Thursday, June 16, 2011

TERKINI | SENARAI LAMAN WEB YANG DIHARAMKAN OLEH MCMC JUN 2011

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menyekat beberapa laman web perkongsian file. Berikut adalah SENARAI LAMAN WEB YANG DIHARAMKAN OLEH MCMC JUN 2011.

1. http://www.warez-bb.org
2. http://www.thepiratedbay.org
3. http://www.movie2k.to
4. http://www.megavideo.com
5. http://www.putlocker.com
6. http://www.depositfiles.com
7. http://www.duckload.com
8. http://www.fileserve.com
9. http://www.filestube.com
10. http://www.megaupload.com

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahu 10 laman web yang membenarkan aktiviti muat turun filem dan video secara tidak sah, disekat dan memaklumkannya kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk berbuat demikian.

MCMC berkata, pihaknya menerima permintaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keenggunaan untuk mencegah capaian kepada laman web yang didapatinya melanggar Akta Hakcipta 1987.

“Suruhanjaya telah memaklumkan kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tentang permintaan ini dan tindakan sedang diambil secara berperingkat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Ia berkata di bawah Akta itu, pemegang lesen berkewajipan untuk membantu MCMC mencegah perbuatan melakukan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.

"Sehubungan itu, pematuhan kepada undang-undang ini tidak harus diertikan sebagai penapisan," tegasnya.

Maklumat mengenai surat daripada MCMC dipercayai untuk ISP telah terbocor dan disiarkan di laman-laman belog beberapa hari lalu

Antara laman web yang disenaraikan termasuk www.warez-bb.org/ dan www.megavideo.com/.petikan mstar.com.my

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda