Saturday, June 25, 2011

KAITAN ANTARA WHY. KENAPA DAN GIGI KAU BERLUBANG~!

Mungkin ada yang akan bertanya... gigi berlubang? Apa salah? Memang tiada salah.. Tapi gigi berlubang itulah yang akan menjejaskan penampilan di hadapan khalayak. Ramai yang akan bertanya itu dan ini melihat kelainan yang ada pada diri kita.

Ramai yang akan bertanya. kenapa gigi kau berlubang? Dan kita akan menjawab sekian-sekian. Kerana itulah lumrah kehidupan. "WHY" atau "KENAPA" adalah satu istilah yang wajib ada pada semua orang dan benda. Istilah seperti itulah yang melahirkan keinginan untuk mencari dan menyelidik punca sesuatu perkara itu berlaku.

Diam tak diam.. dalam jangka masa yang sama, segala bentuk teknologi terkini malah segala bentuk perbuatan dan perlakuan berpunca daripada sifat manusia yang memiliki pemikiran "kenapa"...Kerana itulah jika kalian perhatikan dengan teliti, gambar di profile blog, twitter mahupun Facebook pendekar adalah sama sahaja.. Memiliki gambar yang sama dan satu patah perkataan yang sama... WHY?

Ada banyak sebab..ada banyak keraguan yang bersarang di dalam kotak fikir... ada banyak juga persoalan-persoalan yang bermain di dalam masa yang sama. Kerana itulah pendekar menggunakan gambar yang sama, yang akan menerangkan corak pemikiran pendekar terhadap isu-isu yang bersarang di dalam fananya dunia.

Ambil contoh terdekat, jika perkataan "WHY" dan "KENAPA" itu tidak wujud, maka manusia tidak akan mampu untuk mencari makna dan sifat KETUHANAN dan KE-ESA-AN ALLAH Ta'ala... Kerana wujudnya perkataan kenapa itulah manusia mula mengenal Tuhan, manusia mula mencari kebenaran akan hakikat kejadian, dan manusia mula mencari siapakah Tuhan mereka yang sebenarnya.
Kenapa aku dilahirkan?
Kenapa aku disisihkan?
Kenapa aku disanjung?
Kenapa aku di hina?
Kenapa aku di puja-puja?
Kenapa aku di pandang mulia?
Kenapa aku berada di dunia ini?
Kenapa bumi ini bulat?
Kenapa kereta boleh bergerak?
Kenapa kapal terbang boleh terapung di atas?
Kenapa aku tidak pernah melihatNYA?
Kenapa aku engkar kepadaNYA?
Hanya sebahagian daripada perkataan kenapa yang bersarang di dalam kotak fikir kita. Satu perkataan yang sudah pasti cukup untuk menyebabkan kita mencari segala maklumat dan sumber untuk memuaskan sifat ingin tahu yang ada pada diri kita. Maka dengan satu perkataan sahaja, manusia mampu untuk mengubah dunianya...

Sekian sahaja pendekar kongsikan di sini.

Salam perjuangan kekal abadi dari pendekar buat anda sekalian...

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari diri pendekar sendiri... Wallahua'la...hanya ALLAH yang lebih mengetahui...

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda