TAGS : ERRA FAZIRA BERTUDUNG, GAMBAR ERRA FAZIRA BERTUDUNG, GAMBAR ERRA BERTUDUNG, ERA FAZIRA PAKAI TUDUNG, ERRA FAZIRA PAKAI TUDUNG, GAMBAR TERBARU ERRA FAZIRA
Pelakon popular Erra Fazira menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakannya menjadi model produk tudung sebuah syarikat di sini bertujuan mengembalikan popularitinya yang kini menurun akibat saingan artis baru.ULASAN :
Sebaliknya beliau berkata, tindakannya menerima tawaran syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd. itu selaras dengan niatnya untuk memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti.
Baginya, tidak salah artis menjadi model produk tudung kerana ia merupakan satu tanggungjawab sama jika beliau menjadi model kepada mana-mana syarikat dan produk lain.
“Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta.
“Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu di sini semalam.
Alhamdulillah, artis yang dulunya terkenal ini dan juga bekas Ratu Cantik Malaysia 1993 dah pun dapat hidayah untuk bertudung. Namun banyak lagi cabaran yang harus di tempuhinya. Bertudung saja tidak cukup jika hanya di jadikan fesyen. Namun perubahan beliau ini wajar kita jadikan sebagai satu motivasi untuk kita berfikiran positif.








No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.