Tuesday, June 28, 2011

LIRIK LAGU|LAGU TEMA OST KL GANGSTER

LIRIK LAGU TEMA OST KL GANGSTER TAKHTA BY FILSUF DAN ERNA

Lagu tema filem 'KL GANGSTER' arahan Pengarah Terbaik Anugerah FFM '10, Syamsul Yusof. "Takhta" menampilkan Daly, bekas anggota dan tonggak utama kumpulan Rap Hip Hop ternama, AHLI FIQIR yang berpecah pada penghujung tahun 2009. Daly kini bergerak solo menggunakan nama pentas FILSUF. Single ini turut menampilkan ERNA, bekas peserta program realiti 'One In A Million' dan pelakon drama tv.



Di mana tempat adanya kuasa
Di situ juga adanya angkara
Di mana ada namanya manusia
Di situ juga adanya punca propaganda hipokrasi
Yang rendah ingin menjadi tinggi
Dan yang tinggi ingin mendominasi
Yang lemah ingin menjadi gagah
Dan yang gagah ingin terus berada di atas

(*)
Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengelar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara-saudara ku
Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju
Peduli apa katamu, peduli apa kau mahu
Bila senjata ku hunus
Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu
Cuma hanya ini yang ku mahu

Bila kau menjadi kaku
Bila kau sudah layu
Bila kau tiada lagi bernyawa
Aku sudah berada di atas takhta
(*)
Saudara ku, yang berada disekelilingku
Saudaraku, yang sanggup menempuh maut dgn ku
Saudaraku, yang hidup mati bersama aku
Saudaraku, yang telah gugur kerana aku

Kerana kuasa aku telah menjadi lupa
Kerana kuasa aku hampir binasa
Hampir ku hilang nyawa, hampir musnah semua
Ibarat mati hidup semula
Ku diberikan peluang untuk kali yang kedua

Supaya aku sedar
Supaya tak mudah lagi lupa
Supaya tak mudah megah
Dan di atas pasti kebawah

Giliran di bawah berlumba-lumba bersedia menanti masanya
Untuk menimpa mengambil alih takhta
Tiada yang kekal lama semuanya hanya sementara
Kerana punca kerana angkara kerana kuasa dan takhta
Tiada yang lebih berkuasa selain dari yang berkuasa

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda