Konsert AF di hadapan Masjid Besi?? Lebih tepatnya di Dataran Putrajaya Presint 3 dengan rekaan pentas 360 darjah kamu pandang sepi cuma?? Tiadakah sedikit rasa tanggungjawab kepada diri kamu itu terhadap Islam yang kini semakin di pandang rendah dan di hina oleh penganut-penganut agama lain... Tetapi yang paling jahanam adalah bila ada di kalangan perosak agama itu adalah mereka yang memegang nama Islam di dalam kad pengenalannya~!! Memang celaka la...
Demi wang manusia itu sanggup membutakan mata dan iman mereka~! Demi wang juga manusia itu sanggup untuk memutuskan silaturrahim antara mereka... demi wang juga manusia itu menjadi si bangsat yang celaka~!!
Aku hanya memanjangkan perjuangan seorang saudara... Dengan kelebihan yang aku ada di dalam dunia maya... Maka aku sokong akannya... aku mahu angkat isu ini setinggi mana... aku mahu mereka-mereka itu buka mata... jangan asyik mahu penuhkan kantung poket saja~!!
Bila sudah ada konsert...sudah pasti ada pakaian-pakaian telanjang bogel...sudah pasti ada percampuran lelaki perempuan...sudah pasti ada sampah sarap bertebaran... sudah pasti ada sentuhan dan pelukan... Dan mereka dengan bangganya melakukan semua itu di hadapan masjid~!! Tidak mahukah kamu ambil peduli?? Ataukah kamu sengaja mahu membutakan mata memekakkan telinga kamu sekalian itu??
Aku ini sentiasa bersama mereka-mereka yang berani... aku ini sentiasa menyokong mereka-mereka yang bersemangat waja... kerana demi Islam yang aku cinta...meski iman ku sepicing cuma...aku tidak akan sesekali rela...melihat agamaku di hina~!!
Jadi apa salah... kamu gunakan kuasa blogger itu dengan sesungguhnya~!! Apa salah jika kamu gunakan kuasa blogger itu pada jalan yang sebenarnya~!! Apa salah jika kamu gunakan kuasa blogger itu untuk menentang mereka... Jika kamu cari KUASA BLOGGER itu di internet... kamu pasti akan temui aku di sana~!!
Jangan kamu persoalkan bahasa aku bagaimana! Jangan kamu persoalkan iman aku bagaimana! Tetapi persoalkan sumbangan kamu kepada agama, bangsa dan negara~! Tidak usah mencanang bahawa kamu sangat hebat..jika dalam hal seperti ini kamu berlepas tangan~! Alangkah bebal~!
Maaf jika kamu terasa...aku menulis memang begini...kerana aku sangat tidak setuju...dengan tindakan-tindakan yang kamu lakukan itu... Hanya melihat saja~!!
Jadi... GUNAKANLAH KUASA BLOGGER KAMU ITU SEBERAPA SEGERA~!! HEBAHKAN KE SELURUH DUNIA BLOGGER INI BETAPA KITA MENENTANG MEREKA~!! JANGAN BIARKAN MEREKA MEMIJAK KEPALA KITA~!!
AYUH~!! BANGKITLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU~!!!!
KITA GEMPAR MEREKA DENGAN SENJATA YANG KITA ADA~!! KUASA BLOGGER ADALAH MILIK KITA DAN BUKAN MILIK MEREKA~!!
SALAM PERJUANGAN DARI AKU, PENDEKAR BERKUDA~!!!







No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.