Thursday, September 1, 2011

KEWAJIPAN BERTUDUNG, ADAKAH BENAR TUDUNG TU WAJIB?

Bismillahirrohmanirrohim...

Sesungguhnya persoalan mengenai tajuk di atas tidak akan pernah habis dan tetap akan terus bersemayam di atas singgahsana persoalan hukum sehingga hari kiamat... Seusungguhnya telah berfirman akan ALLAH dalam surah An-Nuur Ayat 31 yang berbunyi...


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 24:31)
Terjemahan dalam bahasa Inggerisnya adalah di bawah ini :
Sahih International
And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, their brothers' sons, their sisters' sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed. (
http://quran.com/24) 
Hanya mereka yang tahu bahasa al-Qur'an sahaja yang memahami akan makna setiap ayat-ayat yang ada di dalamnya... Kita sahaja yang seringkali tidak pernah mahu menyelidiki akan maknanya... hanya bergantung kepada tafsiran penuh tanpa memahami walau sepatah apapun akan makna ayat tersebut... Jadi untuk perkataan ini, bacalah sekali lagi ayat ini...

"Wal yadhribna bikhumurihinna 'alaa juyuubihinna..."
Yang maksudnya : "..dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju (dada) mereka dengan tudung kepala mereka.."

Kesepakatan majoriti dalam pentafsiran al-Qur'an perlu di ambil kira untuk mengelakkan kekhilafan dalam pentafsiran...kekhilafan walaupun sedikit boleh cenderung kepada sesat...juga boleh menyesatkan....dan mudah-mudahan kita bukan dalam golongan tersebut....Amin...

Suka untuk pendekar bertanya kepada kaum lelaki...jika kalian melihat melihat leher seorang perempuan... adakah kalian tidak bernafsu terhadapnya? Bahagian leher perempuan adalah antara bahagian yang boleh menaikkan syahwat lelaki... Melainkan jika kalian langsung tidak mempunyai nafsu...dengan kata lain.. lelaki ini tidak punya syahwat kepada kaum berlainan jenis...

Kita cenderung untuk bersikap liberal dalam Islam...sehingga seringkali menidakkan keutamaan hukum... tapi kita lupa sesuatu yang lebih penting... Berdakwah kepada masyarakat dan mendekatkan mereka kepada Islam dan Iman itu lebih afdhal untuk dilaksanakan berbanding dengan berbalah mengenai ayat-ayat yang telah terang-terang termaktub di dalam kitab yang satu...

Ambio contoh mudah...adakah kamu ingin menasihatkan seorang yang tidak bersolat walaupun dia Islam supaya bersolat ataupun terus menghukumnya kerana tidak bersolat? adakah menghukum itu lebih wajib ke atasnya daripada berdakwah ke atasnya supaya bersolat?? Sedangkan solat itu sendiri adalah tiang agama...runtuh solat..runtuhlah tiang agamanya...

Persoalan yang sama juga untuk mereka-mereka yang berbalah mengenai isu tudung sehingga mengabaikan persoalan yang lebih utama iaitu mendekatkan kembali masyarakat kepada Islam dan ajarannya...

***KESIMPULAN***

Kewajipan tetaplah satu kewajipan... 4 rujukan utama kita adalah... Qur'an, Hadis, Itjmak dan Qias.... buang salah satu.... hancur binasa semuanya... Sedang dalam al-Qur'an sendiri Allah sering berQias... siapa kita untuk menidakkan??

Tepuk dada tanya iman...walau iman itu hanya senipis kulit bawang...

titik...

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda