Thursday, September 15, 2011

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960 DIMANSUHKAN DENGAN RASMINYA~!!

Berita baik untuk semua pejuang-pejuang hak asasi dan kebebasan bersuara. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA 1960 akan dimansuhkan.

Namun pemansuhan Akta ISA 1960 ini bukanlah satu bermaksud kita bebas untuk melakukan segala perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Keputusan ini di ambil dalam perutusan Rasmi Perdana Menteri Malaysia sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 54 sebentar tadi.

Terus maju Malaysia~!!!

Pemansukan akta ini sedikit sebanyak akan membisukan mulut puak-puak yang suka buat hal dan masalah dalam negara, Nampaknya sedikit sebanyak Perdana Menteri kita telah mendiamkan mulut pembangkang dengan pelaksanaan ini.

Dari isu tuntutan Bersih...yang terus di layan...dan kali ini beberapa akta turut di mansuhkan. Maka, puak-puak yang suka buat hal ini hampir kekeringan isu untuk di mainkan. Selepas ini pula adalah mengenai pembebasan semua tahanan ISA di Kem Kamunting...

Pendekar pasti mereka semua akan dibebaskan...dan selepas itu? Adakah mereka masih mampu untuk membuat khianat dan hasutan lagi? Sama-sama kita tunggu dan lihat...

Tapi apa-apapun...pengacau dan pembuat huru-hara tiada tempat di negara ini~!! Pergi berambus kamu ke sana~!!

Aku Anak MALAYSIA. Dan aku benci kepada pembuat huru-hara~!!

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda