Tuesday, June 21, 2011

PEMBUKTIAN SEO : AKHIRNYA SELEPAS PERCUBAAN KETIGA - ALHAMDULILLAH

Bismillahirrohmanirrohim..

Akhirnya selepas percubaan ketiga untuk melangkah terus ke hadapan...Syukur Allah memberikan rezeki yang tidak di sangka-sangka. Alhamdulillah akhirnya permohonan pendekar kali ketiga untuk memohon INNITY telah berjaya. Baru semalam pendekar submit graph dengan Innity.

Kali ini pendekar tidak akan memandang ke belakang lagi. Akan cuba untuk terus maju ke hadapan. Seni Permainan SEO telahpun mendapat pelbagai manfaat yang tidak sedikit terutamanya kepada mereka-mereka yang mengamalkannya.

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang membuktikan bahawa SEO di blogspot mampu meningkatkan traffik ke blog walaupun dengan kekangan yang yang tidak sedikit disebabkan penggunaan platform blogspot.

Permainan SEO itu jika anda tahu caranya, setiap entry anda mampu mendapat tarikan trafik yang tinggi daripada Google dan lain-lain search engine. Cuma saja anda yang perlu memanfaatkannya.

Jika semalam pendekar telah sebut bahawa ranking Alexa blog ini di Malaysia adalah 505... hari ini pendekar sebut lagi sekali bahawa ranking blog ini sudah turun lagi kepada 451 di Malaysia. Syukur Alhamdulillah....

Menyorot rahsia hati. Pendekar pernah kecewa. Pernah juga ingin berputus asa. Tapi dunia blogging adalah dunia yang pendekar tahu pendekar mampu untuk pergi jauh. Dunia internet mampu memberikan pendekar kejayaan. InsyaALLAH. Pendekar akan cuba dan cuba lagi untuk percubaan yang seterusnya dengan blog yang lain pula.. Doakan pendekar ya teman-teman.

Untuk kesekian kali, tahniah kepada semua blogger yang berjaya buat duit dengan ilmu Seni Permainan SEO yang pendekar ajar. Anda berhak mendapatkannya kerana semuanya adalah di atas inisiatif anda sendiri. Pendekar hanya berkongsi apa yang pendekar tahu bersama anda. Percayalah. Ilmu itu untuk di cari dan di timba. Bukan ia datang bergolek kepada kita. Wallahua'lam.

Untuk itu, pendekar nasihatkan anda. Jangan lah lokek pada ilmu yang anda ada. Kelak ke kubur kita kembali jua. Jadi jangan berkira terhadap ilmu anda. Meski anda tidak di bayar satu apa. Tapi banggalah melihat mereka-mereka yang berjaya kerana anda.

Pendekar titikkan segalanya di sini. Pada seni ketikan jemari. Agar kalian semua mengerti. Betapa ilmu itu jika tidak di sebar. Ke nerakalah tempat kita. Wallhua'lam.

"Sampaikanlah oleh mu walau satu ayat"

Salam Perjuangan.

  

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda