Saturday, June 11, 2011

KAMU NAK GUNA IFRAME UNTUK DAPATKAN DUIT IKLAN?? TAK MENIPU KE TU?

Bismillahirrohmanirrohim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Kali ini pendekar mahu sentuh sedikit mengenai isu iframe... mungkin ada di antara anda sekalian yang dah tahu apa itu iframe dan bagaimana ia berfungsi. Dan mungkin juga masih ada yang belum tahu.. Namun begitu izinkan pendekar kupas isu ini. Kerana pendekar rasa bertanggungjawab untuk mengupas isu begini terutamanya di kalangan blogger yang mengejar wang dari internet...

Yang mahu pendekar kupas adalah apabila coding iframe yang bagus ini di salah guna untuk memperolehi pendapatan daripada blog... Contoh iklan yang boleh disalahgunakan untuk menjana pendapatan dengan iframe adalah advertlets, Nuffnangers yang diberikan Buffered Earning, Innity, HeartBeat.My dan macam-macam lagi...

Untuk itu pendekar akan berikan pendapat mudah mengenai iframe ini dan bagaimana ia di salahgunakan... Ya! Jika anda seorang yang tidak mementingkan kejujuran dalam dunia blogging, sudah pasti anda tidak akan merasa apa-apa jika menggunakan iframe untuk menambahkan pendapatan anda melalui blog. Tetapi tidak pendekar... pendekar tidak mahu jadi seperti itu...

Biar saja jika pendapatan pendekar melalui blog masih belum mampu untuk menampung keperluan untuk mengendali blog ini. Hanya saja pendekar tidak sanggup menggunakan taktik kotor seperti itu... Jika pendekar mahu, pendekar juga bisa menggunakan coding iframe untuk meningkatkan jumlah pageviews dan sekaligus meningkatkan pendapatan di blog pendekar...

Tetapi pendekar tidak akan bertindak seperti itu... Jujur saja...begitu lebih baik... usaha yang murni itu pasti ada hasilnya... pendekar bukan seseorang yang tidak tahu menilai yang mana baik yang mana buruk... Jika ikutkan hati... mahu sahaja pendekar gunakan iframe untuk menjana pendapatan sehingga rm4-rm5k sebulan... siapa yang tidak mahu begitu bukan??


Namun begitu...adakah anda akan puas hati? Jika pendapatan sejuta ringgit sekalipun tetapi dengan cara yang kotor lagi jijik, tidakkah hati anda sendiri akan resah dan gelisah?? Hanya anda sahaja yang mampu menjawabnya...

Jadi nasihat pendekar, hentikanlah menggunakan iframe jika anda meletakkan iklan di blog anda... Gunakanlah iframe itu dengan cara yang sebaiknya... jika mahu gunakan juga..hendaklah anda buang dahulu iklan dari blog anda... begitu lebih baik bukan??

Ini cuma satu nasihat... selamat berjaya~!!

Salam perjuangan dan salam hati buat anda sekalian... (^_^)

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda