Bismillahirrohmanirrohim...
Lafaz kalimah mulia sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Mudah-mudahan terhindar dari sebarang khilaf yang mungkin tercipta... Amin...
Sejak dua menjak ini, ada sahaja isu dunia blogger lagi.. pendekar sendiri pun turut ketinggalan untuk mengetahuinya... Sementelahan tuntutan pekerjaan yang baru pendekar perolehi adalah lebih penting daripada apa yang mampu pendekar sajikan di sini.
Isu dunia blogging tidak akan pernah habis... selagi mana blogger itu wujud, sama seperti isu biasa, sudah pasti akan ada juga isu tidak berpuas hati terhadap sesetengah blogger. Tidak banyak, sedikitpun pasti ada. Namun siapa kita untuk mengadili mereka? Kadangkala tanpa kita sedar, kita terus-terusan mahu memperbesar-besarkan perkara-perkara kecil sehingga nampak oleh mereka yang buta akal itu isu itu sangat panas lagi membakar... Percayalah...minyak jika di simbah pada bara api sudah pasti letupanlah jawabnya...
Berkaitan dengan satu entry dari Izamir Ridzwan mengenai blogger Penulis Senja...dapatlah diketahui mengenainya sebenarnya...perkara yang berlaku yang melibatkan penggunaan coding IFRAME di dalam blog kini bukan lagi perkara baru... Jujur saja... mungkin kita mampu menipu trafik... ya..menipu trafik... tetapi percayakah kalian selain daripada penipuan jumlah trafik ini, tiada kesan yang lain yang akan berlaku... KECUALI....
Kecualilah penggunaan IFRAME itu akan menyebabkan blog tersebut lambat loading...mana-mana blog yang diletakkan coding iframe itu akan menyebabkan loading yang lama terutamanya jika blog IFRAME itu sangat berat...Sudah pasti akan menyebabkan para pembaca bosan untuk menunggu...
Berbalik kepada tajuk asal... Pendekar tidak setuju seratus peratus dengan apa yang telah di utarakan oleh Izamir Ridzwan itu... Ya...kadangkala kita perlu untuk tidak bersetuju... especially jika blog yang terlibat itu hanyalah sebuah blog... Jadi bila melibatkan sebuah blog, wajib dan harus untuk kita tonjolkan siapa gerangan diri kita dan utarakan rasa tidak puas hati kita secara depan-depan... Tidak perlu menjadi anonymous... (seumur hayat blog ini, tidak pernah lagi pendekar komen di mana-mana entry blog guna nama anonymous...)
Jika kita di pihak yang benar tiada salahnya... kelak orang akan lebih hormat pada kita kerana teguran kita itu adalah teguran dari seorang blogger yang telah lama berkecimpung di dalam dunia blogging... Di situlah letaknya kelebihan kita sebenarnya...
Berkaitan dengan menaikkan entry...itu seharusnya menjadi alternatif yang terakhir jika teguran secara berdepan tersebut tidak di layan... memandangkan blogger Penulis Senja tersebut sudah dikenali ramai... Maka impak akibat serangan blogger melalui entry sudah pasti akan menyebabkan insiden yang tidak sepatutnya...
Pendekar sangat pasti akan ada yang cuba untuk menangguk di air keruh...pasti akan ada yang cuba untuk mengambil kesempatan yang ada di sini untuk menumpang populariti... sudah pasti ada...bau-bau bacin pun mesti ada yang mahu menumpang glamer...
Berkaitan dengan Penulis Senja itu... pendekar sendiri sudah banyak kali menasihatinya... dari sejak pendekar tegur mengenai entry plagiat... kemudian dia beralih ke entry 18sx..pendekar tegur juga tentang itu... Alhamdulillah...dia memang mudah dengar cakap... Tapi memang sejujurnya pendekar tidak tahu langsung mengenai penggunaan coding IFRAME ini olehnya... namun ada orang lain dulu yang nampak...
Pendekar bukan apa..kalau mahu menegur dia dengan entry, sudah pasti akan jadi seperi kes yang lama dulu... kerana pada mereka-mereka yang pernah membaca entry-entry pendekar sebelum ini..sudah pasti tahu bagaimana ayat-ayat pendekar itu terpapar...
Cuma pendekar sayang sekali jika blogger penulis senja ini, yang boleh di lihat dengan usaha kerasnya mengupdate entry. Percubaannya untuk menjadi blogger yang bagus, daya usahanya dan semangatnya yang jarang di lihat dalam diri blogger lain...DIPATAH-PATAHKAN SEGALANYA DI PERTENGAHAN JALAN hanya kerana satu khilaf yang dia lakukan....perkara seperti ini sangatlah tidak wajar dilakukan...
Namun benarlah kata pepatah...jika takut di sengat lebah...jangan di jolok sarang di pokok...
Kepada penulis senja... jika kamu membaca ini... lupakan tentang itu...tidak perlu sehingga tutup blog hasil usaha kamu sendiri siang dan malam mengupdate entry dan mengongsikan ilmu kepada orang lain... Redho sajalah bahawa kamu dah bikin salah...minta maaf pada semua dan ambil sahaja teguran itu sebagai satu nasihat yang baik untuk kamu pergi lebih jauh dalam dunia blogging...
Juga kepada IR...Pendekar harap kamu cubalah berfikir dengan sebaiknya... mungkin dia sudah salah...tapi harus juga di terima hakikat... dia bersusah payah untuk mempromosikan blognya siang dan malam... mengumpul follower juga... dan mungkin secara kebetulan sahaja blog dia berada dalam senarai ranking tersebut kerana penentuan ranking adalah berdasarkan trafik... Jika bukan kerana setiap masa dia ping entry di Facebook, sudah pasti mana-mana group akan suram dan tak meriah mana....
Pendekar taknak lihat blogger-blogger baru jadi lembek kerana di hentam sekali dua... Jadilah kuat seperti adik Luqman LonelyStarz tu... macam tu barulah blogger kental...
Sekian...
Jika ada yang khilaf dalam entty ini..ia datang dari Pendekar sendiri...wallahua'lam...
Assamamualaikum....
Newcastle vs Arsenal game terakhir BPL 2012/13
10 hours ago







No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.