapi masih ingin mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, program ini hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja.

PROGRAM TEKNIKAL

Program ini mula diperkenalkan pada sesi 2009/2010 dan dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Progam teknikal hanya menawarkan pengajian selama satu tahun dan struktur pengajian adalah sama dengan apa yang ditawarkan oleh PST.

PROGRAM PERAKAUNAN

Program ini hanya menawarkan jangkamasa selama satu tahun sahaja.

sumber : Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

SEBELUM BACA ENTRY YANG LAIN, APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

Friday, April 22, 2011

FENOMENA AWARD FOR BLOGGER MENGGEMPARKAN ARENA~!!

Di sana sini semakin banyak blogger yang bercerita mengenai blog-blog yang terbaik. Mana-mana blogger pasti akan terdengar akan gegak gempita laksana geroda ingin menyerang bumi. Di mana-mana sahaja perbualan kini tersingkap kepada satu perkara.


Gambar DARI SPONSOR BLOG. GNESOP.COM
...yang kini menggemparkan arena maya dan dunia blogging. Kontes yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) itu adalah satu platform yang begitu bagus untuk mengiktiraf prestasi dan kejayaan para blogger.

Pendekar pasti, dalam anugerah seperti ini, blogger-blogger popular pasti akan menguasai suasana. Pendekatan yang dilakukan oleh pihak DIGI lebih kurang pendekatan yang dilakukan oleh akhbar BERITA HARIAN yang menganjurkan ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN.

Sesuai dengan cara pemilihan pemenangnya,
Winners will be determined by the number of votes received by the entries.
Jadi tidaklah hairan jika blogger-blogger popular akan menguasai senarai pemenang anugerah tersebut. Jadi, proses promosi blog amatlah wajib dilakukan jika para peserta mahu memenangi salah satu daripada 16 Kategori yang dipertandingkan. Yezzaaaa~!!!

Sahabat-sahabat blogger tidak terkecuali untuk mencalonkan diri sendiri mahupun di calonkan. Namun kebaikan yang akan anda perolehi daripada keberanian mencalonkan diri sendiri adalah, anda akan memperolehi lebih banyak kenalan-kenalan baru dari kalangan blogger yang sebelum ini mungkin tidak pernah mendengar mengenai anda. Huhuhu...

Antara rakan-rakan blogger yang turut join adalah, Faizal Fredley, Yuyu Zulaikha, Ben Ashaari, Kodet Guide dan bebarapa orang blogger lagi yang akan menyusul nanti. Siapa yang mahu pendekar gunakan kuasa SEO untuk mendapat undian bagi mereka, sila bodek-bodek lah tuan punya blog ni okay... Hahahaha... Macam hareemmm....toksah nak mengada... dem yu~!!

Kenapa pendekar tak join? Eh..eh...eh... tak nak lah join kalau bukan orang yang calonkan kita.... Kalau kena diri sendiri yang calonkan...tak perlulah... biarlah orang yang menilai kemampuan dan kualiti yang ada pada blog kita. InsyaALLAH, satu hari nanti kita pasti akan tersenyum sendiri melihat betapa bertuahnya kita memiliki blog sendiri dan diiktiraf oleh orang lain...

DIGI memang TERBAIK dalam menghargai para blogger. DIGI memang terbaik dalam berkongsi pendapatan mereka bersama para blogger melalui iklan-iklan mereka yang selalu bermain di mana-mana blog. Hebaaaaaaaaaaatttttttttttttttttt~!!!!

Dan sepanjang bulan APRIL DAN MEI ini, DIGI sekali lagi melancarkan promosi besar-besaran mereka. Di antaranya adalah seperti di bawah ini.
CELCOM ada?? MAXIS ada?? Hahahaha.... macam hareeemmm betullah Celcom n Maxis nih... tak leh lawan ngan DIGI... Dermmmmm~!!

Akhir sekali kepada semua rakan blogger yang menyertai Contest tersebut, pendekar ucapkan selamat berjaya dan selamat mempromosikan blog anda~!! Ingat, tanpa promosi yang berkesan, penyertaan blog anda tiada gunanya... huhuhu...

Terima kasih sudi baca..(^_^)

 

TIPS BLOGGING : ALEXA RANK PART 2

Berbalik kepada entry Tips Blogging : Alexa Rank sebelum ini. Ada beberapa perkara penting yang ingin pendekar kupas di sini. Mungkin bagi mereka-mereka yang tidak pasti ataupun ragu-ragu akan kelebihan alexa rank ini. Mereka takut untuk mencuba.

Perkara keraguan mengenai alexa rank ini selalu berlaku kepada mereka-mereka yang ingin bertukar dari domain blogspot kepada domain sendiri. Memang sebenarnya jika anda bertukar dari domain blogspot ke domain sendiri. Alexa rank anda akan jatuh. Tapi sebagai satu langkah awal, anda boleh letakkan satu widget yang dipanggil ALEXA SITE WIDGET.
Widget di atas diletakkan di dalam ADD GADGET blog anda dan sangat penting untuk mengesahkan bahawa template dan URL yang anda miliki adalah sama sahaja seperti semasa anda berblogspot.

Cara nya adalah anda mesti berdaftar dahulu dengan ALEXA.COM. Anda boleh letakkan widget alexa sebelum bertukar ke domain sendiri. Jadi meskipun rank anda akan jatuh terlebih dahulu, tetapi oleh kerana site tersebut telah memiliki alexa rank sendiri. Jadi alexa akan detect domain baru anda itu. Di situ lah alexa rank anda akan turun dengan cepatnya.

Juga boleh dilakukan dengan meletakkan meta tag ke blog anda. Contoh meta tag tersebut adalah seperti di bawah ini.
<meta content='Pt0Q2wIsAftUuQoRdQ3fTGTPBz4' name='alexaVerifyID'/>
Cara untuk mendapatkan meta tag itu. Anda google la ya.. pendekar dah lupa... huhuhu...Meta tag itu harus diletakkan di bawah coding <head> di dalam edit html blog anda. Jadi alexa akan detect blog tersebut walau apapun domain yang anda guna.

Ramai blogger takut untuk bertukar ke domain sendiri kerana takut kehilangan PR mahupun Alexa rank. Tetapi mereka tidak berusaha untuk mencari jalan bagaimana dua perkara paling penting ini dapat dikekalkan semasa bertukar domain.

Bertukar domain berlainan dengan bertukar hosting. Effect jika anda menggunakan platform blogspot dan wordpress untuk domain yang sama iaitu sebagai misalnya www.pendekarberkuda.org ini di dalam platform blogspot. Jika pendekar bertukar ke platform wordpress dengan kata lain berhosting sendiri, maka, Alexa rank tidak akan terjejas teruk. Begitu juga dengan PR. Itupun jika kita tahu bagaimana untuk mengekalkan perkara tersebut.

Jadi jika anda seorang pengguna blogspot dan ingin bertukar ke domain sendiri, janganlah takut. Sedangkan pendekar sendiri ketika di alamat http://pendekarberkuda.blogspot.com memiliki alexa rank yang sangat mantap iaitu bawah 200k tetapi jatuh juga ke rank juta-juta ketika bertukar domain ke http://www.pendekarberkuda.org. Kini alexa rank untuk blog pendekar berkuda adalah 152,195 di peringkat global dan 695 di peringkat lokal iaitu di Malaysia.

Apa yang penting adalah keinginan kita untuk memperolehi yang terbaik untuk blog kita sendiri demi kebaikan diri kita sendiri dan bukannya orang lain. Semakin bagus blog kita, semakin bersemangat untuk kita terus berblogging..

Alexa Rank boleh di check di http://www.alexa.com. Taipkan URL blog anda di ruang yang disediakan.

Sehingga itu, selamat membaca dan selamat menimba ilmu blogging....

Salam hati....

Thursday, April 21, 2011

TIPS BLOGGING : ALEXA RANK

Sekarang ni ramai betul blogger yang berkata mengenai kepentingan Alexa Rank. Nampaknya semakin ramai yang celik ilmu mengenai Alexa Rank. Antara blogger yang berkongsi pengetahuan mengenai Alexa Rank adalah Izamir Ridzwan, Faizal Fredley dan juga Angin Malam.

Memang terbaik perkongsian yang anda lakukan. Pendekar sebenarnya sudah lama mengulas mengenai kepentingan Alexa Rank ini di dalam blog kita. Namun nampaknya ramai yang tertinggal entry tersebut. Maklumlah siapalah yang ingin baca mengenai Alexa Rank sebelum ni kan?

Jadi, kali ini pendekar kongsikan sekali lagi mengenai Alexa Rank dan kelebihannya kepada blog anda.


APA ITU ALEXA RANK?

LEMAS

Lemas
aku lemas
pada hujung muara
sungai hidup yang menghilir paksa

tewas
aku tewas
pada singkat nya usia
menggunung derita

lelah
aku lelah
pada setiap tenaga
yang terpaksa ku curah

moga masih bisa
untuk aku melangkah
meski perit getir hidup
menghimpit pundak jemala

aku mahu kau tahu
meski dirimu jauh beribu batu
aku akan tetap setia di sini
menanti akan hadirnya kamu

hanya kapan
bisa ku peluk erat pelangi
yang bersemayam di tabir hati...


Prince Of Knight

SEMAKAN UJIAN MEDSI MPM 2011 | SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN

Dimaklumkan bahawa SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN UJIAN MEDSI 2011 sudah boleh dibuat.

  1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 22 April 2011.
  2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 30 April 2011.
  3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

  5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

  8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

  10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

SEBELUM BACA ENTRY YANG LAIN, APA KATA KALAU ANDA KLIK LIHAT DULU PROMOSI-PROMOSI HEBAT DI BAWAH INI :

CERPEN PAUTAN : AKU ANAK DERHAKA - SIRI 13

Sambungan dari  CERPEN PAUTAN : AKU ANAK DERHAKA - SIRI 12
Sungguh~! Itulah senyuman paling indah pernah aku lihat selama ini. Senyuman itu. Bersama ulas bibir mungil itu. Membuatkan aku terpesona akan keindahannya. Aku, menahan teksi untuknya. Dan ketika dia ingin melangkah ke dalam teksi, aku menyapanya.

"Awak..." sapa ku.

Dia menoleh sambil menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulutku.
*******

"Boleh ke kita jumpa lagi nanti?" Kata ku tanpa berselindung. 

"Maksud awak?" Balasnya.

"Saya harap kita boleh jumpa lagi selepas ini..." jawabku sambil tersenyum.

"Kalau ada jodoh, kita pasti akan jumpa lagi.." balasnya sambil menutup pintu teksi tersebut.

Teksi itu bergerak meluncur laju ke arah jalan besar. Aku hanya memerhati kelibat teksi tersebut menghilang jauh di dalam kesibukan jalan raya ibu kota.

Hampir aku terlupa. Aku perlu mecari tempat penginapan sebelum itu. Namun berbekalkan wang yang sedikit di dalam kantung poket, adalah mustahil untuk aku menyewa hotel di bandaraya besar ini. 

Lantas aku turutkan langkah kaki ku ke mana arah. Aku ikutkan sahaja langkah kaki ku ini. Tanpa aku sedar. Aku telahpun sampai ke sebuah pusat membeli belah di ibu kota. Aku tercengang melihat kesibukan manusia berjalan-berlari-berduyun-duyun keluar masuk dari pusat membeli belah tersebut bagaikan semut dan anai-anai.

Menelaah jam di tangan menunjukkan jam 4.50 petang, aku mula berkeliaran tak tentu tujuan di dalam mall tersebut. Melihat kiri dan kanan sambil membawa beg sandang yang hanya berisi dua helai pakaian dan sehelai T-shirt. 

Kemudian aku terpandang sebuah kedai di situ yang mengiklankan,
"PEMBANTU KEDAI DIPERLUKAN. GAJI LUMAYAN. TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN. ELAUN. EPF DAN BANYAK LAGI."
Aku singgah ke dalam kedai tersebut. Kedai yang menjual pakaian-pakaian berjenama. Bertanya aku kepada kakitangan di kedai itu.

"Cik, bos ada tak??"

"Ada apa bang? Boleh saya bantu?"

"Bos ada tak? Nak tanya pasal iklan kerja kat luar tu."

"Bos ada kat dalam. Tunggu kejap ya, saya nak panggil."

Ku lihat gadis tersebut melangkah ke arah dalam pejabat. Tidak lama kemudian, dia pun keluar sambil diikuti oleh seseorang di belakangnya.

Aku pasti bahawa orang tersebut adalah pengurus di kedai itu.

"Awak nak kerja ke?"

Aku mengangguk sambil mengiyakan.

"Nama awak?"

"Zulhakimie Bin Hakim. Orang panggil saya Kimie.." jawabku.

"Nama saya Roslan, Pengurus di kedai ni.." balasnya.

*********

Kini, sudah lebih 3 bulan aku bekerja di kedai tersebut. Asrama ku tidaklah jauh dari situ dan aku hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai ke kedai itu.

Hari ini seperti biasa aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja ku. Dalam kotak fikirku sudah ada beberapa perancangan yang perlu aku lakukan untuk hari ini.

Atas kepercayaan bos kepada ku, aku diberikan kunci pendua untuk kedai. Kerana aku selalu datang awal dan oleh itu Encik Roslan telah memberikan kunci pendua kedai kepada ku supaya aku boleh membuka kedai dengan lebih awal.

Ketika aku sibuk melayan pelanggan, aku di sapa oleh seseorang.....





BERSAMBUNG LAGI..... Ngeh ngeh ngeh...

**************************************************************************

INI ADALAH SAMBUNGAN KEPADA CERPEN PAUTAN AKU ANAK DERHAKA.

Untuk membaca entry-entry sebelumnya, klik link di bawah ini.

siri1 : http://www.gnesop.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri2 : http://shiorila.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri3 : http://secretwhisper.net/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka
siri4 : http://mfr.jentayu.com/2010/05/04-cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri5 : http://quqasihqumyself.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri6 : http://kachangdewa.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri7 : http://www.padinno.com/2010/06/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri8:  http://www.ciktom.com/2010/10/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-8.html
siri9 : http://segalaceritera.com/atik/2010/10/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-9/
siri10: http://www.suarabawahtanah.com/2010/10/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-10.html
siri11: http://rainbowcloudy.blogspot.com/2011/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-11.html
siri12: http://www.pendekarberkuda.org/2011/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-12.html
siri13: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-13.html

Maaf pendekar pinta daripada sekalian pembaca dan pengikut cerpen ini. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kehilangan Laptop, kekangan masa dan beberapa masalah peribadi. Baru hari ini dapat pendekar siapkan dan publish sambungan seterusnya cerpen pautan ini.

Siapakah yang bakal menyambung cerita ini nanti? Pendekar masih mencari.

Terima kasih sudi baca... (^_^)

Salam hati...

TIPS SEO : BROWSER TAG UNTUK BLOG ANDA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sekalian para pembaca blog pendekar berkuda. Kali ini pendekar ingin kongsikan kepada anda mengenai TIPS SEO sekali lagi. Apa yang bakal pendekar sajikan ini amatlah penting buat anda yang berminat dengan trafik SEO. Pendekar bukanlah orang yang layak untuk berbicara terus terang mengenainya tetapi biarlah pendekar kongsikan sedikit ilmu mengenai apa yang pendekar tahu.

Tips SEO - Browser Tag untuk blog anda ini sesuai untuk pengguna blogspot dan wordpress. Syaratnya, ianya hendaklah diletakkan di dalam coding blog anda. Ringkasnya Edit Html bagi blogspot dan juga Style.css bagi wordpress.

Kelebihan penggunaan browser tag ini adalah, browser akan membaca terlebih dahulu ayat-ayat yang terhidang di dalam blog anda di ikuti dengan pemaparan gambar, grafik, dan sebagainya. Oleh itu, robot SEO hanya akan membaca isi blog anda terlebih dahulu berbanding segala grafik yang ada di dalam blog anda.
Penggunaan script ini lebih kurang penggunaan jquery.js yang digunakan oleh sesetengah blog untuk melambatkan loading gambar yang mereka ada.

Tetapi ingat ya. Apa yang bakal pendekar kongsikan ini sangat berharga yang sangat sukar untuk di cari. Pendekar dapatinya dengan menyelongkar bermacam-macam jenis blog di dalam dan luar negara. Jadi gunakannya dengan penuh berhemah. Jangan berlagak sombong dengan ilmu. Meski betapa banyak pun ilmu yang kamu ada, jika kamu menilaikannya dengan wang. Sia-sialah meskipun kamu kaya~!

CARA PENGGUNAAN.

Terlebih dahulu lihat coding di bawah ini.
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
var BrowserDetect = {
init: function () {
this.browser = this.searchString(this.dataBrowser) || "An unknown browser";
this.version = this.searchVersion(navigator.userAgent)|| this.searchVersion(navigator.appVersion)|| "an unknown version";
this.OS = this.searchString(this.dataOS) || "an unknown OS";
},
searchString: function (data) {
for (var i=0;i<data.length;i++) {
var dataString = data[i].string;
var dataProp = data[i].prop;
this.versionSearchString = data[i].versionSearch || data[i].identity;
if (dataString) {if (dataString.indexOf(data[i].subString) != -1)
return data[i].identity;}
else if (dataProp){return data[i].identity;}
}
},
searchVersion: function (dataString) {
var index = dataString.indexOf(this.versionSearchString);
if (index == -1) return;
return parseFloat(dataString.substring(index+this.versionSearchString.length+1));
},
dataBrowser: [
{string: navigator.userAgent,subString: "Chrome",identity: "Chrome"},
{string: navigator.userAgent,subString: "OmniWeb",versionSearch: "OmniWeb/",identity: "OmniWeb"},
{string: navigator.vendor,subString: "Apple",identity: "Safari",versionSearch: "Version"},
{prop: window.opera,identity: "Opera"},
{string: navigator.vendor,subString: "iCab",identity: "iCab"},
{string: navigator.vendor,subString: "KDE",identity: "Konqueror"},
{string: navigator.userAgent,subString: "Firefox",identity: "Firefox"},
{string: navigator.vendor,subString: "Camino",identity: "Camino"},
{string: navigator.userAgent,subString: "Netscape",identity: "Netscape"},
{string: navigator.userAgent,subString: "MSIE",identity: "Explorer",versionSearch: "MSIE"},
{string: navigator.userAgent,subString: "Gecko",identity: "Mozilla",versionSearch: "rv"},
{string: navigator.userAgent,subString: "Mozilla",identity: "Netscape",versionSearch: "Mozilla"}],
dataOS:[{string: navigator.platform,subString: "Win",identity: "Windows"},
{string: navigator.platform,subString: "Mac",identity: "Mac"},
{string: navigator.userAgent,subString: "iPhone",identity: "iPhone/iPod"},
{string: navigator.platform,subString: "Linux",identity: "Linux"}]
};
BrowserDetect.init();

function bookMark(theurl, thetitle, browser){
switch(browser){
case "Firefox":
window.sidebar.addPanel(thetitle, theurl,"");
break;
case "Explorer":
window.external.AddFavorite( theurl, thetitle);
break;
case "Chrome":
case "Safari":
case "Opera":
case "Netscape":
switch(BrowserDetect.OS){
case "Windows":
case "Linux":
alert('press ctrl+D to bookmark this page');
break;
case "Mac":
alert('press cmd+D to bookmark this page');
break;
}
break;
}
}
//]]>
</script>
Kemudian, COPY coding di atas dan pergi ke DASHBOARD --> DESIGN --> EDIT HTML dan kemudian tekan CTRL + F.

Cari coding di bawah seperti di bawah ini.
<head>
 Ataupun yang di bawah ini.
</head>
PASTE-kan coding yang pendekar berikan tadi itu di antara kedua-dua coding di atas.

Dah selesai. KLIK PREVIEW...Kalau tak ada masalah, klik SAVE TEMPLATE.

Ingat ya, coding tersebut sangat berguna kepada anda yang bermain dengan SEO.

Coding ini sangat berharga dan tidak mudah untuk di cari. Hanya mereka-mereka yang bijak sahaja tahu mengenai coding ini. Jadi jika anda tidak menghargai apa yang pendekar kongsikan ini. Sia-sialah pendekar menaip tutorial ini.

Sehingga itu. Bertemu lagi dalam Tips dan Tutorial yang lain.

Terima kasih kerana membaca...(^_^)

Wednesday, April 20, 2011

TUTORIAL BLOG : CARA LETAK BUTTON SHARE FACEBOOK DI BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda sekalian ya...

Kali ini pendekar nak kongsikan sedikit info dan tutorial berguna buat mereka yang ingin meletakkan button share / like Facebook do blog... Tutorial ini pada asalnya adalah atas permintaan bro Assoyfinger67. Jadi untuk tidak menghampakan beliau dan juga untuk sebagai perkongsian kepada anda. Pendekar kongsikan tutorial ini bersama anda ya.. Mudah-mudahan ianya membantu.

DAPATKAN CODE FACEBOOK SHARE BUTTON ANDA.

Untuk mendapatkan button SHARE Facebook, Copy code di bawah ini.

<div style='float:right;padding:4px;'>
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow'
type='button_count'/>  
<script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share'
type='text/javascript'/>
</div>

Kemudian pergi ke DASHBOARD --> DESIGN --> EDIT HTML --> TICK EXPAND WIDGET TEMPLATE dan cari code seperti di bawah ini dengan cara tekan CTRL + F...
class="post-body entry-content">
ataupun code di bawah ini.
data:post.body>
Paste-kan code yang telah anda copy tersebut DI ANTARA kedua-dua code yang pendekar suruh anda cari tadi.


Kemudian Click Preview dan jika anda berpuas hati, bolehlah click SAVE TEMPLATE. 

Selesai. Mudah sahaja kan? Semoga tutorial ini membantu anda.... (^_^)




Jadi bro Assoy, semoga tutorial ini membantu ya... Hehehe... selamat berkongsi sekalian... (^_^)

Tuesday, April 19, 2011

ASTAGHFIRULLAH...AKU TEGUR TU JELES KE? SUMPAH AKU TAK JELES!

Bukan mudah menyuarakan pendapat kita..bukan mudah untuk orang menerima teguran... pendekar menegur tak pernah meminta sebarang pendapat yang membina... Pendekar utarakan komen tersebut sebagai satu contoh perkataan yang akan timbul di dalam kepala fikir blogger. Bukan kerana pendekar cemburu...

Cuba kalau buangkan komen tersebut?? Apa jadi?? Adakah komen tersebut menuju kepada seseorang?? Anda boleh gunakan daya pemikiran yang baik untuk menafsirkannya.. Pendekar tidak mau komen mengenainya...

Cubalah faham... memang benar seperti kata orang ramai...kita sangat sukar untuk menerima pandangan orang... Kerana itulah hakikat... Seperti yang pernah berlaku dalam kisah Lensa Rosak terdahulu.. siapa tahu?? Mereka hanya nampak satu ayat... tapi yang lain tetap akan menjadi sampah sarap..isi-isi yang berguna hilang entah ke mana...Mentaliti seperti itulah yang selalu kita pegang....

Pendekar dengki~?? SUMPAH DEMI ALLAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI... semasa menulis entry tersebut,TIADA SATU ZARAH PUN SIFAT DENGKI dalam hati ini! Kerana itu pendekar hanya membuat penegasan pada ayat-ayat yang perlu sahaja... jika tidak..sudah pasti anda tahu bagaimana lagaknya bila pendekar memanaskan panggung....

Sungguh..itu hanya satu teguran ikhlas...pendekar tak maksudkan kejadian di Putrajaya sahaja... pendekar maksudkan di semua tempat di seluruh negara...apabila adanya sesi gathering dan perjumpaan... Jika anda menyingkatkan akal kepada satu tempat sahaja... Sungguh...kekhilafan itu datangnya dari pendekar...Jadi kemaafan untuk anda di situ....

Jika anda bilang pendekar cemburu kepada gathering atau perjumpaan anda semua?? Terpulang kepada anda... kerana Demi Allah yang nyawaku di tanganNYA... Pendekar tidak pernah merasa cemburu... kerana memang pendekar tidak pernah merasa ingin mengikuti sesi gathering ataupun perjumpaan di mana-mana lagi...

Hanya apa yang pendekar utarakan adalah teguran buat anda... juga kepada diri sendiri... jika anda perasan akan ayat di dalam entry tersebut...
Ketika anda menghina dan menghentam orang lain... anda tak sedar bahawa anda turut melakukannya atas alasan tipikal yang murahan...
Memang sukar untuk menerima pendapat orang lain kan? Pendekar juga pernah mengalaminya... tapi ingatlah... "berseronok jangan pernah melebihi hukum!".... Itu sahaja penegasan pendekar...

Hanya pendekar nak tanya...
  • Semasa gathering ataupun sesi vlogging tu...tak adakah adegan pegang2 sentuh2??
  • Semasa ambil gambar tu..tak adakah adegan duduk rapat2??
  • Semasa dalam keramaian tu...tak adakah sesi bersentuhan?? Sama ada sengaja atau tidak...
  • Bohonglah kalau anda kata tiada rasa apa-apa...
Jadi..jawapannya hanyalah dalam diri anda...anda tak perlu menjawabnya di sini... kerana semuanya adalah satu kewajipan untuk menyampaikan~!!! Jika kalian bilang pendekar dengki dan cemburu... Sila Baca doa di bawah ini ..:
"Demi ALLAH yang menciptakan langit dan bumi...kecelakaanlah kepada mereka-mereka yang mempunyai hasad dengki dan batu api... Amin"
Terima kasih atas cacian dan makian yang aku terima... Nampak benar mereka ini dihidangkan pada satu ayat yang dicedok sebagai contoh... Sangat hebat~!!! Memang terbaik~!! Caci maki jadi makananku malam ini... Yeah~!!

Sekian...terima kasih sudi baca...entry terakhir malam ini...

SATU KRITIKAN DAN TEGURAN YANG IKHLAS BUAT SEKALIAN BLOGGER.

Assalamualaikum dan salam sejahtera... mudah-mudahan anda sekalian sihat sentiasa. Amin..

Apa yang bakal pendekar paparkan ini pasti akan sedikit sebanyak akan mengguris perasaan mereka-mereka yang terlibat...dan pasti akan ada yang terasa...tetapi percayalah...pendekar terpaksa buat entry ini supaya kelak perkara seperti ini tidak akan pergi lebih jauh sekaligus merosakkan keharmonian yang ada di dalam dunia blogger...

Apa yang bakal pendekar sampaikan ini adalah satu peringatan dan amaran buat anda...especially kepada mereka-mereka yang terlibat di dalam budaya blogger popular... Pesanan ini pendekar berikan supaya anda sedar akan kesilapan dan kesalahan anda... dan juga atas permintaan seorang rakan blogger iaitu bro Arya Putra yang memiliki blog MyHackersAreHere yang meminta jasa baik pendekar untuk menegur mereka-mereka ini...Jadi..pendekar letakkan entry ini sebagai satu teguran buat anda sekalian...
damn..
bila nak hentam vlogger perasan cantik plak PB?
naik meluat dah..
muungkin dah ada yang buat entry hentam vlogger yg duk tergedik dgn gathering sana sini especialy di putrajaya bersama dengan laki orang yang terlupa bininya di rumah!

tapi tak puas pula rasanya kalau bukan PB yang tulis! bila? bila nak tulis? bila??

hehehe..(marah ni..) -- Arya Putra
Memang apa yang beliau katakan itu ada benarnya... Ramai antara anda sekalian yang terlupa sesuatu apabila terlibat dengan event-event yang dianjurkan oleh para blogger ini... Anda terlupa pada batas hubung antara anda dan orang lain... anda terlupa pada batas hakikat bahawa anda dah menjadi hak milik orang lain...

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa mereka ini hanya beramah-mesra dengan rakan-rakan lain..tetapi percayalah bahawa tanpa kawalan yang seharusnya...Hubungan tersebut boleh pergi lebih jauh lagi... Maka akan terjadilah kisah kecurangan suami dan khianat isteri seperti yang terpampang di dalam blog-blog lain... Ketika anda menghina dan menghentam orang lain... anda tak sedar bahawa anda turut melakukannya atas alasan tipikal yang murahan...

Mahu atau tidak... setuju atau tidak... jika anda sudah menjadi milik orang lain...hormatilah isteri ataupun suami anda... Bawalah mereka bersama sekiranya ada pertemuan mahupun gathering... Supaya orang lain akan sedar dengan hakikat bahawa anda sudah berpunya... Juga jika ada gadis-gadis..awek-awek cun yang ingin menggoda...tahulah mereka nanti...

Pendekar bukan menentang aktiviti-aktiviti gathering itu... namun keseronokan jangan pernah melebihi hukum~! Kelak anda sendiri yang akan merasa kesannya...

Jangan nanti terdengar cerita blogger merosakkan rumah tangga blogger...blogger ditangkap khalwat dengan blogger...dan sebagainya... Jadi...awasi tingkah laku anda~!!

Terima kasih sudi baca....(^_^)

TERKINI | KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 19 APRIL 2011

 KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 19 APRIL 2011

Malam ini selangor bakal menentang Sabah dalam misi untuk mengekalkan tahta peneraju liga super. Kelantan yang dilihat memperolehi beberapa keputusan yang tidak memihak kepada mereka sebelum ini, dilihat mampu mencipta kemenangan apabila lawan mereka Perlis adalah antara pasukan tercorot liga super kini.


Kesemua perlawanan akan dibawa secara live update. Sila refresh page ini untuk melihat keputusan terkini.


Pahang 0 - 1 N. Sembilan
(rehat separuh masa)

T-Team 1  - 0 Johor FC
(rehat separuh masa)
Felda United 2 - 1 K. Lumpur
(rehat separuh masa)
Perak 1 - 0 Terengganu
(rehat separuh masa)

Selangor 0 - 0 Sabah
(rehat separuh masa)

Perlis 1 - 1 Kelantan
(rehat separuh masa)


KEPUTUSAN TERKINI ? SEMASA ? PENUH ? Klik SINI

CADBURRY ITU MANIS?? SEDAP KE MAKAN COKLAT CADBURRY??

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia... Semoga anda ceria sentiasa...

Pendekar nak kongsikan sedikit kenangan antara pendekar dan coklat...coklat memang sedap..sangat sedap untuk di makan... Coklat versi patah-patah yang pertama sekali pendekar makan adalah coklat Cadburry... Perrgghhh... memang tergiur lah bila makan... hehehe...Anda pernah tak makan coklat tu?? mesti pernah punya kan??

Cuma itulah..dalam kesedapan coklat Cadburry ini...bukan selalu dapat makan...kalau bertuah ja dapat makan coklat nih... Teringat zaman sekolah dulu..bila orang sibuk-sibuk buat tempahan untuk hadiahkan coklat kepada kawan-kawan... Kita kena pilih coklat yang macam mana nak bagi... pastu bayarkan ja... siap ada form dan isi ucapan sekali tu... Siapa pernah buat baik ngaku... hahaha...

Masa tu... kalau sesiapa yang ada makwe atau pakwe...memang laju je nak order... apatah lagi bagi sesiapa yang minat kat seseorang... mesti ada yang bagi dengan nama "jejaka misteri"..."secret admirer"...dan bla bla bla... hahaha....

Memang terbaik lah dulu masa zaman sekolah... la ni sekarang dah tak ada...tapi baru-baru ni ada ternampak pulak blog SiManis Cadburry.... Memang macam coklat Cadburry dah blog dia... purple gitu... haha... Jom terjah... Klik kat banner...

 

Pesanan Pendekar : Si manis Cadburry ni tengah anjurkan contest Join Bloglist dia... sesiapa nak join tu...cepat-cepat join.... hadiah memang menarik... apa lagi tunggu?? Cepat-cepat klik pada banner kat atas... yezzaaaaaaa~!!!

Psst~! Tetiba nak makan coklat lak... nak pi belilah pasnih... huhuhu...

Monday, April 18, 2011

KEAMANAN DUNIA BLOGGER DULU VS KEMERIAHAN DUNIA BLOGGER SEKARANG

Assalamualaikum dan salam 1Dunia kepada sekalian para pembaca blog pendekar berkuda. Mudah-mudahan anda sentiasa berada di dalam perlindungan Yang Maha Kuasa. Selalu.. Sentiasa.. Sehingga ke akhirnya...

Kali ini pendekar ingin kupas mengenai isu blogger ini...Beza antara blogger-blogger dulu dan blogger-blogger sekarang. Jika dulu para blogger lebih mementingkan kualiti dari kuantiti.. tetapi sekarang ini tidak lagi... mereka yang sekarang ini sudah tahu bagaimana untuk mempromosikan blog mereka dengan lebih baik... bagaimana untuk meningkatkan komen dan pembaca ke blog mereka... Bagaimana untuk meningkatkan trafik ke blog mereka... berlainan dengan blogger-blogger terdahulu...


HEI NAZ~! NI MUKA AKU... hahaha...
Kini, dunia blogger bukanlah dunia yang sama seperti 2-3 tahun lepas...dunia blogger kini lebih maju dan advanced daripada dunia blogger terdahulu. Satu hakikat yang tidak boleh disangkal oleh para blogger-blogger dahulu....

Jika dahulu kita terkenal dengan istilah silent reader... kini istilah itu semakin terkenal pula disebabkan lonjakan populariti yang dimiliki oleh para blogger-blogger baru... Juga kerana lonjakan trafik pembaca akibat promosi blog yang berkesan...

Seiring dengan peredaran masa... kualiti kini semakin menjadi persoalan kepada sekalian blogger-blogger baru... semakin banyak blogger-blogger baru yang berkongsi ilmu yang mereka ada... Namun ada kekurangan dan perbezaan yang ketara di antara blogger lelaki dan perempuan...ketika blogger lelaki lebih banyak berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama para pembaca...blogger perempuan pula lebih sibuk untuk menjadi lebih gedik daripada segala jenis gedik lantas melupakan maruah dan kehormatan mereka sendiri... 

Pendekar bukan nak kondem apa-apa...cuma apa yang pendekar nampak sekarang ini adalah himpunan kisah kegedikan yang terlampau yang dilakukan oleh blogger-blogger perempuan khususnya blogger-blogger yang masih remaja di dalam dunia blog... oh tidak~!! Memang membengkakkan hati jika ada yang membacanya...

Tidaklah salah untuk bercerita mengenai diri sendiri...tetapi berpada-padalah supaya nanti caci maki keji hina tidak akan datang kepada anda... Jika anda dikeji...itu bukanlah salah orang lain tetapi adalah salah anda sendiri... jadi berpada-padalah dari menjadi gedik yang melampau-lampau ya sekalian...

Semakin banyak blogger-blogger kini yang lebih gemar bergedik-gedik.. hatta blogger lelaki pun tidak kalah kegedikannya berbanding dengan blogger perempuan... memang macam murahan saja...Tak cermin dulu diri sendiri...dem~!

Apalah salahnya jika anda buatkan entry-entry yang lebih bermanfaat...bukan entry yang bermuntah-lintah...Susah sangat ke nak buat satu entry yang berilmu? Yang bila orang baca dia akan suka dan mendapat manfaat daripadanya... 

Pendekar tak salahkan anda...sememangnya kita belajar dari kesalahan...tetapi haruslah kita ambil nasihat orang... jangan asyik nak ikut kepala sendiri sahaja dalam berblogging... pendekar pun akan terima nasihat orang kalau pendekar rasa nasihat tersebut berguna walaupun pahit untuk ditelan... macam CEO of The GAY ni cakap...
Jadi...janganlah bersifat gedik yang melampau-lampau... cuba-cubalah bersikap elok sikit... 

SAY NO TO GEDIKS~!!!

Terima kasih sudi baca...(^_^)

Terasa nak promote blog la pulak ... klik sini --> LINK

BERITA PANAS UNTUK BLOGGER BLOGSPOT~!! GOOGLE AKAN PADAM AKAUN ANDA~!!

Assalamualaikum dan salam 1Dunia buat anda sekalian. Pendekar ingin memberikan maklumat yang terbaru bahawa terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa GOOGLE AKAN MEMADAMKAN AKAUN PENGGUNA YANG TIDAK MEMILIKI AKAUN GOOGLE~!! 

Berita ini WAJIB di ambil perhatian untuk blogger yang mendaftar akaun mereka di blogspot dengan email selain Gmail seperti Yahoo ataupun lain-lain supaya cepat-cepat untuk menukar email mereka kepada Gmail. Tutorial mengenainya boleh didapati di blog otai SEO blogger Malaysia, Kujie.com

Berikut adalah petikan yang diperolehi daripada blogger Amanz.my :
Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih – petikan dari Amanz.my.
Jadi adalah dinasihatkan kepada para blogger yang mendaftar di blogspot dengan menggunakan akaun Yahoo ataupun lain lain untuk SEGERA bertukar ke akaun Google. Tarikh akhir perlaksanaan pemberhentian sokongan ini adalah pada 25 Jun 2011

Makanya, apa yang anda sekalian tunggu lagi?? Cepat-cepatlah tukarkan akaun blog anda ke Google. Lawati Denaihati.Com untuk maklumat lanjut...

Ada sedikit penambahan...sila rujuk artikel ini... http://buzz.blogger.com/2011/04/important-note-about-legacy-accounts.html ...dalam artikel tersebut Google telah mengatakan bahawa mereka tidak akan support sebarang Akaun Blogger baru yang tidak menggunakan Google Account selepas 25 Jun 2011... Dan bagi pengguna yang menggunakan akaun selain Google tetapi tidak aktif selepas 2007, maka blog mereka akan diremove/dipadamkan...

Jadi tidak menjadi masalah kepada mereka yang menggunakan akaun Yahoo untuk log in ke dalam akaun Blogger mereka asalkan mereka aktif selepas tahun 2007...jika tidak... PADAAAAAAAAAMMMMMMMM....Miyahahahahaha~!!!


Sekian pendekar sampaikan kepada anda... sebagai perkongsiang kepada sesiapa yang belum tahu... Mudah-mudahan anda sentiasa berjaya...

Terima kasih kerana membaca...

Sunday, April 17, 2011

TRAFIK DENGAN SEO...KAU TAK PAYAH NAK GELABAH @NAZIRULHAZWAN~!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 1Malaysia buat anda sekalian, Salam 1Dunia buat blogger di serata dunia. Mudah-mudahan anda akan sentiasa dalam perlindungan Illahi..Amin..

Apa yang pendekar nak kongsikan di sini adalah untuk membidas entry "Aku Benci Entry SEO" yang dibuat oleh budak gay nih... Hahaha...hambeek kau.... Kau benci entry tu tapi kau support gak aku kan?? cayalah~!! Hehehe...


SEO itu adalah cara yang paling mudah untuk mengekalkan trafik ke blog anda. Tanyalah kepada blogger-blogger yang macam-mana sekalipun...tidak akan pernah akan menafikan betapa pentingya entry SEO kepada mereka. Entry SEO adalah entry yang menjamin dan mengekalkan trafik ke blog anda untuk satu jangkamasa yang lama. Meski anda tidak update entry pun tak mengapa.

Budak Gay ni bising-bising buat bunyi pulak bila ramai sangat yang update entry pasal Keputusan Pilihanraya Sarawak 2011...hahahaha...kau jeles ke tengok ramai sangat yang buat entry pasal tu?? Keh keh keh... Kau nak tunjuk berapa banyak trafik aku semalam dengan entry tu tak? Meh sini aku tayang kat kau ye...Yeazzaaaa~!!!


Yezzaaaa~!!! Kau dapat ke traffik macam tu? mesti tak kan?? Aku nak riak nih... ekekeke.... Aku pun pelik.... maksimum on time online kat blog aku adalah 380 users... pergghhh.... Meletops katakau... bukan sikit yang dapat traffik macam tu... 

Contoh yang paling dekat adalah blog sis yanmieonline.com ...beliau dapat lebih 600 User online on time di blog beliau...tapi itu normal... sebab kewajarannya adalah kerana beliau menggunakan platform wordpress... tak macam aku nih... hehehe...

Kalau ada yang boleh dapat macam tu dengan entry-entry biasa lagi berkualiti..berangan sajalah anda... tidak akan pernahnya.... Entry SEO adalah entry yang paling menguntungkan blog anda...kalau anda mahukan blog anda membangun dengan lebih majulah...kena ada entry SEO bagai...ingat tu~!!

Tetapi...harus di ingat... Bermain dengan SEO bukan perkara yang mudah untuk anda jika anda tidak mempunyai ilmu yang sepatutnya... bak kata pendekar sendiri "kalau mahu jadi bodoh, tak payah belajar...jadi je pak turut..." ...huhuhu... 

Jika anda lihat dengan teliti...entry SEO pendekar jarang sekali ada di bahagian depan blog...semuanya terletak di bahagian belakang... kerana entry-entry seperti itu tidak sesuai untuk diletakkan di bahagian depan blog... kita boleh menjadikan entry tersebut sebagai backup entry untuk trafik blog kita... bukan menjadikan entry tersebut sebagai entry utama blog kita... yang itulah lebih penting...

Yang diperkatakan oleh Budak Gay tu adalah apa kewajaran blog-blog yang tak ada sebarang kekuatan dan teknik untuk bermain dengan entry SEO? Alangkah dangkalnya pemikiran mereka ini..mereka ini ingin bertarung dengan blog-blog SEO yang lebih hebat tetapi mereka tidak mengukur dan belajar dulu bagaimana untuk bermain SEO dengan betul... Nampak orang update entry pasal tu, mereka pun nak join...Sampaikan ramainya yang ping entry mereka di Facebook untuk entry yang sama... bongok~!!... Pernah tak lihat pendekar ping entry SEO di Facebook? Kecuali entry siaran langsung..lain-lain takde...

Anda jangan ingat pendekar main entry SEO ni dengan mudah... terutama sekali bila melibatkan pertarungan keyword dengan blogger wordpress... memang sukar... tapi memang berbaloi-baloi katakaww... Jangan kerana entry copy-paste sahaja, anda fikir anda sudah bagus dan terbaik dalam seni permainan SEO...

Ilmu yang pendekar ajar mengenai SEO cukup banyak... Jika anda mahu belajar... Pelajarilah dengan sewajarnya untuk keuntungan anda sendiri. Bukan sedikit yang berjaya dengan bermain SEO... 

Adakah anda tahu bahawa mentee pendekar si encik nakal itu pernah memperolehi 11k UVs hanya dengan 3 entry SEO sahaja? Bukankah itu sangat bagus?? Adakah anda pernah mendapatkannya?? Tidak~!!! Juga contohi SyafiqOrangMelaka ini. Beliau juga telah berjaya mengekalkan trafik ke blog beliau sebanyak 1-2k sehari sekarang ini dengan entry SEO... Walhal beliau cuma blogger baru sahaja...

Jadi, pelajari ilmu dahulu... pelajari dengan sebaiknya sebelum anda bermain dengan seni ini. Kerana kelak, anda juga yang akan beruntung. Jangan jadi seperti si budak gay yang gila itu.. Asyik mahu membenci saja kerjanya... kalau boleh semua benda dia nak benci... dem yu~!! hahaha...

Jadi budak gila...kau jangan jeles trafik aku ni ya... kau duduk je diam-diam... hahaha... Dem~!!


Terima kasih sudi baca...(^_^)


...titik...

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda