Saturday, June 25, 2011

ISU KES VIDEO LUCAH ANWAR IBRAHIM : 99.99% IRAS WAJAH

PAKAR DARI LUAR NEGARA KENAL PASTI PELAKU DI DALAM VIDEO KLIP SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM.

Bismillahirrohmanirrohim...kecelakaanlah bagi aku jika melakukan celaka dalam menulis entry ini..

Bukan mudah mahu menafikan kebenaran. Bukan mudah juga jika mahu menegakkan kebenaran di hadapan orang yang hatinya telah tertutup dengan segala macam pujian dan pegangan yang kukuh kepada yang satu. Seolah-olah bagi mereka ini tiadalah yang lebih baik daripada mereka.

Adapun kes ini bukanlah kes biasa apabila ianya melibatkan moraliti pemimpin negara. Wajar tidak untuk di sentuh, hanya kita yang empunya suara. Jika dahulu kita mendengar mengenari rakaman video Ariel Peterpan yang menyebabkannya meringkuk dalam penjara. Kenapa di sini tidak boleh pula? Siapakah yang lebih lemah lembut dalam pengadilan menurut hukum? Malaysia atau Indonesia??

Jika di negara ini langsung tidak menampakkan keadilan. Dan kita meminta pertolongan dari luar terutamanya USA yang sudah terang-terang sangat memusuhi Islam. Apakah itu belum cukup lagi untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan berikan sedikit pemikiran di dalamnya. Jangan kita nafikan hak si poan lan yang tertindas akibat ketaksuban kita kepada individu..(untuk diri sendiri juga..)

Buangkanlah sentviti kepuakan dan ketaksuban dari hati. Dan berlapang dada lah dengan hakikat yang mungkin akan kita alami. Sedang Rasulullah sendiri setiap hari bertaubat walaupun baginda itu maksum... apatah lagi kita yang hina dina ini? Adakah kita ini atau yang tertutuh itu lebih mulia dan lebih agung daripada Nabi kita sendiri? Hanya kalian yang mampu menjawabnya...

Tidak mahu banyak cakap. Hanya ingin mengatakan kepada kalian, bacalah artikel di bawah ini dengan berlapang dada.

KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu, pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk T pada 21 Mac lalu adalah 99.99 peratus mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Shafee berkata, pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat yang menjalankan analisis pengenalpastian wajah dengan membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar telah mengesahkan pelaku lelaki dalam video seks itu adalah seiras dengan gambar ketua pembangkang tersebut.

"Laporan pakar bertarikh 4 Jun 2011 mengesahkan terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan foto Anwar melalui analisis pengenalpastian wajah," kata Muhammad Shafee ketika ditemui selepas prosiding mahkamah ditangguhkan seketika di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini semalam.

Mengikut fakta kes yang turut dibacakan di Mahkamah Majistret itu, dua orang pakar forensik digital dari Dartmouth College itu mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah seiras dengan Anwar.
 Selain daripada itu..hanya kepada ALLAH jua kita serahkan pengadilan. Kerana ALLAH tu Maha Adil lagi Maha Bijaksana...

Salam perjuangan...

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda