KERJA YANG TIDAK BERHENTI-HENTI MENYEBABKAB PELAKON TONY EUSOFF PENGSAN AWAL MINGGU LALU | GAMBAR
Bukan mudah menjadi artis dan selebriti, dengan waktu kerja yang tidak menentu sudah pasti menyebabkan berlakunya overhaul terhadap tubuh badan. Jika dipaksa-paksa juga sudah pasti boleh mendatangkan bahaya. Lihat saja apa yang berlaku kepada pelakon Tony Eusoff apabila beliau pengsan akibat tekanan kerja yang dihadapinya.
Bukan mudah menjadi seorang pelakon. Juga bukan mudah untuk melakonkan watak yang boleh meninggalkan impak kepada khalayak. Namun atas disiplin tinggi dan dasar tanggungjawab kepada kerja yang ada padanya, beliau teruskan juga bekerja walaupun sedar bahawa tubuh beliau sukar untuk menghadapi tekan kerja seperti itu.
Jadi, amatlah salah jika kita hanya tahu memburuk-burukkan artis tanpa kita sedar ada di kalangan mereka memberikan kita pengajaran melalui drama-drama yang dilakonkan oleh mereka.
PETALING JAYA: Pelakon Tony Eusoff (gambar) pengsan gara-gara stres kerja ketika menikmati makan malam pada awal minggu lalu.Apa-apapun semoga pelakon ini terus sihat dan mampu lagi untuk berlakon kerana pendekar sendiri turut menyukai lakonan beliau.
Dia sedang sibuk dengan latihan pementasan teater muzikal Dreamgirls: The Broadway Musical Sensation yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 14 hingga 24 Julai ini.
“Masa tu saya di luar dan baru lepas makan malam. Saya rasa bimbang kerana ini merupakan pertama kali saya pengsan.
“Pada Rabu lalu, saya sudah membuat ujian darah dan ujian elektrokardiogram (ECG). Saya bersyukur kerana keputusan ECG menunjukkan jantung saya normal. Cuma tekanan darah saya agak tinggi.
“Doktor kata mungkin kerana saya stres dengan kerja dan keputusan ujian darah akan diberitahu pada hujung minggu ini,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Tony masih memberikan komitmen kepada muzikal itu. Dia melakonkan watak Curtis Taylor Jr, seorang lelaki Afrika-Amerika yang dilanda diskriminasi di kalangan masyarakat kulit hitam sekitar era 1950-an.
“Disebabkan mahu menjayakan watak itu, saya terpaksa mewarnakan kulit saya menjadi hitam di spa.
“Saya juga perlu membuat kajian tentang sejarah revolusi masyarakat kulit hitam di Amerika Syarikat, asal-usul hip hop dan cara nyanyian serta tarian kaum ini untuk digunakan sebagai modal persembahan saya nanti,” katanya lagi.
Pelakon filem Akhirat ini menganggap lakonannya berjaya jika penonton tidak mengenali dirinya sewaktu dia melakonkan watak itu di atas pentas nanti.
“Kalau penonton tak tahu yang saya membawakan watak itu, lagi bagus kerana mereka mengenali Curtis kerana Curtis dan bukannya Tony Eusoff,” ujarnya.
Selain itu, dia bakal muncul dalam sebuah telefilem dalam talian berbentuk permainan interaktif terbitan syarikat produksi Singapura dan filem Indie berjudul Relationship Status








No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.