Wednesday, September 21, 2011

JUMLAH PENGUNDI HANTU YANG HARAM DI MALAYSIA. PATUTLAH PAKATAN MENANG, CAIT~!

Ahh sudah...politik masuk blog ni lagi...ah..peduli apa aku...blog aku...ikut suka aku ja nak tulis apa. Kau nak baca, baca..taknak baca jangan masuk...


*********


Rupa-rupanya inilah sebabnya pakatan menang besar masa PRU12 tu ek? Pastu dia anjur Bersih pulak... patutlah..diorang letak semua kesalahan kepada kerajaan ek? Memang jenis lahabau...


Ah~! Kau nak hentam aku? Sila-sila...kau ingat aku takut? Cait la derr~!! Baca dulu sebelum hentam... kalau ini bukan cubaan...ini betul-betul...tanpa edit apa-apa...


*********


Sumber HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.
Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

"Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.

Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod  warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).

17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani  (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi  (10).
Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .
"Ini bermakna bahawa negeri  Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau  97,923 orang.
"Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga.
Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui  negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3  2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.
Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:
1. Mengapa JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia  “61” tetapi Mismah diberi kad pengenalan  berkod negara “71”. Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan
http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .

2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi.  Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?

3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ?

***** 

Patutlah...terlerai sudah kekusutan dalam kepala otak aku kenapa pakatan menang ketiga-tiga negeri nih... 


1 comment:

  1. AAApa BN cakap betul - Apa BN lakukan semuanya betul sebabnya rakyat M'sia pak turut {kalau tak betul pun betullllllllllllll}

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda