ASAL-USUL KERA

Semua orang pernah mendengar mengenai kera, babun, orang hutan, bla bla bla… tapi mereka jarang kenal mengenai asal-usul kera ini. Pernah dengar tak asal-usul kera? Kali ini pendekar nak kongsikan mengenai asal-usul kera…kalau ada yang nak dengar la kan…sebab kisah ini sungguh menakjubkan….

Kera adalah satu makhluk yang tercipta kerana keingkaran satu golongan manusia terhadap perintah ALLAH… Allah telah menghukum satu bangsa Yahudi di zaman Nabi Daud A.S kerana melanggar perintah ALLAH untuk tidak melakukan sebarang pekerjaan pada hari Sabat (Sabtu)…
Hal ini diterangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 65 yang berbunyi…

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.”

Dan ayat ini diperkuatkan lagi dengan ayat 60 surah al-Maidah…

Katakanlah: “Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul”.

Begitulah alkisah kejadiannya kera itu…satu bangsa yang di sumpah oleh ALLAH kerana melanggar larangannya…

Adapun kisah sebenarnya adalah… ketika itu bangsa yahudi ditetapkan oleh ALLAH untuk tidak melakukan sebarang pekerjaan pada hari Sabtu..iaitu hari yang dikhususkan untuk beribadah kepada ALLAH…maka patuhlah mereka pada larangan tersebut…sehinggalah pada satu hari…

Seorang pemuda yang mahu tahu kenapakah ALLAH melarang sebarang pekerjaan dilakukan pada hari sabtu telah pergi ke pantai…(kebanyakan orang yahudi ketika itu tinggal di tepi pantai..)..dan pemuda tersebut telah melihat banyak sekali ikan yang bermain dan berkumpul di tepi pantai…sedangkan pada hari lain tidak ada sebanyak itu… maka dia pun menangkap ikan tersebut dan membawanya ke kelompok orang ramai…

Ramai orang tertanya-tanya dari mana dia mendapat ikan yang banyak itu…dan dia pun menjawabnya dan memberitahu ceritanya… orang ramai yang tidak percaya pada ceritanya telah pergi ke pantai dan melihat bukti apa yang diperkatakannya… merekapun lupa pada perintah dan larangan yang telah diperintahkan ALLAH kepada mereka… Lantas menjadilah mereka seperti apa yang diterangkan dalam dua ayat di atas….

Menurut Ibn Abbas r.a , ayahnya pernah mendengar Abu Qasim bertanya kepada Hasan bin Fadhil :

” Adakah terdapat di dalam Kitabullah sesuatu perkara halal yang ditetapkan oleh Allah dengan lafaz sumpah dan juga perkara diharamkan ALLAH lalu disertai azab yang mengerikan ? “

Hasan bin Fadhil menjawab : Ya, iaitu kisah yang berlaku pad zaman Daus A.S . Terdapat satu kaum Yahudi yang tinggal di Eilah ( terletak antara pantai Mesir dan Madyan ) . Mereka bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Sedangkan Allah telah menjadikan hari itu sebagai hari larangan . ”

Qur’an sendiri menyebut bahawa kera itu hina… asalnya adalah dari kaum yang ingkar…

Begitulah sedikit sebanyak tentang asal-usul kera yang pendekar ingat dari pembacaan pendekar lama dahulu…. jadi..kera itu bukanlah satu dari asasnya evolusi… Woahha!

Selamat berkongsi…

Carian Lain :

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge