Saturday, June 4, 2011

SINIKAL : MENTALITI SAKIT BLOGGER MELAYU

Bismillahirrahmanirrohim...Dengan nama Allah yang Pemurah lagi maha Pengasih...

Akan oleh shahadan hikayat diceriterakan oranglah dari negeri Denmark akan kisah sebuah bangsa yang duduk diamnya di Nusantara...Adapun bangsa itu dahulu pernah menjadi bangsa terhormat... bangsa yang mahsyur...bangsa yang bahasanya menjadi lingua franca  di mana-mana... Namun sayang sekali... bangsa itu kini bagaikan melukut di tepi gantang... Hidup segan mati tiada mahu...

Alkisah oleh shahadan hikayat, adapaun bangsa itu kini adalah bangsa yang sibuk mahu jatuh-menjatuhkan... sibuk mahu buruk-memburukkan...sibuk mahu aib-mengaibkan.... kerana hanya dengan itu mereka akan puas... Puas dengan memakan daging saudara mereka sendiri....

Oleh penglipurlara.... diceritakanlah olehnya satu contoh... kisah seorang gadis yang bercerita dia tiada dara... kisah seorang gadis yang bercerita dia datang bulan...maka, bertebaranlah akan berita ke seluruh nusantara itu... Bagai lalat-lalat yang menghurung bangkai lagaknya... menebarkan ceritera bau bangkai itu sehingga ke pelusuk jagat raya....Sehingga mereka yang tidak tahu jadi tahu...

Maka lalat-lalat yang merasakan mereka lebih baik itu pun mula bercakap dan bercakap.... huha sana...huha sini... Akan termasuklah orang-orang lama itu... yang turut mengulas konon untuk ambil berat tanpa sedar mereka turut menyumbang kepada bau bangkai yang busuk itu tersebar...

Maka...menangislah sang perempuan itu...merasakan dia begitu hina... Adapun jika dia tertekan sehingga terpaksa mengambil jalan singkat membunuh dirinya... siapakah yang akan menanggung dosa itu?? Ya...oleh kamu-kamu dan kamu... Namun jika rahmat ALLAH masih bersamanya... itu lebih baik baginya...Mudah-mudahan...Amin...

Entah kenapa...tiada yang rapat dengannya yang cuba untuk menasihatkannya untuk menutup aib itu... malah mereka tebar sehingga seluas yang boleh.... Nauzubillah... Ya Allah, lindungilah orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri... Amin...

Akan kata sahibul hikayat lagi...adapun wujudlah satu kelompok yang mengatakan bahawa mereka ini pemerhati dunia blog... apa yang mereka perhati? gadis-gadis gedik yang melaram?? Atau acara buruk memburukkan? Atau apa-apa sahaja...itu tiadalah diketahui... mungkin mahu lihat free show barangkali...

Kata shahibul hikayat lagi, bangsa itu tiadalah akan kembali seperti sebelumnya.. selagi mereka-mereka itu menyebar aib di merata-rata... akan tetaplah bangsa itu hina dina.... sedang bangsa asing mula mengaut sediikit demi sedikit kekayaan milik mereka....

Percaya atau tidak?? Tanya sang penglipurlara...

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda