Ya... aku nampak di situ... betapa nama aku sudah busuk akibat mereka-mereka ini... maaf cakap... aku memang tidak akan terima apa saja yang kamu kata... biar saja jika kamu kata aku ego... tapi dalam bab-bab mengaibkan orang ini aku sangat dengki...
Kamu mahu samakan aku dengan Anuar Ibrahim?? Tidak akan sesekali... kamu fikir apa?? Adakah apa yang aku perbuat memberi kesan kepada sejuta orang?? Apakah apa yang aku perbuat ini menjahanamkan dan memusnahkan hidup kamu?? TIDAK~!! AKU TIDAK SENTUH HIDUP KAMU SATU APA~!!! Jadi itu berbeza..Sangat berbeza~!!
Jadi, kenapa harus aku biarkan kamu, kamu dan kamu mengata-keji aku??? Kenapa aku harus biarkan saja? Dan kenapa aku harus minta maaf sama kamu pula?? Jika sebelum ini, kamu bisa saja jumpa aku di FB atau di YM... tetapi kenapa tidak berkata seperti itu?? Kenapa perlu kamu-kamu menikam aku dari belakang??
Kamu tidak rasa apa aku rasa~!! Kamu tidak pernah rasa lagi... jangan ingat kerana kamu itu punya berpuluh ribu readers, maka kamu bisa memburukkan aku sebegitu rupa... Dan aku lebih bengkak lagi dengan entry Ben Ashaari.. ya~!! Aku jujur saja~!! Siapa dia untuk menilai aku ini siapa?? Siapa kamu untuk memberi gelar untuk aku?? Adakah kamu kenal sama aku?? Jawapannya sudah ada... TIDAK!
Aku bukan tidak ingin kamu tahu... tapi pernahkah aku mahu heboh-heboh akan masalah aku?? Pernah kah aku minta tolong pada kamu, kamu dan kamu yang kononnya lebih mengenali aku dari orang yang rapat dengan aku! Sungguh kamu-kamu itu membuatkan aku mahu muntah!
Jika aku minta tolong... Ya, aku terus terang saja pada yang empunya badan... aku tidak berbasa-basi... Aku terus-terang saja... Tetapi, siapa yang kata "bukan mahu menjatuhkan maruahmu... bukan mahu mengaibkan dirimu..tetapi supaya tidak ada lagi sesiapa yang tertipu olehmu..."
Sungguh takjub aku membacanya... bagaikan aku ini hanya membawa keburukan saja ya? Bukan sedikit yang mahu menumpang sekaki sepayung untuk entry yang menghinakan aku... hello.. boleh dibilang berapa kerat sahaja yang rapat sama aku... boleh dikira beberapa jari sahaja~!! Kalau mahu dibilang jari aku ini.. sudah lebih dari cukup untuk menampungnya...
Jangan cuba menangguk di air keruh ya... kamu hebahkan keburukan aku... kamu maki keji aku... dan kamu masih mahu aku respek sama kamu-kamu ya?? Bila aku baca satu-satu... aku lihat...
RAMAI TIDAK KENAL AKU tapi MENGUMPAT aku dalam komen...
RAMAI TIDAK TAHU AKU tapi MENGATA AKU DI BELAKANG...
RAMAI TIDAK PERNAH AKU USIK tapi CUBA BERLAGAK HEBAT menghentam aku...
HANYA SEDIKIT KENAL AKU yang beri aku nasihat yang lebih berguna...
HANYA SEDIKIT YANG AKU ANGGAP RAPAT yang sudi untuk menyokong aku...
HANYA SEDIKIT YANG AKU KENAL bersama aku di sini...
Dan yang paling aku tahu.... Hanya sedikit yang kenal aku menyokong aku dari mula sampai akhir... hanya itu saja... dan tidak banyak...aku masih bisa bilang dengan jari aku ini...Jujur saja...
Dan, Aku tidak akan mencampuri kamu-kamu dan kamu yang aku anggap kawan itu lagi... Aku pernah terkena dalam kehidupan yang sebenar... lebih teruk lagi dari ini...Saatnya rasa dikhianati oleh kawan sendiri.. Cukuplah setakat ini saja...
Ada yang bilang... aku harus minta maaf... tetapi pada siapa?? Adakah pada mereka-mereka yang memberikan komen menghinakan aku atau pada orang yang sepatutnya berkaitan dalam kes ini? Sedang mereka-mereka ini adalah orang yang aku tidak kenal satu apa...tidak pernah aku jumpa mahupun duduk berbual menghadap muka... Jadi patutkah??
Ya...aku terlupa... Aku harus minta maaf pada DARKBATMAN.... memang aku sudah salah sama dia... Itu aku akui... Pinta aku, maafkan aku ya bro... aku cuma tertekan kerana aku tak tahu macam mana cerita aku dengan kau itu boleh orang tahu...
Entry aku sebelum ini hanya mahu mereka-mereka yang memberikan komen bising-bising itu diam....untuk mereka-mereka yang tiada kaitan itu diam... Kerana aku tidak punya tanggungjawab untuk menjelaskan apa-apa pada mereka... kerana mereka tidak berkaitan... Lantas untuk apa mereka berbunyi-bunyi laksana kokokan ayam lagaknya??
Ya... kenapa harus terasa?? aku tidak mahu simpati kalian-kalian... Aku habiskan begitu banyak masa dan tenaga menggali segala macam ilmu dan mencurahkan segala macam pendapat untuk blog aku ini... Tiada aku mahu lihat blog aku ini lenyap hanya kerana ada yang membusukkan nama aku...Tidak sesekali..kerana atas hati kering yang aku ada... aku tetap akan teruskan perjuangan ini...Jika kamu sering mendengar ini... sejuta menghilang... sudah pasti akan ada yang bertandang....
Dan, untuk ini, aku ingin beritahu... aku tidak akan wujud lagi di FB untuk akaun Pendekar Berkuda. Jadi, lupakan saja aku... tidak berkaitan untuk kamu-kamu tahu siapa aku nanti... Namun biar saja blog ini tetap ada...
Dan untuk kesekian kali lagi... aku ingin tekankan di sini... Cukuplah sampai di sini saja... Apa-apa aku perbuat selepas ini tiada kaitan sama kamu-kamu... Hanya mereka yang ada di YM aku saja akan terus aku hubungi... kerana mereka adalah yang rapat sama aku... Yang masih boleh aku percaya... Kerana saat ini aku sangat terluka...
Untuk para pelajar ilmu SENI PERMAINAN SEO aku, aku tetap akan terus mengupdate entry untuk kamu... nantikan saja ya... Aku hanya mahu kamu amalkan saja ilmu itu... kerana jika kamu berjaya... aku juga sangat bangga... Kerana aku sudah sangat jarang berblogging dan menaip entry SEO di blog ini... hanya kadang-kadang sahaja... Jadi inilah peluang untuk kamu belajar dan mengamalkannya dengan sebaiknya... okay??
Sikap aku mudah...jika ada yang memohon maaf...segalanya akan aku hapuskan dari ingatan... Tidak kira kesakitan aku itu sebanyak mana... Aku akan buka buku baru untuk satu permulaan yang baru... Ya..itulah sikap aku... kerana walaupun aku pernah merasa parang di kepala... dan sehingga kini parutnya masih ada... Namun kerana sifat maaf yang aku ada... Ceritanya hanya di situ saja...
Dan perempuan-perempuan yang berlagak baik itu...tak usahlah kamu cuba menangguk di air keruh ya... Apa maksud kamu dengan WTF itu? Di mana adab sopan kamu itu? Kamu humban dalam longkang ya?? Jangan kerana kamu perasan kamu cantik atau lebih baik dari orang lain atau lebih alim dari orang lain... kamu mahu memburukkan orang ya?? Kamu mahu rasa entry akukah?? Kamu masih belum merasainya kan?? mereka-mereka yang membacanya tahu akan kepedasannya... Jadi mahukah kamu merasainya? Saatnya bila aku serang peribadi kamu??
Ingat ya.. setiap kali aku buat entry.. 5 minit saja untuk masuk Top 5 Google... Bolehkah kamu buat itu?? Tidak kan?? Jadi jangan sentuh aku jika aku tidak pernah sentuh kamu... Aku paling anti pada mereka yang suka menjaja cerita aib orang... itu saja aku ingin ingatkan....
Salam Perjuangan dari aku untuk mereka-mereka yang sanggup menemani aku...aku sangat terharu...
Pss~! - terbaca aku komen seorang blogger... macam satu konspirasi sahaja... betul atau tidak.. aku tidak tahu....
Seminar Buat Duit dengan Blog penuh Inspirasi
21 hours ago







No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.