Dengan nama ALLAH yang menciptakan langit dan bumi serta sekalian isi-isinya. Adalah buat kesekian kalinya pendekar inginkan kalian semua mengambil sesuatu pandangan dan pemikiran yang wajar sebelum memulakan sesuatu tindakan terhadap apa juga perbuatan kalian...
Perhimpunan BERSIH 2.0 telah pun berlalu dan kita boleh lihat pelbagai implikasi dan pelbagai jenis fitnah dan cerita tidak enak mula bertebaran di mana-mana. Semuanya dengan satu tujuan. Untuk memburuk-burukkan kepimpinan negara. Wallahua'lam.
Sebelum mengulas dengan lebih lanjut. Eloklah kiranya kita ambil sedikit pedoman dan iktibar daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim di bawah ini.
Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya,Jika kalian rasa hadis ini tidak adil dan berat sebelah... bacalah pula hadis di bawah ini...
Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).
Ulama-ulama salaf sangat tegas dalam soal ketaatan kepada pemerintah, sekali pun pemerintah itu seorang yang zalim. Rasulullah bersabda, “Barangsiapa melepaskan ketaatan daripada pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa punya hujah (alasan)" (Riwayat Muslim. Kitabul Imarah Syarah Nawawi), dan sabda Baginda lagi, “Tiap-tiap orang yang berkhianat akan diberi bendera pada hari kiamat, lalu dikatakan padanya bahawa inilah pengkhianat si Fulan (terhadap pemimpin)" (Riwayat Muslim dan Turmizi). Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar r.h, " Dalam hadith ini ada kewajipan untuk taat kepada penguasa atau pemimpin yang telah diangkat, dan di larang memberontak kepadanya walaupun dia zalim serta sewenang-wenangnya dalam melaksanakan ketetapan hukum, kerana kefasikan pemimpin bukan sesuatu yang membolehkan untuk memberontak kepadanya. (Lihat Fathul Bari Jilid 13 halaman 68).
Ibnu Abi Hatim r.h yang berbunyi ,
"Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahwa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin Al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya, bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita , bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab, Jangan! Biarkan mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi ! Al-Jamaah,al-jamaah! (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar Firman Allah: "Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada Tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai." ( Lihat tafsir Ibnu Hatim 2/455).
Dalam sebuah hadis lain, Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
“Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya dari penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiannya adalah kematian jahiliah." (Hadis Shahih Riwayat Bukhari)
Hadis Ibnu Abbas di atas dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah yang bermaksud,
“Dengarlah dan taatilah penguasa pada waktu susah dan senang, pada waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu dan memukul punggungmu, kecuali apabila memerintah untuk berbuat maksiat." (Hadis Shahih Riwayat Ibnu Hibban).
‘Auf bin Malik al-Asyja’ij meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Para imam kamu yang terpilih ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan para imam yang jahat ialah yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah ditanya : Ya Rasulullah, bolehkah kami melawan mereka dengan pedang? Baginda bersabda, Tidak, selama mereka mendirikan solat pada kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai daripada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu bencikan amalannya dan janganlah kamu menarik tangan kamu daripada ketaatan”. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).
Juga bacalah juga perkataan beberapa orang ulamak silam di bawah ini. Sebagai panduan untuk kalian ambil iktibar dan pengajaran daripadanya...
Selain itu, Abdullah bin Mas’ud r.a juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri (daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar. Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab baginda, Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu (mentaati pemimpin) dan mintalah hak kamu daripada Allah." (Hadis Shahih Bukhari dan Muslim).
Berkata Imam Nawawi r.a dalam mensyarahkan hadis ini,
“Dalam hadis ini terdapat dorongan untuk dengar dan taat sekali pun pemerintah adalah zalim. Maka sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudharatan pemimpin, menolak kejahatan dan berusaha untuk membaikinya. (Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim). Bahkan, Abu Darda pernah berkata,"Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang adalah ketika dia mencela pemimpinnya" (Lihat, At-Tamhid Ibnu Abdil Barr)
KESIMPULANNYA :
Persatuan jemaah di bawah pemimpin Islam itu lebih di tuntut dari segalanya... Tidak kira sezalim mana sekalipun seseorang pemimpin itu. Selagi dia mengerjakan solat dan tidak pernah memerintahkan kalian berbuat maksiat. Selagi itulah kewajipan untuk taat terpikul di atas bahu setiap Muslim yang beriman dan percaya kepada Kuasa ALLAH.
Jika satu dua hadis mengenai ketaatan kepada pemimpin mungkin kita boleh pertikaikan kedhoifannya..tetapi jika sudah terlalu banyak hadis kewajipan mentaati pemimpin ini diriwayatkan, apa lagi hujah kita untuk membangkangnya??
SEDARLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU... JAMA'AH! KERANA IA MENUNJUKKAN BAHAWA KITA KUAT! KERANA PERPECAHANLAH UMAT ISLAM ITU LEMAH!
Sebelum menutup entry ini, izinkan pendekar tambah lagi kata-kata ucapan dari bekas Mufti Kerajaan Arab Saudi, Salifus Soleh Syeikh Abdul Aziz Abdullah Ibn Baz (meninggal 13 May 1999) yang menyebut :
“Bukanlah dasar ulama salaf mengisytiharkan keaiban golongan pemerintah, menghebahkannya di atas pentas-pentas dan mimbar-mimbar kerana ia boleh membawa kepada kucar-kacir, tidak mendengar dan taat pada melakukan yang makruf serta membawa kepada kemudaratan dan tiada manfaat sama sekali.”
PENTINGKANLAH JAMAAH DAN TAATILAH PEMIMPIN MUSLIM SELAGI MANA MEREKA TIDAK PERNAH MEMERINTAHKAN KAMU MENSYIRIKKAN ALLAH DAN MELAKUKAN MAKSIAT~!!
Sesungguhnya yang baik akan kembali juga kepada-NYA...dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri... Minta ampunlah pada ALLAH kerana menyumbang kepada perpecahan JAMA'AH... Mudah-mudahan ALLAH merahmati kita sekalian... Amin..
sumber :
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Abd_al-Aziz_ibn_Abd_Allah_ibn_Baaz
2. http://www.mymasjid.net.my/sahih-muslim/bab/643
3. http://www.mymasjid.net.my/sahih-muslim/bab/601
4. http://azlishukri.blogspot.com/2011/05/isu-berdosa-menyokong-pas-ini-jawapan_21.html







You are using certain statement from hadith and Quran to further you own agenda. SHAME ON YOU! Mempolitikkan Islam.
ReplyDeleteCited from Wikipedia (since you are using it):
"Sunni Islamic lawyers have commented on when it is permissible to disobey, impeach or remove rulers in the Caliphate. This is usually when the rulers are not meeting public responsibilities obliged upon them under Islam. Al-Mawardi said that if the rulers meet their Islamic responsibilities to the public, the people must obey their laws, but if they become either unjust or severely ineffective then the Caliph or ruler must be impeached via the Majlis ash-Shura. Similarly Al-Baghdadi believed that if the rulers do not uphold justice, the ummah via the majlis should give warning to them, and if unheeded then the Caliph can be impeached. Al-Juwayni argued that Islam is the goal of the ummah, so any ruler that deviates from this goal must be impeached. Al-Ghazali believed that oppression by a caliph is enough for impeachment. Rather than just relying on impeachment, Ibn Hajar al-Asqalani obliged rebellion upon the people if the caliph began to act with no regard for Islamic law. Ibn Hajar al-Asqalani said that to ignore such a situation is haraam, and those who cannot revolt inside the caliphate should launch a struggle from outside."
http://en.wikipedia.org/wiki/Political_aspects_of_Islam