![]() | ||
| Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan pelancaran Myvi Elegance 2011 |
Petikan dari Kosmo Online :
KUALA LUMPUR – Meneruskan momentum kejayaan model Myvi yang merupakan kereta nombor satu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kini memperkenalkan Myvi baharu di pasaran.Kata pendekar : Menarik tertarik dan daaaaaaabbbbooooooommmmm~~~~~!!!! Yeahahahahahaha~!!!
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kereta bersaiz kompak dengan ruang dalaman yang luas itu masih menekankan konsep gaya dan kemudahan seperti Myvi sebelum ini tetapi kemudahannya ditambah baik dari segi rupa yang lebih segar, ciri-ciri keselamatan dan pengendalian fungsi terkini.
“Mengikut jejak langkah model Myvi, model terbaharu ini dilihat sebagai kereta rakyat kerana reka bentuknya yang inovatif, teknologi kejuruteraan dengan menggunakan material berkualiti tinggi dan harga jualan yang berpatutan.
“Boleh dikatakan model Myvi baharu ini memberikan nilai yang tinggi kepada pembeli,” katanya selepas majlis pelancaran model terkini Perodua di sini semalam.
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.








No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.