Wednesday, June 22, 2011

KONSERT MALAM GALA DAN KARNIVAL ULANGTAHUN PERTAMA SIMPLYSITI DI UITM 9 JULAI 2011

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, akan mengadakan persembahan pada 9 Julai ini sempena Konsert Malam Gala dan Karnival Ulang tahun pertama SimplySiti di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (Teka) UiTM Datin Noraini Ahmad Shariff berkata konsert yang turut mengundang penyanyi Aizat, Amy Search dan Ana Rafali diadakan dengan kerjasama empat fakulti iaitu Teka, Fakulti Muzik, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan Fakulti Senireka.

"Bermatlamat bagi mengisi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM, kesemua hasil kutipan derma dan tiket pada malam konsert akan disalurkan terus ke dalam tabung berkenaan.
"Ia bagi membantu kira-kira 5,000 pelajar cemerlang UiTM yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita di Wisma Bernama di sini hari ini.

Konsert selama dua jam itu dijangka bermula pada 8.30 malam akan turut mempamerkan persembahan tarian tradisional daripada pelajar-pelajar Sekolah Seni Johor dan Sarawak serta persembahan muzikal daripada pelajar-pelajar Fakulti Teka dan Fakulti Muzik.

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda