Pendekar dilahirkan cukup sifat dan pancaindera. Namun oleh kerana mengalami demam panas ketika berusia 8 tahun, pendekar kehilangan kemampuan untuk mendengar dengan baik. Sejak dari hari itu, perjalanan hidup pendekar berubah sama sekali. Dari seorang yang sihat dan cukup sifat, kepada seorang yang mempunyai kecacatan.
Perjalanan hidup yang pendekar alami tidaklah mudah, tidak semudah mengeja ABC dan mengira 123. Pendekar sering menjadi mangsa ejekan ketika kecil. Dan oleh kerana kekurangan tersebut pendekar menjadi sangat rendah diri.
Perjalanan zaman persekolahan pendekar di hiasi dengan segala macam ragam dan kejutan. Ada pahit dan juga manisnya. Ada suka dan juga dukanya. Ada gembira dan juga sedihnya. Semua itu sedikit sebanyak mengajar pendekar untuk menjadi seorang manusia yang tabah. Jika pendekar bilang pendekar juga mengalami kecacatan di bahagian mata kiri yang mana titik penglihatan mata sebelah kiri difokuskan kepada bintik buta. Anda percaya atau tidak?
![]() |
| SEJUTA RAHSIA TERSIMPAN DI DALAM GAMBAR INI |
Kemudian, sehabis Sijil Pelajaran Malaysia, pendekar ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan 6 aliran sains. Namun tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di UTMKL Jalan Semarak tiadalah pendekar tolak selepas menerima nasihat dan pandangan dari mereka yang lebih tua.
Di situlah pendekar belajar untuk berdikari. Mengenali teman-teman pendekar. Tidur sebantal setilam sekatil dan juga sebilik adalah kenangan yang tidak dapat pendekar lupakan sebagai bekas pelajar UTM... Di situlah pendekar diberikan tanggungjawab sebagai Exco Perwakilan Pelajar Kolej. Mempelajari selok-belok kepimpinan sebuah organisasi. Pendekar juga pernah dicalonkan untuk menjadi Wakil MPP tetapi terpaksa pendekar tolak.
Selanjutnya pendekar menyambung pelajaran di UNIKL-MFI Kampus Bangi. Namun terhenti di pertengahan jalan kerana tidak mendapat tajaan mahupun sponsor dari mana-mana pihak. Alangkah rugi rasanya. Di sinilah pendekar juga menjadi salah seorang daripada AJK Konvensyen Teknoputra Kebangsaan Institut Pendidikan Mara 2007 di Bukit Merah Lake Town yang pertama sekali. Jika anda pernah mendengarnya.
Pengarah program tersebut sendiri telah mencalonkan pendekar untuk menjadi Pengarah Program untuk edisi yang seterusnya namun pendekar tidak dapat memenuhinya kerana terpaksa berhenti di pertengahan jalan.
Ajaib. Itulah yang boleh pendekar katakan kepada anda. Bagaimana seorang yang mengalami kecacatan seperti pendekar ini dipercayai oleh orang untuk menjadi salah seorang yang menjayakan sesuatu projek ataupun program.
Kini, dunia kampus sudah lama pendekar tinggalkan. Namun realiti kehidupan di luar sangat perit untuk di telan. Di sepak terajang oleh permainan birokrasi dan juga hasad dengki sudah menjadi lumrah pada diri pendekar.
Pendekar punya impian. Impian untuk membina sebuah kehidupan yang lebih baik. Impian untuk membantu adik-adik pendekar mencapai cita-cita mereka. Impian untuk melihat sebuah teratak sendiri untuk berteduh. Dan impian untuk menjadi Usahawan dan juga blogger yang berjaya.
Semua impian ini termaktub dalam hati pendekar dan tidak akan pernah padam. Mudah-mudahan impian ini akan tercapai jua suatu hari nanti dengan izin NYA. Amin..
Dan untuk maklumat anda, entry ini pendekar buat untuk menyahut cabaran Master Arsyad dalam peraduan "AKU ADA IMPIAN".
Jika anda mahu turut serta, marilah, join CONTEST "AKU ADA IMPIAN" dengan klik pada banner di bawah ini.
Sehingga itu, salam hati dan terima kasih kerana membaca... (^_^)
Psst : Saya tahu Peraduan “Aku Ada Impian Dari Blog http://yanmieonline.com”












































