Thursday, June 16, 2011

GAMBAR SITI NURHALIZA MASUK ASKAR WATANIAH

GAMBAR SITI NURHALIZA MASUK ASKAR WATANIAH BERSAMA 7 SELEBRITI LAIN.



KUALA LUMPUR 16 Jun — Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air hari ini menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Yang lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapt (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan serta Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM.

Ahmad Zahid berkata, penyertaan selebriti dalam Askar Wataniah dapat menarik minat lebih ramai individu terutamanya golongan belia.

"Matlamat kami mempelawa selebriti menyertai Askar Wataniah adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Mereka kemudiannya boleh menterjemahkan dan menerangkan kepada orang ramai mengenai peranan tentera ketika berlaku peperangan dan juga dalam keadaan aman damai sekaligus menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai pasukan ini,” katanya kepada pemberita selepas menerima borang itu di sini hari ini. — Bernama

Bila artis turut menyokong agenda mempertahankan negara. Meski sumbangan mereka mungkin kecil tapi cukup untuk kita tabik mereka. Sumbangan yang ternampak kecil itulah yang boleh jadi besar di lain hari. InsyaALLAH...

Tag : GAMBAR SITI NURHALIZA JOIN ASKAR WATANIAH, GAMBAR SITI NURHALIZA MASUK ASKAR, GAMBAR SITI MASUK ASKAR WATANIAH, BERITA SITI NURHALIZA MASUK ASKAR WATANIAH, SHAHEIZY SAM, MASUK ASKAR WATANIAH, DAVID TEO MASUK ASKAR WATANIAH, 

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda