Social Icons

Wednesday, September 14, 2011

AKU ANAK DERHAKA 14 - CERPEN PAUTAN.

Pendekar nak mintak ampun dan maaf banyak-banyak kepada para pembaca cerpen pautan ini kerana tidak dapat menemui sesiapa yang mahu menyambung cerita ini. Namun untuk tidak mengecewakan sekalian biarlah pendekar sendiri yang menyambungnya ya.. harap tiada yang akan marah...

Untuk cerita seterusnya...pendekar harap akan ada yang sudi untuk menyambung cerita ini ya...

***********************

Sambungan dari CERPEN AKU ANAK DERHAKA SIRI 13.
Kini, sudah lebih 3 bulan aku bekerja di kedai tersebut. Asrama ku tidaklah jauh dari situ dan aku hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai ke kedai itu.
Hari ini seperti biasa aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja ku. Dalam kotak fikirku sudah ada beberapa perancangan yang perlu aku lakukan untuk hari ini.

Atas kepercayaan bos kepada ku, aku diberikan kunci pendua untuk kedai. Kerana aku selalu datang awal dan oleh itu Encik Roslan telah memberikan kunci pendua kedai kepada ku supaya aku boleh membuka kedai dengan lebih awal.

Ketika aku sibuk melayan pelanggan, aku di sapa oleh seseorang.....

***************

"Assalamualaikum...." Kedengaran suara gemersik di telinga aku...

Aku menoleh. Memandang insan yang menyapaku itu. Aku lihat wajahnya. Dari atas ke bawah. Aku teringat sejenak. Wajah ini seperti pernah ku lihat tapi di mana ya? Aku cuba untuk memerah kotak memori. Cuba mengingati akannya.

"Assalamualaikum..." Sapanya lagi..

Aku terperanjat. kembali semula dari lamunan. Malu sendiri.

"Wa'alaikumussalam..." Jawab ku sambil cuba menutup malu yang merona di wajah..

"Awak kerja kat sini ke? Kenal tak siapa ni?"

Aku cuba memerah kotak memori untuk mengingati siapakah yang sedang berdiri di hadapan aku sekarang ini. Tapi hampa.

"Ya..saya kerja kat sini...tapi maaf cik, saya tak berapa ingat siapa cik ni...macam mana kita kenal ya?" Balasku tanpa berselindung...sungguh..memang benar aku tak mampu mengingati siapakah dia.

"Kita pernah jumpa..awak pernah tolong saya masa saya terjatuh dulu.. ingat tak?"

Aku cuba mengingati lagi.. Insiden semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur lantas menjengah ingatanku... Dan aku kembali mengingati insan yang berdiri di hadapanku kini..

"Oh..awak rupanya...Maaflah...saya ni pelupa sikit..." Aku menjawab sambil tersengih.

"Tak apa...awak memang kerja kat sini ke?" Soalnya.

"Ha'ah...bulan ni masuk 3 bulan saya bekerja di sini...Awak buat apa kat sini?"

"Saja jalan-jalan...baru lepas beli barang sikit tadi..." dia menjawab sambil menunjukkan beg membeli-belah yang di bawanya kepadaku.

"Lupa pulak nak tanya hari tu..Nama awak apa ya? "

"Nama saya? Natasha.. Nama awak pulak apa?"

"Zulhakimie..panggil Kimie je..."

"Kimie ye..okay-okay.. nanti kita jumpa lagi ya... saya tak nak ganggu awak kerja...Nanti marah pulak bos awak...Jumpa lagi nanti okay...Assalamualaikum.."

Dia melangkah pergi tanpa menanti aku menjawab salamnya. Oh tidak. Kali ini aku takkan lepaskan peluang ini. Apa nak jadi, jadilah.

Lantas aku pergi kepadanya. Aku berjalan di sisinya. Dan menyapanya dengan lembut. Dia berhenti berjalan.

"Awak....saya nak nombor handphone awak boleh?" Aku bertanya sambil menahan rasa gugup yang bersarang dalam benak hati.

"Untuk apa?"

"Saja...nak kenal dengan awak la..takkan nak buat cucur udang pulak kot?"

"Hehehe...awak ni kelakar la...okay..ni nombor saya ya... 017******"

Yezzaaa~!! Aku hampir-hampir melompat tapi masih cuba untuk menahan perasaan gembiraku saat itu...

"Eleh...baru dapat no tipon dah melonjak-lonjak...apa daaa..." hati kecil aku mengejek diri sendiri...



...BERSAMBUNG....


************************

Pendekar minta siapa-siapa yang ada bakat menulis tu...jomlah sambung cerpen ni.... kalau dapat di sambung...InsyaALLAH akan terhasil sebuah novel... Mana tahu akan ada yang boleh membacanya di kemudian hari..siapa tahu kan??

0 comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda