Tertarik dengan komen Bro Framestone yang terpilih mengikuti World Social Blogger Summit 2011 yang mengatakan bahawa terdapat juga perbincangan mengenai SEO Spam. Anda mahu tahu bagaimana SEO SPAM itu terjadi? Jadi Pendekar akan jelaskan kepada anda mengikut pengalaman dan pemerhatian pendekar sendiri sepanjang mendalami SENI PERMAINAN SEO.
SPAM atau SPAMMING atau PENYEMAK dalam bahasa yang lebih mudah adalah isu yang telah sekian lama berada di mana-mana sahaja. Sama ada di dalam ruangan chatting, FB, Twitter, blog dan tidak terkecuali enjin carian juga turut mengalaminya. Di sini pendekar akan terangkan bagaimanakah bentuk SEO SPAM yang sebenarnya dalam enjin carian terbesar dunia iaitu Google.
Sebelum pendekar ulas dengan lebih lanjut, terlebih dahulu pendekar mahu anda tahu apakah spam itu sebenarnya? Bagaimanakah yang dikatakah SEO SPAM seperti yang diperkatakan dalam pertemuan tersebut.
Jika anda pernah main SEO berkaitan dengan pendidikan sama ada semakan, permohonan, keputusan, tawaran dan sebagainya, anda pasti pernah menemui beberapa blog seperti di bawah ini.
1. http://jawatan-kosong.co.ccSenarai di atas hanyalah sebahagian daripada beberapa blog yang boleh dikatakan sebagai SPAMMER atau PENYEMAK di dalam pencarian KEYWORD SEO.
2. http://hatibatu.com
3. http://feesability.net
Dan jangan terperanjat jika pendekar katakan bahawa ada di kalangan blog yang mendapat trafik yang tinggi di dalam Malaysia ini juga dan tersenarai di dalam 20 Top Blog Melayu di Malaysia turut terlibat dalam aktiviti SEO SPAMMING. Nanti saja pendekar ulas bagaimana mereka melakukannya.
APAKAH ITU SEO SPAM?
SEO SPAM adalah satu istilah yang diberikan untuk sesuatu keyword palsu yang tiada maklumat mengenainya di dalam blog atau laman web yang dicari oleh pengguna tetapi di indeks oleh Google sebagai sesuatu yang mengandugi isi / contents.
CARA BAGAIMANA SEO SPAM ITU BERFUNGSI.
Jika anda menggunakan platform Wordpress dan selalu bermain dengan SEO, anda sudah pasti wajib untuk tahu mengenai satu pluggin yang dinamakan SEARCH TERM TAGGING. Pluggin ini adalah pluggin yang akan memaksa robot / crawler Google mengindeks blog ataupun laman web tersebut sebagai sesuatu yang mengandungi isi dan nilai untuk keyword yang dicari oleh pengguna. Kebanyakan master SEO sudah pasti tahu akan pluggin ini.
Pendekar tahu juga bahawa ada di kalangan para master SEO yang ada di Malaysia menggunakan pluggin ini. Secara ringkasnya pluggin ini adalah PENYEPAM yang sebenarnya kepada Google. Sebagai contoh, seorang peniaga yang memaksa pengiklan mengiklankan kedainya untuk menjual barang yang tidak langsung di jual olehnya. Patutkah tindakan tersebut dilakukan? Pendekar pasti anda bisa menjawabnya bukan?
BEZA ANTARA SEARCH TERM TAGGING DAN TITLE TAG
Seperti yang pendekar terangkan di atas, apakah Search Term Tagging itu. Kini pendekar akan terangkan perbezaannya dengan Title Tag. Title tag ini terbina apabila anda menaip keyword di dalam post atau entry anda. Tag / Label yang anda masukkan tadi akan di indeks oleh Google sebagai satu tajuk yang utama.
Apabila seseorang pelayar internet mengklik pada link tersebut dari Google, secara automatik ia akan pergi ke entry yang di tag dengan tajuk tersebut. Berlainan pula untuk Search Term Tag, di mana pelayar akan di paparkan hasil carian tersebut sama ada wujud atau tidak entry berkaitan apa yang mereka cari. Tetapi kebiasannya tidak wujud langsung.
KESIMPULAN - SEO SPAMMING ADALAH SATU PENIPUAN NYATA!
Bukan mahu menghentam atau mahu membodek, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Trafik 20 ribu sehari pun tetapi di dapati dengan cara penipuan adakah lebih baik daripada trafik 100 sehari tetapi dengan usaha yang jujur? Sudah pasti anda dapat membezakannya kan?.
Jadi, cukuplah di sini pendekar ulas apakah sebenarnya SEO SPAMMING itu. Jika anda mahu tahu, SEARCH TERM TAG itu boleh saja dilakukan di blogspot jika anda mahu. Tetapi seperti yang pendekar katakan sebelum ini, berblogging dengan jujur itu lebih baik daripada melakukan penipuan.
Blogger Indonesia ternyata lebih handal dalam seni permainan SEO ini. Kerana mereka rajin untuk mencari ilmu mengenainya seperti mana hacker juga bijak untuk menggodam laman web kerajaan yang sampai kini mereka tidak tahu siapakah KambengMerah, DarkJawa, H3x4cr3w dan group Dragonforce itu.
Apa-apapun. SEO adalah ilmu yang mampu memberikan anda kepuasan mengenainya. Jadi janganlah khuatir atau ragu untuk mengamalkannya. Tidak usah malu walaupun jika entry anda tidak punya isi atau hanya copy paste entry orang. Asalkan anda memberikan mereka backlink semula. Begitu lebih baik. Lebih jujur pada diri. Lebih jujur pada orang lain. Kerana setiap entry SEO yang dipaparkan oleh blogger blogspot adalah yang terbaik di dunia. Jadi tidak usah malu untuk mengakui bahawa anda adalah blogger SEO yang berdiri di atas platform blogspot~! Banggalah akan diri anda!
Salam Perjuangan!







No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.