CARA-CARA UNTUK MENURUNKAN RANKING ALEXA DENGAN CEPAT.
Bismillahirrohamirrohim...
Sampaikanlah olehmu walaupun satu ayat. Ya..Ayat...kali ini pendekar akan sampaikan lagi ilmu untuk anda dalam bentuk ayat. Kerana ayat itulah yang sebaik-baiknya penyampaian. Ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis adalah ilmu. Segala jenis ilmu terkandung di dalamnya. Namun hanya Allah sahaja yang tahu siapakah yang layak untuk mendapat ilmu tersebut dan menyebarkannya..
Jika orang lain boleh berjaya dengan ilmu yang kita ada...apalah salahnya jika ilmu itu kita kongsi bersama.. InsyaALLAH, kejayaan dan berkat pasti akan bersama dengan ilmu yang kita sampaikan kepada orang lain. Wallahua'lam.
*****
Berbalik kepada tajuk, kali ini pendekar akan tunjukkan kaedah pengiraan ranking alexa yang membolehkan penurukan dilakukan selaju yang boleh. Mungkin anda sudah pernah mendengarnya mahupun membacanya. Namun apa yang bakal pendekar sampaikan ini mugkin tidak pernah anda dengar lagi.
Untuk pengetahuan anda, Ranking Alexa tidak di kira dengan betapa tingginya trafik yang anda ada. Asalkan anda konsisten dalam pengekalan trafik ke blog anda, sudah pasti ranking alexa anda akan menurun juga. Alexa menggunakan algoritma yang berlainan dalam pengiraan ranking. Berlainan dengan Google (Pagerank) dan juga mana-mana search engine yang lain.
Apa-apapun. kaedah pengukuran alexa adalah seperti di bawah ini.
Unique Visitors = Bilangan Original Visit ke Blog
Pageviews = Berapa banyak page yang dibaca oleh pelawat dalam satu kali lawatan.
Dua aspek di atas adalah yang paling penting untuk anda tahu dalam mengurangkan ranking alexa anda. Caranya mudah sahaja. Baca selanjutnya ya.
Seboleh-bolehnya, kaitkan satu entri dengan entri yang lain.. iaitu dengan memberikan inbound link kepada entry di dalam blog kita sendiri. Dengan cara itu pageviews kita akan meningkat walaupun hanya satu atau dua sahaja halaman yang di buka.
Sebagai contoh, jika entry tersebut adalah entry LIVE STREAMING atau dalam bahasa melayunya, Siaran Langsung, sudah pasti kita hanya akan buat satu post sahaja kan? Dan sudah pasti para pelawat cuma akan singgah di entry tersebut. Jadi di situ kita cuma akan mendapat 1 UV dan 1 PV. Bukankah itu merugikan?
tetapi jika anda bisa mengubahnya menjadi satu entry yang dikaitkan dengan entry yang lain dengan memasukkan apa-apa link yang munasabah untuk di ikuti, maka pageviews anda akan meningkat. Dengan itu, alexa mahupun Google akan segala upaya mengindeks entri tersebut dan juga para pelawat akan klik pada link tersebut. Jadi di sini, sudah pasti pageviews anda akan meningkat secara automatik...
Jika tidak..anda hanya akan mendapat jumlah UV yang banyak tetapi tidak jumlah PV yang lebih banyak maka anda akan rugi di situ... Untuk mengurangkan nilai alexa...anda harus dan wajib untuk meningkatkan jumlah pageviews di mana jumlah pageviews itu akan membantu anda untuk mengurangkan ranking alexa anda. Percayalah.
Dengan meningkatkan jumlah pageviews mengatasi jumlah pelawat unit, ranking alexa anda bukan sahaja akan menurun dengan banyaknya malah boleh mengatasi mana-mana blog dalam pertarungan SEO...
Sebagai Contoh, anda boleh ambil BeautifulNara.Com dan juga Blogserius.blogspot.com untuk dijadikan perbandingan. Kerana itulah gunanya pluggin "tag" di wordpress dan juga internal backlink di blogspot.
Jadi, jangan lupa untuk meningkatkan pageviews blog anda ya... lebih ramai dan lebih lama masa yang di ambil oleh pelayar ke blog anda, lebih lama blog anda akan berada di carta teratas enjin carian. InsyaALLAH..
Cukup sudah untuk entri pelajaran SEO kali ini. Pendekar akan kongsikan lagi ilmu yang pendekar ada di lain hari ya.
Salam Perjuangan.








No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.